MY FAMILY....MY LOVE....MY HERO....

Thursday 3 May 2012

Karnival bola Jaring MSSWP (Zon) - 9-13 April 2012

Netball....Oh...Netball

Dah lama tak mengupdate blog ni....biasalah musim-musim nak exam ni sibuk sikit buat soalan, semak soalan, tanda buku dan macam-macam kerja yang rasmi dan tak rasmi.......

kali ni aku nak cerita sikit pasal Karnival Bola Jaring peringkat zon yang telah berlangsung pada 9 April hingga 13 April yang lalu...Seminggu berkampung di University Malaya dan seminggu jugalah sekolah kesayanganku aku tinggalkan.


Karnival yang berlangsung selama 4 hari tu menggabungkan 4 zon serentak bagi 3 kategori umur iaitu bawah 12 tahun, 15 tahun dan 18 tahun...Macam pesta dan sungguh seronok melihat gelagat pemain, jurulatih, urusetia dan juga pasukan yang bertanding pada tahun ni. Setiap tahun muka-muka nilah...yang terpaksa jadi petugas dalam karnival ni.....

Macam biasa...... akak tak adalah tugas lain ....asyik jadi MC jer....bercakap tak henti-henti dari pagi sehingga perlawanan hari tu tamat....He..he..he...sedap sangat ker suara...Anyway akak tak kesunyian kerana Ezan selaku Penjaga masa setia menemani akak kat meja juruacara ni.

Nak citer sikit macamana kami jalankan pertandingan....Perlawanan berjalan serentak di 8 gelanggang dengan hanya menggunakan seorang timekeeper jer...Hon hanya akan dibunyikan sewaktu perlawanan bermula, waktu rehat,mula perlawanan di separuh masa ke2 dan setelah tamat perlawanan. Pengadil hanya akan meniup wisel memulakan game bila mendengar isyarat hon. Jimat sikit tenaga pekerja. kalau tidak kena pakai 8 timekeeper unuk kesemua 8 gelanggang. Penat wooo....jadi MC pula....tak leh nak jalan sana sini kalau tak ada orang cover...Nak pi buang airpun kena budget masa...terkejar2 dan terlari-lari...


Hari pertama pertandingan bagi kategori bawah 18 tahun berjalan dengan lancar...cuaca panas sampai terbakar kulit muka. tapi masuk hari ke2, cuaca tak begitu mengizinkan...pagi-pagi lagi dah hujan. walaupun sebelum game bermula hujan dah berhenti...tapi tengoklah keadaan padang...becak dan dah jadi macam sawah....padang rosak teruk. Thanks pada pengurusan Unit Sukan UM kerana sentiasa tauch up padang dan timbun padang yang dah berlecak tu dengan pasir...Murid-murid apa lagi main dengan lumpurlah gamaknya....

Sebelum memulakan tugas.....sempat lagi berposing..ambil mood sebelum bergerak ke lokasi masing-masing....Watee, Fash, Mai dan Aku.., antara AJK Pembangunan Bola Jaring MSSWP.....


Sekolah akupun hantar juga team bawah 18 tahun. 2 minggu jer latih amoi-amoi ni....Hmmmm....habis ayat aku pujuk depa ni...akhirnya sebab kesian agaknya kat cikgu ni yang asyik merayu kat diorang suruh main, kalau tak malulah.....Congratz girls...akhirnya impian cikgu nak team kita berjaya tercapai juga akhirnya. Thanks to Mazni and Hawa yang sudi tolong akak untuk jadi guru pengiring dan pengurus kepada team ni. I love youlah....


Semoga kemenangan ini menjadi pendorong untuk lebih cemerlang pada tahun hadapan. Chong Hwa BOLEH!!!!


Wajah-wajah kegembiraan jelas terpancar setelah majlis penyampaian hadiah disempurnakan. Cayok Chong Hwa. kita cuba lagi tahun hadapan. Terima kasih kepada semua Pengerusi pengelola yang telah bertungkus lumus menjayakan karnival pada tahun ini, Especially to all my Jawatankuasa Pembangunan Bola Jaring Wilayah Persekutuan. Misi kita baru bermula....Nantikan kedatangan Jun di Kejohanan bola Jaring MSSM 2012 di N9 Darul Khusus.

Sementara menunggu majlis penyampaian hadiah...posing dulu walaupun muka dah nak terbakar sebab cuaca panaslah sangat.....

gambar kat bawah ni teman-teman Otai...dalam Bola Jaring....tanpa diorang semua tak mungkin aku ada lagi dalam Bola Jaring ni.

Bersama teman-teman guru yang terlibat sebagai pegawai pertandingan....posing dulu sebelum memulakan tugas. Akak biasalah....kena ada kat tepi padang bila my Girls bertanding. Diorang mesti nak dengar suara tarzan aku menjerit kat tepi padang sebagai peniup semangat.....He..he..he...


Setelah 4 hari Karnival berlangsung dengan cuaca yang tidak menentu...akhirnya tamat juga Karnival peringkat zon yang berjalan serentak bagi semua 4 zon di W.Persekutuan. Pasukan yang layak ke perlawanan akhir akan mewakili zon masing-masing ke peringkat antara zon yang akan berlangsung pada
23 - 26 April di Kompleks Seri Bintang. Walaupun penat...tapi happy terlibat dalam sukan yang paling aku minati ni..... WASSALAM......................




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...