MY FAMILY....MY LOVE....MY HERO....

Saturday 9 March 2013

Medan - Lake Toba Day 2 (Parapat - Samosir Island)

16 Disember 2012 - Day 2  (Parapat-Samosir Tour)

Hari ke 2 di Parapat, pagi yang dingin..pemandangan air tasik yang sungguh kebiruan sangatlah mendamaikan....Seawal pagi telah terbangun dikejutkan dengan bunyi azan subuh yang berkumandang...Terus mandi dan bersiap-siap untuk meneruskan misi penjelajahan Lake Toba pada hari ini.



Masih terlalu awal kerana sarapan bermula jam 7.00 pagi. So sempatlah termenung menghadap tasik di tepi jendela bilik....Sambil tu sempat berposing berlatar belakangkan Lake Toba....


Di jeti Hotel Siantar kelihatan bot kecil berlabuh...mungkin bot ini milik persendirian agaknya...

Pukul 8.00 pagi kami ke coffee house untuk breakfast di aras 2. Masa ni kitorang dah kena check out kerana hari ini selepas ke Pulau Samosir kami akan bertolak pula ke Brastagi...
Breakfast pagi ni simple jer...tak ada makanan yang mewah-mewah just yang dihidangkan...nasi goreng,mee hoon goreng, telur mata, keropok, ulam timun buah-buahann dan coffee...cukuplah sebagai pengalas perut...kenyang juga....


Selesai bersarapan kamipun terus check out hotel dan bawa semua bag-bag ke lobi...Sementara menunggu bas datang kami sempat berjalan-jalan di sekitar hotel sambil berposing ambil gambar di kawasan Hotel Siantar...

Cantik view kat sini....rasa macam berada kat pergunungan pula...

Bergambar kenangan bersama anak-anak.....

Kak Nafisah dan Kak Wan Zaidah kedua-duanya merupakan guru di sekolah ku yang kini telah bersara turut join percutianku pada kali ini....

Air tasik ni memang sangat dalam...tapi anak-anak kecil ni selamba jer mandi sambil menyelam tanpa pakai life jacket...Biasalah budak kampung dah memang biasa dengan air tasik ni....sambil menyelam dan berenang-renang diorang ni menjerit pada kami suruh lambung duit syiling....seronok tengok diorang dengan pantas menyelam ambil syiling tu....Aku kesian bagilah duit kertas dah tak ingat berapa rupiah yang aku bagi....

Setelah masukkan semua bag-bag dalam bas, Pak Sahala mengarahkan kami menaiki sebuah feri yang sudah sedia menunggu....Ahli rombongan kami yang seramai 32 orang semuanya terus menaiki feri yang akan bertolak ke Pulau Samosir...Perjalanan dari parapat Ke Pulau Samosir mengambil masa lebih kurang 45 minit...


Khusyuk mendengar penerangan sambil melihat pemandangan di kiri kanan tasik yang sungguh cantik dan menakjubkan....
Dah sampai jeti Perkampungan Tomok dan Ambarita iaitu di Pelabuhan Wisata Siallagan


Di pintu gerbang desa Siallagan tempat terdapatnya rumah adat dan Batu kerusi tempat Raja Siallagan bersidang. Sebelum tiba di kawasan tersebut kami terpaksa melalui banyak kedai-kedai yang menjual barang-barang kraftangan, baju-baju dan cenderahati. Si penjualnya dengan ramah tamah menegur pelancong dan ada yang tarik-tarik tangan suruh masuk ke dalam kedai untuk membeli barangan milik mereka.

Sebelum memasuki kawasan parawisata posing dulu dipintu gerbang Samosir Island Desa Siallagan




Bersama Kak Intan dan kakak-kakak yang turut serta dalam rombongan.....Di Pintu masuk Huta Siallagan


Inilah rumah adat suku kaum Batak di Desa Siallagan, Biasanya rumah adat ini mempunyai tiga tingkat. Tingkat paling atas adalah tempat menyimpan barang-barang, Bahagian Tengah tempat tinggal ahli keluarga dan tingkat yang paling bawah adalah tempat memelihara ayam,babi dan binatang ternakan.


Yang ini adalah istana raja Siallagan.Di hadapan rumah ini terdapat set tempat duduk diperbuat dari batu  dan ia merupakan tempat persidangan,mesyuarat dan tempat menjatuhkan hukuman oleh raja. Pesalah akan dikurung atau dipenjarakan terlebih dahulu dibawah rumah sebelum di bawa ke muka pengadilan.Di kawasan kerusi batu inilah Raja akan menjatuhkan hukuman kepada mereka yang didapati bersalah....



Kalau di perkampungan kaum Batak ini di hadapan Balai rumah adat pasti kita akan dapat melihat lambang cicak dan 4 gambar tempurung yang melambangkan buah dada atau susu. Mengikut kaum batak cicak melambangkan binatang yang boleh tinggal di mana-mana. Ia menggambarkan orang-orang batak ini boleh hidup dimana mana juga tak kira tempat dan mereka mudah menyesuaikan diri dengan apa juga keadaan

Buah dada pula melambangkan kesuburan.Orang-orang Batak yang ingin beristeri akan mencari wanita yang mempunyai buah dada yang besar kerana menurut mereka wanita ini adalah subur. Kalau subur sudah pasti boleh melahirkan anak yang ramai. Wallahuallam........

 
 Selesai melawat rumah adat dan istana Raja Siallagan kami pun beredar untuk ke destinasi seterusnya iaitu ke Perkampungan tomok. Sebelum itu kami diberi masa selama 2 jam untuk shopping di kedai-kedai yang banyak terdapat di kiri kanan menghala ke Huta Siallagan ini.







Boring menunggu ibu-ibu bershopping....Haris dan Haiqal sempat bergendang menghilangkan kebosanan....he he he....


Gadis berbangsa Batak ini adalah pemilik kedai cenderahati ni. Banyak kitorang beli kat kedai dia...Memang letak harga tinggi giler...Tapi mesti pandai tawar...kalau nak tawar,tawarlah 70%. Kalau pekedai tu setuju dia akan bagi, kalau tak nak blah ajer...banyak lagi kedai lain yang menawarkan barangan yang sama....



Hasil shoppingan di perkampungan Siallagan...terbanglah juga dekat 500 idr...Selepas tu kami menaiki feri semula untuk ke sebuah lagi perkampungan dinamakan desa Tomok...




Pemandangan yang cantik di kiri kanan tasik. Di perkampungan Pulau samosir ini juga terdapat hotel atau challet untuk pelancong datang beristirahat. Boleh pilih budjet hotel yang macammana. Dari yang murah hinggalah yang mahal.....






Pelabuhan atau jeti di perkampungan Desa Tomok, Pulau Samosir. Feri, atau bot-bot pelancong akan berlabuh di sini kerana inilah satu-satunya jeti yang menjadi pintu masuk ke Desa Tomok tempat Wisata Kubur batu raja Sidabutar dan tempat melaksanakan hukuman pancung kepada pesalah....


 Tugu sebagai mercu tanda suku kaum batak di Pulau Samosir ini...Antara suku kaum Batak yang terdapat di Pulau ini ialah suku bangsa Batak Toba, Batak Karo, Batak Pak-Pak, Batak Simalungun, Batak Angkola dan Batak Mandailing

Bila tiba di Pulau Samosir ni rugi rasanya kalau tidak melawat ke Tiga tempat di daerah Tomok ni  iaitu  Museum Batak, makam Raja Sidabutar, dan rumah adat orang Batak beserta patung Sigale-gale.

Sebaik sahaja tiba di Perkampungan Tomok ini, para pelancong di alu-alukan dengan ucapan Selamat datang dan perkataan paling famous kat sana ialah "Horas" yang membawa maksud selamat. Kalau kita nak membeli barang-barang di sini sebut 3 kali Horas tentu akan dapat murah...he he he...


Sebelum masuk ke kawasan Perkuburan Raja Sidabutar ini, para pelancong dimestikan memakai kain selepang bagi menghormati budaya orang-orang batak di sini...


Salah sebuah makam kerabat diraja suku kaum Batak yang terdapat diperkampungan Tomok ini....

Sebelum memasuki area pemakaman ini, pengunjung harus mengenakan  sehelai selempang yang telah disediakan oleh penjaga makam  di pintu masuk makam. Ketentuan ini telah berlaku semenjak Raja Sidabutar wafat pada tahun 1544. Menurut kepercayaan masyarakat setempat, jika peraturan ini dilanggar, mereka akan didatangi oleh Raja Sidabutar di dalam mimpi.
Selain itu, kepercayaan lain yang sebaiknya dipatuhi pengunjung ketika masuk ke kawasan pemakaman terebut adalah pantang mengucapkan kata-kata kotor. Di kawasan pemakaman Raja Sidabutar ini, para pengunjung mesti ditemani oleh seorang pemandu wisata yang akan menceritakan kisah sejarah yang berkaitan dengan makam raja kuno ini.


Pak Sahala menceritakan tentang sejarah makam batu ini yang tidak dipaku atau dipahat

 Makam tua Raja Sidabutar terletak di Perkampungan Tomok. Kuburan ini berbentuk kubur batu, dan berusia sekitar 200 tahun.Pada batu itu, selain diukir wajah sang raja, juga kelihatan wajah seorang gadis yang konon sangat cantik. Raja sangat mencintainya, namun sayang bertepuk sebelah tangan. Di komplek itu pula terdapat patung orang Aceh yang bijak dan menjadi penasihat raja. Sekaligus menjadi penglima perang yang sangat dipercaya.





Sebelum kembali ke jeti, kami terpaksa melalui deretan kedai-kedai menjual barangan seperti kain-kain, baju, cenderahati dan juga barangan kulit. Dah beli masa di Perkampungan Siallagan tadi, so tengok-tengok sambil compare harga....rasanya kat Tomok ni harga dia letak lagi rendah daa....tergoda juga, kesian belilah jangan tidak...Bak kata mereka..."Belilah Bu....Buat Pecah Telurrrr".....

Tamat sudah lawatan kami di Pulau Samosir ini. Banyak yang aku tahu tentang sejarah dan kehidupan masyarakat suku kaum Batak ni. Tentang orang makan orang.....Yang sebenarnya, Pesalah yang dikenakan hukuman bunuh itu, hati dan jantungnya akan diberikan kepada panglima-panglima yang ingin mengekalkan kekebalan atau nak jadi lebih powerrr...sebab tulah ada ungkapan orang makan orang..he he he...

Dalam perjalan balik, untuk menghilangkan rasa bosan, kami dihiburkan dengan nyanyian anak kampung dengan alatan muzik seperti gitar dan gendang....semua lagu dia tahu...yang bestnya lagu fantasia bulan madupun dia boleh bawa....Kitorang sempatlah berpoco-poco dalam feri tu...cer tengok Pak Sahala dan abang tu sakan menari. Habis nyanyi, kitorang sedekahlah duit seikhlas hati....

I Feel Freee.....Subhanallah...cantiknya Alam Ciptaanmu......
Disepaanjang perjalanan pulang kami dapat menikmati keindahan alam yang sungguh menakjubkan...memang cantik Alam ciptaan Allah ini....Aku sanggup panjat tangga nak naik hingga ke bumbung feri...Di sini memang ada disediakan kerusi untuk sesiapa yang nak duduk  tapi panas sikit.


Malaslah nak cakap....korang layanlah gambar-gambar yang aku ambik ni....cantik bangat.....



Selamat sampai ke Jeti berhampiran Hotel Siantar, sebelum tu, anak anak bujangku sempat mengabadikan kenangan di atas Feri Toba Deboer.......

Aku dan Kak Tipah sempat lagi ambil gambar di tepi kolam renang hotel Siantar....Bye-Bye Parapat....nice to stay here......see you next time....Insyaallah...
 Bas sudah menunggu kami untuk bergerak ke Destinasi kami seterusnya iaitu ke Puncak Brastagi. menurut Pak Sehala perjalanan akan mengambil masa lebih kurang 4 jam lagi......waa..waa.....nak zzzzzzz lepas ni....

Dalam perjalanan kami berhenti untuk lunch di Restoran Istana Minang....Banyak lauk-lauk yang dihidangkan. masakan minang dengan lauk-lauk yang sungguh menyelerakan...

Masuk jer dalam restoran ini...meja memang telah tersedia untuk group kami....Ada gulai ikan, taugeh goreng, ayam kampung goreng, Sotong masak kicap, ikan masin, sambal hijau, ulam-ulaman, rendang daging dan beberapa lauk lain. Berselera betul aku makan, sampai minta nasi tambah...ngeeeeee.

Selesai makan, kami sempat lagi sembahyang Jamak di surau Restoran ini. suraunya agak besar, dan disediakan tempat sembahyang lelaki dan perempuan di bilik berasingan....Lega sikit dapat cuci muka yang dah mula nampak letih....

perjalanan diteruskan lagi tapi dah mula melaui jalan mendaki yang agak sempit...Sebelahnya pula nampak gaung yang dalam. Di pertengahan jalan terdapat pokok tumbang yang menghalang laluan. Satu lorong jer yang boleh digunakan...itupun kena berhati-hati kalau tidak alamat masuk gaung.....takutnya...

sepanjang perjalanan mata tak boleh tidur sebab asyik menikmati pemandangan tasik yang sangat luas, lagipun perasaan takut tu ada juga sebab takut bas kami bertembung pula dengan kenderaan lain....



Setelah hampir 2 jam perjalanan, kami sampai di sebuah tempat yang dinamakan Simarjarunjung. Bas berhenti dalam lebih kurang 45 minit untuk kami minum-minum, buang air dan menikmati pemandangan di atas bukit ini.Di Restoran ini terkenal dengan Teh halia dan goreng pisang panas....

Selepas minum-minum dan ambil gambar di sini...kami meneruskan perjalanan lagi ke Air Terjun Si Piso-Piso..Semasa bas melalui kawasan bercuram bas kami terserempak dengan sebuah lori yang penuh muatan BAB 1....betul-betul lalu kat sebelah tempat duduk aku....Pemandu bas memang terbaekkkk. Pandai bawa bas. Cer korang tengok...jarak bas kami dengan lori yang bawa binatang tu tak sampai 1 kaki...ngeri gilerrr.



Air terjun  ini terbentuk dari sungai bawah tanah di plato Karo yang mengalir melalui sebuah gua disisi kawah danau Toba. Air yang keluar dari gua yang berukuran tidak begitu besar itu sangat deras apalagi jatuh pada ketinggian 120 meter, membuat air terjun ini begitu indah. Perkataan "piso" bererti pisau, kerana memang air terjun ini bila dilihat dari jauh bentuknya seperti pisau, kecil dan  panjang.

                                          

 Pengunjung bukan sahaja dapat  menikmati pemandangan air terjun ini dari atas tebing, malah dapat mendekati air terjun dengan menuruni ratusan anak tangga .Bila sampai di bawah kita akan dapat merasakan kedinginan air terjun yang sangat deras.......

Kebetulan waktu kami sampai di sini hari dah lewat petang dan cuaca pada ketika ini hujan renyai-renyai...tak sempat nak turun sampai ke bawah. di sini juga terdapat deretan kedai-kedai yang menjual T Shirt dan barangan cenderahati....sempat juga beli T Shirt di sini sebagai kenangan....

Hampir 45 minit kami di sini, bas kemudiannya bergerak meneruskan perjalanan kembali kali ini ke pasar buah yang terletak di Brastagi....


        [P1110512.JPG]
Kalau ke Brastagi tak sah kalau tak menyinggah ke pasar Buah...Di pasar buah ini kebanyakan buah-buahan yang dijual sangat fresh, besar-besar dan rasanya agak manis...Disebabkan kawasan ini merupakan kawasan tanah tinggi, cuaca memang agak dingin dan mungkin sebab itu juga tanaman buah-buahan di sini agak menjadi.Antara buah-buahan yang dapat dilihat dijual di sini ialah limau,mangga, buah salak, pisang kaki dan buah terung belandapun ada juga.

Di sini bukan sahaja jual buah-buahan, tapi jagung bakar madu dan air tebu pun ada memang terbaekkkk. Kalau diperhatikan kedai-kedai di sini bukan sahaja menjual buah-buahan tapi turut jual baju sejuk, mafla, T.Shirt kulit, Jaket kulit asli....dan juga selendang sutera.....

Sewaktu kami tiba di sini hari masih hujan renyai-renyai dan sudah pasti sejukkkkkk. Tak sabar nak check in hotel. Badanpun rasa dah berlengas...Setelah seharian berjalan akhirnya kami tiba di Danau Toba Cottage, Puncak Brastagi.....Dah tak larat nak cerita panjang-panjang...jumpa lagilah di Entry seterusnya....TUNGGUUUU!!!!!!!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...