MY FAMILY....MY LOVE....MY HERO....

Tuesday 7 February 2012

Bandung Trip 2012 (20-25 Januari) - Part 3

Salam semua...Hari ni baru berkesempatan nak sambung kembali Trip aku ke Bandung.Busy sikit menguruskan Family Day aku di Ancasa All Suite & SPA PD. Next entri nanti aku akan cerita pula tentang family day aku tu...

Sebelum aku terlupa lebih baik aku tulis dulu apa yang aku ingat di hari ketiga aku di Bandung....

Selepas bersarapan di cafe Orange Home, apa lagi kamipun dengan penuh semangat dah sedia menanti Ajang untuk ke Pasar Baru, tempat yang wajib bagi ibu-ibu dan juga wanita yang sukerrr nak perabihkan duit. Biar aku citer sikit...Pasar Baru ni adalah merupakan bangunan setinggi 7 tingkat kalau saper2 yang pernah ke pasar Besar Siti Khadijah dan Pasar Payang cam nilah bentuknya tapi lagi besar...
          Kat sini macam2 barangan yang boleh didapati seperti kain-kain sulam, telekung,kain lace untuk pengantin,baju2 blaus, handbag dari yang harga murah, hinggalah yang mahal-mahal, barangan cenderahati dan macam-macam lagi sampai juling biji mata tak tahu nak pilih yang mana satu. Siapkan ajerlah ongkosnya sbb boleh jadi gilerrr bila tengok barang2 kat sini. Korang kalau nak beli, aku bagi tips sikit. Tawarlah sampai separuh harga, kalau dia tak bagi bermakna memang dia tak untung, Kalau bijak tawar-menawar kita memang boleh dapat harga yang sangat murah...

gambar ni aku ambik kat Ninie punya album sebab asyik busy menyopping lupa nak snap gambar


                            












Antara kedai telekung dan Kedai kain sulaman yang terdapat di pasar Baru

Kalau pergi ke Pasar baru ni kena tetapkan masa, kalau tak budget masa tak boleh pergi ke tempat lain. so aku tetapkan 5 jam untuk bershopping di sini. Pukul 2 selepas lunch kat food court di Aras 6, kami meninggalkan Pasar dan Ajang bawa kami pusing-pusing di sekitar bandar tempat Liburan orang Bandung bila time cuti-cuti, macam kat Dataran Merdekalah... 

Lunch hari ni nasi timbel komplit + ayam penyet...sedap tapi ayamnya kecik sangatlah...

 
selesai makan...tunggu kawan2 lain pula sebelum keluar dari Pasar Baru

Sampai kat tempat ni aku tengok banyak penjaja2  makanan di tepi-tepi jalan ,kami turun dari coaster terus posing kat bangunan ni...lupa pulak apa nama bangunan ni, muzium ke apa lupa pulak nak tanya Ajang. Korang layan jerlah gambar ni ya...

Baru teringat...Rasanya kami bergambar di hadapan Gedung Sate 

selepas ambil-ambil gambar dan minum teh botol kat sini kami pergi ke rumah Jeans terlebih dahulu. Kat sini boleh tempah Jeans yang boleh siap dalam masa 2/3 hari. Aida tempah jaket jeans, sebab mungkin dia susah nak cari saiz yg sesuai. Ok juga lah...kualiti kain sama macam jeans yang branded tinggal lagi jeans kat sini tak ada jenama...our next destination ialah ke Factory outlet yang terletak di Jalan Riau kalau tak salah aku. Sebelum tu singgah dulu kat Bali Heaven yg kitorang pergi semalam sebab Aida nak tukar purse yang dia beli sbb zip rosak.
Sementara tunggu Aida tukar barang aku, kak Shah dan Ninie sempat posing kat sekitar Bali Heaven ni sbb tempat ni cantik, ala-ala Bali.baik di dalam mahupun di luar kawasan Restoran.



Seterusnya Ajang bawa kami ke toko tas tangan Diaz. Beg memang cantik2..tapi harganya pun cantiklah juga. Kat sini aku cuci mata jer...sebab tak minat nak beli.

                                                    Antara handbag berjenama di toko tas ini...

Selesai cuci mata kat toko ni, kami terus ke Fashion World...baju-baju kat sini cantik2 tapi yang tak best nya yang aku berkenan tu tak ada saizlah pula...frust.....Julie, Aida dan Ferry jer yang aku tengok sakan membeli...


Frust tak dapat beli baju yang aku berkenan terus jer Ferry dan Kak Shah  ajak aku ke rumah Mode. Orang punyalah ramai lebih-lebih lagi time tu nak CNY, apa lagi warga dari Jakartapun turun ke Bandung untuk bershopping. Aku tak belipun just snap-snap gambar pas tu duduk kat luar Rumah Mode tu sambil tengok orang yang lalu lalang. Masa ni barulah nampak punyalah ramai orang Malaysia yang datang melancong ke Bandung untuk bershopping.



selesai aktiviti bershopping kat Rumah Mode ni, kami makan malam di Restoran masakan Sunda. Aku dah pernah makan kat restoran ni masa mula-mula aku datang ke Bandung last year. Makanan di sini boleh tahan...sedap dan harganya taklah mahal sangat macam kami makan di Kg Daun semalam. Anyway puas hati sebab makanan dan minuman yang dihidangkan sedap bangatttt. Selesai dinner matapun mulalah mengantuk.Kami terus ajak Ajang balik ke Orange Home. Masa dalam Coaster Ferry ajak kami berkaraoke di hotel. Semua excited nak menyanyi. Bila sampai di hotel,masa nak booking, Receptionist tu bagi tahu...maaf bu...set karaokenya lagi rusakkk...Alamak rosak program. Adik-adikku yang lain Juley,Ina dan Aida sempat panggil orang utk massage. Aku, Ferry, kak Shah dan Ninie lepas jer mandi, solat dan kemas2 barangan yang telah dibeli siang tadi terus jer terlelap kepenatan...Nite Uoalsss...Nanti sambung lagi next entry...

                                          Dekorasi dalam Restoran Sangkuriang....
                                          Menu makan malam...Nasi timbel + ikan Garumi...
                                             Air Kelapa.....manis, tanpa gula...

Cer korang tengok kat menu ni hampir semua menu ni ada perkataan Cah...glamour gak aku kat menu ni. Juley and Aida kata dah lama ke aku buka restoran kat bandung ni. Bila aku tanya dengan Ajang, kenapa dalam menu masakan ada perkataan Cah...Korang nak tahu apa info yang aku dapat....Cah tu dalam bahasa Sunda, maksudnya berkuah..Ha..ha..ha....Tipah tertipu...

To Be Continue....























3 comments:

  1. As Salam...
    Beshnya jenjln... hikhikhik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam...Aynn Anne dah namanya berjalan..tentulah best. Tambah lagi dengan kawan2 pompuan..he..he..

      Delete
  2. cah refers to "sauteed" in cooking method

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...