MY FAMILY....MY LOVE....MY HERO....

Saturday 21 April 2012

Netball..Oh...Netball - Melbourne In Memories Part III

Jalan-Jalan Melbourne

Hai Uoallsss.....

Sambung balik entry pasal Melbourne last part....
Tempat lawatan terakhir yang kami kunjungi ialah di Healesville Sanctuary. Satu   kawasan hutan simpan yang banyak menempatkan pelbagai jenis binatang....macam zoolah juga...Tapi kat sini kawasannya agak luas siap ada hospital haiwan sekali kat dalam hutan ni...

 Semua pakai jaket...sebab kat hutan ni cuaca sangatlah sejuk...Akak tak tahan sejuk siap pakai glove lagi...



Hutan ni memang terpelihara...bayangkanlah pokok yang dah berusia beratus tahunpun masih kekal hidup lagi...Akak sempat bergambar dengan pokok yang dah berusia 250 tahun. Punyalah besar sampai tak terpeluk.....


Zoo ni memberi peluang pengunjung untuk melihat haiwan dengan lebih dekat. Haiwan kat sini jinak-jinak...sukerrrnya kali pertama dapat pegang kangroo. Yang ini merupakan anak kangroo, nampak kecil sedikit. kalau mak ngan bapak kangroo tingginya mahu setinggi manusia...

 Pandai pula kangroo ni posing...cam tahu-tahu jer orang nak ambil gambar dia....cute..

Di dalam  hutan ni juga terdapat Hospital Hidupan Liar yang terbesar di Australia...Sangat besar dan dilengkapi dengan peralatan yang canggih...Haiwan-haiwan yang sakit dan cedera akan dirawat di sini.  Bilik rawatan dan bilik pembedahan juga disediakan. First time tengok pembedahan dibuat ke atas haiwan yang mengalami kecederaan. bila doktor lakukan pembedahan kita boleh tengok live melalui skrin tv yang disediakan....


Inilah rupanya bilik pembedahan. Macam bilik pembedahan orang tapi open tak ada tirai-tirai untuk tutup....
Binatang-binatang di sini dijaga dengan penuh kasih sayang...makan minum terjaga...Kebanyakan pekerja kat sini macam tahu jer bahasa haiwan-haiwan kat sini...dan mereka ni sangatlah menyayangi binatang-binatang  ni dah macam ank sendiri...



Dari pintu masuk, kami semua diberi peta perjalanan dan tunjuk arah...nasib baik ada papan tanda dan tunjuk arah ke lokasi-lokasi haiwan tertentu....kalau tak mahu sesat kat dalam ni....Papan tanda kawasan koala bear....kena tengok betul-betul kat batang pokok...Cik Koala ni biasanya duduk di celah-celah batang pokok...Kat sini juga ada pertunjukkan memberi koala-koala ni makan....ada masa-masa tertentu dan penjaga zoo akan bagi explanation tentang koala-koala ni....




Masa ni kitorang tengah tunggu waktu pertunjukkan bagi koala ni makan...cer tengok...asyik membuta jer, dia bangun bila nak makan dan buang air jer....ada satu insiden, tengah asyik tengok koala ni, tak sedar botol air minuman aku jatuh dalam kandang koala tu. Terpaksalah panggil penjaga zoo untuk tolong ambil balik botol air tu...nak masuk takut kena tangkap dek koala comel ni...he..he..he..

Berada di Healesville Sanctuary ni terasa begitu mendamaikan. Dengan cuaca yang sejuk...nyaman dan di dalam hutan ni juga terdapat anak sungai yang mengalir jernih...tiada pencemaran tau...Kami bawa bekal makanan dari rumah.... Sandwich....buah-buahan dan makanan ringan.....


Lama juga kitorang berada kat sini, selain mengexplore kawasan ni kami juga berpeluang menyaksikan pertunjukkan burung helang yang sangat pandai dan patuh pada arahan Tuannya....sambil tu kitorang juga dapat tengok pertunjukkan Boo Merang....


Balik dari Healesville Sanctuary Miss Choo ajak kami pergi melawat Ayah dan Ibu Khaty keluarga angkat yang tinggal berhampiran dengan tempat tinggal kami juga. Pasangan ni sungguh friendly, loving couple dan aku rasa diorang ni sebaya dengan mak dan ayah aku..Kami menghabiskan masa lebih kurang 1 jam di rumah uncle dan aunty. setelah Kak Ngah memberikan survenir berupa kain batik dan kain pelikat kepada mereka kami mengucapkan selamat Tinggal, sebab kitorang dah nak balik Malaysia.....

 Di hadapan rumah uncle dan aunty....yang paling aku geram, di keliling rumah diorang sangat banyaklah bunga-bunga ros yang berbagai warna....rumah diorang ni ala-ala kampung lah....

Sehari sebelum berangkat pulang ke tanah air...aku sempatlah bergambar di sekitar kawasan banglo kami...keliling banglo memang banyak pokok-pokok bunga. Persekitaran memang bersih dan terjaga...
Kawasan rumah memang tidak berpagar.....tapi selamat.


Cik Kak ni kalau nampak bunga hilang ingatan kejap....korang layanlah gambar-gambar minah ni dengan bunga-bunganya.....


Spesis bunga ni memang banyak ditanam di sekitar kawasan perumahan ni...dari jauh nampak macam bunga kertas tapi bukan ...ada warna purple, merah, kuning ....cantik...

                  Bunga ros yang sedang mekar, bau wangi pula tu.....gambar ni diambil                     di hadapan rumah jiran...


Selama 10 hari kami di Melbourne ni banyak pengalaman dan kenangan manis yang aku dapat. Thanks to Netball kerana kalau tidak kerana sukan ini mana mungkin aku diterbangkan ke negara kangroo ni...Thanks juga kepada semua rakan-rakan netball yang sentiasa komited demi memajukan sukan bola jaring ni...Luv Uoallsss so...so...much. Mmmmuahhh!!!! Sedih nak meninggalkan Melbourne especially our new home...



My girlzs...so happy dapat menimba ilmu dan pengalamn di tempat orang. Selamat tiba di tanah air dengan wajah ceria yang terpancar di setiap wajah mereka...Tengoklah barang-barang yang di bawa balik...sampai kena bayar sebab terlebih beratan....hu..hu..hu...Anyway we All sangat enjoy the trip. Semoga W.Persekutuan sentiasa cemerlang dan terus jadi Juara.....

..........THE END........


Wednesday 18 April 2012

Netball..Oh Netball...Melbourne In Memories (Part II)


Sambung balik kisah Netball trip aku di Melbourne....

Friendly games dan klinik kejurulatihan di Deakin University Melbourne...tak dapat belajar kat sini tapi dapat masuk ke University di Melbourne ni pun akak dah bangga...kali ni sesi training dengan coach Khaty pula...

Hari ni kami dikunjungi oleh Ketua Unit Sukan JPWP, En Nordin, Kak Noor dan kak Saadiah turun memantau program kami di negara Kangroo ni....


Selepas perlawanan persahabatan dengan pasukan University Deakin, kami ambil kesempatan untuk bergambar sebagai tanda kenang-kenangan dengan players University ni...



Bergambar kenangan dengan Penyelaras Bola Jaring JPWP dan Penyelaras Sukan Putrajaya


Selesai sesi training kami di jemput untuk ke rumah Khaty yang terletak di daerah Geelong...kitorang plan nak lepak-lepak kat rumah Khaty sambil lunch kat sini....kali ni kitorang yang jamu dia dengan makanan kegemaran Khaty and family iaitu nasi Lemak + sambal tumis ikan bilis....saper lagi yang masak kalau tak aku ngan Kak Asiah...habis kitorang bawa semua periuk belanga + kuali sekali ke rumah dia...periuk, kuali sudip, senduk tu kitorang bawa dari Malaysia ok...


Ini dapur kat rumah Khaty...besar dan bentuk macam pulau...kira hari ni dapur ni aku punyalah...Masa gambar ni diambil...kami dah siap masak dah...sambal ikan bilis kak Asiah dah masak dari rumah....suka tengok diorang makan Nasi lemak tu...siap makan dengan tangan lagi...Anak-anak Khaty semua makan pedas...

Masa ni dah selesai lunch...kekenyangan sambil relax2 tengok TV. Pinggan mangkuk kat dapur tu...anak-anak dara aku yang basuh...

Inilah anak bujang Khaty. Sama baya dengan anak bongsuku...masa ni teringat pula kat Haiqal yang badannya separuh jer dari badan anak Khaty ni...

Sewaktu kami berada di rumah Khaty ketika tu hujan turun lebat pula...tak dapat aku nak jalan-jalan kat pantai. Cuaca bila hujan sejukkkk lah sangat. Menggigil kalau tak pakai sweater...


Lepak kat tempat pemanas api....Kebanyakan rumah di sana, alat pemanas semua dah pakai elektrik, dah tak ramai yang bakar pakai kayu macam yang kita tengok dalam citer orang puteh kat TV

Khaty yang sangat Friendly...Tinggi lampai, dan dia juga merupakan bekas pemain netball Australia. Kami sebenarnya sebaya dan nak dijadikan cerita, kami berkongsi  penyakit yang sama SLE....



Di Melbourne ni juga kami berpeluang berjalan-jalan di sekitar bandar....bentuk bangunannya tinggi-tinggi tapi masih ada lagi ciri-ciri bentuk bangunan lama...cantik...



Victoria Market...tempat yang wajib dikunjungi kalau melancong ke Melbourne, Australia...Gambar ni diambil kat pintu masuk. Masa aku jalan-jalan kat sini barulah aku dapat tengok ramainya orang Malaysia kat sini....pandang-pandang kemudian senyum-senyum....

Kami juga berpeluang bershopping di Victoria Market. Disini banyak barangan yang dijual seperti  barang-barang cenderahati, baju-baju, barang-barang makanan dan juga barang-barang keperluan rumah. Semua ada. Kalau nak cari barang-barang yang harganya murah kat sinilah tempatnya. Aku sempat juga membeli sedikit cenderahati untuk adik-beradik dan kawan-kawanku di Malaysia ...Kalau nak beli jangan compare dengan harga barangan kat Malaysia, tutup mata jer...jangan fikir-fikir sebab takut nanti tak jadi beli. Harga barangan dalam AUD. kena darab 3. Kalau 10 AUD X 3= ????kiralah sendiri...He..he..he...

Aku dengan kak Ngah, sakan membeli T.Shirt ....Sebagai survenir untuk kawan-kawan, aku beli jugalah keychain patung kaola dan juga kangroo sebagai kenangan. Tak ada pula dalam gambar..Selain tu aku beli juga FM yang ada pelbagai corak dan bentuk. semua cantik-cantik...

Selimut dari bulu Kangroo..lembut dan cantik-cantik....Gilerrrr nak shopping kat sini. Kawasan tempat jualan ni sangat besar, kalau kat KL macam uptownlah...tapi dijual dalam kawasan berbumbung dan open sikit....



Kat kawasan bandar ni perkhidmatan train memang disediakan. Aku tak berpeluang nak naik train ni. Nanti kalau aku datang semula ke sini, Insyaallah aku akan cuba perkhidmatan ni...Lagi satu nak bagi tahu, kalau drive kat kawasan town ni, kena hati-hati sebab laluan kereta ngan train ni sama jer...satu laluan...


Aku ajak Miss Choo pi cari topi koboi ni. Kalau ikutkan hati...tak ingin nak beli.Tapi request dari suamiku tercinta suruh beli topi yang ada lambang kangroo ni. Diperbuat dari kulit lembu. Korang nak tahu berapa harganya? Kalau kat uptown KL RM 10 hengget dah boleh dapatkan! aku beli dengan harga 60 AUD. Itu dah habis tawar dah...tak boleh kurang lagi. Memang kulit asli. kalau kali dengan duit kita RM180.00. Nasib baik yang minta tu hubby aku. Kalau orang lain fikir 2 x nak beli.He..he..he..




Masa aku berada kat kedai patung-patung ni, akupun belek-belek patung ni yang berbagai bentuk dan rupa. Sambil tu sakanlah suruh Kak Asiah ambil gambar aku.Nak tahu apa yang berlaku...pompuan depan aku yang pakai jeket kulit ni tiba-tiba menjerit suruh aku blah...dari gerai dia. Rupa-rupanya dia marah aku ambil gambar patung-patung ni...nasib baik kamera tak kena rampas...




Gambar pemandangan Kota Melbourne ni Kirah yang aambil dari dalam van dekat highway.......cantik kan...terpaku seketika melihat keindahan kota Melbourne ni.....

On The way balik ke Banglo penginapan......layan pemandangan di kiri kanan jalan.....kalau waktu malam tentu lagi cantik dan happening....Tak berkesempatan pula nak menikmati panorama kota Melbourne waktu malam.....Bandar yang bersih walaupun sesak dengan penduduk.....Insyaallah kalau berkesempatan aku akan datang lagi ke sini....Ok Uolllssss, sampai sini dulu....kita sambung next entry....banyak lagi aku nak cerita...tunggu aku flash back semula kenangan aku di Melbourne....TUNGGUUUU!!!!!!!!!!!!

Monday 16 April 2012

Netball... Oh.... Netball.. - Melbourne In Memories (Part 1)

Sweet Memories......Melbourne Australia

Salam Semua....
Kali ni nak kongsi cerita kisah aku dan geng-geng Netball. Start bulan ni mulalah aku sibuk dengan sukan ni yang memang dekat sangat dengan aku sejak dibangku sekolah rendah lagi...

Kini  aku masih lagi aktif dengan netball tapi tidak lagi sebagai players tapi sebagai salah seorang Jawatan Kuasa Pembangunan Bola Jaring MSS Wilayah Persekutuan...Banyak kisah suka duka kami dalam team pembangunan ni tapi demi nak tengok anak-anak didik kami berjaya sebagai pemain Malaysia, segala kepayahan dan kesulitan serta kata-kata orang kami tolak tepi.....

Netball juga telah membawa aku hampir ke seluruh tanah air dan yang paling tidak dapat aku lupakan ialah kenangan aku dan jurulatih pembangunan  membawa pasukan bawah 16 tahun Kuala Lumpur ke Melbourne Australia pada  akhir tahun 2010. Sangat teruja kerana tak sangka aku dapat menjejakkan kaki ke Negara Kanggaroo ni.


Rombongan kami seramai 18 orang bertolak dari LCCT dengan menaiki pesawat Air Asia. Program Kejurulatihan dan Latihan bersama dengan Program Pembangunan Bola Jaring Australia diadakan selama 10 hari dengan aktiviti program yang sangat padat...


Muka-muka ceria....masa ni tak sabar nak naik flight...Barang yang dibawa punyalah banyak. Dengan Bola, Sorvenir, Barang makan jer dah 7 kotak...korang bayangkanlah kitorang kat Melbourne tu makan apa.He..he..he... Teruja dapat pergi ke Negara Kangroo ni. Akak biasalah...jadi pengurus merangkap Ummi kepada budak-budak nakal ni + tukang masak...Sangatlah enjoy...

Sampai di Lapangan terbang Melbourne kami disambut oleh coach Khaty yang pernah menjadi jurulatih pasukan Malaysia satu ketika dahulu. Kami kemudiannya menunggu di luar Airport menanti Cik Tan dan Fash mengambil van yang kami dah sewa.Kemudian kami terus ke tempat penginapan di Waverly Glen. sangat suka kawasan perumahan ni sebab tak ada nak pagar-pagar macam kat Malaysia. Persekitaran pun sangatlah cantik dan tidak terlalu sesak.


 Tingginya Khaty...kitorang ni semuanya kemetot...He..he...Nice to meet you..and miss you too...
Kami menyewa 2 buah banglo yang telah kami booked melalui internet. Semua tu Teacher Choo yang uruskan...Sampai jer kat banglo tu kami dipecahkan kepada dua kumpulan dimana banglo pertama  8 0rang dan banglo yang satu lagi 10 orang. Rumah yang kami sewa ni sangat2 selesa dan dilengkapi dengan kitchen sebab sepanjang 10 hari kami di sini we all masak sendiri. Selain dari itu ada 3 bilik tidur yang luas, washing machine + dryer dan juga alat pemanas. kalau kat Malaysia kita sibuk pasang aircond tapi kat sini terbalik kot pulak terpaksa pasang heater.

Banglo tempat kami duduk ni terletak di kawasan Strategik. Waverley Glen tempat kami tinggal ni berhampiran dengan shopping komplek dan Hotel...Kalau jalan kaki dalam 5 minit jer dah sampai...supermarket macam Carefourpun ada juga.... .
Kalau dapat rumah banglo sebiji kat sana kan ker best...
Shopingg kompleks yang terdapat berdekatan dengan Glen Waverley....sempat posing dulu sebelum membeli-belah......
Kawasan persekitaran banglo ni cantik, selesa dan dikelilingi dengan banyak bunga-bungaan yang berbagai warna...giler...sekejap dengan bunga-bunga ni......Lagi satu aku nak bagi tahu...cuaca nampak panas tapi sejuk...macam berada kat Genting Highlands...tapi itu waktu siang..kalau malam....tak dapat nak gambarkan...


Nilah van yang kami sewa sepanjang 10 hari kami di sini....van ni boleh muat 12 orang. Meh..aku perkenalkan korang dengan driver van ni...saper lagi kalau bukan cik Tan yang kecil molek ni...nampak jer kecik...tapi brutal woooo....
Stadium Netball di Waverley, Melbourne...seronok tengok stadium netball besar cam ni. kalau kat Malaysia Stadium Juara kat Bukit Kiara jer yang kita boleh harapkan...Kat Sini melambak stadium cam ni...Kemudahan tempat latihan memang superb...dengan gelanggang yang canggih dan yang paling penting parents turut main peranan dan bagi galakan 200%

Yang ini lagi satu Stadium netball tempat murid-murid aku buat friendly games dan juga menjalani sesi latihan dengan coach Marque...Stadium canggih, besar, dalam satu stadium ini ada 8 gelanggang...

Di sini juga aku berpeluang melawat ke Maribyrnong Sports Academi...kalau kat Malaysia tu macam Sekolah Sukan Bukit Jalil. Students dia memang international...Teruja dengan segala kelengkapan sukan yang ada dan dewan kuliah yang besar dan selesa. Pas tu di Academy ni semua sukan ada...Malaysia patut ada sekolah sukan macam ni..barulah sukan kat Malaysia ni boleh maju....

Aku and The gang...Jurulatih Pembangunan Bolajaring MSSWP KL sempat bergambar dengan coach Marque dan Pengetua Academy sekolah sukan ni.....

Coach Marque yang sangat sporting....banyak ilmu yang kami dapat dari sesi klinik kejurulatihan ni...dan banyak benda yang aku belajar bila berada di tempat orang...

Coach marque yang sporting and very-very friendly....kalau cikgu-cikgu selaku jurulatih sukan dapat menimba ilmu kat Australia ni, aku rasa banyak idea dan pembaharuan dalam sukan dapat diketengahkan...

Seronok pemain-pemain aku dapat berlatih dengan budak2 sukan di Academy ni...cer tengok, Negro pun ada...sewaktu friendly game, walaupun kalah tapi we all give a good fight...


Selain dari mengikuti klinik kejurulatihan dan latihan bersama dengan program pembangunan Bola jaring Melbourne, kami tak melepaskan peluang untuk turut jalan-jalan melihat-lihat pemandangan dan tempat-tempat menarik di sana....Drive sendiri tau Uollsss..kitorang gunakan GPS jer...alhamdulillah sampai ke destinasi tak sesat pun...pandai Cik Tan bawa van. He....he..he...

Kami berpeluang untuk pergi ke Churchill Islands & Philips Islands...wah...cantiknya pemandangan di sini, cuaca panas tapi rasa sejuk....on the way to Churchill Islands we all singgah kejap di satu kawasan tempat bot-bot nelayan berlabuh...kat sini ramai orang lepak-lepak sambil tengok burung-burung bangau yang berkeliaran di tepi pantai...cantik dan jinak...


Kitorang kalau dapat posing...sakan...kali ni coach Michelle sudi temankan kitorang pergi jalan-jalan ke Churchill Island & Philips Islands...


Dekat kawasan ni ramai kaki-kaki pancing yang memancing kat atas -atas jeti ni...ikan, sotong yang dipancing besar-besar dan diorang pakai umpan tiruan jer....


Selepas posing-posing dan snap-snap gambar kat sini...kami ke destinasi yang kami nak tuju iaitu ke Churchill island. kawasan ni merupakan sebuah kawasan ladang yang sangat besar dan dikelilingi oleh pokok-pokok dan banyak bunga-bunga liar yang cantik-cantik....korang layan gambar-gambar ni ye...


Kawasan ladang yang besar, dan pemandangan yang sungguh indah....yang paling aku suker tengok banyak bunga-bunga liar yang cantik-cantikdi sekitar kawasan ni...


kitorang tak lepaskan peluang naik kereta kuda ni...kami dibawa pusing-pusing dengan menaiki kereta kuda...



 Habis hati dapat naik kereta kuda dengan abang koboi ni.....

Yang paling aku seronok sangat ialah dapat merasai cara-cara nak perah susu lembu. Masa demontrasi dilakukan, terlebih dahulu 'bahagian' yang hendak diperah terlebih dahulu dibersihkan dan disapu losyen...untuk pastikan ianya bebas dari kuman...kat negara kita ada buat camni ker??? tak tahulah pula sebab tak pernah gi ladang lembu.He..he..he..
 Rupanya senang jer ya perah susu lembu...picit...pas tu tarik kat bahagian hujung jer....kena buat lembut-lembut tak boleh kasar kalau tak karang kena terajang pula ngan lembu ni....
aku berpeluang juga melihat camner bulu biri-biri ni di cukur....macam kesian jer aku tengok kambing ni...botak gondol...

pemandangan sekitar ladang yang mendamaikan...dengan air laut yang membiru.....suker sangat tempat ni....Kitorang sempat lagi duduk-duduk sambil baring-baring kat rumput ni...Kalau kat negara sendiri tak buat kot...

Sempat lagi tu posing kat bas pelancongan Melbourne ni.....aku nak share dengan Uollss...dekat Melbourne ni toiletnya sangatlah bersih. kalau pergi dalam hutanpun tandas-tandas yang disediakan bersih, siap dengan tisu dan sabun pencuci...kadang-kadang malu juga bila terbayang toilet kat negara sendiri yang tak berapa nak bersih walaupun bayar...kat sini semua percuma ok...


Aku sempat jugalah pergi kat tempat Koala ni....menurut kata tourist guide...Koala ni macam baby...waktu tidurnya hampir 18 jam...agaknya dia bangun bila nak makan, kencing dan membuang jer....yang lain membuta jerlah kerjanya...Ni nasib aku baik ambik gambar masa dia tengah bangun...Comelkan..


Koala kat belakang tu tgh ZZZZZ melekap jer kat celah dahan pokok....

Kat sini tempat wajib ambil gambar....beratur orang nak posing kat patung ni...akak yang paling untung sebab dapat duduk kat riba dia...sampai si Koala ni minta ampun sebab kena kepit....




Sewaktu di Philips Island aku berpeluang untuk pergi menyaksikan pengguin naik ke darat....comelnya. Waktu pengguin-pengguin ni naik ke darat adalah sekitar jam 7.30 malam...di tempat ni semua pelancong yang datang untuk menyaksikan pengguin-pengguin ini adalah dilarang sama sekali untuk mengambil gambar dengan camera berflash......so akupun ambillah gambar dari poster yang ditampal di luar pintu masuk.

 Me, Cik Tan and Miss Choo..posing dulu sebelum menunggu masuk untuk tengok pengguin
Sewaktu pengguin-penggui ini naik ke pantai, mereka akan naik secara berkumpulan dan bila balik ke rumah mereka pasti akan menunggu pasangan masing-masing...so cute. Tinggi pengguin-pengguin ni lebih kurang 1-2 kaki jer...macam dalam gambar ni....
Pertunjukkan melihat pengguin-pengguin naik ke darat tu berakhir lebih kurang 1.30 jam...Lebih kurang 9 malam kami meninggalkan kawasan Pengguin ni dan balik ke Rumah penginapan..



Seronok dapat jalan-jalan cam ni....Pasal makan kitorang tak kisah...sebelum pergi ke mana-mana. aku dah set dari malam lagi apa menu yang nak dimasak dan dimakan waktu breakfast, lunch and dinner...Sewaktu di Melbourne ni Maggie-maggie tak makan ok....Kalau berjalan sampai petang, kitorang bawa bekalan makanan. Penuh makanan di belakang bonet van....Masih teringat lagi kenangan makan cekodok cicah sambal lada dengan nescafe panas......ummmp...sedap...

Ok lah stop sampai sini dulu.Nantikan cerita aku selanjutnya dalam

.......................... Melbourne In Memories Part II.................



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...