MY FAMILY....MY LOVE....MY HERO....

Friday 21 June 2013

LE TOUR DE KRABI - DAY 3

27 Mac 2013 - Hot Stream - Emerald Pool - Tiger Cave - Elephant Tracking

Hari ke 3 di Krabi.....Program hari ni kami ambil pakej yang kebanyakannya aktiviti dalam hutan....pagi ni  tour agent akan pick up kami di hotel jam 8.30 pagi waktu tempatan...Semalam dah plan, pukul 7.00 pagi kami akan cari breakfast berdekatan dengan pantai tak jauh dari hotel penginapan kami
Bila sampai di pantai tercari-cari orang islam yang jual makanan untuk sarapan. Memang ada betul-betul kat tembok pantai tu ada mak cik yang menjual makanan melayu. Nasi campur dengan lauk- pauk yang sudah siap dibungkus. Bila aku amat-amati lauk yang dijual adalah ikan masak asam, kari telur, sayur, pulut inti yang dibuat dari pulut hitam. Minuman panas turut dijual kalau nak. Nasi beriani pun ada juga....
sebab dah tak ada pilihan, kamipun belilah nasi bungkus tu untuk breakfast pagi ni...


Antara juadah yang dijual....macam-macam ada dah siap bungkus...tapi kalau nak makan kat sinipun boleh juga...
Inilah rupa nasi campur yang aku pilih...Mula-mulanya lauk kari tu nampak macam ayam, tapi sebenarnya telur...akak tertipu...Nasi ini dihidangkan dengan sayur ulam kacang panjang dan timun. Kuah gulainya agak pedas sikit tapi boleh tahan sedap....

Selesai makan kami sempat berposing di tepi pantai. Di sini pada waktu pagi kelihatan banyak bot nelayan dan long tail bot ber;labuh ....berderet-deret tersusun sebaris. bagi pelancong yang memilih pakej untuk ke 4 Islands Tour. Mereka akan menaiki bot di pantai ini....


Sementara menunggu van sampai sempat lagi kami mengambil angin pagi  sambil breakfast di tepian pantai ini....Kami sempat berkenalan dengan Pak Yahya, anak kelahiran kedah yang telah lama menetap di Krabi ni.Banyak info yang kami dapat melalui Pak Yahya ini...Orangnya sangat baik, peramah dan suka bercerita...In Sha Allah kalau datang lagi ke sini akan cari Pak Yahya lagi....


Layanlah gambar-gambar kami ni yang berlatar belakangkan laut dan bot-bot nelayan.....

Hari ni semua pakat pakai baju I Love Krabi....I Loike....Bila jam menunjukkan pukul 8 15 pagi, kami mula bergerak meninggalkan pantai dan terus balik ke Hotel Ao nang Grand Inn. Di sini sebuah van Komuter telah sedia untuk mengambil kami ke destinasi yang telah dijanjikan...Yang bestnya... dalam van tu hanya group kami jer termasuk family Maria....Masuk jer dalam van Maria and family dah ada dalam van tu...apa lagi gelak sakanlah bila berjumpa....

Destinasi pertama kami adalah di sebuah hutan simpan di daerah krabi. Perjalanan dari Ao Nang ke sini mengambil masa lebih kurang 1 jam....sempatlah mata ni nak terlelap. pemandu van ini adalah orang Thailand tetapi tidak pandai berbahasa Inggeris...payahlah sikit kami nak berkomunikasi. Tapi dia bawa anak pompuan dia yang berumur dalam lingkungan 12-14 tahun. anak dia ni pandai dan faham sikit cakap orang putih.

Destinasi kami yang pertama ialah di Hot Stream....terletak di Namtok Ron Khlong Thom. Jeram air panas ini terletak berhampiran dengan Emarald pool. Jeram ini mempunyai 2 kawasan iatu air panas dan kawasan air sejuk yang terletak dihujung jeram...suhu air panas ini tidaklah terlalu panas dalam lingkungan 40-50 darjah celcius. Bila berada dalam kolam atau lopak air tersebut kita terasa seolah-olah berada di dalam jaguzzi....

Sampai jer di kawasan hutan simpan ini kami diberi peneranagn oleh seorang pemandu pelancong yang sangat peramah dan fasih berbahasa Inggeris. beliau memberi penerangan mengenai jeram air panas tersebut yang boleh menghilangkan lenguh-lenguh badan. Menurut beliau kalau kita mandi terlalu lama dalam air panas tersebut , dan kalau rasa tak selesa kita perlu keluar dalam air panas tersebut dan mandi di kolam air sejuk untuk mengelakkan dari masalah kesihatan yang tidak diingini.

Air yang sangat jernih, keluar dari mata air....

Bahagia atas air terjun iatu di atas batu-batu tu airnya agak panas, mana kala kolam di bahagian bawah airnya pada suhu biasa....tapi yang hairannya bila berada dalam jeram air panas ni tak nampak pula airnya berasap-asap tak macam kolam air panas yang ada kat Malaysia....Terasa macam mandi dalam air yang memang dipanaskan dengan heater....

Kami tak melepaskan peluang untuk merasi kehangatan air di Hot Stream ini...satu pengalaman baru yang sungguh menyeronokkan. Sempat massage badan lagi dibawah jatuhan air terjun semula jadi ini...kalau korang nak rasa dan merasai pengalaman mandi kat sini....kena datanglah jawabnya ya....baru tahu best ke tak best...he he he....


Kami di beri masa selama lebih kurang 45 minit untuk menikmati kehangatan air terjun ni....rugi tau kalau ambik pakej ni tapi tak mandi....
  Setelah seronok mandi di sini, Abang tourist guide tu panggil kami untuk dibawa ke tempat ke dua iaitu ke Emerald Pool yang terletak tidak jauh dari Jeram Air panas ni....Kami terpaksa berjalan hampir 15 minit ke dalam hutan sebelum sampai ke kolam.

Seronok juga tracking dalam hutan sambil menikmati keindahan flora dan Fauna....kawasan masuk ke kolam ni dibuat agak cantik juga untuk menarik perhatian pelancong yang rata-ratanya adalah pelancong luar....

Inilah Emerald Pool...keluasan kolam ini adalah 20 meter x 25 meter dengan kedalamn air mencecah sehingga 2 meter....Airnya memang sangat jernih hingga bila kita mandi di dalam kolam ni terasa seolah olah kita mandi di kolam renang. Cuba lihat airnya yang hijau kebiruan memang menggamit kita untuk terjun berenang-renang di kolam ini....Sebelum masuk ke kolam ini kena hati-hati sedikit sebab kawasan batu-batu di tepi kolam tersebut agak licin dan berbahaya....


Sakannya anak ngan ayah dapat mandi dalam kolam ni....kalau duduk lama-lama kat sinipun tak apa...Di tepi-tepi kolam ni disediakan pondok-pondok untuk orang ramai duduk-duduk dan ada kumpulan yang berkelah bagai....

Hampir 1 jam di sini dan setelah puas mandi manda, kamipun beredar dari Emarald Pool ini untuk Lunch. Untuk pengetahuan korang semua, lunch memang dah termasuk dalam pakej. Abang tourist guide tu bila tengok kitorang yang pompuan ni bertudung terus dia tanya ok ke kalau join orang lain utk lunch. Dia kata makanan yang dihidangkan bukan orang Muslim yang masak tapi halal katanya sebab tak ada Bab 1 keh keh keh. terus aku bagi tahu kitorang Muslim tak boleh makan kalau bukan Muslim yang masak. Nasib baik dia amat memahami. Kemudian dia bawa kami kat Restoran orang Melayu Thai ni yang memang terletak dikawasan rekreasi ini...

Kami dihidangkan dengan Nasi Goreng Udang + Tom Yam Seafood...memang marverlous...superbbb.Kemudian kami siap order lagi Kerabu mangga yang memang sangat best...masih terasa-rasa kesedapannya. siap order nasi putih lagi....punyalah lapar....
memang boleh rekomen...

Selesai Lunch kami kemudiannya di bawa ke Tiger Cave Temple.Di sini juga terletaknya kuil bagi penganut Buddha. Kawasan gua ini dinamakan Tiger Cave kerana pada masa dahulu, kawasan ini adalah habitat harimau tempat harimau tinggal.

Masuk aje di kawasan ni tersergam patung harimau yang memang agak besar sebagai simbul Kuil ini....kalau Rimau ni Hidup...agak-agak berani tak nak posing-posing dekat rimau ni....aummmmm

Kawasan kuil yang masih dalam pembinaan. bangunan baru ini dibina 2 tingkat dan dihadapannya ada 2 replika Naga dan Harimau....


Adik siap masuk lagi dalam mulut rimau ni...he he he....siap pegang lagi taring rimau ni....


Tertarik dengan pokok berdaun emas ini. Teringat pula masa belajar sejarah time-time form 1 - form 3 dulu...masa tu kalau tak salah ada belajar tentang ufti emas dalam kerajaan Thai...Tetiba....dapat pegang lagi pokok berdaun emas ni....


Kawasan pintu masuk ke dalam kuil.....


Nak panjat ke atas gua yang ada kuil ni, terpaksa panjat hingga 1200 anak tangga tau...kalau kat Batu Caves KL 228 anak tanggapun dah tak larat, inikan pula sampai beribu anak tangga...he he he tak sanggup akak nak memanjat nya....

Salah satu tarikan di sini...Replika kapal Terbang 2 tingkat...Agak-agak Air Asia atau MAS ada bercadang tak nak buat kapal terbang cam ni...banyak sikit penumpang boleh bawa....keh keh keh...

Di Tiger cave Temple ni sebenarnya kami diberi masa selama 1 jam untuk melawat kawasan. Rasa boring lah pula...mana taknya kitorang bukannya nak gi sembahyang bagai...so bagi tahu driver van 30 minit cukup, so kitorang suruh dia bawa kami cepat ke tempat Elephant Tracking...

Kawasan Elephant Tracking tu tak jauh dari Tiger Cave..tak sampaipun 10 minit perjalanan...Thepphanom Travel & Tour...agency yang menawarkan pakej elephant tracking ni...Sewaktu kami sampai...gajah-gajah tu tak ada. bawa pelancong kot pusing-pusing dalam hutan...


Sewaktu kami sampai, kami dijamu dengan nenas madu yang memang sangat manis. Selesai minum-minum dan makan buah nenas yang dihidangkan, barulah kelihatan 3 ekor gajah menghampiri kawasan kami untuk bawa kami jalan-jalan dalam hutan....

mamat ni pengembala gajah...kalau tengok muka dia macam orang hindupun ada juga..bila tanya kenapa kulit gelap dia kata dah terbakar dek panas matahari...he he he...




Yeeyyyy jom naik gajah....pengalaman pertama aku naik gajah jalan-jalan pusing hutan...Gajah-gajah ni kalau korang nak tahu memang dengar cakap tuan dia...kalau degil akan diketuk dengan tukul besi...Aku rasa gajah ni tak rasa sakit kot..sebab kulit dia kalau korang tengok dekat-dekat memang tebal. dah lah tu bulu gajah ni kasar macam berus dawai....

Seronok gilerr naik gajah Adik dan Fauzan merasalah jadi gembala gajah...wa ka ka...Noi kat atas gajah tu dah macam mem besar...ha ha ha....

Gajah ni bawa kami jalan-jalan dalam hutan sambil menuruni bukit kecil kemudian masuk sekejap dalam sungai....we all memang sangat enjoy pada masa ni....

Cer korang tengok...aksi gajah dengan orang atas gajah tu sama naik....pandai pulak gajah ni berposing....

Setelah hampir lebih kurang 45 minit kami di bawa menaiki gajah...kami di bawa semula ke tempat permulaan kami menaiki gajah tadi...Sampai di sini gembala gajah tu suruh kami beli sebakul pisang untuk diberi kepada gajah yang dah penat membawa kami bertiga pusing-pusing dalam hutan...upahlah kononya...Harga sebakul pisang ialah 50 baht...dalam lebih kurang RM 5....


Kemain laju lagi cik gajah ni telan pisang...kejap jer pisang-pisang ni habis ditelan oleh gajah ni...
Amboiii sakan giler mamat ni berposing...anyway sporting dan suka buat lawak..entah apalah yang dicakapnya, kitorang sepatah haram pun tak faham....nice to meet you...

sempat ambil gambar dengan sang gajah dan gembala gajah....

Sebelum meninggalkan kawasan elephant treckking ni kami berposing-posing dahulu mengabadikan kenangan bersama gajah-gajah ni......

Dalam perjalanan pulang ke Ao Nang pemandu van berhenti di tepi jalan.  Ingatkan kenapa... rupanya dia suruh ambik gambar....cantik uollls tempat ni...Kat belakang tu tertulis Krabi Romantic Road....so nice....

Sempat juga kita satu group berposing kat sini...cantik kan...Tukang ambik gambar ni abang derebar dengan anaknya....tq... tq...suker sangat gambar ni....
Muka-muka ceria dan happy ahli-ahli rombongan Cik Chah....he he he....
Eh....Eh...Eh...nak gi arah mana ni...kanan Ao Nang....Kiri Krabi.....tak kisahlah mana-mana pun yang penting percutian hari ke 3  ni sangat seronok dengan aktiviti yang tidak membosankan...so cuti kali ni ada aktiviti di laut dan ada juga aktiviti di hutan. Next time kalau ada rezeki kitorang nak buat
 water rafting pula....
Keseluruhan pakej pada hari ini 4 aktiviti Hot Stream + Emarald pool + Tiger Cave Temple + Elephant Tracking = 1600 baht (RM 160) tapi kami dapat dengan harga 900 baht (RM 90 )bagi dewasa dan 3 orang kanak-kanak tu kitorang dapat dengan harga 800 baht (RM 80 )sahaja...sangat berbaloi....tapi kena pandai bargain....macam akak....ngeeee.....

Hope Uollsss enjoy baca entry akak kali ni...bukan senang tau nak update blog ni...dah berbulan baru datang mood nak siapkan.....Tq so much....Sharing Is caring.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...