MY FAMILY....MY LOVE....MY HERO....

Wednesday 16 May 2012

Cuti - Cuti Bali - Day 2 ( Menjelajah Bali....)


Jumaat - 16 Disember 2012

Hari ke- 2 di Bali....Seawal pagi aku dah bangun, kemudian mula mengejutkan semua orang kerana pengembaraan kami di bumi Bali ni akan bermula....Breakfast di sini, kitorang just makan kat bilik dahulu sebelum bertolak ke destinasi pelancongan....oleh sebab apartment kami dilengkapi dengan kitchen yang boleh masak, so aku prepare lah breakfast sendiri lagi sedap dari beli kat sana...Aku rasa sepanjang 4 hari kami di bali tak jumpa pun orang jual-jual kuih ker...atau ada gerai-gerai jual nasi lemak atau roti canai...nan ado....diorang kat sana pagi-pagi lagi dah makan berat. kalau nak breakfast macam kat Malaysia kena cari kat McD atau di hotel-hotel...tapi diragui pula kehalalannya,...kalau kat McD memang 100% Halal.

Tepat jam 8.30 bila kami turun di lobi untuk menunggu Pak Ujang...dia dah sedia menanti...Rasa macam 'mem' pula...cepat-cepat dia mengucapkan salam dan terus membukakan pintu kereta...


Destinasi pertama kami ialah melawat ke tempat pembuatan emas dan Perak di daerah Celuk.Pak Ujang membawa kami ke Sari Dewi Gold and Silver collection. Sampai jer di pintu masuk, pekerja-pekerja di sini sedia menanti kunjungan pelancong. Terpegun seketika melihat hasil pembuatan emas dan perak di sini. Sangat halus pembuatannya dan sangatlah berseni....Harga jangan cakaplah memang mahal-mahal sampai juta-juta Rupiah. Aku ni memang tak minat dengan emas-emas ni...cuci-cuci mata sukerlah....


Terpesona dengan keunikan barangan yang dipamirkan...Gelas berkaki bersadur perak ni harganya sebiji dalam 50 USD...Darab 3 lebih kurang RM150.00. tu baru satu kalau 6, korang kalilah sendiri. Aku takut kalu beli nanti jadi barang perhiasan jerlah...Kalau pecah mau menangis dibuatnya...
cantikkan....


 Sebelum datang ke sini kami sepatutnya pergi menyaksikan Tarian Barongan..tapi anak-anak dan Cik Abang tak berapa nak minat, so kitorang skip jer datang ke sini. Selepas melawat ke tempat pembuatan emas dan perak, kami terus menuju ke Pasar Sukawati....Menurut rakan-rakan blogger.barangan yang dijual di Pasar Sukawati adalah lebih murah jika dibandingkan dengan  Pasar Ubud. Boleh tawar sampai separuh harga yang diletakkan. Kalau pergi pagi-pagi minta tawar harga yang kita nak tentu dapat sebab nanti penjual itu akan cakap...."Ya.. ngak apalah Ibu buat pecah telur...."He..he..he...maksudnya kalau kita orang pertama yang beli ia mungkin pembuka pintu rezeki mereka pada hari itu....



Di Pasar Sukawati ni...aku belilah juga T.Shirt Bali buat kenangan dan seluar pendek bermuda  untuk anak-anak bujang. Memang murahlah...sehelai T.Shirt boleh tawar sampai 25 ooo idr. Tapi nak tawar tu kena buat muka ganas sikit....kalau dia tak nak pergilah kat kedai lain...At last nanti peniaga tu akan panggil kita balik....Akak kalau pasal tawar menawar memang expert...


Lagi satu menerusi pemerhatian aku...kat Pasar ni kemain banyak Lukisan-lukisan cat minyak yang cantik-cantik. Orang-orang di Bali ni terkenal dengan hasil kraf tangan yang sangat unik dan berseni....Aku suker tengok hasil lukisan yang dipamirkan...tapi tak beli pun...sebab dah tak ada ruang nak gantung...

Korang Tengoklah sendiri...cantikkan.....Kalau diikutkan hati teringin juga nak beli tapi malaslah pula nanti camner nak bawa balik naik kapal terbang....


Destinasi seterusnya kami dibawa ke Tegalalang kawasan penanaman padi berteres.... cantik gilerrr pemandangan kat atas ni. masa kitorang datang cuaca sangatlah panas, sampai nak buka matapun tak boleh...tapi sebab nak bergambar...layanlah juga....



Mangkuk pecah pelbagai design dan bentuk....memang banyak  kat sini. Biasanya dijual secara set. Hati berkenan tapi bila pegang mak aiii beratnya. Pinggan batu pecah ni aku boleh dapat dalam 100 ribu idr satu set. dalam 3 saiz berbeza.


Kami seterusnya di bawa oleh Pak Ujang ke daerah Kintamani untuk melihat volcano...kawasan tanah tinggi...macam kita berada kat Genting Highland.Kami terus dibawa untuk makan tengahari di sebuah restoran....Restoran Batur Sari yang menawarkan hidangan makanan secara buffet. 70 ribu idr per head. Disebabkan menurut kata Pak Ujang , Restoran ini menawarkan makanan halal dan di sini juga disediakan sebuah Musollah untuk kita sembahyang, akupun setuju untuk lepak kat sini.


Aku rasa ini kali pertama dan terakhir aku makan kat sini. Masakan yang dihidangkan tak menepati selera aku...Macam hampeh jer...Ayampun tulang-tulang jer yang dihidangkan. Dahlah pula tu...kalau nak order minuman tidak masuk dalam pakej dikira harga lain....Aku rasa, kalau aku masak lagi sedap kot....

masa kitorang datang Gunung Kintamani tu masih lagi kelihatan dengan jelas...tapi selang 10 minit kemudian dah tak nampak sebab kabus tebal....Pemandangan kat sini memang cantik, ditambah pula denagan cuaca yang dingin yang tak best makanan dia jer....


Jalan Masuk ke tempat penjualan dan pemprosesan kopi luwak. Penuh dengan tanaman herba yang pelbagai , sejuk jer...kawasan ni. Kitorang berpeluang untuk menyaksikan sendiri bagaimana cara pemprosesan Kopi Luwak dilakukan..Biji kopi Luwak terlebih dibersihkan dari najis Luwak. Seterusnya proses menggoreng biji kopi..semua dilakukan secara tradisional. No mesin-mesin tau...
Mengikut kata Pak Ujang...Ulama di Indonesia telah mengeluarkan fatwa bahawa kopi dari najis Luwak ni halal dimakan kerana biji kopi tersebut mengandungi 3 lapisan dan biji kopi dari najis Luwak itu dibersih dan dikeringkan terlebih dahulu sebelum proses memecahkan biji kopi dilakukan....


Setelah melihat sendiri proses pengeluaran kopi Luwak tersebut kami diberi untuk mencuba jenis-jenis kopi yang lain yang turut dikeluarkan oleh syarikat ini..Kalau nak rasa kopi Luwak kena bayar tau...seteko kopi @ 1 cawan luwak ni berharga 60,000 idr lbh kurang RM 15...Ada BERANI!!!!!

Destinasi seterusnya kami dibawa melawat ke sebuah pura yang terletak tidak jauh dari kawasan Kopi Luwak tersebut. Nama pura tersebut ialah Pura Thirtha Empul...Jika nak masuk kawasan pura ni dimestikan memakai kain berwarna kuning atau ungu....Untuk menghormati pihak pura ni kamipun pakailah juga tanpa ada niat lain tau...


Ukiran di Pintu masuk ke pura ni sangatlah berseni dengan patung-patung dewata nya...Seorang pemandu pelancong menerangkan kepada kami tentang asal usul pura tersebut dan sering dikunjungi pelancong yang hendak menyucikan diri.


Dekat atas bukit nilah tempat kediaman Presiden Indonesia...tapi tak boleh masuk kawasan larangan...




Air yang keluar dari pancuran ni datangnya dar mata air dalam tanah. Menurut kepercayaan masyarakt Bali....kalau mandi disini dipercayai boleh menghapus dosa yang ada...kata dema...... kalau cuci muka dengan air dari kolam ni...muka boleh nampak tambah berseri dan kita akan sentiasa murah rezeki, Wallahuallam....Kita tak boleh percaya benda2 karut ni...Kurafat.

Tempat kat atas ni adalah tempat orang-orang Hindu Bali bersembahyang dan juga tempat mereka membayar nazar...

Salah seorang tourist guide merangkap photographer kami di sini......Sang Putu Eka Saputra unik nama ni...Orang Bali tempatan. Handsome dan padai cakap slang orang Malaysia...

Kolam di tengah-tengah Pura. Airnya yang sangat jernih keluar dari mata air dalam tanah...ikan-ikan yang terdapat dalam kolam ni banyaklah sangat...gemuk-gemuk pula tu....

Tempat seterusnya yang kami lawati ialah Tanah Lot. Tanah Lot adalah sebuah objek wisata di Bali, Indonesia. Di sini ada dua pura yang terletak di di atas batu besar. Satu terletak di atas bongkahan batu dan satunya terletak di atas tebing mirip dengan Pura Uluwatu. Pura Tanah Lot ini merupakan sebahagian dari pura Sad Kahyangan, yaitu pura-pura yang merupakan sendi-sendi pulau Bali. Pura Tanah Lot merupakan pura laut tempat pemujaan dewa-dewa penjaga laut.Pemandangan kat sini subhanallah.... cantik...
 
 Cantik pemandangan di sini...tapi kalau air pasang tak boleh nak datang dekat. Aku seronok pergi ke Tanah lot ni...tempatnya sangatlah happening, pelancong punyalah ramai tak terkata. yang bestnya banyak kedai-kedai cenderahati seperti T.Shirt, key chain, barang ukiran, Fridge magnet dan banyak lagilah....kalau nak tahu kena datang kat sini. he..he..he...

Bergambar di pintu masuk menghala ke pura Tanah Lot.....posing sambil makan jagung bakar yang boleh dipilih dalam pelbagai rasa.....yummy...yummy....

Setelah selesai bergambar...haripun dah hampir senja....tak dapat nak tengok sunset, sebab cuaca tak berapa baik....Penat sungguh berjalan seharian....Kitorang terus cari Pak Ujang dan dinner kami malam tu di "Wong Solo" ayam bakar. Sedap dan menepati selera. Lebih kurang jam 9.30 malam kami terus dihantar pulang ke hotel penginapan....sambung kembali sesi menjelajah Pulau Bali esok.....Penat dah ni....nak cari bantal jer untuk ZZZZ.zzzzzzzzz

....................TO BE CONTINIUE................


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...