MY FAMILY....MY LOVE....MY HERO....

Sunday 21 October 2012

ENVIRO RUN 2012

Sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia Peringkat Kebangsaan 2012
- Ahad 21 Oktober 2012



Salam Uollss....kali ni aku nak cerita pasal Enviro Run 2012 yang telah berlangsung hari ni di Taman Tasik Titiwangsa. Acara larian ini mendapat sambutan dari semua golongan masyarakat dari pelbagai kategori iaitu dari kategori Junior sehinggalah kategori Veteran...

Dah lama aku tak ambil bahagian dalam acara-acara sedemikian. Kali terakhir aku ambil bahagian agak-agaknya dalam tahun 2001/2002...Tetiba pula tergerak hati nak masuk acara larian ni itupun bila tengok rakan -rakan adminku yang lain mendaftar untuk ambil bahagian..

Rasa tercabar pula...so terus daftar nama...(untuk suka-suka ok)...run for free oksygen'..Pada awalnya kemain ramailah kengkawan aku yang seangkatan daftar nak lari sama-sama...at last aku dengan Kak Shah jer...yang lain Nan Ado....
Aku ingatkan dah tak jadi nak ambil bahagian sebab respon dari kawan-kawan yang lain agak hampeh...Tapi awal-awal pagi kak Shah dah call kata jadi walaupun kakak aku yang sorang ni tak berapa nak sihat...Cayalah Kak Shah, semangat camnilah yang kita nak....ada semangat kesukanan yang tinggi...

Kami sampaipun dah nak pukul 7.00 pagi sebab parking tak ada so, kena parking jauh dekat dengan Restoran Nelayan...Kemudian kami terus buat pendaftaran untuk ambil baju dan no peserta...Aku mendaftar di bawah kategori Junior Veteran 36 hingga 45 tahun...dah hampir-hampir nak ke kategori veteran...he..he..he..Menunggu saat untuk dilepaskan. Sempat juga posing tu dengan anak-anak murid...Cayok...Cayok....
                    
                              
Akhirnya setelah berlari sejauh 5 km...aku berjaya menamatkan larian dalam kelompok 50 terbaik...tak tahu dapat no berapa...sampai garisan penamat pegawai yang bertugas hulur medal dan sijil...berbaloilah juga berlari walaupun rasa sampai nak semput nafas ni....
          
Penat memanglah penat...mana taknya, dengan tak pernah training, warm up pun tak buat betul-betul, tetiba terus nak berlari...Sib baik tak injured tapi siaplah...tak tahulah apa akan jadi bila bangun
pagi esok...He..he..he...
Tahniah juga buat rakan-rakan admin yang lain kerana turut berjaya menamatkan larian dikalangan kelompok terbaik....Chong Hwa BOLEH!!!!

Smile girls.....we are the winners
Wajah-wajah ceria setelah menamatkan larian..Kak Shah cakap posing  macam pasukan yang menang 4X 100 meter jer....

 Murid-muridku yang turut mengambil bahagian dalam acara larian ini, korang layan gambar-gambar kat bawah ni ya....layan......


Disamping dapat baju, setiap peserta yang mengambil bahagian diberikan goodies bag dari pihak penganjur yang di dalamnya mengandungi air kotak, air mineral, face towel dan cake sebagai kudapan.....yang menang...at least dapat medal dan sijil penyertaan. Pemenang 1-10 sahaja bagi setiap kategori akan memenangi sebuah basikal 'mountain bike"

Cuti hujung minggu kali ini dapat dimanafaatkan dengan berlari menghirup udara segar dan menghirup oksigen percuma yang tak payah dibayar...selain itu Acara-acara sedemikian dapat memupuk semangat perpaduan dikalangan anggota masyarakat tidak kira bangsa dan agama...

......PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR TANGGUNGJAWAB BERSAMA....

"RAKYAT SIHAT ....NEGARA SEJAHTERA..."



Wednesday 17 October 2012

Bahasa Jiwa Bangsa...

Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat WPKL 2012 - 1 Bahasa 1 Budaya 1 Negara


Bahasa Jiwa Bangsa ....ayat yang sinonim dengan masyarakat kita sekarang ni...tapi berapa ramaikah yang benar-benar memahami dan menghayatinya disebalik kata-kata ini????tepuk dahi..tanya hati....

Pada 16 Oktober yang lalu aku berpeluang menghadiri Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2012 di Auditorium DBKL. Sebenarnya Tn Pengetua yang perlu menghadiri majlis ni..tapi disebabkan beliau ada komitmen lain...akulah yang jadi mangsanya....


Seronok juga bila dapat menghadiri majlis-majlis macam ni...dapat gak release tension dan relax sebentar dengan tugas-tugas pentadbiran...

Meriah juga majlis Pelancaran ni yang dianjurkan bersama oleh DBKL dan juga Dewan Bahasa & Pustaka...tetamu yang datang bukan sahaja dari kalangan wakil Pendidik dan Pelajar, tetapi wakil-wakil dari agensi lain turut mengambil bahagian

                             
Sepatutnya Majlis ini dirasmikan oleh Menteri W.Persekutuan tetapi mungkin YB ada tugas lain yang lebih utama dan penggantinya tak lain tak bukan ialah Timbalannya  Datuk M. Saravanan...memang lawaklah Datuk ni...pandai pula berpantun-pantun...he..he..he...
Aimee dan Anees dua orang muridku yang aku bawa untuk majlis pelancaran ini....masa ambil gambar ni...tak ada orang yang datang lagi...yelah. dalam surat tulis pendaftaran 7.30 pagi..Aku ni sbb takut jam dan takut tak ada parking, datanglah seawal pagi. Tapi bila tengok buku program...hampeh...majlis sebenarnya bermula pukul 9.30 pagi...
Sementara menunggu pegawai yang incharged pendaftaran sampai..kami duduklah diruang legar sambil ambil-ambil gambar....

Bila naik jer tangga menuju ke Auditorium...Pemuzik dari DBKL ni memainkan lagu-lagu sebagai mengalu-alukan kedatangan kami ke sini....Sebelum masuk dalam dewan aku ambil kesempatan pergi breakfast dulu di kafetaria DBKL yang terletak di tingkat 2...dah kenyang baru kitorang masuk dalam dewan...

Masa masuk dalam Auditorium tu...baru pukul 8.15 pagi...awal lagi ni nak menunggu sehingga jam 9.30 pagi...hmmmm. Nasib baik sementara menunggu majlis bermula kami dihiburkan dengan halwa telinga persembahan koir DBKL yang mempersembahkan lagu-lagu pop terkini dan juga persembahan dari kombo DBKL yang memainkan lagu-lagu asli dan lagu-lagu lama...terhibur jugalah dengan persembahan yang dipersembahkan...

Persembahan sketsa dari kumpulan Kebudayaan  DBKL...lawaklah...dengan isu Bahasa dan Remaja zaman sekarang...boleh dijadikan pengajaran oleh pelajar-pelajar yang turut hadir...
Kumpulan Koir DBKL yang tidak henti-henti membuat persembahan dalam majlis ini...tolong abaikan mutu gambar yang tidak berapa memuaskan sebab gambar diambil dari jauh dan telefan aku tidak begitu canggih...he..he...


Rakan lama....guru  Ex Chong Hwa yang kini telah berhijrah ke BTP JPWP...En Ahmad Syukri...Dulu guru Bahasa...kini Penyajak terkenal tanah air...baru-baru ini beliau telah menjuarai Sayembera Puisi sempena Hari Kebangsaan peringkat Kebangsaan...wah...bangga aku dengan kau Syukri...tapi member aku ni sempoi jer...kalau jumpa tetap macam biasa...

Aku nak ceriter sikit tentang Mamat Hitam dari Nigeria ni...Persembahannya memukau hadirin yang datang...Mana tak nya, mamat ni amat fasih berbahasa Melayu walaupun dalam loghat Indon...yang paling aku terpegun ialah kepetahannya berkata-kata dan persembahan nyanyiannya yang sungguh meruntun jiwa.....Beliau telah menyanyikan lagu Sedetik Lebih nyanyian Anuar Zain dan Kau Ilhamku nyanyian Man Bai dengan penuh penghayatan....semua hadirin bersorak sambil bertepuk tangan sebab suaranya memanglah sangat mantopp....


Yang paling aku terkedu bila dia dengan selambanya berkata..."Bukannya susah untuk belajar Bahasa Melayu"...Ayat dan kata-kata dia ni membuatkan aku terfikir....punyalah ramai rakyat Malaysia yang bukan dari keturunan Melayu tetapi tidak semua yang benar-benar nak belajar bagaimana bertutur dalam Bahasa Melayu yang betul....Masih ramai lagi yang PELAT...dan ada juga orang Melayu kita yang cakap Melayu tapi masih gunakan slang....orang puteh...malukan???

Masa Mamat ni nyanyi lagu 1 Malaysia, beliau pegang bendera dan nyanyi dengan hafal lirik Uollss...sedangkan lirik lagu tu berbunyi....Kita Satu Bangsa Kita Satu Negara....(dia bukanpun satu bangsa dan bukanpun satu Negara dengan kita) Kita Satu Malaysia....(sambil dengan bangganya mengibarkan bendera Malaysia) Murid-murid akupun ramai lagi yang masih tak fasih berbahasa Melayu...nak hafal lirik lagu Negarakupun punyalah terseksa...Ini pula warga asing yang datang ke sini mempelajari Bahasa dan Budaya Malaysia....kalau nak difikir-fikirkan balik...malunya...
     
       Aku tetiba jadi ter...admire pula dengan si Chicka Kelchenski dari Nigeria ni...pelajar jurusan Ekonomi dari sebuah Kolej swasta di Damansara...kalau tak silap...Harap-harap warga Malaysia sendiri mampu berusaha untuk memartabat dan memperkasakan Bahasa Kebangsaan dengan cara menunjukkan semangat Cintakan Bahasa Kebangsaan....

Persembahan nyanyian dan tarian dari Kombo DBKL turut menghiburkan...


Majlis tamat lebih kurang jam 12.00 tengahari...setiap hadirin yang datang turut diberi  goodies bag yang di dalamnya ada pack makanan sebagai alas perut...roti,karipap dan air kotak...Pack makan tengahari juga disediakan, Nasi Tomato+ Ayam Masak Merah + Acar Timun...Tq diucapkan kepada penganjur...

Cantik bag ni....Terima Kasih pihak DBKL dan DBP dengan hadiah yang diberi

Aku juga menerima 3 buah buku kecil Koleksi Lembar Bahasa (buku 1) dan (buku 2)....banyak kesalahan ejaan yang kita terlepas panjang...bila baca buku ni baru tahu banyak kesalahan ejaan dan kosa kata yang telah diperbaharui...dan buku ke 3 ialah buku sendi nama....Usaha murni Dewan Bahasa Dan Pustaka harus dipandang mulia kerana sejak ditubuhkan dalam tahun 1956 iaitu sejak sebelum Merdeka lagi...DBP tak henti-henti berusaha untuk Memartabatkan dan Memperkasakan Bahasa Melayu demi Kedaulatan Tanah Air Tercinta......

 "CINTAILAH BAHASA KEBANGSAAN KITA"
-BAHASA JIWA BANGSA-





























Saturday 13 October 2012

Proud To Be A Teacher- Teachers Day In Memories

It's My Day......

Pejam-celik,pejam celik....dah 20 tahun aku mengabdikan diri dalam dunia pendidikan ini...kalau nak ikutkan dah 23 tahun, tapi aku sambung belajar untuk buat my first degree 3 tahun so campur tolak kira 20 tahun lah aku bergelar CIKGU @ IBU GURU @ "LAU SER" nama yang sering bermain di bibir anak-anak muridku....

Yang paling istimewanya...aku telah mengajar di SMJK Chong Hwa dari start aku posting, sambung belajar and than ditempatkan semula di sekolah yang sama....dari anak dara sampai mak dara aku di sekolah yang sama...alhamdulillah aku bahagia di sini with all my lovely friends...


Perkhidmatanku selama 20 tahun mendapat pengiktirafan daripada pihak Sekolah dan Ahli Lembaga Pengelola. Pada Sambutan hari guru tahun 2012, aku mendapat sijil Penghargaan dan wang tunai  sebanyak RM???? terharu kerana khidmat aku di sekolah ini dihargai sedemikian rupa....gembira dengan anugerah yang diterima....
Antara hadiah hari guru yang kuterima....thanks kepada semua pihak terutama my students yang sudi beri hadiah sebagai tanda menghargai jasa kami sebagai guru....
Bergambar dengan sebahagian hadiah-hadiah yang diterima....


Pada  sambutan Hari Guru peringkat sekolah sambutan yang dibuat secara sederhana tetapi meriah....especially persembahan dari guru-guru yang sporting....
Menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 20 Tahun Perkhidmatan di SMJK Chong Hwa...Terima Kasih kepada pihak Ahli Lembaga Pengelola SMJKCH kerana mengiktiraf perkhidmatan AKU di sini....

Barisan Pentadbir SMJK Chong Hwa....Terbaekkkk... dengan tema purple...Tuan Pengetua pun sporting bergambar...tak pakai baju purple tapi....tie purple untuk menepati tema sambutan...he..he..he..
Setiap tahun bila tiba Hari Guru kami akan diraikan oleh pihak Ahli Lembaga Pengelola dan PIBG dalam majlis lunch hi-tea di hotel atau restoran-restoran terpilih .Tahun ni kami diraikan di Nomad Sucasa Hotel & Spa Jalan Ampang...meriah uollsss dengan tema SEMARAK BOLLYWOOD rata-rata guru datang menepati tema...tapi ada juga yang pekak badak...Ada Aku Kisahhhh!!!
Taraaaa.....cantekkk tak akak...he.he..he...terpaksa bagi sokongan dengan Kelab Guru untuk menjayakan majlis ini....
Tabik Spring dengan 2 orang rakan pentadbir aku ni....sanggup pergi beli baju ala-ala bollywood ni semata-mata nak bagi sokongan dengan majlis sambutan Hari Guru ni... cayalah,,,,cantik pula Miss Loh dan Pn Chai dengan pakaian ni....


With My hero Tamil...Mr Chandran yang menang anugerah"King Of Bollywood" ...Peaceee Yo....
Dengan rakan -rakan seangkatan....enjoy sangat pada hari ini...kitorang sporting ambil bahagian dengan game merapu yang dianjurkan...wa....ka...ka...
Apasal pandang-pandang...me and Mr Lee berpasangan kena menari tarian bollywood dan kena menari spontan ikut rentak lagu yang dimainkan...ha..ha..ha...tak sanggup mak tengok gambar-gambar lain, dah kena "sensored" he..he..he...Anyway jangan terperanjat tau...kami pasangan yang menjuarai tarian bollywood spontan tu...kalau ada saper-saper yang nak buat show jemput lah kami ya?????
Tak ingat menang hadiah apa...so happy walaupun nilai hadiah tu taklah seberapa just for fun...Thanks miss Loh...
Kitorang menang beberapa hadiah termasuk hamper...lucky drawpun ada juga....rezeki....
Inilah sebahagian hadiah yang kami menangi....

Full dress akak...Ada cerita disebalik baju ni...Pada asalnya tak plan nak pakai baju ni..Ingatkan nak pakai biasa-biasa jer...tapi tak bestlah pula kan..so..aku ajak anak bujang aku merempit sampai ke Jalan Masjid India untuk beli baju Bollywood ni. Bajet harga tak lebih dari RM100.Alhamdulillah setelah tawaf kat beberapa kedai di Jalan Masjid India ni, akhirnya berjumpalah dengan baju ni yang agak colourfull dan secocok dengan badan akak....Nasib baik sampai juga kat Hotel ni sebab sebelum kami tiba di sini, kami kena kunci kat sekolah yang tak perasan yang aku dan Kak Shah masih ada dalam bilik...hu..hu..hu...nasib baik ada orang bukakan pintu grill. Kenangan yang tak akan aku lupakan.......

berposing dengan adik CT Hawa siap pegang-pegang belon lagi...so nice sebab warna warni....
Sesi Karaoke...Ferrie dengan Miss Loh kalau dapat mic...nyanyi tak hengatt orang lain...
From me & Ct Haslina with Love....Ina menang Ratu bollywood SMJK Chong Hwa...Aku tak menang...tapi menang gelak dengan menang gaya....ha..ha..ha...

Cewahh....ini posing apa ni...gedikz manja....menyampah akak...he..he..he..
Tak cukup posing berdiri...posing sampai duduk kat lantai...melampau minah ni....

Itulah cerita aku pada Hari sambutan "Teachers Day"...Sangat teruja bila jasa kami dikenang sebegini rupa. Walau apapun...bukan hadiah yang kami inginkan ...tetapi cukuplah sekadar mengingati kami dan menghormati kami sebagai insan bergelar pendidik.

"TERIMA KASIH CIKGU!!!!"





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...