MY FAMILY....MY LOVE....MY HERO....

Friday 30 March 2012

From krabi With Love - Part 3 (Trip to Phi Phi Islands)

Day 2 - Selasa 13 Mac 2012

Awal pagi dah terbangun ....Selesai solat dan mandi, aku mula mengejutkan semua orang...Hari ni nak pergi breakfast awal sebab Travel Agent dari Barracudas akan pick up we all kat hotel jam 9.00 am. Teruja nak ke Phi Phi Island especially untuk snorkerling and swimming.....

Lupa nak bagi tahu. Hotel ni tidak menyajikan makanan Muslim, so takut nak makan we All hanya makan roti bakar  + fruits + cococrunch jer. Minuman panas  dan fruits juice itu jer yang berani...Selesai makan jalan-jalan kat keliling hotel. Apa lagi, acara wajib posing cari view yang cantik sambil buang masa menunggu van datang ambil...
Jalan-jalan di depan lobi hotel....kenyang makan roti dan cococrunch...Sempat juga aku posing-posing kat kawasan sekitar sambil melihat kawasan sekeliling. Besar dan bersih..Tempat makan berhampiran dengan pool. Korang tengoklah sendiri rupa pool kat hotel ni....taklah besar sangat tapi dalamlah juga...



Kat lobi Hotel boleh access internet...Lobi besar dan banyak sofa-sofa diletakkan untuk lepak-lepak di sini. Haiqal tak melepaskan peluang untuk turut berposing...he..he..he..


Di lobi ni jer yang wi fi free.1 Jam kalau nak search internet kena lebih kurang 500 baht...mahal korang...

Relax-relax di Lobil Hotel

Yang ini adalah bas pelancong yang disediakan oleh pihak hotel kalau memilih pakej melaluinya...mahal sikit kalau kita bandingkan dengan travel agent di luar...Kalau pilih dari hotel tak boleh tawar menawar .So aku cadangkan ambil jer travel agent kat luar...



Sambil tunggu Travel agent dari Barracudas datang untuk pick up kami ke pantai Ao Nang sempat jugalah kami mencuba kereta Buggy ni...Lebih kurang pukul 8.30 am, sebuah van berbentuk Tuk-Tuk datang dan memanggil nama aku. Apa lagi kami terus naik van ...dalam van tu ada 1 family Mat Salleh dari Germany. Senyum-senyum terus say Hello...



Tuk-tuk ni ada bumbung jer ok...dinding separuh jer....Syok naik kenderaan ni sebab open air....Dalam perjalanan van berhenti di sebuah apartment untuk ambil 1 family. Di sinilah perkenalan kami bermula. Kami berkenalan dengan family Kak Rose dari Singapore....Peramah, sporting and very friendly...

Sampai jer di Tepi Pantai Ao Nang kami diberi penerangan mengenai tempat-tempat yang bakal kami pergi dalam trip ke Phi Phi Island ni...Group kami yang seramai 40 orang ni memakai tanda oren di baju. Senang nak kenal pasti ahli kumpulan kot....


Bersama Family Kak Rose.....Boat baru nak bergerak....posing dulu..
Beginilah keadaan dalam speed boat, Sebelum naik ke atas boat kami diarahkan untuk buka selipar dan pastikan tidak berpasir. pas tu selipar tersebut dimasukkan dalam bakul yang disediakan...Excited ni...tak sabar nak bersnorkerling. Perjalanan kami ke Phi Phi Island mengambil masa selama lebih kurang 45 minit...

 Subhanallah.....cantiknya alam ciptaanmu....

Sepanjang perjalanan kami dapat melihat kecantikan alam semulajadi. Dengan air laut yang membiru, cliff-cliff yang cantik dan pemandangan yang sungguh menakjubkan,,,Subhanallah ...begitu besar Keagungan Mu Ya Allah......


Dari kejauhan....Chicken Island...


Destinasi pertama kami ialah di LOHSAMAH BAY....tempat snorkerling dan menikmati keindahan laut. Memang banyak ikan yang cantik-cantik dan sangatlah mesra alam....Ikan-ikan kat sini jinak-jinak merpati tapi  bila nak tangkap.....pandai lepaskan diri....
Tapi serius aku cakap...dah banyak tempat pergi snorkerling, Bali, Krabi, Pulau Sibu....Redang dan Perhentian tetap di hati. Kat sini kalau aku perhatikan ikan negeri Perak jer yang banyak...hitam belang kuning.Coral banyak yang dah mati, sebab bot-bot pelancong yang keluar masuk tidak membolehkan coral-coral di sini hidup...

Air laut memang jernih gilerrrr.Seronok dapat menghayati keindahan di dalam laut ni...

Kelengkapan snorkerling, life jacket dan marsk memang disediakan....dah termasuk dalam pakej. Kalau korang berminat nak bersnorkerling jangan lupa bawa camera yang boleh masuk dalam air. dapat rakam aktiviti  dalam laut...seriuss cantik...

 Akak kalau dapat berenang, snorkerling....hidup...lama-lamapun tak apa...

Sempat posing lagi....Pihak Barracudas membawa kami snorkerling di 2 tempat. Destinasi pertama di Lohsamah Bay dan tempat snorkerling yang ke dua adalah di MONKEY BAY. Masa di Monkey Bay ni Tourist Guide  hanya suruh kami snorkerling di sekitar kawasan boat berlabuh jer,,,Tidak dibenarkan naik ke Pantai...Dah namanya Monkey Bay...sah-sah banyak monyet...mungkin ganas kot...
Ni gambar anak  aku Dinie..menyelam sampai ke dasar. Thanks to salah seorang guides yang tolong ambik gambar....Kami ada masa satu jam jer untuk snorkerling...masa di Monkey Bay aku jadi Buddy kepada Ika dan Haiqal jadi Buddy kepada Faizah dan Ashraf  anak Kak Rose yang takut nak menyelam dalam laut. So akupun gunakanlah skill yang aku tahu untuk bagi confident pada Ika...akhirnya berjaya juga dia berenang sambil snorkerling...Untuk pengetahuan saper-saper yang teringin nak snorkerling tapi takut....jangan risau selagi korang berenang pakai life jacket...selagi tulah korang tak akan tenggelam. Apa yang penting kena relax...jangan panik atau menggelupur dalam air....Life jacket tu nyawa kita...


Me and Ika....come on Ika....confident....


 Ashraf and Faizah....dah pandai snorkerling...


Baru lepas snorkerling...tak puas ..nak snorkerling lagi...
Anak-anak aku seronok dapat snorkerling dengan anak-anak kak Rose....cepat diorang mesra walaupun anak-anak aku malu-malu...Cukup 1/2 jam...kami dipanggil naik ke atas boat semula untuk ke destinasi seterusnya ke VIKING CAVE....


Viking Cave ni adalah tempat pengumpulan sarang burung  and anxient wall painting. Boat hanya menghampiri kawasan gua dan kami ambil gambar dari dalam boat jer....dari jauh jer dah nampak cantik...Air kat sini memang jernih boleh nampak dasar macam air kat swimming pool...menakjubkan...


Dari jauh tengok dinding gua jer dah excited nak tengok dari dekat.....

Selesai ambil-ambil gambar kami di bawa menyusuri lagoon.lagoon yang cantik dengan air yang sangat jernih macam kami berjalan atas cermin kaca...Tak caya korang layanlah gambar-gambar yang aku dah ambik ni....Nampak macam cetek jer kan...nak tahu dalam ke tak kena terjunlah...Kawasan ni namanya....PILEH BAY....

Jernih gilerrr air laut ...macam tengok dalam kaca...

Akak ambil peluang posing kat belakang speed  boat belatarbelakangkan Lagoon dan air yang tersangatlah jernih tu....

Sempat lagi Minah ni posing maut kat atas boat....jangan jelezzzz  

Dah nampak Pantai kat MAYA BAY.....tempat yang memang jadi tumpuan pelancong kalau ke Krabi ataupun ke Phuket. Pasir yang putih dan halus dengan air yang sangat jernih menjadikan kawasan ni tempat yang sesuai bagi mat-mat dan minah-minah Salleh ni berjemur di bawah sinaran mentari. kalau akak...tak sanggup sebab panas gilerrr. Tengok akak...mandipun pakai spek mata hitam....


Ambil peluang bergambar kat papan tanda ni...dah sampai ya...kat Maya Bay tempat shooting filem Hollywood "The Beach".....


Sempat minta tolong seorang abang dari Singapura untuk ambil gambar kami 1 family....

Sempat jalan-jalan dekat kawasan sekitar pantai. Banyak kemudahan yang disediakan. Restoren, toilet, dan tempat duduk dari kayu-kayu...Jalan punya jalan terpandang sign board ni...Tsunami...terus aku berdoa semoga Allah selamatkan Percutian kami pada hari ini....

Aktiviti kat sini apa lagi....bermandi mandalah....seronok swimming sambil main ombak....Nasib baik cuaca terang dan panas. Masa aku tengok ramalan cuaca sepatutnya masa ni mendung dan hujan, tapi sebaliknya....Alhamdulillah...




Selesai mandi manda...di Maya Bay ni kami berehat dulu kat tepi pantai....Punyalah banyak pelancong yang datang dengan speed boat yang berderet-deret parking di tepi pantai ni..Ada yang berjemur, ada yang mandi dan ada yang hanya suker posing ambil gambar jer....Tengoklah Minah-minah Salleh tu diorang hanya berbikini dan berswimming trung jer...Akak pun pakai juga swimming suit tau.... tapi yang sopan ok....



Cukup jer time...kami dipanggil naik ke dalam boat untuk lunch di PHI PHI DON....Memang sangat lapar sebab dah berjam-jam berendam dalam laut...


Restoren yang luas, bersih dan selesa....
Kami dibawa untuk menikmati makanan tengah hari di sebuah restoren milik orang Melayu Pattani...Semua pekerja majoriti Islam. Kami dihidangkan dengan aneka lauk secara buffet....Makanan kat sini sedap-sedap...menepati selera kami anak beranak...selain nasi, spaghetti pun ada.....Buah-buahan sebagai pencuci mulut dan kuih muih turut dihidangkan...Coffee + tea juga turut disediakan. Lepas makan nasi kena kopi panas dulu....

NASI + IKAN GORENG CRISPY BERSERTA SOS, AYAM MASAK HALIA DENGAN  SOS TIRAM DAN JUGA SALAD DENGAN THOUSAND ISLAND.....Yummy......

Selesai makan, aku ambil kesempatan untuk jalan-jalan di sekitar perkampungan di sini...Ada hospital kecil, jeti, gerai-gerai sourvinir dan banyak kerusi -kerusi beach untuk disewa....

 Layan makan ice cream sambil jalan-jalan...

Selesai makan tengahari...Haiqal dan ayahnya terjun dalam laut semula....sakan diorang ni nak mandi lagi. Aku dan Dinie jalan-jalan menyusuri perkampungan kecil di Phi Phi Don ni...sekerat jalan jer kami berjalan kemudian patah balik sebab tak tahan panas...nak melecur kaki aku dibuatnya. Mana tidaknya...kami hanya berkaki ayam sebab selipar dalam boat...Sempat juga aku beli ice cream kon dekat seorang makcik berketurunan Melayu islam. 1 batang ice  cream tu 20 baht...dalam RM2 jer...

Setelah berada di Phi Phi Don selama 1 jam kami naik boat semula. Kali ini kami di bawa ke sebuah tempat lagi iaitu di BAMBOO ISLAND. Di sini kami diberi masa selama 1 jam 30 minit untuk berehat- rehat sambil mandi manda...Kawasan pantai di sini sangat cantik dengan pasir pantai yang halus dan putih.

 
 Di Bamboo Island....pemandangan di tepi pantai dan atas darat cantik....
banyak pokok-pokok pine....
  
 Di tepi pantai Bamboo Island...

 Kawasan Persekitaran yang bersih....tak ada sampah yang bertaburan.......


Kawasan ini juga adalah kawasan Ranger dimana kelihatan khemah-khemah askar di dirikan. Banyak juga kemudahan asas disediakan di sini. kami lepak-lepak sambil jalan-jalan melihat kawasan sekitar. Memang sangat bersih dan terjaga...Pokok-pokok Pine yang banyak  terdapat di kawasan pantai ni menjadikan tempat ini menjadi tempat tumpuan pelancong.

 Sebab Haiqal kecik...so dia pandai lompat sambil terbang...
disebabkan 1 1/2 jam yang diberi agak lama juga...so datanglah idea dari bapak-bapak suruh anak-anak main teng-teng...Seronok gilerrr budak-budak tu dapat main permainan tradisional yang pernah aku main masa kecik-kecik dulu...Terkekek-kekek kitorang ketawa melihat gelagat ayah dan anak-anak...

  
 Fuhhhhh......From Krabi With love...
Haiqal seronok dapat berkenalan dengan kakak-kakak baru....Boleh jadi kakak angkat...

lepak-lepak kat sini tak terasa 1 jam setengah hampir berlalu. kami dipanggil oleh our tourist guide untuk naik ke atas speed boat.  Dah nak balik dah....
 

 Dah nak balik semula ke Ao Nang....Bye....
Peaceee Yooo....bila lagi berpeluang nak pergi sini lagi...Insyaallah I will come again...

 Turun boat berjalan ke tempat van yang sedia menunggu untuk dihantar balik ke hotel...
Sampai di Pantai Ao Nang tepat-tepat jam 4.00 pm.Hilang rasa penat...sangat enjoy dengan trip hari ini...Berbaloi dan bepadanan dengan harga pakej yang ditawarkan...Harga pakej biasa ke Phi Phi Island ialah 1800 baht untuk dewasa (RM 180) dan 1200 baht untuk kanak-kanak (RM 120) setelah tawar-menawar dengan pihak agent kami dapat harga 1200 baht untuk dewasa  (RM 120) dan 900 baht (RM 90) untuk kanak-kanak. Aku kelentong diorang kata Haiqal belum 12 tahun lagi...He..He... 

 Kakak Faezah and Haiqal.....
Tibalah masanya untuk berpisah...sedeyy...nak berpisah dengan family Kak Rose. Anyway perkenalan kami tidak terhenti sampai di sini. Kini kami dah jadi rakan FB.He..He..He...walaupun jauh tapi dekat di mata dan dekat di hati...Haiqal dapat Kakak angkat baru...Kak Faizah dan Kak Ika....Miss Uollsss


Setelah bersalaman dan mengucapkan selamat tinggal kami naik kenderaan yang dah sedia menanti untuk bawa kami pulang ke hotel...Kali ni lagi menarik...Kitorang naik lori yang dah di modified jadi macam bas pelancong... Perempuan yang pakai baju biru bercermin mata hitam itulah salah seorang tourist guide yang bawa kami ke Phi Phi Island. Peramah dan boleh berbahasa Inggeris...

 Dalam Lori yang dah jadi bas pelancong....
Setelah mengucapkan selamat tinggal kepada mereka, Kami diturunkan di hadapan hotel...Kitorang tak terus balik ke bilik..tapi sambung lagi mandi di swimming pool pulak....Sakan...seharian mandi manda..Tepat jam 6.30 pm aku ajak Abang dan anak-anak naik ke bilik untuk berehat, mandi solat dan nak keluar lagi untuk makan malam dan bershopping... Esok dah nak balik..hu..hu..hu..

Jangan Lupa Baca Entri terakhir aku Di Krabi dan apa yang kami beli sebagai cenderahati untuk di bawa pulang.....Daaaa.....TO BE CONTINUE........

4 comments:

  1. Akak, akak pergi phi phi island nidgn pakej mana ye?

    ReplyDelete
  2. Salam Delia Bizz....Akak pergi phi Phi Island tu kalau tak salah dengan pakej dari "Baracudda"...Boleh survey ngan lain-lain pakej. kalau nasib baik dapat yang lagi murah...

    ReplyDelete
  3. bestnye pegi krabi...nak pegi jugak... tapi tu la.. tak tau bila nak pegi sana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best...next year bulan March nak pergi lagi..kali ni nak explore tempat-tempat yang tak sempat nak terjah...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...