MY FAMILY....MY LOVE....MY HERO....

Saturday 21 April 2012

Netball..Oh...Netball - Melbourne In Memories Part III

Jalan-Jalan Melbourne

Hai Uoallsss.....

Sambung balik entry pasal Melbourne last part....
Tempat lawatan terakhir yang kami kunjungi ialah di Healesville Sanctuary. Satu   kawasan hutan simpan yang banyak menempatkan pelbagai jenis binatang....macam zoolah juga...Tapi kat sini kawasannya agak luas siap ada hospital haiwan sekali kat dalam hutan ni...

 Semua pakai jaket...sebab kat hutan ni cuaca sangatlah sejuk...Akak tak tahan sejuk siap pakai glove lagi...



Hutan ni memang terpelihara...bayangkanlah pokok yang dah berusia beratus tahunpun masih kekal hidup lagi...Akak sempat bergambar dengan pokok yang dah berusia 250 tahun. Punyalah besar sampai tak terpeluk.....


Zoo ni memberi peluang pengunjung untuk melihat haiwan dengan lebih dekat. Haiwan kat sini jinak-jinak...sukerrrnya kali pertama dapat pegang kangroo. Yang ini merupakan anak kangroo, nampak kecil sedikit. kalau mak ngan bapak kangroo tingginya mahu setinggi manusia...

 Pandai pula kangroo ni posing...cam tahu-tahu jer orang nak ambil gambar dia....cute..

Di dalam  hutan ni juga terdapat Hospital Hidupan Liar yang terbesar di Australia...Sangat besar dan dilengkapi dengan peralatan yang canggih...Haiwan-haiwan yang sakit dan cedera akan dirawat di sini.  Bilik rawatan dan bilik pembedahan juga disediakan. First time tengok pembedahan dibuat ke atas haiwan yang mengalami kecederaan. bila doktor lakukan pembedahan kita boleh tengok live melalui skrin tv yang disediakan....


Inilah rupanya bilik pembedahan. Macam bilik pembedahan orang tapi open tak ada tirai-tirai untuk tutup....
Binatang-binatang di sini dijaga dengan penuh kasih sayang...makan minum terjaga...Kebanyakan pekerja kat sini macam tahu jer bahasa haiwan-haiwan kat sini...dan mereka ni sangatlah menyayangi binatang-binatang  ni dah macam ank sendiri...



Dari pintu masuk, kami semua diberi peta perjalanan dan tunjuk arah...nasib baik ada papan tanda dan tunjuk arah ke lokasi-lokasi haiwan tertentu....kalau tak mahu sesat kat dalam ni....Papan tanda kawasan koala bear....kena tengok betul-betul kat batang pokok...Cik Koala ni biasanya duduk di celah-celah batang pokok...Kat sini juga ada pertunjukkan memberi koala-koala ni makan....ada masa-masa tertentu dan penjaga zoo akan bagi explanation tentang koala-koala ni....




Masa ni kitorang tengah tunggu waktu pertunjukkan bagi koala ni makan...cer tengok...asyik membuta jer, dia bangun bila nak makan dan buang air jer....ada satu insiden, tengah asyik tengok koala ni, tak sedar botol air minuman aku jatuh dalam kandang koala tu. Terpaksalah panggil penjaga zoo untuk tolong ambil balik botol air tu...nak masuk takut kena tangkap dek koala comel ni...he..he..he..

Berada di Healesville Sanctuary ni terasa begitu mendamaikan. Dengan cuaca yang sejuk...nyaman dan di dalam hutan ni juga terdapat anak sungai yang mengalir jernih...tiada pencemaran tau...Kami bawa bekal makanan dari rumah.... Sandwich....buah-buahan dan makanan ringan.....


Lama juga kitorang berada kat sini, selain mengexplore kawasan ni kami juga berpeluang menyaksikan pertunjukkan burung helang yang sangat pandai dan patuh pada arahan Tuannya....sambil tu kitorang juga dapat tengok pertunjukkan Boo Merang....


Balik dari Healesville Sanctuary Miss Choo ajak kami pergi melawat Ayah dan Ibu Khaty keluarga angkat yang tinggal berhampiran dengan tempat tinggal kami juga. Pasangan ni sungguh friendly, loving couple dan aku rasa diorang ni sebaya dengan mak dan ayah aku..Kami menghabiskan masa lebih kurang 1 jam di rumah uncle dan aunty. setelah Kak Ngah memberikan survenir berupa kain batik dan kain pelikat kepada mereka kami mengucapkan selamat Tinggal, sebab kitorang dah nak balik Malaysia.....

 Di hadapan rumah uncle dan aunty....yang paling aku geram, di keliling rumah diorang sangat banyaklah bunga-bunga ros yang berbagai warna....rumah diorang ni ala-ala kampung lah....

Sehari sebelum berangkat pulang ke tanah air...aku sempatlah bergambar di sekitar kawasan banglo kami...keliling banglo memang banyak pokok-pokok bunga. Persekitaran memang bersih dan terjaga...
Kawasan rumah memang tidak berpagar.....tapi selamat.


Cik Kak ni kalau nampak bunga hilang ingatan kejap....korang layanlah gambar-gambar minah ni dengan bunga-bunganya.....


Spesis bunga ni memang banyak ditanam di sekitar kawasan perumahan ni...dari jauh nampak macam bunga kertas tapi bukan ...ada warna purple, merah, kuning ....cantik...

                  Bunga ros yang sedang mekar, bau wangi pula tu.....gambar ni diambil                     di hadapan rumah jiran...


Selama 10 hari kami di Melbourne ni banyak pengalaman dan kenangan manis yang aku dapat. Thanks to Netball kerana kalau tidak kerana sukan ini mana mungkin aku diterbangkan ke negara kangroo ni...Thanks juga kepada semua rakan-rakan netball yang sentiasa komited demi memajukan sukan bola jaring ni...Luv Uoallsss so...so...much. Mmmmuahhh!!!! Sedih nak meninggalkan Melbourne especially our new home...



My girlzs...so happy dapat menimba ilmu dan pengalamn di tempat orang. Selamat tiba di tanah air dengan wajah ceria yang terpancar di setiap wajah mereka...Tengoklah barang-barang yang di bawa balik...sampai kena bayar sebab terlebih beratan....hu..hu..hu...Anyway we All sangat enjoy the trip. Semoga W.Persekutuan sentiasa cemerlang dan terus jadi Juara.....

..........THE END........


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...