MY FAMILY....MY LOVE....MY HERO....
Showing posts with label netball. Show all posts
Showing posts with label netball. Show all posts

Thursday, 3 May 2012

Karnival bola Jaring MSSWP (Zon) - 9-13 April 2012

Netball....Oh...Netball

Dah lama tak mengupdate blog ni....biasalah musim-musim nak exam ni sibuk sikit buat soalan, semak soalan, tanda buku dan macam-macam kerja yang rasmi dan tak rasmi.......

kali ni aku nak cerita sikit pasal Karnival Bola Jaring peringkat zon yang telah berlangsung pada 9 April hingga 13 April yang lalu...Seminggu berkampung di University Malaya dan seminggu jugalah sekolah kesayanganku aku tinggalkan.


Karnival yang berlangsung selama 4 hari tu menggabungkan 4 zon serentak bagi 3 kategori umur iaitu bawah 12 tahun, 15 tahun dan 18 tahun...Macam pesta dan sungguh seronok melihat gelagat pemain, jurulatih, urusetia dan juga pasukan yang bertanding pada tahun ni. Setiap tahun muka-muka nilah...yang terpaksa jadi petugas dalam karnival ni.....

Macam biasa...... akak tak adalah tugas lain ....asyik jadi MC jer....bercakap tak henti-henti dari pagi sehingga perlawanan hari tu tamat....He..he..he...sedap sangat ker suara...Anyway akak tak kesunyian kerana Ezan selaku Penjaga masa setia menemani akak kat meja juruacara ni.

Nak citer sikit macamana kami jalankan pertandingan....Perlawanan berjalan serentak di 8 gelanggang dengan hanya menggunakan seorang timekeeper jer...Hon hanya akan dibunyikan sewaktu perlawanan bermula, waktu rehat,mula perlawanan di separuh masa ke2 dan setelah tamat perlawanan. Pengadil hanya akan meniup wisel memulakan game bila mendengar isyarat hon. Jimat sikit tenaga pekerja. kalau tidak kena pakai 8 timekeeper unuk kesemua 8 gelanggang. Penat wooo....jadi MC pula....tak leh nak jalan sana sini kalau tak ada orang cover...Nak pi buang airpun kena budget masa...terkejar2 dan terlari-lari...


Hari pertama pertandingan bagi kategori bawah 18 tahun berjalan dengan lancar...cuaca panas sampai terbakar kulit muka. tapi masuk hari ke2, cuaca tak begitu mengizinkan...pagi-pagi lagi dah hujan. walaupun sebelum game bermula hujan dah berhenti...tapi tengoklah keadaan padang...becak dan dah jadi macam sawah....padang rosak teruk. Thanks pada pengurusan Unit Sukan UM kerana sentiasa tauch up padang dan timbun padang yang dah berlecak tu dengan pasir...Murid-murid apa lagi main dengan lumpurlah gamaknya....

Sebelum memulakan tugas.....sempat lagi berposing..ambil mood sebelum bergerak ke lokasi masing-masing....Watee, Fash, Mai dan Aku.., antara AJK Pembangunan Bola Jaring MSSWP.....


Sekolah akupun hantar juga team bawah 18 tahun. 2 minggu jer latih amoi-amoi ni....Hmmmm....habis ayat aku pujuk depa ni...akhirnya sebab kesian agaknya kat cikgu ni yang asyik merayu kat diorang suruh main, kalau tak malulah.....Congratz girls...akhirnya impian cikgu nak team kita berjaya tercapai juga akhirnya. Thanks to Mazni and Hawa yang sudi tolong akak untuk jadi guru pengiring dan pengurus kepada team ni. I love youlah....


Semoga kemenangan ini menjadi pendorong untuk lebih cemerlang pada tahun hadapan. Chong Hwa BOLEH!!!!


Wajah-wajah kegembiraan jelas terpancar setelah majlis penyampaian hadiah disempurnakan. Cayok Chong Hwa. kita cuba lagi tahun hadapan. Terima kasih kepada semua Pengerusi pengelola yang telah bertungkus lumus menjayakan karnival pada tahun ini, Especially to all my Jawatankuasa Pembangunan Bola Jaring Wilayah Persekutuan. Misi kita baru bermula....Nantikan kedatangan Jun di Kejohanan bola Jaring MSSM 2012 di N9 Darul Khusus.

Sementara menunggu majlis penyampaian hadiah...posing dulu walaupun muka dah nak terbakar sebab cuaca panaslah sangat.....

gambar kat bawah ni teman-teman Otai...dalam Bola Jaring....tanpa diorang semua tak mungkin aku ada lagi dalam Bola Jaring ni.

Bersama teman-teman guru yang terlibat sebagai pegawai pertandingan....posing dulu sebelum memulakan tugas. Akak biasalah....kena ada kat tepi padang bila my Girls bertanding. Diorang mesti nak dengar suara tarzan aku menjerit kat tepi padang sebagai peniup semangat.....He..he..he...


Setelah 4 hari Karnival berlangsung dengan cuaca yang tidak menentu...akhirnya tamat juga Karnival peringkat zon yang berjalan serentak bagi semua 4 zon di W.Persekutuan. Pasukan yang layak ke perlawanan akhir akan mewakili zon masing-masing ke peringkat antara zon yang akan berlangsung pada
23 - 26 April di Kompleks Seri Bintang. Walaupun penat...tapi happy terlibat dalam sukan yang paling aku minati ni..... WASSALAM......................




Saturday, 21 April 2012

Netball..Oh...Netball - Melbourne In Memories Part III

Jalan-Jalan Melbourne

Hai Uoallsss.....

Sambung balik entry pasal Melbourne last part....
Tempat lawatan terakhir yang kami kunjungi ialah di Healesville Sanctuary. Satu   kawasan hutan simpan yang banyak menempatkan pelbagai jenis binatang....macam zoolah juga...Tapi kat sini kawasannya agak luas siap ada hospital haiwan sekali kat dalam hutan ni...

 Semua pakai jaket...sebab kat hutan ni cuaca sangatlah sejuk...Akak tak tahan sejuk siap pakai glove lagi...



Hutan ni memang terpelihara...bayangkanlah pokok yang dah berusia beratus tahunpun masih kekal hidup lagi...Akak sempat bergambar dengan pokok yang dah berusia 250 tahun. Punyalah besar sampai tak terpeluk.....


Zoo ni memberi peluang pengunjung untuk melihat haiwan dengan lebih dekat. Haiwan kat sini jinak-jinak...sukerrrnya kali pertama dapat pegang kangroo. Yang ini merupakan anak kangroo, nampak kecil sedikit. kalau mak ngan bapak kangroo tingginya mahu setinggi manusia...

 Pandai pula kangroo ni posing...cam tahu-tahu jer orang nak ambil gambar dia....cute..

Di dalam  hutan ni juga terdapat Hospital Hidupan Liar yang terbesar di Australia...Sangat besar dan dilengkapi dengan peralatan yang canggih...Haiwan-haiwan yang sakit dan cedera akan dirawat di sini.  Bilik rawatan dan bilik pembedahan juga disediakan. First time tengok pembedahan dibuat ke atas haiwan yang mengalami kecederaan. bila doktor lakukan pembedahan kita boleh tengok live melalui skrin tv yang disediakan....


Inilah rupanya bilik pembedahan. Macam bilik pembedahan orang tapi open tak ada tirai-tirai untuk tutup....
Binatang-binatang di sini dijaga dengan penuh kasih sayang...makan minum terjaga...Kebanyakan pekerja kat sini macam tahu jer bahasa haiwan-haiwan kat sini...dan mereka ni sangatlah menyayangi binatang-binatang  ni dah macam ank sendiri...



Dari pintu masuk, kami semua diberi peta perjalanan dan tunjuk arah...nasib baik ada papan tanda dan tunjuk arah ke lokasi-lokasi haiwan tertentu....kalau tak mahu sesat kat dalam ni....Papan tanda kawasan koala bear....kena tengok betul-betul kat batang pokok...Cik Koala ni biasanya duduk di celah-celah batang pokok...Kat sini juga ada pertunjukkan memberi koala-koala ni makan....ada masa-masa tertentu dan penjaga zoo akan bagi explanation tentang koala-koala ni....




Masa ni kitorang tengah tunggu waktu pertunjukkan bagi koala ni makan...cer tengok...asyik membuta jer, dia bangun bila nak makan dan buang air jer....ada satu insiden, tengah asyik tengok koala ni, tak sedar botol air minuman aku jatuh dalam kandang koala tu. Terpaksalah panggil penjaga zoo untuk tolong ambil balik botol air tu...nak masuk takut kena tangkap dek koala comel ni...he..he..he..

Berada di Healesville Sanctuary ni terasa begitu mendamaikan. Dengan cuaca yang sejuk...nyaman dan di dalam hutan ni juga terdapat anak sungai yang mengalir jernih...tiada pencemaran tau...Kami bawa bekal makanan dari rumah.... Sandwich....buah-buahan dan makanan ringan.....


Lama juga kitorang berada kat sini, selain mengexplore kawasan ni kami juga berpeluang menyaksikan pertunjukkan burung helang yang sangat pandai dan patuh pada arahan Tuannya....sambil tu kitorang juga dapat tengok pertunjukkan Boo Merang....


Balik dari Healesville Sanctuary Miss Choo ajak kami pergi melawat Ayah dan Ibu Khaty keluarga angkat yang tinggal berhampiran dengan tempat tinggal kami juga. Pasangan ni sungguh friendly, loving couple dan aku rasa diorang ni sebaya dengan mak dan ayah aku..Kami menghabiskan masa lebih kurang 1 jam di rumah uncle dan aunty. setelah Kak Ngah memberikan survenir berupa kain batik dan kain pelikat kepada mereka kami mengucapkan selamat Tinggal, sebab kitorang dah nak balik Malaysia.....

 Di hadapan rumah uncle dan aunty....yang paling aku geram, di keliling rumah diorang sangat banyaklah bunga-bunga ros yang berbagai warna....rumah diorang ni ala-ala kampung lah....

Sehari sebelum berangkat pulang ke tanah air...aku sempatlah bergambar di sekitar kawasan banglo kami...keliling banglo memang banyak pokok-pokok bunga. Persekitaran memang bersih dan terjaga...
Kawasan rumah memang tidak berpagar.....tapi selamat.


Cik Kak ni kalau nampak bunga hilang ingatan kejap....korang layanlah gambar-gambar minah ni dengan bunga-bunganya.....


Spesis bunga ni memang banyak ditanam di sekitar kawasan perumahan ni...dari jauh nampak macam bunga kertas tapi bukan ...ada warna purple, merah, kuning ....cantik...

                  Bunga ros yang sedang mekar, bau wangi pula tu.....gambar ni diambil                     di hadapan rumah jiran...


Selama 10 hari kami di Melbourne ni banyak pengalaman dan kenangan manis yang aku dapat. Thanks to Netball kerana kalau tidak kerana sukan ini mana mungkin aku diterbangkan ke negara kangroo ni...Thanks juga kepada semua rakan-rakan netball yang sentiasa komited demi memajukan sukan bola jaring ni...Luv Uoallsss so...so...much. Mmmmuahhh!!!! Sedih nak meninggalkan Melbourne especially our new home...



My girlzs...so happy dapat menimba ilmu dan pengalamn di tempat orang. Selamat tiba di tanah air dengan wajah ceria yang terpancar di setiap wajah mereka...Tengoklah barang-barang yang di bawa balik...sampai kena bayar sebab terlebih beratan....hu..hu..hu...Anyway we All sangat enjoy the trip. Semoga W.Persekutuan sentiasa cemerlang dan terus jadi Juara.....

..........THE END........


Wednesday, 18 April 2012

Netball..Oh Netball...Melbourne In Memories (Part II)


Sambung balik kisah Netball trip aku di Melbourne....

Friendly games dan klinik kejurulatihan di Deakin University Melbourne...tak dapat belajar kat sini tapi dapat masuk ke University di Melbourne ni pun akak dah bangga...kali ni sesi training dengan coach Khaty pula...

Hari ni kami dikunjungi oleh Ketua Unit Sukan JPWP, En Nordin, Kak Noor dan kak Saadiah turun memantau program kami di negara Kangroo ni....


Selepas perlawanan persahabatan dengan pasukan University Deakin, kami ambil kesempatan untuk bergambar sebagai tanda kenang-kenangan dengan players University ni...



Bergambar kenangan dengan Penyelaras Bola Jaring JPWP dan Penyelaras Sukan Putrajaya


Selesai sesi training kami di jemput untuk ke rumah Khaty yang terletak di daerah Geelong...kitorang plan nak lepak-lepak kat rumah Khaty sambil lunch kat sini....kali ni kitorang yang jamu dia dengan makanan kegemaran Khaty and family iaitu nasi Lemak + sambal tumis ikan bilis....saper lagi yang masak kalau tak aku ngan Kak Asiah...habis kitorang bawa semua periuk belanga + kuali sekali ke rumah dia...periuk, kuali sudip, senduk tu kitorang bawa dari Malaysia ok...


Ini dapur kat rumah Khaty...besar dan bentuk macam pulau...kira hari ni dapur ni aku punyalah...Masa gambar ni diambil...kami dah siap masak dah...sambal ikan bilis kak Asiah dah masak dari rumah....suka tengok diorang makan Nasi lemak tu...siap makan dengan tangan lagi...Anak-anak Khaty semua makan pedas...

Masa ni dah selesai lunch...kekenyangan sambil relax2 tengok TV. Pinggan mangkuk kat dapur tu...anak-anak dara aku yang basuh...

Inilah anak bujang Khaty. Sama baya dengan anak bongsuku...masa ni teringat pula kat Haiqal yang badannya separuh jer dari badan anak Khaty ni...

Sewaktu kami berada di rumah Khaty ketika tu hujan turun lebat pula...tak dapat aku nak jalan-jalan kat pantai. Cuaca bila hujan sejukkkk lah sangat. Menggigil kalau tak pakai sweater...


Lepak kat tempat pemanas api....Kebanyakan rumah di sana, alat pemanas semua dah pakai elektrik, dah tak ramai yang bakar pakai kayu macam yang kita tengok dalam citer orang puteh kat TV

Khaty yang sangat Friendly...Tinggi lampai, dan dia juga merupakan bekas pemain netball Australia. Kami sebenarnya sebaya dan nak dijadikan cerita, kami berkongsi  penyakit yang sama SLE....



Di Melbourne ni juga kami berpeluang berjalan-jalan di sekitar bandar....bentuk bangunannya tinggi-tinggi tapi masih ada lagi ciri-ciri bentuk bangunan lama...cantik...



Victoria Market...tempat yang wajib dikunjungi kalau melancong ke Melbourne, Australia...Gambar ni diambil kat pintu masuk. Masa aku jalan-jalan kat sini barulah aku dapat tengok ramainya orang Malaysia kat sini....pandang-pandang kemudian senyum-senyum....

Kami juga berpeluang bershopping di Victoria Market. Disini banyak barangan yang dijual seperti  barang-barang cenderahati, baju-baju, barang-barang makanan dan juga barang-barang keperluan rumah. Semua ada. Kalau nak cari barang-barang yang harganya murah kat sinilah tempatnya. Aku sempat juga membeli sedikit cenderahati untuk adik-beradik dan kawan-kawanku di Malaysia ...Kalau nak beli jangan compare dengan harga barangan kat Malaysia, tutup mata jer...jangan fikir-fikir sebab takut nanti tak jadi beli. Harga barangan dalam AUD. kena darab 3. Kalau 10 AUD X 3= ????kiralah sendiri...He..he..he...

Aku dengan kak Ngah, sakan membeli T.Shirt ....Sebagai survenir untuk kawan-kawan, aku beli jugalah keychain patung kaola dan juga kangroo sebagai kenangan. Tak ada pula dalam gambar..Selain tu aku beli juga FM yang ada pelbagai corak dan bentuk. semua cantik-cantik...

Selimut dari bulu Kangroo..lembut dan cantik-cantik....Gilerrrr nak shopping kat sini. Kawasan tempat jualan ni sangat besar, kalau kat KL macam uptownlah...tapi dijual dalam kawasan berbumbung dan open sikit....



Kat kawasan bandar ni perkhidmatan train memang disediakan. Aku tak berpeluang nak naik train ni. Nanti kalau aku datang semula ke sini, Insyaallah aku akan cuba perkhidmatan ni...Lagi satu nak bagi tahu, kalau drive kat kawasan town ni, kena hati-hati sebab laluan kereta ngan train ni sama jer...satu laluan...


Aku ajak Miss Choo pi cari topi koboi ni. Kalau ikutkan hati...tak ingin nak beli.Tapi request dari suamiku tercinta suruh beli topi yang ada lambang kangroo ni. Diperbuat dari kulit lembu. Korang nak tahu berapa harganya? Kalau kat uptown KL RM 10 hengget dah boleh dapatkan! aku beli dengan harga 60 AUD. Itu dah habis tawar dah...tak boleh kurang lagi. Memang kulit asli. kalau kali dengan duit kita RM180.00. Nasib baik yang minta tu hubby aku. Kalau orang lain fikir 2 x nak beli.He..he..he..




Masa aku berada kat kedai patung-patung ni, akupun belek-belek patung ni yang berbagai bentuk dan rupa. Sambil tu sakanlah suruh Kak Asiah ambil gambar aku.Nak tahu apa yang berlaku...pompuan depan aku yang pakai jeket kulit ni tiba-tiba menjerit suruh aku blah...dari gerai dia. Rupa-rupanya dia marah aku ambil gambar patung-patung ni...nasib baik kamera tak kena rampas...




Gambar pemandangan Kota Melbourne ni Kirah yang aambil dari dalam van dekat highway.......cantik kan...terpaku seketika melihat keindahan kota Melbourne ni.....

On The way balik ke Banglo penginapan......layan pemandangan di kiri kanan jalan.....kalau waktu malam tentu lagi cantik dan happening....Tak berkesempatan pula nak menikmati panorama kota Melbourne waktu malam.....Bandar yang bersih walaupun sesak dengan penduduk.....Insyaallah kalau berkesempatan aku akan datang lagi ke sini....Ok Uolllssss, sampai sini dulu....kita sambung next entry....banyak lagi aku nak cerita...tunggu aku flash back semula kenangan aku di Melbourne....TUNGGUUUU!!!!!!!!!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...