MY FAMILY....MY LOVE....MY HERO....

Tuesday 21 February 2012

Family Day 2012 in Memory (4 - 6 Februari)....Day 3

Isnin - 6 Februari 2012 
 (Hari Terakhir Our Family Day)

Masa berlalu...dah masuk hari ketiga kami Di Ancasa. Ini bermakna hari ini kami semua akan balik semula ke Kuala Lumpur. Kalau boleh nak sambung cuti lagi tapi komitmen kerja tidak membolehkan aku berbuat demikian.


Pagi ni selesai jer..breakfast kami dah mula berkemas-kemas. Operasi cari barang masing-masing. Anak-anak sibuk dok mandi kolam main-main air dengan sepupu-sepupu diorang. Kalau dah berkumpul..hmmm hiruk pikuk jadinya...


Pagi ni aku tengok Ayah bukan main bertenaga lagi...Pagi-pagi dah bersiap nak ikut aku pergi beli sarapan. tapi masa tu aku dah keluar dengan Kak Ida. So aku bagi tahu abang-abang ku yang lain suruh bawa Ayah pergi jalan-jalan bagi dia rasa happy. Lebih jurang dalam kul 11.00 pagi kami menerima tetamu lagi...Pak Cik Ali, Best Friend Ayah yang dah macam adik beradik. Bukan main seronok lagi diorang berjumpa. Thanks Rohaya..kerana sudi datang jumpa Ayah dan kami di PD ni.

 Ayah dan Pak Cik Ali...Best Friend Forever
Selesai jer berkemas barang-barang, beg-beg dan segalanya lebih kurang kul 12.30 tgh, kamipun mula membawa semua barang-barang untuk dimasukkan ke dalam kereta. Sebelum balik sempat juga aku dan Kak Tipah berposing tepi kolam renang. Bila semua dah turun kami bergambar ramai-ramai sebagi kenangan.....bukan senang nak bergambar ramai-ramai ni. Kalau adapun time raya jer. Itupun susah nak kumpulkan semua ahli keluarga...

sempat posing kat tepi kolam....sebelum meninggalkan Ancasa
 Ibu dan Anak....


 My big family
Sebaik-baik saja selesai urusan check out, kamipun bertolak meninggalkan Ancasa All Suites & SPA Port Dicksons dengan seribu kenangan manis. Konvoi kami semuanya 7 kereta dan 1van kemudiannya menuju ke Restoran "Mak Mah" berhampiran pekan PD. Lauk pauk di Restoran ni kebanyakannya lauk-lauk kampung dan menunya memang agak meriah. Oleh kerana group kami ramai, so terpaksa duduk di beberapa meja yang kami gabung sendiri. Setiap orang pilih makanan masing-masing. Air aku order guna pakai jag yang besar jer sebab kalau nak layan tiap-tiap orang order air...alamat lambatlah. Selesai makan tengahari  Masri belanja kitorang semua makan ais krim. "Cornnetto"ok. Habislah...aiskrim kat dalam peti tu...Bila masa nak bayar, apa lagi..akulah yang kena settlekan bilnya sebab akukan Bendahari Kehormat.He..he..he..Makan kat sini not badlah...lauk ok..sedap dan harganya memang berpatutan. Kitorang makan jumlah semuanya 35 orang = RM242.00 jer. Kenyang gilerrr...Alhamdulillah.
 Berselera nampak Ayah dan Mak makan....
 Kekenyangan...

 layan makan ais krim dulu....Thanks to Pak Teh...
Habis makan, kami teruskan perjalanan pusing-pusing kat pekan PD. time tu cuaca amatlah panas terik, nak berhenti kat pekanpun aku rasa tak ada yang menarik. Akupun pakat dengan yang lain-lain kitorang ikut jalan lama menghala ke Lukut. Oleh kerana hari masih awal lagi,so kitorang singgahlah dulu di kota Lukut yang aku sendiripun tak pernah sampai hanya tahu sejarahnya aje. Sebenarnya kat Kota Lukut ni ada Muzium, tapi kena panjat anak-anak tangga baru sampai kat Muzium ni. Kitorang terus naik kereta sehingga ke puncak bukit dan di situ rupa-rupanya ada dibina menara tinggi yang boleh nampak kawasan sekitar Lukut. malangnya kawasan ni tak berjaga.Kawasan bersemak dan pondok-pondok yang dibina dah nak reput. Snap-snap gambar pas tu kitorang meneruskan perjalanan semula. Korang nak tahu kat mana destinasi kami seterusnya.....

 Di Atas Puncak Bukit Kota Lukut....posing kat Tangga menuju ke Muzium

 Kawasan dalam Kubu yang di Bina....dalamlah juga...
 Tertarik dengan tunggul pokok yang ada kat atas puncak bukit ni...unik..
Dah terlanjur ikut jalan lama menuju ke Sepang...kitorang pakat dulu singgah kat Bagan Lalang. Aku hanya selalu dengar nama jer...tapi tak pernah sampai kat sini. Bila sampai jer....Ya Allah ramainya manusia yang datang bercuti macam kami ni...
santai-santai petang di Tepian Pantai Bagan Lalang
 Inilah anak dara yang aku ada buat setakat ni dalam family besar aku....yang lain semuanya hero
Tempat ni taklah seperti yang aku gambarkan....macam tak best...rupa-rupanya  best woooo. Pantainya lapang, ada tempat-tempat duduk untuk orang bersantai dan selamat untuk budak-budak mandi. Kitorang apa lagi cari port yang sesuai terus bentang tikar. 
 Excited nak main layang-layang tapi akhirnya layang-layang tersangkut
 Aktiviti pantai...bola sepak ... ayah + anak....
Sewa basikal bermotor...1/2 jam RM 20....seronok pusing-pusing pantai.
 Ramainya orang yang berkunjung ke pantai
Cuaca petang tu cantik sangat walaupun pada awalnya gerimis. Budak-budak lelaki ada yang main layang-layang, yang besar-besar tu + yang tua-tua.... main bola sepak pantai. Kesian bola tu aku tengok, sampai bercerai kulit dari badan hingga tinggal tiub jer...Kitorang lepak kat pantai Bagan Lalang ni sampailah senja.Kat pantai ni yang menariknya ada kemudahan bilik air, toilet, surau, gerai-gerai jualan dan juga Restoran makanan laut. Kalau nak campingpun aku rasa sesuai..

                                                          suasana senja di Bagan Lalang

Lepas maghrib jer kami bertolak pulang ke Kuala Lumpur......Awalnya konon-konon nak makan malam kat Restoran ikan bakar di Bagan Lalang ni.....tapi Mak Aiiii orang punyalah ramai. Tempat duduk semua dah kena booking. Pas tu pula nak pilih ikan jer beratur panjang sampai berlengkok-lengkok barisan. Akhirnya kitorang decide keluar dari situ dan singgah jer kat mana-mana restoran dalam perjalanan nanti.

Masuk jer pekan Sungai Pelek, Sepang kitorang nampaklah terpampang papan tanda tulis Medan Selera Sungai Pelek. Apa lagi...masing-masing dah lapar so kitorang berhenti kat restoran tersebut. cam biasalah kan...sebab kitorang ramai...sambung meja untuk muatkan kitorang 35 orang.


Kalau nak ikutkan... hanya satu jer Restoran kat situ yang ada masakan panas...so akupun orderlah makanan untuk makan malam ni.....Not bad jugalah...antara menu kami malam ni...Ikan Siakap 3 Rasa. Ikan Siakap Stim, Kembung 3 rasa dan Masak Pedas. Kailan goreng ikan masin, ayam goreng kunyit, telur dadar, Daging masak merah dan Tom Yam Seafood.....meriahkan...Air aku order Air tembikai 1 Jag besar, Teh O Ais 2 jag, Teh Tarik 2 Jag....+ Air kosong...nasib baik makanan cepat sampai. Sementara tunggu makanan sampai kitorang order dulu keropok goreng...sekejap jer hayat nya...letak jer habis. He..he..he...
 Ayam Goreng Kunyit dan Daging Merah
Tom Yam Campur
 Siakap 3 Rasa

 Telur Dadar

Selesai jer makan....akupun settlekanlah bil makan malam hari ni...Nak tahu berapa aku kena bayar untuk makan malam kali ni......RM 426 hengget....kira ok jugalah...Thanks to adik aku Cik Nah yang sponsor sebahagian makan malam kali ni...Oleh kerana haripun dah nak menjangkau kul 10.30 malam kamipun bersalam-salamanlah sesama sendiri kerana ada diantara konvoi kami nanti akan terus balik rumah masing.masing...Hu..hu..hu..sedih dah nak balik...tak tahu lagi bila boleh jumpa dan kumpul ramai-ramai cam ni. Yang aku paling seronok bila tengok Ayah yang selama ni tak lalu makan dan tak ceria tiba-tiba jadi gembira dan berselera untuk makan. Alhamdulillah itu yang aku mahukan...

Terima kasih kepada semua adik beradik ku yang sudi melapangkan diri untuk join Family Day kali ini. Ada rezeki, ada umur yang panjang, Insyaallah next year kita berkumpul lagi ramai-ramai dengan  bilangan ahli keluarga yang akan bertambah.

Maaf kupinta jika ada sebarang kekurangan dan kecacatan dalam menjayakan Family Day Hj Mohd Yusof  dan Hjh Mariam ni. Semoga ikatan kekeluargaan kita akan tetap utuh dan berkekalan hingga akhir hayat.....Mmmmmuahhhh Love You All.


-THE END-







Saturday 18 February 2012

Family Day 2012 in Memory (4 - 6 Februari)....Day 2

Salam semua....

Hari ni baru berkesempatan nak mengupdate blog. "Kebusyan" ku dengan kerja-kerja pentadbiran di Sekolah ditambah pula dengan buku yang berlambak-lambak untuk ditanda menyebabkan aku tak ada masa langsung untuk berbicara di blog ni. Ha......sekarang ni baru ada free time.


AHAD - 5 Februari (Hari Ke 2)

Pagi-pagi lagi aku dah bangun untuk keluar mencari makanan untuk breakfast pagi ni. Aku, Cik Nah, Kak Ida dan Omar keluar mencari apa-apa yang patut untuk minum pagi ni. Aku dah plan malam tadi apa menu yang nak dihidangkan....So we all belilah Nasi Lemak bungkus, Roti canai, Lempeng Kelapa + Sambal tumis. Kat rumah Mai, Didie, kak Tipah siapkan apa yang patut.Sandwichpun ada juga. Meriah juga menu makanan untuk breakfast pagi ni...

Selesai makan apa lagi our next aktiviti untuk pagi ni ialah Sukaneka. Wan & Mus selaku AJK sukan pagi-pagi lagi dah pergi membooking tempat. Awalnya kami bercadang nak buat sukan ni di tepian Pantai..bila tengok tempat cam tak sesuai jer...So we all decide buat kat Padang Ancasa jer...Tempatnya lapang, ada pokok-pokok untuk kami duduk-duduk. Lagipun Ayah dan Mak taklah berjalan jauh. Kebetulan pula pada hari tu ada team lain juga yang turut mengadakan Family Day...company mana aku dah tak ingat.....Meriah jugalah kat padang tu...Wan dah kepung kawasan kitorang dengan tali keselamatan. Kira kawasan kamilah tu..
 Nilah kawasan kepungan kami kat tepi padang...bawah pokok & dekat ngan
 swimming pool
Anak-anak semua dah excited nak bersukan.....setiap family ada tema warna masing-masing so semua ahli dalam keluarga tu mesti pakai warna yang sama. Ajk sukan sibuk buat persiapan acara-acara yang hendak dipertandingkan. Akupun excited juga, seronok pula ambil bahagian sebab dah lama tak join sukan cam gini...
Kumpulan-kumpulan yang mengambil bahagian Atas kiri...Kumpulan The Blues Haru Biru., Family aku The Balck Hawk, dari bawah kiri...Kumpulan The Orangies dan Kumpulan The Red Giant






Dari kiri..Kumpulan The Green Hornet, Kumpulan Yellow Hat dan yang hujung sekali The Snow White...Semangat berpasukan. cayok..cayaok..cayok...



      Antara AJK yang yang bertugas .....Orang kuat selaku Chif yang baju kuning tu...congrats, good Job



Acara sukaneka pada hari tu meriah sungguh...especially budak-budak ,bersungguh2 nak menang. Sebenarnya hadiah diorang sama jer...he..he..he..Team anak-anak dibahagikan kepada dua kumpulan kumpulan 1 "The Boboboiii" manakala kumpulan 2 "Upin & Ipin".

Kumpulan Boboboii - Haiqal,Farhan,Athirah, Faymie & Asyraf
 Kumpulan Upin & Ipin - Aliff, Harris, Iqbal, Tinie,Ariff, dan Raiqal
Bila acara bermula jer....terkekek-kekek kami ketawa tengok gelagat para peserta...Ayah dan mak turut senyum-senyum bila tengok aksi cucu-cucu, anak dan menantu. Antara acara yang dipertandingkan Bawa bola ping pong dengan sudu, kepit belon, bola keretapi (acara kanak-kanak) Lari membawa guli dengan chop stick,tiup belon, (acara lelaki) Muzik Chair, Isi air dalam botol (Wanita) Baling belon air,Kembar Siam (berpasangan) dan Mencari ahli keluarga yang hilang (Family)

Aksi-aksi menarik semasa sukaneka berlangsung

Semasa acara sukaneka ni yang paling kelakar adalah acara muzik chair dan acara tarik tali...punyalah excited nak menang dalam acara ni, sampai jatuh-jatuh dan yang paling kelakarnya kerusi pecah sampai 3 kerusi...itulah penangan kalau ibu-ibu yang ambil bahagian...Yang jadi juara Mai dari kumpulan The Orangies, Kak Tipah dari Kumpulan Green Hornet di tempat ke 2 manakala Cik Nah dari kumpulan The Blues Haru Biru di tempat ke 3. Happening sungguh. Aku menang juga...menang gaya jer..he..he..he..
 Kerusi pecah.....angkara Cik Nah & Mai.....
selesai ajer acara terakhir....tarik tali yang akhirnya dimenangi oleh kumpulan ibu dan bapa kerana kumpulan anak2 salah pasang strategi...padan muka kalah...., aku terus keluar mencari makanan untuk makan tengahari ni...yang lain-lain layan anak-anak di kolam renang. Hari tu kitorang lunch lewat sikit sebab masa nak balik dari pergi beli lauk, jalan ke Teluk Kemang jam gilerr...

Masa kat Pekan PD jumpa pula dengan Family Pak Cik Dobok. Kitorang terus kejar kereta dia dan ajak mereka semua ke Ancasa jumpa ngan mak dan Ayah. Kebetulan Pula dalam masa yang sama, Kak Lang dan Abang Langpun singgah juga....apa lagi meriahlah hari tu dengan tetamu yang tak disangka-sangka....

Seronok lunch hari ni, makan rebut-rebut...yang penting semua happy dengan makanan yang terhidang. Ayam panggang, gulai kemumu, kari kepala ikan, ulam-ulam sambal belacan dan telur dadar....

Dah penat bersukan...apa lagi makan time. Seronok makan ramai-ramai sambil rebut-rebut..Tq juga buat Pak Cik Dobok & family, Abang Lang dan Kak Lang yang sudi Join kitorang pada hari ni...
Habis makan, di sebelah petangnya acara bebas...apa lagi kitorang yang pompuan2 pakat mandi laut. Masa ni orang punyalah ramai, dah macam pesta pantai aku tengok. Pas mandi laut kami bergerak pi mandi kolam pula. Lebih kurang pukul 6.30 pm aku naik ke apartment nak get ready masak nasi goreng untuk juadah malam ni. Ajk BBQ dah get ready nak hidupkan bara...masa petang ni ada sedikit kekecohan berlaku pasal tempat yang kami dah booking...tapi akhirnya settle.
Selepas solat Maghrib....kami semua turun ke kawasan BBQ yang kami dah booking. Malam ni ramai juga orang yang sewa tapak perkhemahan kat kawasan ni. kalau nak sewa tapak jer di kenakan bayaran RM 25.(khemah sendiri) Kalau sewa dengan khemah sekali RM45. Kitorang tak sewa tapak khemah tapi just sewa tapak untuk buat BBQ. seorang kena caj RM 3.kami semua dalam lebih kurang 30 orang tak termasuk kanak-kanak. Sewa tempat BBQ dikenakan caj RM 30. kalau nak ikutkan, mahallah juga tapi disebabkan kemudahan toilet, lampu dan dekat dengan pantai tempat ni kira oklah....
AJK BBQ....penat nampak. bakar tu jangan sampai rentung.

Sambil makan-makan, aktiviti malam ni ialah penyampaian hadiah kepada pemenang sukaneka pagi tadi. Lupa pula nak bagi tahu. hamper-hamper ni dapat sponsor.Thanks to Pak Ngah Ayob dan Omar yang telah berusaha mencari sponsor. Tak lupa juga pada Mai yang telah sponsor sebahagian perbelanjaan beli hadiah ni. Jasamu ku kenang...

 Sebahagian pemenang acara Sukaneka dan Keluarga Bertuah (lucky draw)....tengah susun2 hadiah baru perasan ada 2 palastik bag hadiah tertinggal dalam kereta MyVi ku...Sorry tak sengaja. Potong stim betul....tapi tak pe,hadiah tu telahpun disampaikan sendiri kepada penerimanya sebaik tiba di Kuala Lumpur
 Bialalah saat-saat begini akan muncul kembali....Insyaallah..next year
Selesai makan, berposing-posing dan penyampaian hadiah, kami mula berkemas untuk pulang semula ke Apartment. Ayah dan Mak kitorang bawa balik naik kereta. Yang lain-lain jalan kaki jer sebab pantai dengan apartment tak jauh pun..Majlis malam tu tamat lebih kurang jam 11 malam.Yang bujang2, ada agenda tersendiri....apa lagi memancinglah...Anyway...semua orang happy sebab boleh dikatakan semua dapat hadiah. Terima kasih kepada Abang lang dan kak Lang yang sanggup tunggu sampai malam, join BBQ pada malam ni. Malam ni juga diorang berdua balik ke KL....

Selesai jer berkemas malam tu...aku yang keletihan sejak dari siang tadi terus terlena dibuai mimpi...Esok percutian kami akan berakhir....Rasa nak sambung lagi, tapi tak dapek nak menolong....cuti dah nak habis...hu..hu..hu...


Monday 13 February 2012

Family Day 2012 in Memory (4 - 6 Februari)....Day 1

Salam semua...
kali ni aku nak cerita pula pasal Family day aku sewaktu cuti bersambung - Maulidur Rasul dan Cuti Thaipusam + cuti Sabtu & Ahad. Rancangan mengadakan family day ni dah lama tapi semuanya tiada kelapangan. Dengan anak exam...cuti tak dapat dan macam-macam sebab lagi...So pada sambutan Tahun Baru di rumah mak dan ayah aku 1 januari lalu terkeluar pula dari mulut aku tentang Family Day ni sebab rasanya dah agak lama tak buat. Akupun menyuarakan cadangan kepada adik beradik ku yang lain tentang cadangan aku nak buat Family day pada cuti bersambung Februari nanti.


Asalnya memang aku dah cadangkan tarikh ni dari tahun lepas lagi tapi adik Iparku bagi tahu mereka tak boleh nak join sebab nak bercuti ke Gold Coast. So cadangan tu aku simpan..tetiba pada Cuti tahun baru tu dia bagi tahu, rancangan Percutian ke Australia tu terpaksa ditunda atas sebab-sebab tertentu. Aku apa lagi terus suarakan balik cadangan tu...Alhamdulillah semuanya nampak setuju pada tarikh tu so kamipun mulalah operasi mencari tempat yang sesuai.


 Akupun terus buat senarai AJK untuk hari keluarga tersebut. Kami bermesyuarat secara email dan online jer....Boleh dikatakan semua challet dan penginapan lain dah fully booked akhirnya kami dapat di Ancasa PD tapi harganya semalam utk apartment 2 bilik mak oiiii RM 526. sedangkan rate biasa dalam RM 330 jer...Nasib baik adik ku Mejar Omar sering mengadakan seminar di sana so dapatlah diskaun dari RM 526 ke RM 350. kami booked 3 Apartment 2 bilik yang boleh sumbat 35 orang semuanya...seronok tidur lambak-lambak...Family Day kali ni kami plan buat dekat-dekat jer sebab ayahku memang uzur tak berapa sihat begitu juga mak aku yang tak larat sangat untuk berjalan jauh. Bagi aku dekatpun tak apa asalkan semua adik beradik dapat berkumpul bersama.


Dalam masa sebulan sebelum tarikh tersebut tiba ,kami adik beradik dapat berjumpa 2 kali untuk bincang apa yang patut terutama aktiviti yang akan diadakan pada hari keluarga tersebut.




Pada 4 Februari 2012 (Sabtu) semua ahli keluarga berkumpul di rumah Ayah kecuali adikku Cik Nah yang akan terus ke PD. Setelah urusan penyusunan barang dalam kereta, lebih kurang pukul 10.30 am, kami bertolak ke Port Dickson.Aku tengok pada hari tu Ayah dan Mak happy sangat sebab nak pergi jalan.Akupun happy juga tengok diorang berdua excited nak memulakan perjalanan. Dari Gombak kami berkonvoi 6 kereta. Lupa lak aku nak bagi tahu. on That day aku terpaksa pergi lewat sikit kerana terpaksa menghadiri majlis perkahwinan sepupu suami ku. Terpaksa layan juga kang merajuk tak nak pula pergi Family Day. he..he..he..


Pada hari pertama family day tersebut kami pakat-pakat semua family mesti masak sejenis lauk. aktiviti pertama ialah Makan Tengahari @ berkelah di tepi pantai sambil makan ramai-ramai. Meriah....Memang banyak lauk pauk yang dibawa sampai tak sempat nak habis sebab kekenyangan.
Ayah dan mak bersantai-santai sambil makan ice cream...so sweet...

Aku tiba di Ancasa dekat pukul 3.00 petang. Masa tu adikku Omar selaku AJK penginapan dah uruskan urusan check in. Masa aku tiba di Pantai Purnama diorang dah pack barang2 makanan semula untuk check in hotel....Budak-budak tak menyabar nak mandi kolam..

                                 Mesyuarat tergempar.....apa plan surprise party malam ni...

Nilah Apartment yang kami dapat. Semua di Tingkat 3. Aku tinggal serumah dengan Abangku yang sulung di Apartment 304, Didie,Fifie, Omar, Mak dan Ayah serta keluarga masing-masing di Apartment 307, manakala Cik Nah dan Ayob serta family di Apartment 306. Kami dah bagi-bagi rumah ikut bilangan ahli keluarga. Apartment aku jadi tempat lepak dan mesyuarat. Apartment 306 tempat makan-makan dan Apartment 307 tempat solat. Adilkan....
Sambil ibu bapa meeting,  anak-anak pun mesyuarat juga
korang bincang apa ya....



Dah selesai punggah barang dari bonet kereta kami mesyuarat kejap, bincangkan aktiviti malam nanti dah lari sikit dari scedule...Mulanya makan malam kami rancang di salah sebuah restoran yang kami nak tempah tapi disebabkan lauk2 banyak lagi kami decide beli jer lauk  untuk tambahan dan kami buat di Apartment jer sebab ada surprise parti untuk mak dan ayah.


Tepat jam 7.00 pm kami dah  mula bersiap sedia untuk solat Jamak maghrib & Isyak berjemaah diketuai oleh adik iparku Hj Masree Theeran. Pada malam ni juga kami beramai-ramai mengadakan majlis bacaan Yassin dan Tahlil memohon agar keluarga kami sentiasa dalam keadaan selamat dan tak lupa juga kami mendoakan agar Ayah dan mak sentiasa diberi kesihatan yang sempurna, dipanjangkan umur dan sentiasa dimurahkan rezeki....


Selesai majlis tersebut...apa lagi kami bergerak ke Apartment 306 untuk makan malam....amboi....banyaknya makanan....seronok juga makan rebut-rebut ni...
Ayam Goreng kunyit dan Ikan Siakap 3 Rasa
Udang & Sotong Goreng Tepung Dan Ikan Siakap Stim...

                                 meriah betul lauk malam ni + lauk-lauk siang tadi yang 
                                 dah kami panaskan. Asam pedas, sambal tempe goreng,
                                 ayam goreng berempah + sambal belacan dan ulam-ulaman..

Lupa pula aku nak bagi tahu. Tadi aku kata ada surprise party untuk ayah dan mak kan...Pada 2 Februari yang lalu adalah merupakan Hari Ulangtahun Perkahwinan Ayah dan Mak yang ke 50. Petang tadi Aku Ayob dan Abang Yahya cari kek sampai satu PD. Akhirnya jumpalah Kedai Kek kat Pekan PD. nasib baik sedap...Korang layanlah gambar-gambar ni dan daripada gambar ni aku dapat rasa begitu gembiranya ayah dan mak melihat anak-anak meraikan Ulangtahun Perkahwinan  mereka...hu..hu..hu...so touching.



Kek yang kami beli siang Tadi. Blueberry cake....sedappp









Selesai jer makan malam...aku dan Cik Nah bawa keluar kek ni dan letak depan ayah dan mak. Semua anak-anak dan cucu-cucu ramai-ramai nyanyikan lagu "Allah Selamatkan Kamu" khas untuk Ayah dan Mak. Aku lihat ayah dan mak terharu dengan sambutan Ulang tahun Perkahwinan mereka...Riuh rendah suara cucu-cucu dengan gelak dan tawa bila Atuk cuba nak suap kek kat nenek...he..he..he..

                                 Amboi-amboi..... sukerrrnya Raiqal tengok atuk dan nenek ...

Masa malam ni kami decide bagi hadiah yang kami dah beli dari KL.Hadiah tu taklah mahal...murah jer...harga aku rasa tak penting bagi diorang tapi nilai kasih sayang yang anak-anak tunjukkan itu yang paling berharga. Dah lama aku tak tengok ayah dan mak seceria ini, tambah-tambah lagi hampir semua anak-anak dia ada kecuali Din...tak dapat datang kerana ada urusan...


                                 seronoknya ayah dan mak dapat hadiah...eeeee yang si kecik tu
                                 excited pula nak tengok apa hadiah Atuk...
                                 Atuk tengok nenek dapat handbag...atukpun dapat 
                                 set tali pinggang ,wallet dan pen.....sukanya nenek...

Selesai jer acara potong kek dan pemberian hadiah, acara aku dan my hubby pula potong kek in advanced...Anniversarry kitorang jatuh pada 23 Februari ni manakala Abangku Ayob pada 22 Februari...kitorangpun tumpang sekaki celebrate hari ulangtahun Perkahwinan kami yang ke 22....semoga kebahagiaan menjadi milik kita yang abadi.....

                                 Happy Anniversarry....to both of us....Semoga Allah panjangkan 
                                 jodoh dan berkekalan hendaknya hingga ke hujung nyawa...
                                 Tarikh kahwin kitorang selang sehari jer.....Happy Anniversarry
                                  to my beloved brother and Sister  - Ayob & Rohaidah

Malam ni kitorang happy sangat....enjoy makan-makan sampai senak perut dan enjoy bergambar sakan dengan aksi-aksi yang menarik....he...he..he...


                                    Anak-anak....Sorang jer tak ada dalam gambar....Cik Din...
Anak-anak dan Menantu...

Yang ni cucu-cucu....seramai 20 orang + seorang lagi coming soon. Dalam ramai-ramai ni semua lelaki kecuali ada 2 jer puteri sebagi penyeri taman...



                                 Anak saudara yang paling comel....Amir...
Selesai jer sesi makan-makan dan sesi bergambar....Aktiviti seterusnya bagi yang kaki pancing apa lagi memancinglah...umpun-umpun dah beli siang tadi + sotong dan udang untuk buat umpan....Omar,Fifie, Mus dan Mai....ada agenda tersendiri karaoke...Aku, Kak Tipah dan pompuan-pompuan lain tu...habis jer berkemas terus zzzzzzzz. Esok banyak lagi aktiviti yang menanti...

   -Nantikan kisah seterusnya dalam Family Day in Memori - Day 2
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...