MY FAMILY....MY LOVE....MY HERO....

Friday 19 April 2013

MEDAN - LAKE TOBA - DAY 3


Puncak Gundaling - Brastagi Buddhist Temple - Restoran Lubuk Idai - Istana Ma'amon - Medan Megamall



Rasanya dah lama entry Medan ni tertangguh....Disebabkan kekangan masa dan banyak kerja-kerja pentadbiran yang perlu diselesaikan....Vitamin 'M' pun ya juga....So lets go back to Medan....

Hari ke 3 pepagi lagi dah bangun sebab tak sabar nak jenjalan sekitar hotel....Semalam tibapun hari dah gelap, so tak dapat nak tengok camne keadaan sekitar tempat kami menginap...


Inilah rupanya Danau Toba International Cottage yang terletak di Puncak Gundaling Brastagi. Terletak di kawasan tanah tinggi dan keadaan cuaca di sini agak dingin. ala-ala Cameron Highland...Sementara tunggu waktu breakfast apa kata kita melawat dahulu kawasan persekitaran hotel.....

Hotel ni rasa-rasanya 2/3 star jer...tapi suka kawasan persekitaran yang bersih dan terletak di atas bukit. Keluar dari bilik hotel, kawasan sekitar agak berkabus...sejukkkk


Cer tengok ....tak nampak kawasan pergunungan kerana kabus agak tebal....


Di pintu masuk perkarangan hotel, kelihatan satu mercu tanda yang amat sinonim dengan suku kaum Batak...Perkataan HORAS...yang mengalu-alukan kedatangan para tetamu ke hotel ini....



Bilik-bilik hotel memang agak besar...sangat-sangat selesa...Tapi tak ada air cond ok...sebab kat sini memang dah sah-sah sejuk. Bilik penginapanku "Wijayakusuma" sedap nama tu dan agak klasik. walaupun hotel ni dah agak lama namun kemudahan yang disediakan selesa dan sangat baik....


Aizat, anak bujangku yang sulong sempat posing-posing di sekitar hotel untuk mengabadikan kenangan....


Apabila makanan untuk breakfast siap dihidang ahli rombongan kami dipanggil untuk menikmati sarapan...Breakfast kat sini tak ada buffet-buffet ok...Ala carte., Kena pilih nak makan apa. Kitorang pilih set nasi goreng dan set Roti + Telur+ butter + jem bersama tea & coffee. Simple but sedap....

Menikmati sarapan pagi dengan penuh berselera....he he he....kenyang jugalah.....walaupun menu makanan tak meriah dan tak banyak pilihan....

Selesai makan kitorang masih ada masa untuk bersiar-siar di sekitar kawasan sambil menikmati pemandangan di kawasan pergunungan. Memang sangat cantik lebih-lebih lagi udara di kawasan ini sungguh dingin dan menyegarkan...

Eh...eh...ada kuda pulak...Dari mana kuda ni muncul, tiba-tiba jer ada kat sini....
Jom Jalan-jalan naik kuda sambil tu kita lihat pemandangan dan hirup udara segar....


Aktiviti di Pagi hari ni, kitorang jalan-jalan sambil lihat kebun-kebun sayur menuruni kawasan berbukit. Excited sebab dapat naik kuda. Kalau tak silap kitorang bayar dalam RM10 jer untuk sekali naik...kalau just nak bergambar dikenakan bayaran RM 5.


Excited anak-anak aku dapat naik kuda...termasuklah ibunya sekali...wakakaka......


Bergambar kenangan di belakang bilik hotel berlatar belakangkan Gunung Sibayak dan Gunung Sinabung. Menurut kata Pak Sahala...Gunung tersebut masih aktif dan kali terakhir mengeluarkan letusan dalam tahun 2010....
Ehhhh....tak habis lagi berposing....Layan.....

Adik paling excited...cuaca memang sejuk, siap beli Mafla lagi... bila kitorang berada kat sini macam berada kat oversea...bila bercakap mulut keluar asap...he he he....

Tepat jam 9.00 pagi. Pak Sehala mengarahkan kami menaiki bas. Destinasi pertama kami ialah ke sebuah Buddha Temple yang terletak di daerah Brastagi tidak jauh dari hotel kami menginap. Yang bestnya jalan masuk ke kuil ini adalah merupakan kawasan tanaman sayur-sayuran dan juga jagung....

Memang besar gilerrr. kalau tak salah, temple ni yang ke2 terbesar kat Asia. Yang uniknya Kuil ni dibina berbentuk loceng berwarna emas. Aku tak masuklah kat dalam tu just ambik-ambik gambar kat luar kawasan temple ni jer....

Dikiri kanan menghala ke pintu masuk kuil banyak kelihatan tanaman jagung. Sempat lagi kami berposing berlatar belakangkan Gunung Sibayak dan Sinabung.....

Habis bergambar dan lihat sayur-sayur yang dijual, kami meneruskan perjalanan lagi ke Medan...Jangan risau perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam lagi untuk kami tiba di Medan.
 
Dalam perjalanan bas kami berhenti di sebuah perkampungan. Nak sampai kampung ni terpaksa melalui jalan berkelok-kelok. Teringat masa trip pergi Padang....Kelok 44. Kat sini memang banyak tourist yang berhenti. Kitorang sempat merasai durian kampung Brastagi...sama jer macam durian kat Malaysia. siap ada manggis lagi....
Yang ni rasanya memang sedap...ada rasa pahit-pahit sikit. sebijik RM 10. Sebab semua orang makan so kitorangpun trylah juga....

Kenduri durian.....mehlah cuba...kalau tak kang kempunan pulak....he he he,...


Manggis ni satu ikat RM 5. Manis tapi rasa sama jer macam manggis Malaysia...ha ha ha....


Akhirnya kami tiba di MEDAN....apa yang ada kat sini.....?????

Kami dibawa ke sebuah Wood Gelary. Tempat pameran barangan yang diperbuat dari kayu. Gelary ni macam rumah banglo terletakpun kat kawasan perumahan elite.

Selesai lawatan ke wood galery kami dibawa makan tengah hari di Restoran  Lubuk Idai....Yang menariknya di sini, kami dihidangkan dengan lauk-lauk kampung dan ikan bakar yang sangat sedap. Ayam bakarpun ada.....

Antara menu yang dihidangkan...ayam bakar, ikan bakar, gulai pucuk ubi, gulai nangka, sambal hijau, sayur campur dan ulam ulaman....memang terbaekkkk. sangat berselera makan lebih-lebih lagi tengah laporrr...



Selesai makan dan solat di Restoran Lubuk Idai ni kami meneruskan perjalanan ke bandar Medan....Dah masuk kawasan bandar....Macettt

Persinggahan pertama kami ialah di sebuah factory outlet....banyak pakaian-pakaian branded kat sini. Masa kitorang datang tengah sale sampai 70 %... Anak-anak jer yang beli baju bagai...kita ni cuci mata jer sebab tak ada yang berkenan.
Kawasan dalam factory outlet ni...banyak baju-baju, jeans dan kemeja yang berjenama di jual di sini....pilih pilih pilih....murah murah....

Selesai bershopping di factory outlet ni kami ke destinasi seterusnya....ke mana?????

kenal tak siapa ni....Inilah Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Ma’moen Al Rasid Perkasa Alamsyah, yang mangkat tahun 1924.

Kemegahan Istana Maimun ditonjolkan oleh pemilihan warnanya, dengan sentuhan emas dan hiasan kuning di seluruh tempat. Di ruang utama, gantungan lilin yang terbuat dari kristal terjuntai dengan anggun di langit-langit. Konon, gantungan lilin tersebut sama uzurnya dengan istana tersebut.

Sebahagian ahli rombongan yang turut serta dalam rombongan percutian Medan-Lake Toba.... memang sporting gilerrr

Raja dan Permaisuri sedang bersemayam di singgah sana....cik Abang Z...serius bebenor jadi Sultan wakaka....

Di hadapan balairong seri....kawasan istana ini dijaga rapi untuk tujuan pelancongan dan menjadi salah satu tarikan pengunjung yang datang ke Medan....


Anak-anak bujang tak berminat nak berlama-lama di dalam istana diorang lebih suka lepak-lepak kat kawasan luar Istana mengambil angin petang....

Antara kenderaan diraja yang digunakan semasa zaman kesultanan Deli...Kini menjadi pameran di luar kawasan istana...

Pelbagai gerai cenderahati kelihatan di luar perkarangan istana...Antara cenderahati yang menarik dan menjadi tarikan pelancong



Salah sebuah masjid yang terdapat di tengah-tengah bandar Medan....Majoriti penduduk Medan adalah terdiri daripada orang islam...

Destinasi kami yang terakhir sebelum kami check in Hotel Garuda Plaza ialah Medan Mall. Antara Mall yang terkenal di Medan. Medan Mall ini dibahagikan kepada dua blok. blok bahagian hadapan sama macam mall-mall yang ada kat Malaysia. Harga fix price, x boleh tawar. Masa we all datang tengah ada sale. Tapi barang cam sama jer tak ada yang menarik. Dalam kawasan mall ini semua kedai berhawa dingin.

Dibahagian belakang pula terdapat banyak kedai-kedai @ arked. Kat sini semua barangan yang dijual boleh ditawar. kalau pandai tawar dapatlah harga murah. Macam-macam ada, dari baju, seluar, kain, cenderahati, makanan dan pelbagai barangan terdapat di sini. Masa kitorang datang banyak kedai dah tutup. Kat kawasan ni ya ampun....panaslah sangat .Kitorang pusing-pusing pas tu lepak kat Dunkin Doughnut habiskan  masa sebelum bas datang ambil kami untuk dibawa ke Hotel.....

Seharian berjalan sampai badan naik berlengas.Esok kami akan dibawa pusing-pusing lagi sekitar Medan city. Apa yang ada kat Medan ni. Kat mana tempat shopping yang paling best????
Semuanya akan aku ceritakan di next entry......
.........wassalam.......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...