MY FAMILY....MY LOVE....MY HERO....

Monday 7 May 2012

Jalan-Jalan Makan-Makan @ Medan Selera Jeram Ikan Bakar

Sabtu - 28 April 2012
 Di Kuala Lumpur sibuk sana sini dengan perhimpunan Bersih 3.0.....kalau hari ni nak masuk KL janganlah ada sesiapa yang cari maut. jalan sana sini tutup pas tu ada lencongan pulak....Malas nak fikirkan pasal perhimpunan ni, aku bawa family gi jalan-jalan keluar dari kemelut dan kesesakan Perhimpunan yang akhirnya jadi tak Bersih...

Program ni asalnya nak buat sekitar KL jer...tapi entah kenapa tetiba tukar plan ajak Abang Mardd, Yan & Family untuk family gathering di Medan Selera Ikan Bakar di Pantai Jeram....


Happy time....Along jer yang tak ada dalam gambar...next time kita makan-makan lagi..
 Setelah hampir 12 tahun akhirnya kami berkumpul semula dalam suasana yang sangat mesra antara kami 2 buah keluarga yang aku dah anggap macam family sendiri. Kalau korang nak tahu, masa anak-anak aku kecil-kecil lagi...Yarnlah yang jadi ibu, pengasuh pada anak-anak aku bila aku pergi bekerja...Family Abang Mardd ni dah macam family no 2 anak-anak aku ni. Kini semua dah besar-besar....teringat kembali zaman diorang kecil-kecil dahulu yang sama-sama bersekolah dan membesar di Kuarters Perumahan Keretapi di Sentul. Sekarang ni tapak kuarters tu dah tak ada lagi dah jadi jalanraya...

    Medan Selera Ikan Bakar, pantai Jeram ni terletak di Jeram, jalan menghala ke Klang, Kuala Selangor...Tempat ni agak luas dan kat Pantai Jeram ni ada 2 Restoren Ikan Bakar yang Famous iaitu Restoran yang kami kunjungi ni dan yang lagi satu terletak bersebelahan iaitu Aroma Ikan Bakar. 

    Kemudahan untuk pengunjung banyak disediakan seperti tandas yang bersih, Surau dan Wakaf-Wakaf tempat beristirehat...Kalau nak makan-makan kat sini ada baiknya booking dulu. Biasanya kalau hujung minggu memang fully booked. Kamipun nasib baik ada kekosongan.

    Seafood yang disediakan ada pelbagai....boleh pilih mana yang berkenan. Harga ikut harga pasaran. Pilih dulu seafood yang menjadi pilihan dan kemudian akan ditimbang mengikut harga pasaran yang telah ditetapkan. Berbaloi sebab ikan-ikan, udang, ketam, sotong,lala, kupang...semuanya fresh-fresh lagi. kalau datang awal boleh pilih yang mana berkenan. Pilihan cara masakan terpulang pada citarasa pengunjung....

Ayah Mardd dan Ayah Zul....Dua-dua veteran KTMB....yang telah berkawan sejak muda lagi....

Aku Yarn dan Farah....Jarang dapat berkumpul macam ni sebab masing-masing sibuk dengan tugas dan tinggalpun dah jauh. Aku di Gombak, Yarn di Kajang....

Sementara menunggu makanan siap di masak, kami bergambar dulu dengan anak-anak. Anak-anak aku 3 Hero di barisan belakang. Anak Yarn sepasang Fizy & Farah. Bila dua keluarga bertemu.... banyaklah perkara yang nak dibualkan....


     Sangat best tempat ni....terletak di kuala sungai dan ada jeti tempat bot atau sampan berlabuh. walaupun tak nampak pantai tapi pemandangan diwaktu senja ketika matahari hampir terbenam sangatlah cantik.....Terpesona seketika menyaksikan sunset ni....

    Makanan yang kami pesan dah sampai.. aku pilih menu seperti dalam gambar....Sotong Goreng Tepung. Sangatlah lembut dan rangup. dimakan dengan sos pencecah yang pedas-pedas manis...Ikan Siakap Stim, Kailan Goreng Ikan Masin, Kerapu 3 Rasa yang memang sedap dan memenuhi cita rasa selera kami...

    Menu lain yang kami pilih ialah Ketam Masam masam Manis, Udang Goreng Butter....semuanya sedap-sedap sampai tak terlarat nak habiskan semua makanan....
    Anak bujang ku dan Anak Dara Yarn....semua dah besar-besar....Diorang ni dah macam adik beradik...Cer tengok kat atas meja ni...dalam tak larat...tak larat nak makan akhirnya habis juga makanan yang kami pesan...Tak baik membazir dengan rezeki yang Allah bagi.....


 Cantik pemandangan diwaktu senja...nampak kawasan terusan tempat laluan bot dan sampan oleh nelayan pantai...sungguh mendamaikan....


 Gambar aku dan Farah atas dan Gambar kenangan aku dan Yarn....Bila lagi dapat berkumpul macam ni....




 Setelah selesai solat Maghrib di surau yang disediakan di restoran ini kami sempat bergambar keluarga sebelum pulang. Harap kemesraan ini akan berkekalan sampai bila-bila..Terima Kasih Abang Mardd & Yarn kerana sudi menerima undangan kami hari ini...dan terima kasih kerana sudi jadi ibu dan ayah kedua buat Aizat,Dinie dan Haiqal....


 Teringat pula pantun ni......

Pulau Pandan Jauh Ke Tengah...
Gunung Daik Bercabang Tiga....
Hancur Badan DiKandung Tanah...
Budi yang baik Dikenang Juga....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...