MY FAMILY....MY LOVE....MY HERO....

Monday 4 March 2013

MEDAN - LAKE TOBA - DAY 1 Cuti-Cuti Family...)

15 Disember 2012 - Medan - Parapat Day1

Percutian keluarga yang dah lama dinanti....Tiket flight dah beli sejak  Mac 2012...kini tibalah hari yang ditunggu-tunggu. Kami sekeluarga (hanya berempat sahaja. Angah tak dapat turut serta sebab kolej baru mendaftar untuk semester ke 2) bertolak dari Gombak seawal jam 5.00 pagi. Thanks to my brother in law kerana sudi hantar kami ke LCCT.

Flight pagi tu 7.40 pagi. Kami tiba di LCCT lebih kurang jam 6 pagi. Orang dah mula ramai macam pasar borong pula keadaannya. Aku terus beratur untuk drop in baggage. Beratur punyalah panjang. Yang jadi geram bila ada yang tak tahu bahasa terus potong Q. Sekali suami aku sergah baru tahu siapa kita sebenarnya....Bukannya marah tapi bertimbang rasalah sikit pada kitorang yang dah lama beratur ni. Ikut sesedap rasa jer tolak beg nak beratur kat depan...

Selesai urusan baggage...masih sempat lagi kitorang solat subuh dan breakfast di airport. Sebenarnya tak lalu nak makan sebab excited sangat...he he he..kesian pula dengan anak-anak so minum juga buat alas perut. Percutian kali ini abangku ikut sekali dengan isteri dan 2 orang anaknya. So kiranya percutian kali ini agak happening sikit.

Pukul 7.30 gate mula dibuka dan kami terus menuju ke arah kapal terbang yang sudah sedia menanti. Inilah rakan baik percutian kami...Air Asia...Everyone Can Fly....

Kami tiba di Lapangan Terbang Polonia Medan tepat jam 7.50 waktu Indonesia. Sejam lewat dari Malaysia. Rombongan kami disambut oleh wakil Tour di Medan Pak Sahala....Dia sebut One Way...Kitorang ingatkan dia tipu rupanya memang betul. Orangnya sangat peramah very good looking dan yang penting pandai berjenaka...

Setelah selesai urusan pemeriksaan kastam, rombongan kami dibawa menaiki bas Parawisata...Ingatkan dah nak mula bertolak....rupa-rupanya kitorang terpaksa tunggu 1 group yang akan tiba jam 8.30 pagi.Nasib baik bas berhawa dingin....sempat juga beli makanan dekat warung berhampiran airport...buat makan dalam perjalanan nanti..


 Inilah travel agensi yang membawa ahli rombongan kami selama 5 hari 4 malam ke Medan - lake Toba.. Kami ambil pakej melalui Raun Minang yang keseluruhan pakejnya berharga RM565 seorang tidak termasuk tiket kapal terbang.

Bila ahli rombongan cukup. Pak Sahala memberi penerangan yang bas akan bertolak terus menuju ke Parapat Lake Toba yang akan mengambil masa selama 4 hingga 5 jam perjalanan....huwa...huwa...lamanya ...kebaslah punggung...



Dalam perjalanan kami singgah makan tengahari di sebuah Restoran Masakan Padang...Restoran Simpang Tiga yang menyajikan masakan minang....antara makanan yang dihidangkan...Sup tulang, Ayam kampung goreng sambal telur puyuh, gulai lemak pucuk ubi, ikan garupa goreng, rendang daging dan sambal cili...sedap hingga menjilat jari...he he he sebenarnya dah lapar...apa yang ada bedal jerlah...




Sepanjang perjalanan ke lake Toba kita boleh nampak kebanyakan rumah-rumah memasang parabola ini di atas bumbung rumah mereka....Menurut kata pak Sehala, Kalau kita mohon untuk pemasangan parabola ini hanya dikenakan bayaran lebih kurang RM 200.00 (700 000idr) untuk sekali pemasangan.dan tiap-tiap bulan dah tak payah bayar macam Astro...

Perjalanan ke Lake Toba memang agak menakutkan...jalan raya memang agak sempit, kalau bas dengan bas bertembung...alahai ngeri jer...jarak lebih kurang 1 kaki jika bas tu bersebelahan...Pemandu bas pelancong di Indonesia memang sangat cekap dan diorang ni kalau bawa bas memang sangat berhemah....

lebih kurang jam 5 petang...kami tiba di Lake Toba...lega rasanya....Kitorang Check in di Siantar Hotel Parapat....Hotel 3 bintang tetapi sangat selesa. Yang paling aku teruja, bilik kami betul-betul di tepi tasik. Pemandangan tak payah nak ceritalah subhanallah cantik bangat...Sejuk mata memandang....

Inilah rupa keadaan bilik kami. Katil 2 singgle dengan kemudahan lampu tidur, telefon, peti sejuk, televisyen...kat sini air-cond. tak ada ya...cuaca bila waktu malam sejuk...Buka jer tingkap dah nampak tasik yang luas terbentang....

Bilik mandi ...walaupun agak lama, tapi bersih dengan kelengkapan shower, bathtub,air panas itu yang penting....


Pemandangan dari tingkap bilik penginapan...Fery ini berulangalik dari lake Toba ke pulau-pulau berhampiran...

Letak jer bag, anak-anak tak sabar-sabar nak terjun kolam. Walaupun cuaca pada ketika ni sejuk...tapi mereka tak kisah....janji dapat swimming...

Kalau bercerita jer pasal Lake Toba dan juga Parapat...ramai orang akan berkata..tempat ni majoriti orang batak dan ada yang beragama kristian....Bila dah ada kat sini baru tahu...Ramai juga penduduknya yang Muslim...Cer tengok...masjid di Lake Toba ni besar Uollss...Waktu Subuh, maghrib...kedengaran Azan kuat berkumandang...

Di bahagian atas hotel ada disediakan sebuah coffee House yang berlatarbelakangkan Tasik....Tenang dan damai jer bila berada di sini. Sambil relax-relax kami minum petang di  sini. Goreng pisang panas cecah gula dan cili kicap sangat sedap....mungkin lapar kot...Coffee dan teh yang dihidangkan pun kaw..kaw punya...

Disini disediakan wifi percuma....Apa lagi masing-masing mulalah mengupdate status...he he he...Kami berbual-bual sehingga waktu maghrib tiba.

 Pemandangan dalam Coffee House...rombongan kami akan dinner dan breakfast di sini...
Selepas solat kami berkumpul di sini untuk makan malam...Gambar tak sempat nak ambil...sebab masa ni kamera tak bawa. Anyway makanan yang dihidangkan bolehlah tahan dan bole diterima tekak....ekekekeke....

Selesai makan kitorang jalan-jalan di sekitar hotel menghirup udara malam. Cuaca agak dingin dan kedengaran suara muzik orang berkaraoke...jam 10 malam kamipun balik ke bilik masing-masing berehat kerana esok pagi misi penjelajahan lake Toba bermula.....Nite......


-TO BE CONTINIUE-

3 comments:

  1. akak... nak tanya akak sampai kat parapat tu dalam kul 5 petang ek? Kenapa lambat sangat sampai sana? saya pon nanti flight sama waktu tapi ingat bole sampai awal di Parapat then petang tu nak ke Samosir Island. Tapi baca entry akak ni macam sampai petang je... huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Isma Liana...perjalanan ambil masa 4/5 jam. Bas tak boleh jalan laju sebab jalan sempit no highway...Kitorang ada berhenti kat Kedai jual kacang tumbuk dan asam-asam...Pas tu on the way ke Parapat singgah Lunch lagi...Kat sana sewa supir ke?

      Delete
    2. ooo patutla... ingatkan kenapa lama sgt journey nak sampai Parapat tu... Ha'ah kat sana amik supir pasal baca kat forum, diorg kata better kalau nak pergi ke Parapat & Berastagi amik supir... Kalau naik bas or train... bisa pengsan hehehe

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...