MY FAMILY....MY LOVE....MY HERO....

Tuesday 14 May 2013

LE TOUR DE KRABI - DAY 1

24 Mac 2013 - My Journey Begin With KTMB - KL-Padang Besar - Had Nyai - Ao Nang Krabi


Assalam.....

Kali ni nak cerita pasal trip aku ke Krabi....Again. Ini kali ke 2 aku ke Krabi...seronok sangat ke tempat ni?, Best ke Krabi ni ?....Itulah soalan yang sering diajukan oleh teman-teman kepada ku....

Kalau tak best takkanlah nak repeat 2 kalikan..Actually percutianku ke Krabi ni nak celebrate Anniversary kami yang ke 23 tahun...kali ni aku bukan sahaja pergi dengan suami dan anak bongsuku tapi aku turut bawa Abang,kakak ipar dan anak saudara, my best friend semasa di college and my rakan blogger and FB cik Meya Honey and family....Memang seronok dan happening sangat...

Perjalanan kami dengan keretapi bermula dari KL Sentral dengan menaiki Ekspres Langkawi terus ke Had Nyai....Perjalanan  mengambil masa selama 12 jam untuk sampai ke destinasi...fuhhh lamanya....Tapi nasib baik kami dah booked tempat tidur so ianya lebih selesa...Tambang kalau tempat tido bahagian bawah RM60. Bahagian atas murah sikit RM 56....

Abang sulungku En Yahya, Fauzan dan Noi begitu teruja sekali sebab trip kali ni dapat naik ketapi...he he he...First Time beb....Anak-anak apa lagi seronok sangat.....

Tempat tido bahagia atas....Ada tangga di sediakan untuk naik ke bahagian atas....Selesa ya sebab disediakan sekali bantal dan selimut sebab bila malam agak sejuk....

Dalam train ni juga disediakan sebuah cafe untuk makan-makan dan minum-minum...boleh order makanan panas dan yang goreng-goreng....Mata masih lagi tak nak tido, so kitorang lepak dulu kat cafe smbil borak-borak....

Lebih kurang jam 8.00 pagi, kami tiba di stesen padang Besar. Di stesen ni kami kena turun bawa bag untuk cop pasport kemudian naik semula train tersebut untuk ke Hadnyai....Sementara tunggu penumpang lain cop pasport, kami breakfast dulu di tingkat atas stesen tersebut....
.
   Perjalanan kami diteruskan lagi ke stesen Keretapi HadNyai dan ianya mengambil masa lebih kurang 45 minit. Lega dah sampai....Kali ni Perkhidmatan KTMB berjalan seperti yang dijadualkan...Rezeki ahli rombongan lain kot....No delay delay dan nasib baik enjin ketapi tak rosak macam first time aku pergi dulu....Syukur Alhamdulillah....

Sawadeekap.....Dah sampai Had Yai....On time sampai seperti yang dijadualkan...Misi pertama bila sampai di had Nyai ialah  mencari transport yang akan membawa kami ke Ao Nang Krabi. terus menuju ke sebuah Travel Agent tidak berapa jauh dari Station Keretapi. Actually masa last year pergi Krabi, aku ambil dari travel agent yang sama. 800 baht pergi balik dari Hadnyai ke Ao Nang. Korang kalau nak deal harga jangan kena tipu macam seorang Mat Salleh ni. Nak murah sangat, tawar sampai 350 baht sehala. Memang dapat tapi sampai pekan Krabi jer tak sampai pun Ao Nang. Bila dia kata nak turun di Ao Nang dah kena tambah lagi 100 baht. kan ke rugi.....Rasanya kalau 800 baht pergi balik dah murah dah sebab hantar dan ambil di hotel penginapan kita....

selesai booked van ke Krabi, masih terlalu awal lagi...jam meunjukkan baru pukul 11.00 pagi waktu tempatan...Van akan ambil kami di travel agent jam 12.30 tengah hari...Ada 1 1/2 jam lagi so kitorang decide lunch dulu sebab perutpun dah berkeriut....Pihak travel agent tu bermurah hati hantar kami ke sebuah Restoran Muslim....

Tertarik dengan botol Coca Cola ni...bila minum gasnya agak kurang jika dibandingkan dengan minuman coca cola versi Malaysia....

Lunch hari ni kitorang order ala carte. Nasi Daging Merah ni memang superb....dihidangkan dengan sup kosong. Dagingnya lembut gilerr...bila makan sampai menjilat jari uolllss....

Nasi Pattaya ni pun ok gak....Harganya aku rasa macam kat Malaysia juga.. dalam RM 5/5.50 jer satu hidangan. habis makan kami tunggu tuk tuk travel Agent yang akan bawa kami balik ke pejabatnya. Di sana sudah ada sebuah van yang boleh memuatkan 14 penumpang menanti kami untuk ke Ao Nang...

Inilah rupa keadaan dalam van tu...Agak selesa sebab van ni dilengkapi dengan air condition...Dalam van ni aku pilih tempat duduk paling depan sebab nak tengok pemandangan dari Had Yai ke Krabi....Ok...lets start our journey....lebih kurang 4 hours perjalanan...

Dah nak sampai pekan Krabi....agak sibuk juga dengan kenderaan penduduk di sini...Lupa nak bagi tahu...dalam perjalanan kami singgah di sebuah tempat yang dinamakan Trang...Di sini majoriti penduduknya beragama islam. Pemandu van memberitahu bahawa kami akan berhenti lebih kurang 15 minit, so sempatlah sembahyang Jamak di surau yang disediakan di sini. Suraunya besar, selesa dan ada kemudahan telekung, sejadah dan tempat mengambil air sembahyang yang disediakan...

Setelah hampir 4 jam terlentuk-lentuk dalam van kami tiba di hotel penginapan Ao Nang Grand Inn hotel...Cuba korang tengok...hotel ni hotel budget jer...Harga bilik semalam RM 74 hengget jer. masa mula-mula sampai agak gerun juga sebab lobi hotel dia macam hotel budget kat Chow Kit tapi bila dia bawa kami ke bilik.....fuhhhh lega. tidak seperti yang aku nak gambarkan...he he he...

dalam bilik ni disediakan sebuah katil Queen size dan beberapa kemudahan asas...jadilah sebab just nak tido dan merehatkan diri jer....Duduk kat dalam bilik hanya beberapa jam je selebihnya kitorang pergi trip yang memakan masa hampir seharian...

Nasihat akak....kalau nak pergi bercuti ala-ala backpeckers dinasihatkan ambil hotel-hotel budget yang berlambak kat sini. Rugi kalau ambil hotel mahal sebab kita bukannya duduk-duduk kat hotel, lainlah kalau nak gi honeymoon.
Itu bergantunglah pada pilihan masing-masing....

Bilik ni dilengkapi juga dengan safety box....peti ais comelpun ada. yang penting toiletnya bersih.....
Hari ni dah janji dengan cik Maria Honey nak jumpa kat lobi hotel...Maria ni rakan blogger aku dan juga my FB friend....excited ni nak jumpa Maria. Selama ni chit chat dalam FB dan Whatsapp hari ni  dapat jumpa secara reality....

Hotel kami berhadapan dengan McDonald dan 7E...Aku suka kat area ni sebab bila waktu malam sangat happening...ada night market.
Bila jumpa Maria....mak aaiiii macam dah lama kenal...Siap pelok-pelok lagi...anyway nice to meet you Maria...Kepala memang gila-gila boleh masuk dengan group kitorang ni ...Terus kitorang booked pakej untuk esok dan Lusa .

Kitorang decide ambil pakej ke Phi Phi Island dan pakej Elephant Tracking + Hot Stream +Emarald Pool + Tiger Cave. Kalau nak pilih pakej kena survey dulu dan compare harga. Pakej ke phi phi Island harga yang ditawarkan ialah 1800 Baht (RM 180.00) bila aku bargain....dapat sehingga 900 baht...Pakej ke2, Elephant Tracking 1600 Baht , kitorangpun dapat dengan harga 900 baht juga....memang berbaloi sebab pakej ni siap dengan makanan tengah hari  sekali......

Selesai booked pakej, kami meneruskan misi pada malam ni mencari Restoran makanan Islam.....sambil tu cuci mata melihat banyak barangan yang dijual di night market.

macam-macam ada...dari pakaian, souvenir, beg, kasut,topi,mkanan dan pelbagai barangan untuk dijadikan hadiah dan cenderahati ....pilih jer yang mana berkenan....


Dinner kami pada malam ini ialah di Chaba Thai Kitchen...sebuah Restoran Muslim yang menyediakan makanan ala Thai....Makanan memang sedap dan harganya agak berpatutan....

Antara menu yang kami pilih untuk malam ni....memang sedap...Total yang kami perlu bayar keseluruhannya termasuk minuman ialah 1800 Baht (RM180.00) bahagi 3 family so satu family hanya bayar RM 60.00 lebih kurang....

Antara menu yang kami pilih....Telur dadar, Asparagus goreng sos tiram, Ayam goreng crispy, daging masak merah, Kerabu Mangga, Tom Yam Seafood, Tom Yam Chicken bersantan, Udang Goreng tepung.....

Selesai makan kitorang berehat-rehat di kerusi-kerusi yang terletak di kaki lima kedai....Muka orang dah kenyang...he he he....

Pasangan yang sentiasa ceria dan suka ketawa....wa ka ka...habis makan sempat pula kami beli topi untuk dipakai sewaktu ke Phi Phi Island nanti


Masing-masing sibuk dengan bag waterproof yang sangat berguna sewaktu nak pergi snorkerling dan Island Hopping....Satu bag yang boleh muat 5 Litter 350 baht...Rm 35...tiap-tiap family beli sorang satu....cantik dan sangat practikal...Air gerenti tak masuk...

Sempat juga ambil gambar kat patung pahlawan ni...Kat belakang patung ni banyak kedai-kedai jual baju dan sourvenir.....


Jalan punya jalan tak sedar hari dah menjangkau pukul 11.30 malam. Keluar hotel tadi pukul 7.00 malam...He he he...kaki sampai naik lenguh...Esok kena bangun awal sebab nak cari breakfast dan tunggu van ambil kitorang untuk ke Phi Phi Island...

Dalam perjalanan balik kami singgah di spa massage yang masih beroperasi...apa lagi malam ni dah decide nak urut tapak kaki yang dah lenguh ni....Pakeh untuk Foot Massage cuma 200 Baht...(RM 20.00)

Kalau nak urut seluruh badan...inilah biliknya...Murah bangat kalau kita nak ambil pakej massage di Thai ni...lepas urut badan rasa lega...hilang sengal-sengal badan....Ok....nak balik tido dah...Jumpa lagi next entry Trip TO PHI PHI ISLAND....Ardiossss.....

Thursday 2 May 2013

MEDAN-LAKE TOBA - DAY 4 (CITY TOUR)

18 Disember 2012 -  Medan City Tour - Pasar Ikan 
- Medan Mall - Hotel Garuda Plaza
 
Hari Ke 4 di Medan. Pagi-pagi lagi dah terbangun dari tidur...setelah selesai solat dan bersiap-siap, aku mengejutkan anak-anak ku di bilik sebelah. Mula membebel suruh bangun dan bersiap...
Breakfast start pukul 7.00 pagi (8.00 waktu Malaysia). Hari ni taklah terkejar-kejar sangat sebab program Jalan-Jalan Medan bermula selepas lunch, so masih ada masa lagi....

Breakfast kat Hotel Garuda Plaza ni Buffet style. Banyak makanan yang dihidangkan, sampai tak larat nak makan.

Di tepian kolam renang Hotel garuda Plaza....Hari ni kami breakfast kat tepi kolam....baru berselera nak makan....Macam-macam ada....pilih jer yang mana berkenan

Turun breakfast, Kak Nafisah dan Kak Wan dah lama tunggu. Sambil makan-makan kitorang berbual-bual kisah trip semalam....Pagi ni boleh relax-relax sikit sebab Kak Intan bagi tahu, tour city we all akan bermula selepas lunch....

Sempat lagi posing cik Kak ni....kalau boleh terjun dalam kolam ni...dah lama berdebuss...tapi seganlah pula...ramai orang dok makan dan duduk-duduk kat sini. .....

Memandangkan masih terlalu awal...aku ajak Abang Zul pergin ronda-ronda pekan Medan...nak jalan kaki letihlah pulak so kitorangpun naiklah motor beca ni...korang tengoklah sendiri azab jugalah nak naik beca ni. Muat-muat 2 orang jer kalau dua-dua badan besar alamat tak selesalah jawabnya.....

Masa kitorang keluar dari hotel, seorang pemandu beca ni berhenti dan offer nak bawa kitorang pusing-pusing bandar....Ni akak nak nasihatlah ya...kalau nak naik beca ni kena tanya harga dulu jangan terus naik nanti kena cekik....

Aku rasa, kitorang ni dah terkena juga....masa kitorang tanya berapa harga dia dengan lemah lembut bagitahu berapa-berapa jer nak bagi...tak kisah....sekali tu bila dah bawa pusing-pusing dia minta 200 ribu idr...perhhhh dekat RM 70 tu...sebab harga sebenarnya satu beca kalau nak suruh hantar ke sesatu tempat hanya 15 000 idr jer...Malas nak bertekak aku bayar jer.....
Kalau nak naik teksi...naiklah teksi Blue Bird warna biru sebab teksi ni pakai meter, jarang nak kena tipu...he he he...

Selesai pusing-pusing bandar kami balik semula ke hotel....Aizat, Haiqal,Kimi dan Haris sibuk layan FB...Tepat kul 12.00 tengah hari kitorang berkumpul di lobi hotel sebab kami akan dibawa untuk lunch di sebuah Restoran Minang tidak jauh dari Hotel. Lebih kurang 50 meter jer...
Makanan yang dihidang pelbagai jenis...tapi biasalah kan anak-anak hanya makan lauk berasaskan ayam je yang lain diorang tak minat...yang minat ibu ngan ayah dia jer...he he he...Bismillah......

Tunggu geng-geng lain yang belum sampai.... meriah betul lauk yang dihidangkan...

Tengah tunggu nasi dan minuman sampai...Makan kat restoran ni air yang dihidangkan air suam je, kalau  nak minuman lain boleh order tapi bayar sendiri ya...

Minuman special yang memang famous kat sini....JUS POLIGAMI....pernah dengar tak....akakpun tak pernah. Jus ni campuran buah Markisa, Mangga,Durian Belanda...memang sedap sebab buah-buahan nya memang fresh....

Jus Alpukat....memang marvelous....campuran cokelat di dalamnyapun 
memang manis dan pekat...

Selesai makan, kami solat dulu di surau yang disediakan di restoran tersebut. Bas datang ambil kami dalam pukul 1 petang...Kami dibawa pusing-pusing bandar dan destinasi pertama yang kami pergi ialah ke Pasar Ikan....Pasar ni nama jer pasar ikan tapi tak ada jual ikan pun Masuk jer kat pasar ni, dah mula rasa panas....deretan kedai menjual pakaian, tudung, telekung, baju, jubah, eksesori dan macam-macam lagi...serupa arked kat Jalan Tuanku Abdul Rahman....

Yang jadi pilihan kebanyakan wanita ialah kain sulam, telekung dan kain sutera....Harganya mahal sikit kalau nak dibandingkan dengan Pasar Baru ,Bandung yang penting pandai tawar-menawar kalau nak harga murah....

Rambang mata dibuatnya....tak tahu nak pilih yang mana satu...dalam tak nak-tanak beli tu tersambar juga 3 pasang kain sulam...

Kaum ibu sibuk membeli belah...anak-anak dan Encik Suami boring menunggu....sabarlah ekkk....tak habis nak shopping lagi. He he he....

Habis bershopping di Pasar ikan, kami dibawa pula untuk bershopping di Medan Mall. Semalam datang hari dah nak malam Tempat shopping di bahagian blok belakang dah ditutup...so hari ni kitorang boleh jalan-jalan dan bershopping di sini....

Jalan-jalan cuci mata...Aku ngan kak Tipah jer ...yang lain dah tak nampak, kami dah berpecah ikut haluan masing-masing....Sempat membelek baju tidur "deuter" dari batik....belilah beberapa helai untuk bagi kengkawan sebagai hadiah....
Medan Mall ini memang besar....ala-ala Sogo, Jusco...tapi banyak kedai-kedai lain yang turut  menjual pakaian, bag, kasut, T shirt, jeans dan pelbagai barangan lain pilih jer yang mana berkenan yang penting ongkos nya.........

Tak larat nak berjalan kitorang lepak kat Dunkin Doughnut sambil minum-minum menunggu masa 3 jam yang diperuntukkan untuk kami bershopping.....Tepat pukul 7.00 pm bas dah sedia menunggu kami di hadapan Medan mall...Kami dibawa pulang ke hotel dengan hasil tangkapan masing-masing....he he he....

Sampai di hotel aku baru terpandang si Garuda ni yang megah berdiri di hadapan Hotel Garuda Plaza....Sempat posing kat sebelah cik Garuda ni....sebab esok dah nak berangkat pulang....

Balik ke bilik, aku mula merebahkan badan atas tilam empuk....waduh....bestnya...selesai mandi dan bersolat aku berehat-rehat sekejap sambil layan tv sementara menunggu masa untuk makan malam jam 8.00 malam nanti....






Makan malam hari ni di cafe Hotel garuda Plaza....makanan dah sedia terhidang, apa lagi perut memang dah lapar so....makan jer apa yang ada.....makanan not bad, ada ayam, sup, ikan sweet sour and mix vege....simple but sedap....


Selesai makan anak-anak mula melayari internet yang disediakan di lobi hotel....yang pompuan-pompuan lepak kat lobi sambil tengok tv dan berbual-bual...nak keluar dah tak larat nak berjalan...so duduk jerlah kat hotel sambil dengar group lain yang sedang berkaraoke....

Boring kat dalam aku dan Abang Zul jalan-jalan ambik angin luar tetiba terpandang keta Mec...ni dari jauh macam kereta mainan....kiut...mungkin kereta milik pengunjung hotel ni...posing...jangan tak posing...

Bosan duduk luar teringat pula kat anak-anak...ke mana pulak diorang ni pergi...cari kat lobi tak ada..call kat bilik tak berjawab....teringat pula entah-entah mandi kat swimming pool...Betul jangkaan aku...budak-budak berempat ni kemain seronok lagi bedebus dalam kolam...bukannya tahu sejuk...janji diorang enjoy...
 
Malas nak tunggu diorang, akupun pesan kat Aizat suruh naik pukul 10.30...Nak naik bilik dulu, kemas apa yang patut...Pagi esok free and easy...sebab flight kami jam 5.40 petang....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...