Sambung balik entri selepas check in Hotel Tipa Krabi.....
Selesai jer mandi, solat dan kemas barang-barang kamipun keluar nak cari benda yang boleh dimakan...Kebetulan haripun dah malam, perut memang dah menjerit-jerit untuk diisi...
kami terus berjalan keluar dari hotel.Mak Aiii happeninglah sangat...sepanjang jalan Ao Nang tu banyak kedai-kedai makan dan kedai kedai sourvenier...yang halal dengan yang tak halal.
At last terjumpa dengan Restoran yang ada tanda HALAL...Pernah terbaca kat blog seseorang kedai ni makanan nya sedap dan harga boleh tahan.
Keadaan Dalam Restoren...Bersih Ok.... |
Seriusss sedap....masih teringat kelazatannya |
Selain tu kami order daging masak Green curry...telur dadar...wajib dan yang tak pernah miss ayam goreng kunyit. Tapi kat sini tak ada. Yang ada ayam goreng crispy...nasib baik seorang pekerja kat restoran ni pandai cakap Melayu. Bila tanya rupa-rupanya beliau berasal dari Pattani..
Ayam goreng crispy.......marvelos.....memang crispy |
Green Curry Beef.....first time makan sedap.... |
Telur Dadar..... |
Dinner kami yang pertama di Ao Nang Krabi |
Selesai makan...Aku terus minta bil...Puas hati sebab harga makanan yg kami makan lebih kurang jer harga makanan yang kami makan kat restoren di KL. Makan 4 orang + minuman = 840baht lebih kurang RM 84.00. Alhamdulillah kenyanglah sangat...
Lepas makan kami jalan-jalan cuci mata. Aku dah pesan ngan anak-anak hari ni tengok-tengok dulu, esok baru beli kalau ada yang berkenan. Sepanjang jalan ni ada juga gerai-gerai Melayu. Kalau korang pergi kat Krabi ni senang jer nak tahu sama ada makanan tu halal ke tidak. Pastikan gerai-gerai tu ada tanda halal ataupun gambar bulan bintang. Biasanya tuan punya gerai akan sapa kita dan kebanyakannya beri salam dan pandai cakap Melayu...
Benda-benda ni kalau kat Malaysia mana boleh jual kat tempat open cam ni. Sure kena tangkap. Senjata yang NINJA guna masa fight-fight....he..he..Kat sana..senjata-senjata tajam jual kat tepi jalan jer....
Seronok tengok barangan yang dijual kat sini. Harga mahal sikitlah...sebab kawasan pelancong tapi aku beli T.Shirt I Love Krabi dapat RM 12 sehelai. Kira oklah taklah mahal sangat....
Antara gerai makanan Muslim kat sana...yang paling famous aku tengok kat sana gerai pancake aneka rasa....sedap. Gerai Ayam bakar dan ikan bakarpun ada. Tapi pencecahnya taklah macam kat Malaysia punya....
kedai menjual lukisanpun ada. Kebanyakan nya lukisan abstrak. cantik-cantik.....kalau kat Bali lagilah banyak....
Tertarik dengan satu lukisan gambar wanita berpurdah...Terserlah kecantikannya melalui mata
Antara gerai Fridge magnet berbentuk hidupan laut...cantik-cantik dan colourful....
Penat berjalan dari hujung ke hujung....bila tengok jam dah pukul 1.00 pagi.kalau waktu Malaysia pukul 12 tengah malam. Terus ajak Abang Zul dan anak-anak balik hotel sebab esok pagi-pagi ada travel Agent yang akan ambil kami di hotel untuk pergi ke Phi-Phi Islands...tak sabar rasanya menanti hari esok....Ok ya...jumpa lagi di next entri kisah aku dan keluarga bermandei manda di Phi-Phi Islands.....good Nite....
kak chah nanti ajar kita pegi saner yer..
ReplyDeleteBoleh no problem....kalau cik Abang Maria suka ambik gambar kat sini pemandangan memang cantik-cantik...
ReplyDelete