MY FAMILY....MY LOVE....MY HERO....

Friday 7 December 2012

Trip To SAIGON- Day 2

Mekong River - Long Journey But Fun ( 15 Nov 2012)

Hari kedua di HCM....pagi-pagi dah terbangun....pukul 6 pagi dah cerah gilerr..Hari ni tak sabar nak pergi trip ke Mekong River....malam tadi dah janji Nasi Lemak Bungkus dengan Hjh Basiroh. Pukul 7 janji dengan kawan-kawan yang lain tunggu kat lobi...Tapi bila kitorang keluar jer dari hotel kononnya nak breakfast dulu...Hampehhhh...kedai tutup lagi...apa nak makan ni..berlaparlah kitorang hari ni...Van janji nak ambil kitorang pukul 8.00 pagi so kitorang naiklah ke bilik balik...Kesiannya.. ini jer yang kami makan buat alas perut. Biskut oat makan dengan serunding daging + kismis + kurma...hu..hu...hu...jadilah dari tak makan langsung


Selesai makan kitorangpun turunlah ke lobby tunggu van ambil kami. Bila kitorang keluar dari hotel barulah nampak kedai ni baru jer buka. Orang dah berderet tunggu nak beli sarapan. Aku terus jer minta makanan yang kami order malam tadi tapi orang kedai tu buat tak tahu jer...menyirap juga darah ni, takut van datang kami tak sempat nak beli makanan. Berkat kesabaran akhirnya dapat juga makanan yang diminta...Ala....nasi lemak biasa jer...pas tu kitorang beli karipap dan murtabak soohoon.

Bila tengok pekerja kedai ni bungkus makanan rasa tak sabar pulak aku ni...nak jer tolong bungkuskan...lembab bebenor...

Tepat pukul 8.15 lebih kurang, sebuah van berhenti untuk ambil kami. Ingatkan naik van ...rasa tak selesa pulak..Rupa-rupanya sementara jer...kitorang dibawa ke Tuan Travel dan dari sini kami menaiki sebuah bas untuk membawa kami ke Sungai Mekong....

Perjalanan dari Ben Then market ke Sungai Mekong ni mengambil masa lebih kurang 2 jam 30 minit...Nasib baik bas yang kitorang naiki tu selesa...ada air cond...kalau tak berasaplah jawabnya...

Sepanjang perjalanan kami dapat melihat keadaan bandar Vietnam yang sebenarnya. Kesesakan pada waktu pagi lebih kurang tempat kita juga tapi yang tak tahannya bunyi hon kereta dan motor saja...saja...pon...pon..pon....bingit telinga. Dalam perjalananan kami dapat lihat sawah padi di kiri kanan jalan...


Di pertengahan jalan kami berhenti di sebuah hentian ala-ala R&R kat Malaysialah...nama tempat ni Mekong Rest Stop atau dalam bahasa Vietnamnya pula...Mekong Tram Dung...Tempat ni punyalah cantik...ada cafe, taman , tempat rehat dan ada juga kedai menjual barangan cenderahati...

Kami pun turun dari bas dan menuju ke 'Happy House' a.k.a toilet @ Ladies...he..he..he. Kalau korang nak masuk toilet dia yang paling penting bawa botol air sendiri...Dalam toilet hanya ada tisu sahaja...so faham-fahamlah kan...

Eh..eh...minah ni sempat juga nak berposing kat tepi 'Happy House" ni...Serius aku cakap...toilet diorang memang bersih tak kotorpun...kat dalam toiletpun diorang hias cantik-cantik..


Suka tengok kawasan persekitaran...cantik uoalls...apa lagi kitorang sakanlah bergambar...Ini menandakan akak dah sampai Vietnam tau...

Peace Yo...cheese...pandai si tourist guide kami ni ambil gambar...thanks Chu Win...

Bangunan kat belakang kami tu kedai cenderahati....

Dapat juga ambil gambar berempat....he..he..he...

Ni...dalam kedai cenderahati yang menjual pelbagai barangan . Macam-macam ada...key chain, T.Shirt, bag, kasut dan banyak lagi yang boleh dijadikan tanda kenangan.Ok...apa kata korang layan gambar-gambar ni...


Tertarik dengan bekas tisu ni....menyesal pula tak beli..hu..hu..hu...
Antara barangan menarik yang sempat dirakamkan


Inilah antara ahli rombongan kami ke Sungai Mekong....tak ada dalam gambar keluarga India dari Klang Selangor...Kat sebelah tulah bas pelancong yang bawa kumpulan kami....



Kami berhenti di Mekong Rest Stop ni dalam 20 minit jer...sebab perjalanan masih jauh lagi. Setelah melalui lebih kurang 2 1/2 jam perjalanan akhirnya kami tiba ke destinasi yang hendak dituju...

Tiba di kawasan Jeti Sungai Mekong....Sangat teruja melihat deretan bot-bot sampan yang akan membawa kami menyusuri Lembah Mekong...../


Beginilah rupanya bot-bot sampan yang akan membawa pelancong menyusuri Sungai Mekong...Kebanyakan bot-bot sampan ni menyediakan kerusi-kerusi kayu untuk penumpang...Nampak antik pula...


Ok.Uollsss....aku nak kenalkan korang dengan Tourist guide kami yang handsome ni....Handsome ke??? bolehlah tahan...Muda lagi...baru 24 tahun...Dia memperkenalkan namanya "Chu Win" Anak jati Vietnam...Pandai berbahasa Inggeris dan beliau merupakan pemegang Ijazah dalam bidang pelancongan...sesuai dengan tugasnya sekarang...Kelas kau Chu Win...


Sepanjang berada dalam bas dan bot sampan ni, Chu win ni tak henti-henti berceloteh tentang sejarah Vietnam, apa yang menariknya di Ho Chi Minh dan Sejarah Sungai Mekong itu sendiri...Banyak info jugalah yang dia bagi....so aku tahu serba sedikit tentang VN ni pun dari cerita dia...
Cuaca hari ni redup jer...pada awalnya kelihatan gerimis tapi tidak panas....sewaktu dalam bot ni keadaan cuaca mula sejuk....angin yang bertiup...nyaman sekali....

Di sepanjang menyusuri sungai ni kami dapat melihat 'floating market', penjualan barang-barang keperluan dan makanan dijalankan di atas sampan...kalau di hadapan sampan itu ada buah pisang atau buah-buahan lain yang digantung pada pancang kayu maka kita sedia maklum bahawa pemiliknya menjual buah-buahan begitulah sebaliknya....kebanyakannya menjual baranag-barang keperluan harian dan makanan

Salah sebuah sampan yang menjual Labu. Besar-besar dan nampak segar....

Bagi penduduk di sepanjang Sungai Mekong yang hendak menyeberang Sungai atau hendak ke Pekan...mereka akan menaiki feri ni dengan bayaran 10000 Dong lebih kurang RM1.55. sehala. Inilah kenderaan yang mereka naik hari-hari...kadang-kadang tengok macam lebih muatan pula....


Destinasi Pertama kami tiba di Sebuah tempat yang  terkenal dalam pengeluaran madu lebah...
lebah-lebah ni diorang ternak sendiri untuk mendapatkan madunya....Kalau nak rasa macam mana rasa kena gigit lebah cubalah pegang....Ada berani????

Tetamu yang datang dihidangkan dengan teh madu limau yang sangat sedap sampai bertambah 2 cawan...he..he..he...kami dihidangkan juga dengan pisang salai, bepang, halua kelapa sebagai pemanis mulut. Siapa yang nak beli madu asli di sini bolehlah juga...murah dan memang asli...Selain itu ada juga jualan makanan industri kampung seperti candy, bepang, kerepek pisang dan Madu lebah yang telah dibotolkan cantik...

Setelah menikmati minuman teh limau madu...kami bergerak untuk melihat bagaimana proses membuat "Rice Paper"...Adunan better dari tepung beras di tuang di atas kain yang lebar dan dibawahnya adalah periuk berisi air panas.....

Setelah adunan tadi diratakan bulat diatas kain tersebut, adunan tadi kemudian di kukus lebih kurang 5 minit....


Wap air yang panas itu akan memasakkan adunan better yang nipis itu. Setelah masak adunan tersebut dikeluarkan dan di keringkan di atas dulang yang diperbuat daripada buluh macam dulang tampi padi....
Seterusnya kami singgah pula di kilang membuat candy kelapa....Kelapa tua yang telah dikait kemudiannya dikupas menggunakan cara tradisianal. kak Nafisah menunjukkan kepakarannya mengupas kelapa menggunankan besi tajam ni...Cayalah ...terbukti anak kampung yang tak kekok menggunakan cara lama walaupun zaman sekarang ni kalau nak beli santan dah ada jual yang patinya ajer....

Setelah kelapa dikupas, kelapa ini dimesin dan santannya diperah untuk mendapatkan pati santan. Proses seterusnya santan dimasak dengan gula sampai menjadi pekat...

Inilah hasinya candy kelapa yang telah siap dipotong dan sedia untuk dibungkus..

Selain membuat Candy kelapa kami ditunjukkan cara bagaimana untuk membuat kuih bepang dari beras pulut.Padi pulut digoreng dengan serkam padi kemudian ditampi. Bertih Pulut tersebut kemudiannya ditampi untuk mengasingkan kekotoran.

Sirap gula kemudiannya dimasak hingga pekat kemudiannya di campur dan digaul rata ke dalam bertih pulut...kemudian diletakkan didalam acuan loyang yang besar dan digelek hingga menjadi padat. Setelah padat barulah adunan bepang ini dipotong sebelum dibungkus untuk dijual...


Selesai melawat perkampungan yang banyak menjual hasil makanan, kami menuju ke destinasi seterusnya...Disepanjang sungai ni kami dapat lihat ada challet-challet yang disediakan untuk pelancong yang ingin menginap di sini....

Di kiri kanan sungai banyak pokok -pokok buah mata kucing yang sedang berbuah lebat...besar-besar dan isinya manis-manis belaka...Kami kemudiannya dibawa untuk lunch disebuah restoren. Perut masa ni dah lapar sangat...Pada masa ni jam dah menunjukkan pukul 1.30 t/hari waktu VN kalau kat Malaysia pukul 2.30 ptg...mana tak lapar....Kami tak ambil pakej makan sebab dah tahu tak halal...so bila sampai jer kat restoren tu kami apa lagi...teruslah buka bekalan yang dibawa...kami dihidangkan dengan buah-buahan tempatan yang memang manis....dragon fruit,betik,tembikai, nenas....dan jambu madu..

Satu yang aku puji....tourist guide kami yang faham dan tahu yang kami ni muslim terus jer bagi tahu kalau nak solat mereka ada sediakan satu bilik khas...Chu Win siap tunjukkan lagi arah kiblat...

Selesai makan aku jalan-jalan di sekitar restoren tu...sebenarnya nak cari toilet bila pergi kat belakang restoren ni rupanya ada taman, kolam ikan dan tempat berehat...akupun terus panggil kengkawan yang lain...kitorang berbuai-buai sambil merehatkan diri....penattttt...jalan-jalan...Selesai solat kamipun naik bot semula untuk melawat sebuah perkampungan budaya...tengok persembahan ....

Muka ceria...dah kenyang...kami menyusuri lagi Sungai Mekong sambil menikmati keindahan alam....Kami tiba ke destinasi seterusnya , sebuah perkampungan budaya orang-orang VN. Di sini kami dapat lihat cara-cara menyulam baju dan pameran hasil-hasil kraftangan orang-orang di sini..

Show time....kami dihiburkan dengan nyanyian oleh gadis-gadis kampung yang badan diorang semuanya alahai...kurus-kurus jer...jarang-jarang nampak perempuan-perempuan vietnam ni gemuk-gemuk..Persembahan diorang ni ala-alan teater muzikal...walaupun kitorang tak faham sepatah haram bahasa VN ni...tapi kami terhibur dengan persembahan yang ditunjukkan....kelakarpun ada...

Kebanyakan lagu ada penceritaan sendiri....percintaan teruna dan dara, kisah kehidupan  suami isteri
yang membanting tulang bekerja menanam padi, walaupun hidup susah tapi saling sayang menyayang antara satu sama lain...kebanyakan lagu menggambarkan kehidupan sebenar orang-orang vietnam ni...
Sambil dihiburkan dengan persembahan kami dijamu dengan minuman teh dan buah-buahan tempatan....Selesai persembahan kamipun bertolak pulang ke HCM...


Tiba di jeti kami berjalan kaki untuk menaiki bas yang telah sedia menunggu...dalam perjalanan balik kami melalui kawasan pasar yang menjual banyak buah-buahan tempatan.Apa yang dapat diperhatikan, penjaja buah-buahan di tepi-tepi jalan ni menyusun cantik buah-buahan yang hendak dijual . barulah nampak cantik dan menarik....

Naik bas jer our tourist guide bagilah penerangan tentang perjalanan pulang ke bandar HCM. naik bas 2 1/2 jam lagi..penat travel seharian dari pagi sampai nak malam baru sampai semula ke Ben Then market...namun begitu rasa seronok sebab dapat tengok tempat dan budaya di HCM.

Kami tiba di hotel lebih kurang pukul 7.00 malam...dah gelap. Kami balik ke bilik, mandi, solat dan berjanji akan turun semula untuk diner pukul 8.00 malam....

Malam ni kami nak cuba makan di VN Halal Restoren...menu yang kami order....Tomyam seafood, ikan 3 Rasa, sayur kailan dan telur dadar....kalau nak dibandingkan dengan makan di Champa Restoren aku rasa Champa lagi best dari kat sini...makanan kat sini so...so...jer...dah lapar kitorang bedal jer...

Selesai makan... kami tawaf lagi kat night market...Borong lagi baju-baju  kat sana...Malam ni aku baru survey dulu sebab dah plan esok baru nak mula shopping....he..he..he...

Lebih kurang pukul 11.30 malam kamipun baliklah ke hotel...Ya Ampun....kaki rasa penat sangat..so balik terus nak tido.....oklah tunggu cerita aku seterusnya di Hari Ke 3....


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>Kita Jumpa Lagi>>>>>>>>>>>>>>>>sekarang nak........ zzzzzzzzzzzzzzz.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...