MY FAMILY....MY LOVE....MY HERO....

Monday 13 February 2012

Family Day 2012 in Memory (4 - 6 Februari)....Day 1

Salam semua...
kali ni aku nak cerita pula pasal Family day aku sewaktu cuti bersambung - Maulidur Rasul dan Cuti Thaipusam + cuti Sabtu & Ahad. Rancangan mengadakan family day ni dah lama tapi semuanya tiada kelapangan. Dengan anak exam...cuti tak dapat dan macam-macam sebab lagi...So pada sambutan Tahun Baru di rumah mak dan ayah aku 1 januari lalu terkeluar pula dari mulut aku tentang Family Day ni sebab rasanya dah agak lama tak buat. Akupun menyuarakan cadangan kepada adik beradik ku yang lain tentang cadangan aku nak buat Family day pada cuti bersambung Februari nanti.


Asalnya memang aku dah cadangkan tarikh ni dari tahun lepas lagi tapi adik Iparku bagi tahu mereka tak boleh nak join sebab nak bercuti ke Gold Coast. So cadangan tu aku simpan..tetiba pada Cuti tahun baru tu dia bagi tahu, rancangan Percutian ke Australia tu terpaksa ditunda atas sebab-sebab tertentu. Aku apa lagi terus suarakan balik cadangan tu...Alhamdulillah semuanya nampak setuju pada tarikh tu so kamipun mulalah operasi mencari tempat yang sesuai.


 Akupun terus buat senarai AJK untuk hari keluarga tersebut. Kami bermesyuarat secara email dan online jer....Boleh dikatakan semua challet dan penginapan lain dah fully booked akhirnya kami dapat di Ancasa PD tapi harganya semalam utk apartment 2 bilik mak oiiii RM 526. sedangkan rate biasa dalam RM 330 jer...Nasib baik adik ku Mejar Omar sering mengadakan seminar di sana so dapatlah diskaun dari RM 526 ke RM 350. kami booked 3 Apartment 2 bilik yang boleh sumbat 35 orang semuanya...seronok tidur lambak-lambak...Family Day kali ni kami plan buat dekat-dekat jer sebab ayahku memang uzur tak berapa sihat begitu juga mak aku yang tak larat sangat untuk berjalan jauh. Bagi aku dekatpun tak apa asalkan semua adik beradik dapat berkumpul bersama.


Dalam masa sebulan sebelum tarikh tersebut tiba ,kami adik beradik dapat berjumpa 2 kali untuk bincang apa yang patut terutama aktiviti yang akan diadakan pada hari keluarga tersebut.




Pada 4 Februari 2012 (Sabtu) semua ahli keluarga berkumpul di rumah Ayah kecuali adikku Cik Nah yang akan terus ke PD. Setelah urusan penyusunan barang dalam kereta, lebih kurang pukul 10.30 am, kami bertolak ke Port Dickson.Aku tengok pada hari tu Ayah dan Mak happy sangat sebab nak pergi jalan.Akupun happy juga tengok diorang berdua excited nak memulakan perjalanan. Dari Gombak kami berkonvoi 6 kereta. Lupa lak aku nak bagi tahu. on That day aku terpaksa pergi lewat sikit kerana terpaksa menghadiri majlis perkahwinan sepupu suami ku. Terpaksa layan juga kang merajuk tak nak pula pergi Family Day. he..he..he..


Pada hari pertama family day tersebut kami pakat-pakat semua family mesti masak sejenis lauk. aktiviti pertama ialah Makan Tengahari @ berkelah di tepi pantai sambil makan ramai-ramai. Meriah....Memang banyak lauk pauk yang dibawa sampai tak sempat nak habis sebab kekenyangan.
Ayah dan mak bersantai-santai sambil makan ice cream...so sweet...

Aku tiba di Ancasa dekat pukul 3.00 petang. Masa tu adikku Omar selaku AJK penginapan dah uruskan urusan check in. Masa aku tiba di Pantai Purnama diorang dah pack barang2 makanan semula untuk check in hotel....Budak-budak tak menyabar nak mandi kolam..

                                 Mesyuarat tergempar.....apa plan surprise party malam ni...

Nilah Apartment yang kami dapat. Semua di Tingkat 3. Aku tinggal serumah dengan Abangku yang sulung di Apartment 304, Didie,Fifie, Omar, Mak dan Ayah serta keluarga masing-masing di Apartment 307, manakala Cik Nah dan Ayob serta family di Apartment 306. Kami dah bagi-bagi rumah ikut bilangan ahli keluarga. Apartment aku jadi tempat lepak dan mesyuarat. Apartment 306 tempat makan-makan dan Apartment 307 tempat solat. Adilkan....
Sambil ibu bapa meeting,  anak-anak pun mesyuarat juga
korang bincang apa ya....



Dah selesai punggah barang dari bonet kereta kami mesyuarat kejap, bincangkan aktiviti malam nanti dah lari sikit dari scedule...Mulanya makan malam kami rancang di salah sebuah restoran yang kami nak tempah tapi disebabkan lauk2 banyak lagi kami decide beli jer lauk  untuk tambahan dan kami buat di Apartment jer sebab ada surprise parti untuk mak dan ayah.


Tepat jam 7.00 pm kami dah  mula bersiap sedia untuk solat Jamak maghrib & Isyak berjemaah diketuai oleh adik iparku Hj Masree Theeran. Pada malam ni juga kami beramai-ramai mengadakan majlis bacaan Yassin dan Tahlil memohon agar keluarga kami sentiasa dalam keadaan selamat dan tak lupa juga kami mendoakan agar Ayah dan mak sentiasa diberi kesihatan yang sempurna, dipanjangkan umur dan sentiasa dimurahkan rezeki....


Selesai majlis tersebut...apa lagi kami bergerak ke Apartment 306 untuk makan malam....amboi....banyaknya makanan....seronok juga makan rebut-rebut ni...
Ayam Goreng kunyit dan Ikan Siakap 3 Rasa
Udang & Sotong Goreng Tepung Dan Ikan Siakap Stim...

                                 meriah betul lauk malam ni + lauk-lauk siang tadi yang 
                                 dah kami panaskan. Asam pedas, sambal tempe goreng,
                                 ayam goreng berempah + sambal belacan dan ulam-ulaman..

Lupa pula aku nak bagi tahu. Tadi aku kata ada surprise party untuk ayah dan mak kan...Pada 2 Februari yang lalu adalah merupakan Hari Ulangtahun Perkahwinan Ayah dan Mak yang ke 50. Petang tadi Aku Ayob dan Abang Yahya cari kek sampai satu PD. Akhirnya jumpalah Kedai Kek kat Pekan PD. nasib baik sedap...Korang layanlah gambar-gambar ni dan daripada gambar ni aku dapat rasa begitu gembiranya ayah dan mak melihat anak-anak meraikan Ulangtahun Perkahwinan  mereka...hu..hu..hu...so touching.



Kek yang kami beli siang Tadi. Blueberry cake....sedappp









Selesai jer makan malam...aku dan Cik Nah bawa keluar kek ni dan letak depan ayah dan mak. Semua anak-anak dan cucu-cucu ramai-ramai nyanyikan lagu "Allah Selamatkan Kamu" khas untuk Ayah dan Mak. Aku lihat ayah dan mak terharu dengan sambutan Ulang tahun Perkahwinan mereka...Riuh rendah suara cucu-cucu dengan gelak dan tawa bila Atuk cuba nak suap kek kat nenek...he..he..he..

                                 Amboi-amboi..... sukerrrnya Raiqal tengok atuk dan nenek ...

Masa malam ni kami decide bagi hadiah yang kami dah beli dari KL.Hadiah tu taklah mahal...murah jer...harga aku rasa tak penting bagi diorang tapi nilai kasih sayang yang anak-anak tunjukkan itu yang paling berharga. Dah lama aku tak tengok ayah dan mak seceria ini, tambah-tambah lagi hampir semua anak-anak dia ada kecuali Din...tak dapat datang kerana ada urusan...


                                 seronoknya ayah dan mak dapat hadiah...eeeee yang si kecik tu
                                 excited pula nak tengok apa hadiah Atuk...
                                 Atuk tengok nenek dapat handbag...atukpun dapat 
                                 set tali pinggang ,wallet dan pen.....sukanya nenek...

Selesai jer acara potong kek dan pemberian hadiah, acara aku dan my hubby pula potong kek in advanced...Anniversarry kitorang jatuh pada 23 Februari ni manakala Abangku Ayob pada 22 Februari...kitorangpun tumpang sekaki celebrate hari ulangtahun Perkahwinan kami yang ke 22....semoga kebahagiaan menjadi milik kita yang abadi.....

                                 Happy Anniversarry....to both of us....Semoga Allah panjangkan 
                                 jodoh dan berkekalan hendaknya hingga ke hujung nyawa...
                                 Tarikh kahwin kitorang selang sehari jer.....Happy Anniversarry
                                  to my beloved brother and Sister  - Ayob & Rohaidah

Malam ni kitorang happy sangat....enjoy makan-makan sampai senak perut dan enjoy bergambar sakan dengan aksi-aksi yang menarik....he...he..he...


                                    Anak-anak....Sorang jer tak ada dalam gambar....Cik Din...
Anak-anak dan Menantu...

Yang ni cucu-cucu....seramai 20 orang + seorang lagi coming soon. Dalam ramai-ramai ni semua lelaki kecuali ada 2 jer puteri sebagi penyeri taman...



                                 Anak saudara yang paling comel....Amir...
Selesai jer sesi makan-makan dan sesi bergambar....Aktiviti seterusnya bagi yang kaki pancing apa lagi memancinglah...umpun-umpun dah beli siang tadi + sotong dan udang untuk buat umpan....Omar,Fifie, Mus dan Mai....ada agenda tersendiri karaoke...Aku, Kak Tipah dan pompuan-pompuan lain tu...habis jer berkemas terus zzzzzzzz. Esok banyak lagi aktiviti yang menanti...

   -Nantikan kisah seterusnya dalam Family Day in Memori - Day 2

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...