MY FAMILY....MY LOVE....MY HERO....

Sunday 12 February 2012

Bandung Trip 2012 (20 - 25 Januari) - Part 6

Bye - Bye Bandung.....Namamu Tetap Dalam Ingatan

Teringat nak sambung balik kisah aku di Bandung pada hari terakhir kami di sana.....

Seawal jam 4.30 pagi ...aku dikejutkan oleh suara jeritan Ninie...Kenapa ya...Shhhhh rahsia, hanya aku, Kak Shah jer yang tahu.He..he..Setelah mandi dan bersiap-siap, kamipun mula membawa turun bag-bag yang dah beranak pinak tu di hadapan Lobi Orange Home. Dah janji dengan Ajang, kami akan bertolak ke Airport jam 6 pagi. Kami mula menyusun bag-bag yang hendak dibawa pulang...mak aiiii banyaknya, camner nak bawa masuk dalam coaster ni.

     muka masing-masing ceria...sebab nak balik dah....

     Sebahagian bag yang kelihatan....cer tengok bag siapakah itu yang paling besar....

Sementara menunggu Ajang datang, sempat lagi berposing ramai2 di Depan rumah Orange. Sedih pula nak tinggalkan Bandung ni hu..hu..hu..Korang tengoklah sendiri rupa bag-bag kitorang. Cer tengok...bag saper paling besar dan bag saper paling banyak. He..He..He...

Bila Ajang sampai jer...kami suruh dia snapkan gambar.Muka masing-masing nampak ceria. Mungkin dah baik sikit kot.Maklumlah ada yang tak sabar nak jumpa suami dan baby kat Malaysia..Aku difahamkan oleh Ajang pagi ni ada 2 orang mamat dari Malaysia juga yang akan balik sama dengan we all. Sib baik mamat tu tak bawa banyak bag, kalau tidak tak tahu mana nak sumbat.

Ajang mula susun bag kami di belakang tempat duduk pemandu...penuh sampai tak muat-muat. Itulah penangan kalau orang pompuan datang bershopping datang 1 bag jer...Bila balik mesti beranak 1@2 bag.
sampai jer di Airport Bandung Ajang menurunkan bag-bag kami....Sedih pula aku nak berpisah ngan adik aku yang sorang ni...Kalau saper-saper nak gi Bandung dan nakkan Hotel Budget yang selesa...Cubalah di Orange Home.Perkhidmatan yang diberi tip top.Pekerjanya waduh...sopan sekali. Perlukan perkhidmatan supir....korang boleh contac. Ajang. Dia ni memang  bekerja dengan Orange Home. Orangnya bersopan santun, peramah, kelakar dan yang paling penting sangat menghormati orang tua...Tua ke aku!!!  ni no contc dia..+6281214627095.




Selesai bersalaman ngan Ajang yang kami dah anggap cam adik ni...aku menghulurkan tip dari kami ber 8 dan aku, Kak Shah dan Ferry sempat menghulurkan sedikit sumbangan sebagai hadiah perkahwinan Ajang yang baru berlangsung bulan Nov 2011. Setelah mengucapkan selamat tinggal kamipun mulalah mengheret bag-bag masing-masing untuk di scan seterusnya beratur untuk drop in bagasi...

Malam tadi aku pinjam penimbang kat Ofis Orange home dan timbang bag-bag kami sebagai anggaran. Semua orang berat bag ngam-ngam kecuali Aida jer...yang terlebih dekat 11 kg. Ha...bershopping tak hengat...Dunia. Aku terus beratur dan arahkan kengkawan susun bag supaya senang di timbang masuk.Aida aku suruh beratur paling last sekali sebab bag dia terlebih beratan. Oleh kerana kami dalam group....maka terselamatlah si Aida ni...dari kena bayar lebihan beratan bag.Selamat....coz kengkawan lain berat bag tak sampai 20 kg, majororiti dalam lingkungan 15-16 kg jer...
                                                 Aida tengah suspen...kena bayar ke tidak...
                                                 Bag lebih beratan. 20 kg + 11 kg......
                                Guru Besar tengah  marah anak murid sebab tak pandai-pandai 
                                 nak beratur susun bag.He..he..he...

Selesai urusan bag dan bayaran Airport tax, kami pun terus masuk dan oleh kerana tak breakfast lagi, aku,Ferry,kak Shah,Farhana dan Aida bercadang lepak kat bilik VIP sementara menunggu waktu berlepas yang pada ketika tu masih ada lebih kurang 1 jam lagi. Adik-adik yang lain tak mahu makan takut sakit perut menyerang kembali...

Best juga duduk kat bilik VIP ni. Makanan ala-ala buffet. Ada nasi goreng, roti...kuih-kuih,,, bubur dan macam-macam lagi.dah tak ingat...Lupa pula nak bagi tahu. Bayaran yang dikenakan untuk seorang ialah 60 000 idr (RM 20). kami duduk kat bilik ni sampailah pekerja di sini memaklumkan bahawa waktu untuk berlepas telah tiba. Pukul 8.30 am kamipun mula masuk ke dalam perut kapal terbang....meninggalkan percutian kami di Bandung ni dengan seribu kenangan...

Terima Kasih Ajang.....Terima Kasih Orange Home....Dan Terima Kasih kepada suamiku...kerana sudi mengizinkan aku bercuti dengan Kawan-kawan sebagai pembuka tirai Percutianku di tahun 2012......

                                  -  THE END -





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...