MY FAMILY....MY LOVE....MY HERO....

Friday 10 February 2012

Bandung Trip 2012 (20-25 Januari) - Part 5

Transtudio Bandung
Hari Ke 4 kami di Bandung, muka semua kengkawan nampak sangatlah tak ceria...Aku memang tak larat langsung akibat insiden malam tadi. Ninie, Juley,dan aku memang diserang cirit-birit dan muntah-muntah. dahlah tak tidur semalaman, pagi-pagi perut rasa memulas2 lagi. Kalau nak diikutkan hati, aku dah tak nak gi mana2. nak tido jer dalam bilik.Oleh kerana aktiviti dah dirancang dan aku tak nak menyusahkan orang lain....kugagahi juga badan ni untuk ke Trans Studio...

Insiden malam tadi kuceritakan pada Ajang. Member agak terkejut dan susah hati kerana tamu yang dibawanya mengalami keracunan makanan. Aku respect kat Ajang ni kerana dia memang bertanggungjawa dan ambil berat dengan apa yang menimpa kami. Akhirnya kami ber 8 meneruskan juga langkah pagi itu ke tempat yang memang kami dah rancang dari awal lagi.

Sebaik saja sampai di Trans Studio tersebut, Ina memberitahu Aku bahawa Juley rasa tak larat untuk turut serta dalam aktiviti hari itu, Ina bercadang untuk menemani Juley yang dah lembik tu balik semula ke Orange Home manakala kami berenam masuk ke dalam Trans Studio tersebut. Jam pada ketika itu baru menunjukkan jam 9.15 pagi. Ferry ku arahkan untuk beratur membeli tiket. Rupa-rupanya...waktu masuk ke Trans Studio tersebut pukul 10 pagi. So kami masih ada masa lebih kurang 45 minit lagi. Lupa pulak nak bagi tahu tiket masuk ke sini ialah 150 000 idr ( RM 52)  jika hari biasa. Sabtu dan Ahad tiket naik harga 200 000 idr ( RM 70 )..memanglah sangat murah..

Tepat kul 10 bila pintu masuk dibuka, kami pun memulakan pengembaraan di dalam Trans Studio ni. Tempatnya agak besar juga dan semua Permainan adalah indoor ok.... kecuali ada satu yang aku tengok melibatkan kawasan luar...rollercoaster..
Sebelum masuk ke dalam....sempat bergambar dulu kat pintu masuk..

                                   Nilah muka orang demam......

                      Bergambar kat pintu masuk Trans Studio...


Banyak juga permainan yang boleh kita main kat dalam ni, tapi malangnya hu..hu..hu...mak tak larat. Kepala dah mula berpusing-pusing, mata aku dah mula rasa panas....demamlah pulak.


                                Senyum paksa....nak nampak cantik dan ceria dalam gambar...
                                                 
dalam demam-demam ni sempat jugalah aku berposing-posing dengan watak-watak dalam filem seperti pirates...fairy tail...pink painter dan lain-lain yang aku dah tak ingat...
Kalau aku sihat sure aku naik semua game-game yang mencabar tu...sambil jerit -jerit...tapi Nan Ado....Nak tergelak juga aku...masa gang2 lain masuk dalam rumah hantu...aku ngan kak Shah duduk jer kat kerusi panjang yang memang ada kat situ. Bila diorang pergi ronda-ronda ke tempat lain, Aku dengan kak Shah bantai tidur lena walaupun keadaan di sekeliling hiruk pikuk dengan suara orang menjerit- jerit....tersedar bila Ferry call diorang dah ada kat pintu masuk tadi...Fuhhhh lama juga aku terlena.


Keluar jer dari Trans Studio lebih kurang pukul 2, kami mengajak Ajang ke Restoran nasi padang untuk Lunch. Ajang membawa kami ke Restoran Simpang Raya.. makanan nya sedap-sedap tapi aku tak lalu nak makan sebab perut masih lagi rasa tak sedap. kak Shah dan Ninie pun tak lalu nak makan. Ferry Aida dan Farhana jer aku tengok berselera menghabiskan lauk pauk yang sudah kami pilih...
                              Masakan Minang yang menjadi kegemaran....pandang dan
                              jamah sikit jer...

Selesai makan aku terus ajak Ajang balik ke Hotel sebab Kak Shah dan Ferry nak settle kan bayaran supir dan bilik....Dalam perjalanan kak shah dah mula pening sampai muntah-muntah. Kami singgah sekejap di Kartika Sari tempat menjual kek lapis, brownies dan kerepek2 lain yang boleh dibawa pulang ke Malaysia. Aku pun belilah juga Cheese Brownies dan kek lapis prune untuk dibawa pulang sebagai buah tangan.

Sampai jer aku kat hotel...sementara kak shah dan Ferry settlekan bayaran...aku ambik peluang telan panadol yang Ninie bagi kemudian tidur sekejap hilangkan rasa pening...Adalah lebih kurang setengah jam aku tido...tetiba dengar suara Ninie panggil nama aku.  Receptionist kat bawah suruh aku turun sebab aku yang deal harga pengangkutan dengan diorang...kak Shah aku tengok dah terlentok atas kerusi...
Selesai jer buat pembayaran...Ferry suruh kami bersiap-siap sebab dah janji dengan Ajang suruh dia hantar kami ke Pasar Baru. Ada barang yang kami nak repeat beli. Aku tengok Juley dah ok sikit..tapi dah berjangkit pula dengan Ina...We all semua pergi semula ke pasar baru kecuali Farhana yang rasa dah tak larat dan nak rehat jer kat bilik.

Sampai jer di Pasar Baru, akupun carilah kain untuk mak aku tersayang dan untuk aku sendiri buat baju. he..he...ada lagi duit aku tapi dah tinggal ratus ribu jer lagi...Sempatlah juga aku beli 3 pasang blous dan T.Shirt Bandung untuk suami dan anak-anak. baru puas hati dapat beli untuk diri sendiri. 

lebih kurang pukul 6 petang...kami bergerak keluar dari Pasar Baru...Masa tu aku tengok Juley dan Ina dah makin teruk.Aku terus ajak Ajang hantar adik-adik berdua ni balik ke hotel untuk berehat..
Ferry ajak pergi ke Paris Van Java . Aku teragak-agak nak pergi ke tidak. kak Shah dah surrender...sebab dah 2 kali muntah dalam van..kesian pula aku tengok keadaan dia. hatiku mula berbelah bagi tapi si Minah Ferry ni beria-ia ajak aku ke sana...sampai tak nak kawan kalau aku tak nak ikut. Kelakarlah pula... macam budak-budak.Hee...he..he...At Last aku, Ferry,Farhana,Ninie dan Aida aje yang ikut.yang lain tinggal kat hotel. Sampai di Paris Van Java....wow aku terpegun dengan susun atur kedai-kedai kat dalam nya. Mallnya agak besar dan memanjang. Hanya ada 2 tingkat jer. Barangan yang dijual dikebanyakan kedai semuanya barangan branded...tapi aku suka keadaan dalam mall tersebut macam aku berada kat Jonker Street, Melaka. Jalan-jalan jer cuci mata sbb duit Indon dah habis aku belasah kat Pasar Baru tadi .Duit Malaysia banyaklah,..Masa ni aku tak bawa kamera. Ninie jer yang bawa...gambar kat Paris .....ni aku ambil  dari album ninie tau....

Antara kedai di Paris Van Java

Kitorang ada kat sini lebih kurang 1 jam jer...nak tahu kenapa. Sakit aku dan Ninie tu dah berjangkit pula kat Farhana, anak Ferry. dia pula yang muntah-muntah, cirit-birit dan pening kepala sampai nangis-nangis..Aku terus ajak Ferry dan kawan-kawan lain balik sebab tak nak keadaan Farhana jadi lebih teruk....Hua...hua..hua...malangnya nasib kitorang hari ini.

Sampai jer kat Hotel...kami ucapkan terima kasih kat Ajang sebab terpaksa berulang ulang alik bawa kami hari ni...Kesian Ajang...penat layan kerenah kakak-kakak ni. Jasamu ku kenang Ajang...  
Malam ni kami decide makan malam kat hotel jer...malam masih muda...aku,Ferry, Ninie,Aida jer yang lepak kat Cafe...Kak Shah,Juley,Ina dan Farhana hanyut dibuai mimpi dengan dahi berkerut-kerut menahan rasa sakit...Aku takut nak makan tapi kesian dengan kak Shah yang tak makan dari siang tadi. Aku terus gi Order bubur McD. kawan2 aku yang lain order nasi goreng kat cafe Orange....kami borak-borak sambil ketawa mengenangkan tragedi yang menimpa percutian kami kali ini.....Lebih kurang pukul 10.30 mlm kami naik ke bilik  berkemas-kemas untuk berangkat pulang Seawal jam 6.00 pagi esok...


                     TUNGGU....HINGGA KE PENGHUJUNG CORETAN....BERSAMBUNG













No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...