MY FAMILY....MY LOVE....MY HERO....

Thursday 2 February 2012

Bandung Trip 2012 (20-25 Jan) - Part 1

Tanggal 20 Jan. 2012 adalah merupakan hari yg penuh bersejarah....Sekolah ku dikunjungi oleh YAB Dato' Seri Najib. Sangat teruja atas kehadiran beliau ke sekolah kami yang  tidak berapa dikenali. Memang dalam minggu ni aku memang penat gilerrr. Macam-macam urusan yang perlu dibuat untuk menyambut kedatangan orang penting ni...Akhirnya segala penantian berakhir atas lawatan PM ke sekolah kami dengan mengumumkan Pemberian dana untuk Projek Pembinaan sekolah baru bernilai 2.5 juta...

Bukan ini yang aku nak cerita, pada tarikh ini juga aku dan ahli Rombongan "Cik Chah" seramai 8 orang akan memulakan percutian selama 6 hari 5 malam ke Bandung sempena cuti Tahun Baru Cina.Tepat jam 12.30 t/hari aku dah bergegas pulang dari sekolah untuk bersiap-siap ke Terminal LCCT. Tepat jam 3.00 petang Aizat anak bujangku menghantar aku, kak Shah dan Ninie ke LCCT....Tak sabar nak memulakan percutian dan berehat sambil menenangkan fikiran...Cewah..

                                         Nilah antara ahli rombongan yang turut serta dalam
                                         dalam percutian kali ni...muka excited...

Setelah urusan check in barang kami pun terus masuk ke ruang menunggu untuk menunggu waktu berlepas.....Tetiba ada pengumuman menyatakan bahawa Flight kami yg sepatutnya berlepas jam 7.15 pm delay selama 1 jam....Hmmmm..biasalah Firefly...Everyone can Fly so everyone can waitlah...lebih kurang 8.00pm baru kami dipanggil untuk boarding...
                                           
   Semasa berjalan untuk menaiki pesawat...adik-adikku yang lain sempat berposing dulu. Aku dan Kak Shah duduk di bahagian Belakang manakala yang lain-lain duduk di bahagian tengah. Perjalanan dari KLIA  ke Airport Bandung mengambil masa lebih kurang 2 jam..Kami sampai di Airport Bandung lebih kurang 9.30 malam waktu Indonesia. Selesai urusan Imigresen,  kamipun mencari beg masing-masing dan mula keluar dari pintu Airport.Aku tercari-cari adik supir ku Ajang yang memang sedia menanti kedatangan kami di bandung. Terima Kasih Ajang kerana sudi tunggu kakak walaupun flight delay.

                                                    muka penat naik flight....lapar...

                                         
Selepas aku memperkenalkan ahli rombongan yang lain kepada Ajang,kami dibawa ke Orange Home hotel yang menjadi pilihan kami selama kami berada di Bandung. Setelah check in, Noraiddah,Julie,Ina sempat lagi order MCD sebab lapar dan Restoren kat sana dah tutup...akupun tumpang sekaki juga...setelah mandi,makan,dan kemas apa yang patut akupun terus terlelap zzzzzzzz.

                                            inilah bilik aku,Kak Shah & Ninie. Selesa bangat...
                                            sebab just untuk tidur jer......
                                          
                                         "TO BE CONTINUE........"                                      
                                           

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...