MY FAMILY....MY LOVE....MY HERO....

Tuesday, 8 May 2012

My Baby....Muhammad Irfan Rizqin

Selasa - 8 Mei 2012

Anak Ibu dah 2 Bulan....

Pejam celik, pejam celik...dah 2 bulan baby aku ni....macam baru jer dia dilahirkan...Sejak lahir, Irfan aku mandikan dari sebesar 2 tapak tangan sehinggalah badannya dah mula mendebab....


Dah lama tak bersalin sekali dapat baby baru....fuyoooo sangatlah teruja...Suka dengar suara tika dia menangis. Bau badan baby yang wangi...dan kulitnya yang selembut sutera membuatkan aku geram dan rasa nak gomol hari-hari...he..he..he...Irfan ni budak baik. Dia dah tahu bila masa ibu Chah akan datang untuk dimandikan dalam besen mandi....sukerrrnya dia bila dicelup dalam air...


Kini baby dah mula pandai ketawa dan tersenyum bila diagah....dah pandai nak suruh dukung bila nampak orang...dan dia dah pandai menjerit nak susu bila lapar....hmmmm.   


Aksi-aksi Irfan bila kita ambil gambar dia. Pandai pandang kamera...Mata bulat bila pandang orang yang dia kenal....Ala tomey...tomey....


Bila buka jer baju ketika nak dimandikan, punyalah suka.....tak sabar-sabar suruh dukung cepat....Akakpun dah tak larat nak pegang lama-lama bila masa nak mandikan dia...takut terlepas, jadi anak Pak Pandir pula nanti...he..he..he...Masa mandi dia dah pandai melonjak-lonjak dan tendang-tendang kaki. Tak lama lagi besen mandi tu gerenti dah tak muat....


Suka tidur meniarap....elok untuk babykan....mula-mula takut dia lemas. Sebenarnya baby ni cerdik...dia akan pandai sendiri untuk alihkan kedudukan kepala kiri dan kanan kalau dia penat....


Aksi-aksi comel Irfan....dalam pelbagai gaya....macam model pula mummy Irfan tolong posingkan...


Cuti 3 bulan mummynya, dah hampir berakhir...risau pula bila difikirkan...sampai sekarang belum dapat pengasuh yang akan jaga Irfan bila Mummy pergi kerja....kesian dia...



Semoga Muhammad Irfan Rizqin Bin Muzzaffar akan jadi anak yang cerdik, soleh...dan sentiasa taat dan menghormati kedua orang tua....Amin....

Monday, 7 May 2012

Jalan-Jalan Makan-Makan @ Medan Selera Jeram Ikan Bakar

Sabtu - 28 April 2012
 Di Kuala Lumpur sibuk sana sini dengan perhimpunan Bersih 3.0.....kalau hari ni nak masuk KL janganlah ada sesiapa yang cari maut. jalan sana sini tutup pas tu ada lencongan pulak....Malas nak fikirkan pasal perhimpunan ni, aku bawa family gi jalan-jalan keluar dari kemelut dan kesesakan Perhimpunan yang akhirnya jadi tak Bersih...

Program ni asalnya nak buat sekitar KL jer...tapi entah kenapa tetiba tukar plan ajak Abang Mardd, Yan & Family untuk family gathering di Medan Selera Ikan Bakar di Pantai Jeram....


Happy time....Along jer yang tak ada dalam gambar...next time kita makan-makan lagi..
 Setelah hampir 12 tahun akhirnya kami berkumpul semula dalam suasana yang sangat mesra antara kami 2 buah keluarga yang aku dah anggap macam family sendiri. Kalau korang nak tahu, masa anak-anak aku kecil-kecil lagi...Yarnlah yang jadi ibu, pengasuh pada anak-anak aku bila aku pergi bekerja...Family Abang Mardd ni dah macam family no 2 anak-anak aku ni. Kini semua dah besar-besar....teringat kembali zaman diorang kecil-kecil dahulu yang sama-sama bersekolah dan membesar di Kuarters Perumahan Keretapi di Sentul. Sekarang ni tapak kuarters tu dah tak ada lagi dah jadi jalanraya...

    Medan Selera Ikan Bakar, pantai Jeram ni terletak di Jeram, jalan menghala ke Klang, Kuala Selangor...Tempat ni agak luas dan kat Pantai Jeram ni ada 2 Restoren Ikan Bakar yang Famous iaitu Restoran yang kami kunjungi ni dan yang lagi satu terletak bersebelahan iaitu Aroma Ikan Bakar. 

    Kemudahan untuk pengunjung banyak disediakan seperti tandas yang bersih, Surau dan Wakaf-Wakaf tempat beristirehat...Kalau nak makan-makan kat sini ada baiknya booking dulu. Biasanya kalau hujung minggu memang fully booked. Kamipun nasib baik ada kekosongan.

    Seafood yang disediakan ada pelbagai....boleh pilih mana yang berkenan. Harga ikut harga pasaran. Pilih dulu seafood yang menjadi pilihan dan kemudian akan ditimbang mengikut harga pasaran yang telah ditetapkan. Berbaloi sebab ikan-ikan, udang, ketam, sotong,lala, kupang...semuanya fresh-fresh lagi. kalau datang awal boleh pilih yang mana berkenan. Pilihan cara masakan terpulang pada citarasa pengunjung....

Ayah Mardd dan Ayah Zul....Dua-dua veteran KTMB....yang telah berkawan sejak muda lagi....

Aku Yarn dan Farah....Jarang dapat berkumpul macam ni sebab masing-masing sibuk dengan tugas dan tinggalpun dah jauh. Aku di Gombak, Yarn di Kajang....

Sementara menunggu makanan siap di masak, kami bergambar dulu dengan anak-anak. Anak-anak aku 3 Hero di barisan belakang. Anak Yarn sepasang Fizy & Farah. Bila dua keluarga bertemu.... banyaklah perkara yang nak dibualkan....


     Sangat best tempat ni....terletak di kuala sungai dan ada jeti tempat bot atau sampan berlabuh. walaupun tak nampak pantai tapi pemandangan diwaktu senja ketika matahari hampir terbenam sangatlah cantik.....Terpesona seketika menyaksikan sunset ni....

    Makanan yang kami pesan dah sampai.. aku pilih menu seperti dalam gambar....Sotong Goreng Tepung. Sangatlah lembut dan rangup. dimakan dengan sos pencecah yang pedas-pedas manis...Ikan Siakap Stim, Kailan Goreng Ikan Masin, Kerapu 3 Rasa yang memang sedap dan memenuhi cita rasa selera kami...

    Menu lain yang kami pilih ialah Ketam Masam masam Manis, Udang Goreng Butter....semuanya sedap-sedap sampai tak terlarat nak habiskan semua makanan....
    Anak bujang ku dan Anak Dara Yarn....semua dah besar-besar....Diorang ni dah macam adik beradik...Cer tengok kat atas meja ni...dalam tak larat...tak larat nak makan akhirnya habis juga makanan yang kami pesan...Tak baik membazir dengan rezeki yang Allah bagi.....


 Cantik pemandangan diwaktu senja...nampak kawasan terusan tempat laluan bot dan sampan oleh nelayan pantai...sungguh mendamaikan....


 Gambar aku dan Farah atas dan Gambar kenangan aku dan Yarn....Bila lagi dapat berkumpul macam ni....




 Setelah selesai solat Maghrib di surau yang disediakan di restoran ini kami sempat bergambar keluarga sebelum pulang. Harap kemesraan ini akan berkekalan sampai bila-bila..Terima Kasih Abang Mardd & Yarn kerana sudi menerima undangan kami hari ini...dan terima kasih kerana sudi jadi ibu dan ayah kedua buat Aizat,Dinie dan Haiqal....


 Teringat pula pantun ni......

Pulau Pandan Jauh Ke Tengah...
Gunung Daik Bercabang Tiga....
Hancur Badan DiKandung Tanah...
Budi yang baik Dikenang Juga....

Thursday, 3 May 2012

Karnival bola Jaring MSSWP (Zon) - 9-13 April 2012

Netball....Oh...Netball

Dah lama tak mengupdate blog ni....biasalah musim-musim nak exam ni sibuk sikit buat soalan, semak soalan, tanda buku dan macam-macam kerja yang rasmi dan tak rasmi.......

kali ni aku nak cerita sikit pasal Karnival Bola Jaring peringkat zon yang telah berlangsung pada 9 April hingga 13 April yang lalu...Seminggu berkampung di University Malaya dan seminggu jugalah sekolah kesayanganku aku tinggalkan.


Karnival yang berlangsung selama 4 hari tu menggabungkan 4 zon serentak bagi 3 kategori umur iaitu bawah 12 tahun, 15 tahun dan 18 tahun...Macam pesta dan sungguh seronok melihat gelagat pemain, jurulatih, urusetia dan juga pasukan yang bertanding pada tahun ni. Setiap tahun muka-muka nilah...yang terpaksa jadi petugas dalam karnival ni.....

Macam biasa...... akak tak adalah tugas lain ....asyik jadi MC jer....bercakap tak henti-henti dari pagi sehingga perlawanan hari tu tamat....He..he..he...sedap sangat ker suara...Anyway akak tak kesunyian kerana Ezan selaku Penjaga masa setia menemani akak kat meja juruacara ni.

Nak citer sikit macamana kami jalankan pertandingan....Perlawanan berjalan serentak di 8 gelanggang dengan hanya menggunakan seorang timekeeper jer...Hon hanya akan dibunyikan sewaktu perlawanan bermula, waktu rehat,mula perlawanan di separuh masa ke2 dan setelah tamat perlawanan. Pengadil hanya akan meniup wisel memulakan game bila mendengar isyarat hon. Jimat sikit tenaga pekerja. kalau tidak kena pakai 8 timekeeper unuk kesemua 8 gelanggang. Penat wooo....jadi MC pula....tak leh nak jalan sana sini kalau tak ada orang cover...Nak pi buang airpun kena budget masa...terkejar2 dan terlari-lari...


Hari pertama pertandingan bagi kategori bawah 18 tahun berjalan dengan lancar...cuaca panas sampai terbakar kulit muka. tapi masuk hari ke2, cuaca tak begitu mengizinkan...pagi-pagi lagi dah hujan. walaupun sebelum game bermula hujan dah berhenti...tapi tengoklah keadaan padang...becak dan dah jadi macam sawah....padang rosak teruk. Thanks pada pengurusan Unit Sukan UM kerana sentiasa tauch up padang dan timbun padang yang dah berlecak tu dengan pasir...Murid-murid apa lagi main dengan lumpurlah gamaknya....

Sebelum memulakan tugas.....sempat lagi berposing..ambil mood sebelum bergerak ke lokasi masing-masing....Watee, Fash, Mai dan Aku.., antara AJK Pembangunan Bola Jaring MSSWP.....


Sekolah akupun hantar juga team bawah 18 tahun. 2 minggu jer latih amoi-amoi ni....Hmmmm....habis ayat aku pujuk depa ni...akhirnya sebab kesian agaknya kat cikgu ni yang asyik merayu kat diorang suruh main, kalau tak malulah.....Congratz girls...akhirnya impian cikgu nak team kita berjaya tercapai juga akhirnya. Thanks to Mazni and Hawa yang sudi tolong akak untuk jadi guru pengiring dan pengurus kepada team ni. I love youlah....


Semoga kemenangan ini menjadi pendorong untuk lebih cemerlang pada tahun hadapan. Chong Hwa BOLEH!!!!


Wajah-wajah kegembiraan jelas terpancar setelah majlis penyampaian hadiah disempurnakan. Cayok Chong Hwa. kita cuba lagi tahun hadapan. Terima kasih kepada semua Pengerusi pengelola yang telah bertungkus lumus menjayakan karnival pada tahun ini, Especially to all my Jawatankuasa Pembangunan Bola Jaring Wilayah Persekutuan. Misi kita baru bermula....Nantikan kedatangan Jun di Kejohanan bola Jaring MSSM 2012 di N9 Darul Khusus.

Sementara menunggu majlis penyampaian hadiah...posing dulu walaupun muka dah nak terbakar sebab cuaca panaslah sangat.....

gambar kat bawah ni teman-teman Otai...dalam Bola Jaring....tanpa diorang semua tak mungkin aku ada lagi dalam Bola Jaring ni.

Bersama teman-teman guru yang terlibat sebagai pegawai pertandingan....posing dulu sebelum memulakan tugas. Akak biasalah....kena ada kat tepi padang bila my Girls bertanding. Diorang mesti nak dengar suara tarzan aku menjerit kat tepi padang sebagai peniup semangat.....He..he..he...


Setelah 4 hari Karnival berlangsung dengan cuaca yang tidak menentu...akhirnya tamat juga Karnival peringkat zon yang berjalan serentak bagi semua 4 zon di W.Persekutuan. Pasukan yang layak ke perlawanan akhir akan mewakili zon masing-masing ke peringkat antara zon yang akan berlangsung pada
23 - 26 April di Kompleks Seri Bintang. Walaupun penat...tapi happy terlibat dalam sukan yang paling aku minati ni..... WASSALAM......................




Saturday, 21 April 2012

Netball..Oh...Netball - Melbourne In Memories Part III

Jalan-Jalan Melbourne

Hai Uoallsss.....

Sambung balik entry pasal Melbourne last part....
Tempat lawatan terakhir yang kami kunjungi ialah di Healesville Sanctuary. Satu   kawasan hutan simpan yang banyak menempatkan pelbagai jenis binatang....macam zoolah juga...Tapi kat sini kawasannya agak luas siap ada hospital haiwan sekali kat dalam hutan ni...

 Semua pakai jaket...sebab kat hutan ni cuaca sangatlah sejuk...Akak tak tahan sejuk siap pakai glove lagi...



Hutan ni memang terpelihara...bayangkanlah pokok yang dah berusia beratus tahunpun masih kekal hidup lagi...Akak sempat bergambar dengan pokok yang dah berusia 250 tahun. Punyalah besar sampai tak terpeluk.....


Zoo ni memberi peluang pengunjung untuk melihat haiwan dengan lebih dekat. Haiwan kat sini jinak-jinak...sukerrrnya kali pertama dapat pegang kangroo. Yang ini merupakan anak kangroo, nampak kecil sedikit. kalau mak ngan bapak kangroo tingginya mahu setinggi manusia...

 Pandai pula kangroo ni posing...cam tahu-tahu jer orang nak ambil gambar dia....cute..

Di dalam  hutan ni juga terdapat Hospital Hidupan Liar yang terbesar di Australia...Sangat besar dan dilengkapi dengan peralatan yang canggih...Haiwan-haiwan yang sakit dan cedera akan dirawat di sini.  Bilik rawatan dan bilik pembedahan juga disediakan. First time tengok pembedahan dibuat ke atas haiwan yang mengalami kecederaan. bila doktor lakukan pembedahan kita boleh tengok live melalui skrin tv yang disediakan....


Inilah rupanya bilik pembedahan. Macam bilik pembedahan orang tapi open tak ada tirai-tirai untuk tutup....
Binatang-binatang di sini dijaga dengan penuh kasih sayang...makan minum terjaga...Kebanyakan pekerja kat sini macam tahu jer bahasa haiwan-haiwan kat sini...dan mereka ni sangatlah menyayangi binatang-binatang  ni dah macam ank sendiri...



Dari pintu masuk, kami semua diberi peta perjalanan dan tunjuk arah...nasib baik ada papan tanda dan tunjuk arah ke lokasi-lokasi haiwan tertentu....kalau tak mahu sesat kat dalam ni....Papan tanda kawasan koala bear....kena tengok betul-betul kat batang pokok...Cik Koala ni biasanya duduk di celah-celah batang pokok...Kat sini juga ada pertunjukkan memberi koala-koala ni makan....ada masa-masa tertentu dan penjaga zoo akan bagi explanation tentang koala-koala ni....




Masa ni kitorang tengah tunggu waktu pertunjukkan bagi koala ni makan...cer tengok...asyik membuta jer, dia bangun bila nak makan dan buang air jer....ada satu insiden, tengah asyik tengok koala ni, tak sedar botol air minuman aku jatuh dalam kandang koala tu. Terpaksalah panggil penjaga zoo untuk tolong ambil balik botol air tu...nak masuk takut kena tangkap dek koala comel ni...he..he..he..

Berada di Healesville Sanctuary ni terasa begitu mendamaikan. Dengan cuaca yang sejuk...nyaman dan di dalam hutan ni juga terdapat anak sungai yang mengalir jernih...tiada pencemaran tau...Kami bawa bekal makanan dari rumah.... Sandwich....buah-buahan dan makanan ringan.....


Lama juga kitorang berada kat sini, selain mengexplore kawasan ni kami juga berpeluang menyaksikan pertunjukkan burung helang yang sangat pandai dan patuh pada arahan Tuannya....sambil tu kitorang juga dapat tengok pertunjukkan Boo Merang....


Balik dari Healesville Sanctuary Miss Choo ajak kami pergi melawat Ayah dan Ibu Khaty keluarga angkat yang tinggal berhampiran dengan tempat tinggal kami juga. Pasangan ni sungguh friendly, loving couple dan aku rasa diorang ni sebaya dengan mak dan ayah aku..Kami menghabiskan masa lebih kurang 1 jam di rumah uncle dan aunty. setelah Kak Ngah memberikan survenir berupa kain batik dan kain pelikat kepada mereka kami mengucapkan selamat Tinggal, sebab kitorang dah nak balik Malaysia.....

 Di hadapan rumah uncle dan aunty....yang paling aku geram, di keliling rumah diorang sangat banyaklah bunga-bunga ros yang berbagai warna....rumah diorang ni ala-ala kampung lah....

Sehari sebelum berangkat pulang ke tanah air...aku sempatlah bergambar di sekitar kawasan banglo kami...keliling banglo memang banyak pokok-pokok bunga. Persekitaran memang bersih dan terjaga...
Kawasan rumah memang tidak berpagar.....tapi selamat.


Cik Kak ni kalau nampak bunga hilang ingatan kejap....korang layanlah gambar-gambar minah ni dengan bunga-bunganya.....


Spesis bunga ni memang banyak ditanam di sekitar kawasan perumahan ni...dari jauh nampak macam bunga kertas tapi bukan ...ada warna purple, merah, kuning ....cantik...

                  Bunga ros yang sedang mekar, bau wangi pula tu.....gambar ni diambil                     di hadapan rumah jiran...


Selama 10 hari kami di Melbourne ni banyak pengalaman dan kenangan manis yang aku dapat. Thanks to Netball kerana kalau tidak kerana sukan ini mana mungkin aku diterbangkan ke negara kangroo ni...Thanks juga kepada semua rakan-rakan netball yang sentiasa komited demi memajukan sukan bola jaring ni...Luv Uoallsss so...so...much. Mmmmuahhh!!!! Sedih nak meninggalkan Melbourne especially our new home...



My girlzs...so happy dapat menimba ilmu dan pengalamn di tempat orang. Selamat tiba di tanah air dengan wajah ceria yang terpancar di setiap wajah mereka...Tengoklah barang-barang yang di bawa balik...sampai kena bayar sebab terlebih beratan....hu..hu..hu...Anyway we All sangat enjoy the trip. Semoga W.Persekutuan sentiasa cemerlang dan terus jadi Juara.....

..........THE END........


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...