MY FAMILY....MY LOVE....MY HERO....

Wednesday 7 October 2015

ROAD TO KOREA ~ DAY 1


Korea...Here We Come...(17 September 2015)

Assalammualaikum.....
Ya allah....lamanyanya tak menulis dalam blog ni.. sampai dah terlupa skill macammana nak menulis blog...tiba-tiba mood nak menulis blog ni datang balik selepas banyak kawan-kawan bertanya tentang percutianku... maaflah ya disebabkan busy sangat dengan tugas-tugas sekolah sampai tak ada masa nak bercerita dan menghadap komputer ni...


Persiapan sebelum berangkat ke Korea
 
 Beg Pakaian, pasport,tag bag, bag pakaian persembahan dan bag cenderahati....

Ok...lets start... Kali ni akak nak kongsi trip ke Korea baru-baru ini. Setelah persiapan dibuat hampir 2 bulan,  Lawatan kunjungan Balas ke sebuah sekolah di Korea akhirnya dapat direalisasikan di bawah Program Alcob School Network

Rombongan kami terdiri daripada 7 orang pelajar dan 12 orang guru diketuai oleh Puan Pengetua Pn Asmah Kailani...

Kami dah mula berkumpul seawal jam 1 pagi 17 september memandangkan ada parents yang tak dapat nak hantar anak mereka seawal jam 4.30 pagi...Lepaklah kami di KLIA 2 ni sehingga waktu nak check in bagasi. 

Tepat jam 5.30 pagi ,wakil dari Kembara Salam tiba dan memberikan taklimat ringkas sebelum kami berlepas...











 Selesai check in bagasi kamipun solat subuh terlebih dahulu sebelum masuk ke ruang perlepasan Antarabangsa...
Sepatutnya Kapalterbang berlepas jam 8.30 pagi tetapi disebabkan cuaca pada ketika itu hujan lebat menara kawalan tidak membenarkan pesawat yang kami naiki berlepas pada masa itu...hampir 1 jam pesawat kami hanya berlegar legar dilandasan...
akhirnya tepat jam 9.30 pagi pesawat kami berlepas meninggalkan bumi Malaysia buat seketika...

Penerbangan kami mengambil masa selama hampir 7 jam dengan keadaan cuaca yang tidak begitu baik...Hanya doa dan bacaan ayat suci mengiringi perjalanan kami semoga segala urusan dipermudahkan oleh Allah swt...




Akhirnya.....Pesawat kami selamat mendarat di Busan, Korea...  

Anneyonghaisaiyo...Welcome to Korea...

 Setelah mengambil bagasi kami terus ke ruang ketibaan dimana Tour Guide kami Mr Andy sudah sedia menunggu....
 Memandangkan kami masih belum bersolat, dan waktu solat di Korea agak awal so kami minta izin daripada Andy untuk solat dahulu sebelum menaiki bas ke sebuah restoran dimana pihak Sekolah Changpo Middle school sudah lama menunggu...


Bersolat di satu sudut di ruang legar Airport Busan...Kami menjadi tontonan umum ..mungkin hairan dan tidak pernah melihat orang muslim bersolat ditempat terbuka...

 Usai solat Jamak Ta'khir Asar dan Zohor kami menaiki bas yang sudah sedia menanti... Perjalanan ke Restoran tersebut mengambil masa hampir 1 jam dan apabila tiba di sana kami sungguh teruja kerana pihak pengetua dan wakil pentadbir serta murid murid yang terlibat sudah sedia menunggu...

                             
                                Barisan Pentadbir yang sudah sedia menunggu kedatangan kami

            Antara hidangan @ menu yang dihidangkan....Makanan halal berasaskan sayur-
            sayuran dan seafood


                                      Miss Kim... Guru Bahasa Inggeris yang bertanggungjawab
                                      dalam program ini....






    Excited...dapat jumpa kembali denagan anak angkat akak... Siti dan Aisyah...

 Pelajar-pelajar dari SMK Dato' Ibrahim Yaacob dan Changpo Middle School dipertemukan sekali lagi dalam suasana yang sungguh mesra

      Layanan yang sungguh mesra dan yang terbaikk ketika menerima kunjungan kami....
      Kamsahamida....

 Setelah selesai menjamu selera di restoran yang agak mewah ini kami terus dibawa ke tempat penginapan iaitu di sebuah resort yang berkonsepkan hotel Apartment...Daemyung Resort Gyeongju terletak di Selatan Korea..

Sampai Resort terus check in mandi dan merehatkan diri...Esok telah menanti dengan aktiviti yang padat di Changpo Middle School...


Bilik tidur yang luas dan selesa
 Mini Bar
Bathroom...
      

                                      Good Nite.....Jumpa lagi next entry.....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...