Sambung balik kisah Netball trip aku di Melbourne....
Friendly games dan klinik kejurulatihan di Deakin University Melbourne...tak dapat belajar kat sini tapi dapat masuk ke University di Melbourne ni pun akak dah bangga...kali ni sesi training dengan coach Khaty pula...
Hari ni kami dikunjungi oleh Ketua Unit Sukan JPWP, En Nordin, Kak Noor dan kak Saadiah turun memantau program kami di negara Kangroo ni....
Selepas perlawanan persahabatan dengan pasukan University Deakin, kami ambil kesempatan untuk bergambar sebagai tanda kenang-kenangan dengan players University ni...
Bergambar kenangan dengan Penyelaras Bola Jaring JPWP dan Penyelaras Sukan Putrajaya
Ini dapur kat rumah Khaty...besar dan bentuk macam pulau...kira hari ni dapur ni aku punyalah...Masa gambar ni diambil...kami dah siap masak dah...sambal ikan bilis kak Asiah dah masak dari rumah....suka tengok diorang makan Nasi lemak tu...siap makan dengan tangan lagi...Anak-anak Khaty semua makan pedas...
Masa ni dah selesai lunch...kekenyangan sambil relax2 tengok TV. Pinggan mangkuk kat dapur tu...anak-anak dara aku yang basuh...
Inilah anak bujang Khaty. Sama baya dengan anak bongsuku...masa ni teringat pula kat Haiqal yang badannya separuh jer dari badan anak Khaty ni...
Sewaktu kami berada di rumah Khaty ketika tu hujan turun lebat pula...tak dapat aku nak jalan-jalan kat pantai. Cuaca bila hujan sejukkkk lah sangat. Menggigil kalau tak pakai sweater...
Lepak kat tempat pemanas api....Kebanyakan rumah di sana, alat pemanas semua dah pakai elektrik, dah tak ramai yang bakar pakai kayu macam yang kita tengok dalam citer orang puteh kat TV
Khaty yang sangat Friendly...Tinggi lampai, dan dia juga merupakan bekas pemain netball Australia. Kami sebenarnya sebaya dan nak dijadikan cerita, kami berkongsi penyakit yang sama SLE....
Di Melbourne ni juga kami berpeluang berjalan-jalan di sekitar bandar....bentuk bangunannya tinggi-tinggi tapi masih ada lagi ciri-ciri bentuk bangunan lama...cantik...
Aku dengan kak Ngah, sakan membeli T.Shirt ....Sebagai survenir untuk kawan-kawan, aku beli jugalah keychain patung kaola dan juga kangroo sebagai kenangan. Tak ada pula dalam gambar..Selain tu aku beli juga FM yang ada pelbagai corak dan bentuk. semua cantik-cantik...
Selimut dari bulu Kangroo..lembut dan cantik-cantik....Gilerrrr nak shopping kat sini. Kawasan tempat jualan ni sangat besar, kalau kat KL macam uptownlah...tapi dijual dalam kawasan berbumbung dan open sikit....
Aku ajak Miss Choo pi cari topi koboi ni. Kalau ikutkan hati...tak ingin nak beli.Tapi request dari suamiku tercinta suruh beli topi yang ada lambang kangroo ni. Diperbuat dari kulit lembu. Korang nak tahu berapa harganya? Kalau kat uptown KL RM 10 hengget dah boleh dapatkan! aku beli dengan harga 60 AUD. Itu dah habis tawar dah...tak boleh kurang lagi. Memang kulit asli. kalau kali dengan duit kita RM180.00. Nasib baik yang minta tu hubby aku. Kalau orang lain fikir 2 x nak beli.He..he..he..
Masa aku berada kat kedai patung-patung ni, akupun belek-belek patung ni yang berbagai bentuk dan rupa. Sambil tu sakanlah suruh Kak Asiah ambil gambar aku.Nak tahu apa yang berlaku...pompuan depan aku yang pakai jeket kulit ni tiba-tiba menjerit suruh aku blah...dari gerai dia. Rupa-rupanya dia marah aku ambil gambar patung-patung ni...nasib baik kamera tak kena rampas...
No comments:
Post a Comment