MY FAMILY....MY LOVE....MY HERO....
Showing posts with label shopping. Show all posts
Showing posts with label shopping. Show all posts

Tuesday, 26 February 2013

TRIP TO SAIGON- DAY 4

Bye-Bye Saigon......Saturday 17 November 2012

Salam semua....ishhhh lamanya tak menjenguk blog...sibuk memanjang sampai tak sempat nak menulis habiskan entry Trip to Saigon..Hari ke 4 aku di HCM terasa cepatnya hari berlalu...tak cukup masa nak eksplore tempat-tempat menarik di sini...Flight kami hari ni pukul 5.40 waktu Vietnam lebih kurang jam 4.40 petang waktu Malaysia....

Hari ni pepagi lagi dah bangun..., berkemas apa yang patut nak sumbat barang-barang hasil shoppingan selama 4 hari di sini...Takut terlebih muatan pula...tapi insyaallah tak kot...Nak sedapkan hati kitorang pinjamlah penimbang kat lobby...he he he...masih belum terlebih okay...



Sementara menanti waktu keberangkatan jam 2.30 petang akupun janji dengan akak-akak yang lain terjah lagi Ben Than market buat kali terakhir....nak habiskan duit Dong dan USD yang masih berbaki....Sebelum tu kitorang breakfast dulu kat kedai Hjh Basiroh....Macam biasalah makan "Pho" buat kali terakhir di HCM....hu..hu..hu...rindu nak makan lagi...

Korang kalau datang sini kalau tak try mee 'pho' ni memang rugi sebab akak dah try makan kat Malaysia tapi tak sama dengan makan kat sana...makan semangkuk ni , kenyang sampai petang..yum..yum..yum..



Ina makan nasi terus...Ikan masak asam pedas dengan sayur...oklah not bad...Kak Nafisah dan kak Sha makan 'Pho" juga...


selesai makan, kitorang jalan-jalan cuci mata kat Ben Than market, belilah kacang senyum dan gajus, murah jika dibandingkan dekat tempat kita...pas tu beli lagi sourvenir nak bagi kat kawan-kawan...Kalau nak diikutkan.... satu Ben Than tu nak beli...tapi duit aje macam tak cukup..he he he...Selesai beli belah kitorangpun baliklah ke hotel, berkemas dan bawa turun bag ke lobbi.

Waktu Check out di Vietnam dalam kul 12.00 pm so masa panjang lagi kitorang tunggu sampai masuk waktu zohor baru check out terus. Sebelum tu sempat lagi posing-posing kat lobby sambil rehat-rehat sebelum menunggu teksi datang bawa kami ke airport....

Teringat pula kat adik ni yang sangatlah baik hati, very helpful dan sangatlah bersopan santun...lupa pulak siapa nama dia...umur hampir sebaya jer dengan anak bujang aku...

Jam 2.30 petang, teksi yang dijanjikan datang untuk bawa kami ke Airport...saje datang awal sebab tak nak tunggu lama nanti masa nak timbang beg...


Inilah dia gambaran dalam Tanson Nhat Airport...cantik, besar dan sangat bersih...


Taraa.....inilah hasilnya...ekekeke....dari 4 bag, beranak jadi 12 bag....ambik kau...nasib baik duduk 4 hari jer..kalau duduk seminggu tak tahulah nak cakap...


Tengah beratur nak timbang barang and drop in baggage...masa ni orang tak ramai lagi sebab masih awal..


Gambar diambil sewaktu menunggu waktu pelepasan...sempat snap gambar kapal terbang yang kebetulan ada di landasan....

Nasib aku baik...masa pergi dan balik kapal terbang berlepas on time...no delay-delay...Kebetulan aku duduk dengan satu couple mat Salleh...siap peluk-peluk lagi dalam kapal terbang...Tapi ada aku kisah.

Bye-Bye Saigon....pasti aku akan merinduimu Ben Than Market, Mee Pho... Kopi ice Vietnam dan orang-orang di sini...Insyaallah aku akan ke sini lagi....Kuala Lumpurrrrr...nantikan kepulangan ku....Home Sweet Home....

                          ...                     -THE END -

Sunday, 6 January 2013

Trip To SAIGON - Day 3

Jalan-Jalan , Shopping-Shopping - Ben Then Market@ Ho Chi Minh City
 (16 November 2012)
Salam....dah lama tak mengupdate blog...dah naik bersawang...niat hati tu dah lama nak menulis tapi sebab banyaklah sangat tugas-tugas penting yang nak disiapkan entri Ho Chi Minh day 3 ni tertangguh untuk disiapkan....sorry..

Jom kita layan kisah hari ke 3 ku di HCM. Pepagi lagi kami dah bangun...tapi terpaksa tunggu dulu kat dalam bilik sbb nak gi breakfastpun terpaksa tunggu jam 8.00 pagi baru kedai buka.
Sarapan aku untuk pagi ni, apa lagi layanlah si mee "PHO"...ala-ala Bakso. Memang sedap siap dengan ulam-ulaman dan sambal sekali. Tengok gambarpun dah nampak menarik.


Selesai breakfast, kami meneruskan misi hari ni, nak bershopping di Ben Than Market kemudian jalan-jalan di sekitar bandar HCM. Jarak Ben Than Market dari hotel kami tak jauh cuma 50 meter jer..boleh nampak pintu masuk BTM.


Selesai sarapan di kedai Hjh Basiroh kamipun terus masuk ke Ben Than Market seawal jam 9.00 pagi. Kalau pergi awal-awal ni untung juga sebab diorang baru buka kedai, so boleh letak harga murah sebagai pembuka pintu rezeki mereka...

Tempat pertama yang dituju kedai kain yang boleh tempah baju sekali. Memang murah. Aku tempah baju Cheongsam dengan kain dan upah tak sampai RM100...siap dalam masa sehari jer...menyesal tempah sehelai jer...rasa nak repeat balik kat HCM semata-mata nak tempah baju..he..he..he. Tengoklah...siap boleh ambil ukuran badan kita sekali.


Rambang mata bila ada kat dalam pasar ni berbagai barangan yang dijual dari kain baju, kasut, bag,alas meja, sorvenir dan macam-macam lagi yang penting ongkosnya aja....

Selesai menempah baju dan membeli barangan yang dihajati kami pun mengambil cab dan meneruskan misi ronda-ronda bandar HCM. Tempat pertama yang kami tuju ialah Central Post Office.

bangunan cantik yang terdapat di HCM city...

Nilah Dia Central Post Office..Bangunan yang menjadi tempat tumpuan pelancong asing dengan keunikan senibinanya...memang cantik


Di hadapan pintu masuk dengan jam besar yang terpampang di pintu masuk...

Posing-posing kat luar dulu sebelum masuk kat bahagian dalam...



Saigon Central Post Office yang menjadi salah satu mercu tanda kebanggaan Vietnam.
Bangunan bersejarah ini terletak kira-kira lapan kilometer dari lapangan terbang.
Bangunannya sangat unik dengan senibina berunsurkan Gothik oleh Gustave Eiffel, seorang arkitek terkenal berbangsa Perancis.Central Post Office ini adalah merupakan Pejabat Pos yang tertua di Vietnam dan masih menjalankan operasinya...

Masuk jer kat dalam Post Office ni...terpegun seketika bila melihat keunikan rekabentuk dalamannya.Aku apa lagi mulalah operasi posing memosing...he..he..he..habis setiap sudut aku bergambor...kalau kat Malaysia malulah juga....tapi kat HCM ni, Ado Akak Kisah...


Nak tergelak juga....tetiba tengah dok posing, ada orang tegur aku dari belakang, bila aku toleh alamak....jumpa pula rakan setugas Di Chong Hwa...TJM & family...boleh terjumpa pula kat negara Vietnam ni...ha..ha..ha...


Tengoklah gelagat kami yang sempat dirakamkan riuh sekejap dalam post office ni...

layanlah gambar-gambar dalam post office ni ya....

Lupa pula nak bagi tahu...selain urusan pejabat pos...didalamnya juga terdapat Tourist Information Centre, Money Changers dan juga kedai-kedai menjual cenderahati....

Destinasi kami seterusnya ialah Notre-Dame Cathedral iaitu sebuah gereja lama, tempat tumpuan pelancong .  Bangunan ini merupakan sebuah gereja yang terletak di pusat bandar Ho Chi Minh City, Vietnam. Ditubuhkan oleh penjajah Perancis, katedral telah dibina di antara tahun 1863 dan 1880. Ia mempunyai dua menara loceng, mencapai ketinggian 58 meter (190 kaki).

Dari jauh dah nampak keunikan senibina Perancis...memang cantik.Aku bergambar kat bahagian luar jer, tak masukpun kat dalam...




Tugu tentera vietnam ni terletak bersebelahan dengan Pejabat Pos...Layan jerlah ambil gambar kat luar pagar bangun ni...



Seterusnya kami meneruskan perjalanan di sekitar bandar, sebenarnya tak tahu mana nak tuju.Jalan punya jalan kitorang terus terjumpa dengan Hard Rock Cafe ni....tara....sampai juga kitorang kat sini

Ni bahagian Hard Rock Shop..Sempatlah sambar sehelai Baju untuk My hubby...

Mercu tanda Hard Rock Cafe....posing dulu kat sini...he..he..he..



Sempat juga posing dengan cenderahati dari Hardrock Cafe

 Teater Perbandaran Ho Chi Minh City, yang juga dikenali sebagai Saigon Opera House (Vietnam: Nha hat lon THANH Pho Ho Chi Minh; Perancis: Opera de Saigon), adalah sebuah rumah opera di Ho Chi Minh City, Vietnam. Ia adalah satu contoh seni bina Kolonial Perancis di Vietnam.
Penat jugalah jalan kaki...lintas jalan selamba jer..tapi aku nak bagi tips kalau nak lintas jalan kat HCM ni....Melintas ikut zebra crossing yang disediakan. Kalau nak lintas jangan teragak-agak..Lintas jer, nanti motor-motor tu akan elak kita...he..he..he.. Bangunan yang di atas ni ialah Opera House tak sempat nak tengok Puppet Show sebab kawan-kawan lain gilerr nak shopping jer,,,

Di sepanjang jalan banyaklah terdapat kedai -kedai pakaian, kasut dan aksesori...Kitorang redah jer...Dah plan dah...kalau rasa-rasa tak jumpa jalan balik kitorang naik teksi jer...

Sempat singgah di Arcade art...Banyak lukisan yang cantik-cantik dalam arcade ni. selain tu barangan cenderahati seperti bag, scarf aksesori wanita banyak dijual di sini...cantik-cantik sampai rambang mata nak pilih yang mana satu...
photo edited for free at www.pizap.com
Tertarik dengan helmet pelbagai bentuk dan warna...Kalau kat Malaysia ni, alamatnya buat perhiasan jerlah....Selesai jalan-jalan kitorang balik semula ke Hotel penginapan. Sebelum tu kitorang lunch dulu kat Champa halal Restoren sebab makanan kat sini boleh tahan sedap dan harganya berpatutan...

Sampai Hotel kami diminta untuk pindah ke Hotel Saigon Pink 2 pula sebab hari ni hotel ThanThu ni dah ada orang booking. Berpindahlah pula kat hotel sebelah. Bilik memang besar dan selesa...nasib baik pekerja-pekerja hotel tu tolong angkat bag, kalau tak jenuh juga nak mengusung barang-barang yang dah mula banyak..wa..ka..ka.. lepas pindah barang dan selesai menunaikan kewajipan kitorang repeat balik pergi ke Ben Than Market...cari lagi kain dan baju mana yang berkenan.

Sebelah malamnya kitorang decide nak dinner pula kat Restoran Serai. Restoran ni betul-betul terletak di hadapan Champa Halal Restoran...Malam ni kitorang mulalah mengeluarkan duit VNDong yang tinggal. ha..ha..ha...Shopping sampai tak hengat dunia...sampai pokai. Yang nak tergelaknya siap tanya tuan punya restoren ni boleh tak guna RM. nasib baik dia nak terima duit Ringgit kalau tak...he..he..he..
Takut nak order lebih-lebih so kitorang orderlah yang budjet-budjet punya menu...Nasi Goreng Serai, Mee Hoon Goreng, Kuey Teow Goreng dan Nasi Goreng Tom Yam
Jumlah yang kena di bayar termasuk minuman ialah  509,250 VNDong = RM85.00. Seorang dalamRm 21.25...Ambik Kau...Kalau tak ada duit gamaknya kenalah buat part time cuci pinggan.ha..ha..ha..


Habis makan kitorang tak terus balik...tapi pusing-pusing lagi kat night market sambil cuci-cuci mata lagi. Rupa-rupanya Night market kat Ben Than market ni ada kat depan dan belakang. dah malam terakhir baru jumpa Night Market kat belah belakang pula...layan beli lagi T.Shirt untuk perabih duit Dong dan US yang masih berbaki....Balik hotel malam ni dah pikir nak pack barang takut terlebih Kg pula. Sampai hotel terus susun-susun barang sebelum dapat lelapkan mata tak tahulah pukul berapa.....

Wednesday, 18 April 2012

Netball..Oh Netball...Melbourne In Memories (Part II)


Sambung balik kisah Netball trip aku di Melbourne....

Friendly games dan klinik kejurulatihan di Deakin University Melbourne...tak dapat belajar kat sini tapi dapat masuk ke University di Melbourne ni pun akak dah bangga...kali ni sesi training dengan coach Khaty pula...

Hari ni kami dikunjungi oleh Ketua Unit Sukan JPWP, En Nordin, Kak Noor dan kak Saadiah turun memantau program kami di negara Kangroo ni....


Selepas perlawanan persahabatan dengan pasukan University Deakin, kami ambil kesempatan untuk bergambar sebagai tanda kenang-kenangan dengan players University ni...



Bergambar kenangan dengan Penyelaras Bola Jaring JPWP dan Penyelaras Sukan Putrajaya


Selesai sesi training kami di jemput untuk ke rumah Khaty yang terletak di daerah Geelong...kitorang plan nak lepak-lepak kat rumah Khaty sambil lunch kat sini....kali ni kitorang yang jamu dia dengan makanan kegemaran Khaty and family iaitu nasi Lemak + sambal tumis ikan bilis....saper lagi yang masak kalau tak aku ngan Kak Asiah...habis kitorang bawa semua periuk belanga + kuali sekali ke rumah dia...periuk, kuali sudip, senduk tu kitorang bawa dari Malaysia ok...


Ini dapur kat rumah Khaty...besar dan bentuk macam pulau...kira hari ni dapur ni aku punyalah...Masa gambar ni diambil...kami dah siap masak dah...sambal ikan bilis kak Asiah dah masak dari rumah....suka tengok diorang makan Nasi lemak tu...siap makan dengan tangan lagi...Anak-anak Khaty semua makan pedas...

Masa ni dah selesai lunch...kekenyangan sambil relax2 tengok TV. Pinggan mangkuk kat dapur tu...anak-anak dara aku yang basuh...

Inilah anak bujang Khaty. Sama baya dengan anak bongsuku...masa ni teringat pula kat Haiqal yang badannya separuh jer dari badan anak Khaty ni...

Sewaktu kami berada di rumah Khaty ketika tu hujan turun lebat pula...tak dapat aku nak jalan-jalan kat pantai. Cuaca bila hujan sejukkkk lah sangat. Menggigil kalau tak pakai sweater...


Lepak kat tempat pemanas api....Kebanyakan rumah di sana, alat pemanas semua dah pakai elektrik, dah tak ramai yang bakar pakai kayu macam yang kita tengok dalam citer orang puteh kat TV

Khaty yang sangat Friendly...Tinggi lampai, dan dia juga merupakan bekas pemain netball Australia. Kami sebenarnya sebaya dan nak dijadikan cerita, kami berkongsi  penyakit yang sama SLE....



Di Melbourne ni juga kami berpeluang berjalan-jalan di sekitar bandar....bentuk bangunannya tinggi-tinggi tapi masih ada lagi ciri-ciri bentuk bangunan lama...cantik...



Victoria Market...tempat yang wajib dikunjungi kalau melancong ke Melbourne, Australia...Gambar ni diambil kat pintu masuk. Masa aku jalan-jalan kat sini barulah aku dapat tengok ramainya orang Malaysia kat sini....pandang-pandang kemudian senyum-senyum....

Kami juga berpeluang bershopping di Victoria Market. Disini banyak barangan yang dijual seperti  barang-barang cenderahati, baju-baju, barang-barang makanan dan juga barang-barang keperluan rumah. Semua ada. Kalau nak cari barang-barang yang harganya murah kat sinilah tempatnya. Aku sempat juga membeli sedikit cenderahati untuk adik-beradik dan kawan-kawanku di Malaysia ...Kalau nak beli jangan compare dengan harga barangan kat Malaysia, tutup mata jer...jangan fikir-fikir sebab takut nanti tak jadi beli. Harga barangan dalam AUD. kena darab 3. Kalau 10 AUD X 3= ????kiralah sendiri...He..he..he...

Aku dengan kak Ngah, sakan membeli T.Shirt ....Sebagai survenir untuk kawan-kawan, aku beli jugalah keychain patung kaola dan juga kangroo sebagai kenangan. Tak ada pula dalam gambar..Selain tu aku beli juga FM yang ada pelbagai corak dan bentuk. semua cantik-cantik...

Selimut dari bulu Kangroo..lembut dan cantik-cantik....Gilerrrr nak shopping kat sini. Kawasan tempat jualan ni sangat besar, kalau kat KL macam uptownlah...tapi dijual dalam kawasan berbumbung dan open sikit....



Kat kawasan bandar ni perkhidmatan train memang disediakan. Aku tak berpeluang nak naik train ni. Nanti kalau aku datang semula ke sini, Insyaallah aku akan cuba perkhidmatan ni...Lagi satu nak bagi tahu, kalau drive kat kawasan town ni, kena hati-hati sebab laluan kereta ngan train ni sama jer...satu laluan...


Aku ajak Miss Choo pi cari topi koboi ni. Kalau ikutkan hati...tak ingin nak beli.Tapi request dari suamiku tercinta suruh beli topi yang ada lambang kangroo ni. Diperbuat dari kulit lembu. Korang nak tahu berapa harganya? Kalau kat uptown KL RM 10 hengget dah boleh dapatkan! aku beli dengan harga 60 AUD. Itu dah habis tawar dah...tak boleh kurang lagi. Memang kulit asli. kalau kali dengan duit kita RM180.00. Nasib baik yang minta tu hubby aku. Kalau orang lain fikir 2 x nak beli.He..he..he..




Masa aku berada kat kedai patung-patung ni, akupun belek-belek patung ni yang berbagai bentuk dan rupa. Sambil tu sakanlah suruh Kak Asiah ambil gambar aku.Nak tahu apa yang berlaku...pompuan depan aku yang pakai jeket kulit ni tiba-tiba menjerit suruh aku blah...dari gerai dia. Rupa-rupanya dia marah aku ambil gambar patung-patung ni...nasib baik kamera tak kena rampas...




Gambar pemandangan Kota Melbourne ni Kirah yang aambil dari dalam van dekat highway.......cantik kan...terpaku seketika melihat keindahan kota Melbourne ni.....

On The way balik ke Banglo penginapan......layan pemandangan di kiri kanan jalan.....kalau waktu malam tentu lagi cantik dan happening....Tak berkesempatan pula nak menikmati panorama kota Melbourne waktu malam.....Bandar yang bersih walaupun sesak dengan penduduk.....Insyaallah kalau berkesempatan aku akan datang lagi ke sini....Ok Uolllssss, sampai sini dulu....kita sambung next entry....banyak lagi aku nak cerita...tunggu aku flash back semula kenangan aku di Melbourne....TUNGGUUUU!!!!!!!!!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...