MY FAMILY....MY LOVE....MY HERO....

Thursday 11 October 2012

Terbaekk Raya @Melaka,Johor,Kelang,Shah Alam Gombak,KL

Aidil Fitri 2012 - Raya Sakan.......

Salam semua....Ya Allah lamanya tak update blog ni....dah naik bersarang...Raya hajipun dah nak sampai...Cerita pasal raya tak habis-habis lagi...Ok sambung entri pasal raya balik, kali ni nak story pasal beraya hampir di 4 buah negeri.He..he..he...seronok raya sakannnn

Bertolak balik kampungpun dah lewat petang...nasib baik kampung dekat jer kat Sg Rambai Melaka. Sampaipun dah lepas Maghrib...selesai punggah barang dalam kereta, mandi, solat kemudian siap-siap nak gi rumah adik ipar kat Muar Johor....makan lagi...sebenarnya perut dah full tapi apa kan daya...sebab raya...makan jugalah...nanti kesian tuan rumah.Penat-penat masak tak ada orang nak makan....Lepak sambil makan-makan sampai pukul 11 malam.Apa lagi, badanpun dah penat dah dua hari tak cukup tidur terus ajak my hubby balik rumah.
Esoknya hari kedua dah plan nak pergi beraya ke rumah keluarga angkat di Batu 28 Lenga yang terletak di daerah Muar.Perjalanan dari rumah Sg Rambai mengambil masa hampir 2 jam.sebab jalan sangatlah jammm...Kenderaan jalan macamlah semut. Tension dibuatnya. Ingatkan ada accident rupanya. kereta memang banyak coz hari tu Tan Sri Muhyiddin Yasin buat rumah terbuka.Jalan jammed sampai ke tol Pagoh.Fuhhh penangan Rumah terbuka...

Cer tengok...nilah rupanya keadaan kereta bila time-time raya ni...Ada kereta yang berasap dan rosak kat tepi jalan....  

 At last setelah berpanas-panas dalam kereta dan mengharungi kesesakan lalu lintas sampai juga kat rumah mak dan Abah di Lenga, Muar ni...Sangat happy dapat jumpa keluarga di sini especially Abah. masa kami sampai Abah tak ada kat rumah, dah keluar ikut rombongan Marhaban,. bila mak telefon jer...Abah terus balik rumah.
Eh..eh..macam janji-janji pulak..Abah ngan aku sedondon pakai colour oren...Kelas abah taste orang muda. He..he..he.. Rumah abah memang besar...anak-anak dia jer ada 12 orang. Tu belum masuk dengan cucu-cucu lagi. Bilik kat dalam rumah ni jer ada 10 bilik. Memang keluarga besar. Alhamdulillah moga Allah berikan kebahagian kepada Tuan Hj Saidon sekeluarga...

Masa balik my hubby ajak ikut jalan lain. kalau ikut jalan nak ke Pagoh alamat tersangkutlah lagi dalam kesesakan...so kitorang ikut jalan lain. Jalan jauh sikit tapi seronok sebab dapat pergi ke satu tempat yang aku tak sangka dapat singgah...Kat mana?????

>
>
>
>
>
>
>
Nilah tempatnya....Tempat bersejarah yang orang tak berapa nak tahu lebih-lebih lagi generasi muda.

Bila sampai kat sini secara otomatik teringat cerita filem Bukit Kepong arahan Jins Shamsudin...Kalau bulan Ogos jer mulalah filem ni ditayangkan semula kat TV...Ramai jugalah orang dari luar Johor yang menyingggah kat sini...Akak apa lagi posing sakanlah kat tempat ini...

Nak tahu lebih lanjut pasal sejarah Bukit Kepong ni boleh baca keterangan korang bacalah sendiri....

3 orang hero akak turut excited nak bergambar....layan jerlah labu....

Gambar kat bawah ni Balai Bukit Kepong yang belum terbakar...sekarang ni Balai Polis Bukit Kepong dah berpindah ke tempat baru.Tempat asal dah dijadikan kawasan tapak bersejarah dan menjadi salah satu tarikan pelancong yang datang ke daerah ni....

Penat pula nak cerita lebih-lebih....tengoklah gambar-gambarkat bawah ni ya......

Amboii....kemain lagi ya..korang berposing..... dengan kereta kebal lagi.....

Haa...ha...ha...adik, comel muka bila masuk dalam kereta perisai ni. Tak dapat bawa...eksyen pun jadilah....

Posing kat sini ya....Tandanya saya dah sampai kat tempat bersejarah ni....bukan tengok kat TV jer....

Sungai nilah yang banyak meninggalkan sejarah waktu komunis menyerang Bukit Kepong....Masih terbayang bayang pertempuran yang berlaku di Balai Polis ni...Dalam Filem Bukit Kepong...
Tak rugi rasanya balik beraya ikut jalan jauh...dapat tengok tempat bersejarah dan dapat tengok pemandangan di kiri kanan jalan raya....Jalan tak hengattt nak balik rumah...
Sebelum pulang ke Kuala Lmpur....sempat menziarahi kubur arwah ibu dan bapa mertuaku di Tanah Perkuburan Sungai Rambai Melaka....Rindu dengan gelak dan seloroh Abah dan mak yang sentiasa sibuk melayan kerenah anak,cucu dan menantu....Semoga roh abah dan mak tenang di sana.....Al Fatehah......
Kawasan perkuburan yang tidak berapa tersusun jika nak dibandingkan dengan tanah perkuburan di Kuala Lumpur.....Dari Tanah kita datang dan Ke Tanah juga kita kembali...
Insaf seketika kerana di sini jugalah nanti kita akan menjadi penghuninya......

Inilah lambang kemegahan dan mercu tanda Pekan Sungai Rambai...Dahulunya tak ada siapa yang kenal atau mengetahui tempat ini....tapi semenjak kerajaan Negeri menjadikan kawasan ini tempat pertunjukkan pesawat Ringan Antarabangsa yang dijadikan acara tahunan...Sg Rambai mula dikenali dunia....Kalau dahulu bersemak tak berjaga kini kawasan sungai dan paya dijaga rapi dan kawasan sekitar nya telah didirikan gerai-gerai makan dan taman untuk kemudahan orang ramai beriadah....

Balik Kg 3 hari jer.....hari ke 3 selepas lunch mula bertolak pulang ke Kuala Lumpur. Dalam perjalanan sempat juga singgah ke Alor Gajah Melaka, beraya di rumah bapa saudara sebelah mak...

Hari ke 4,Penat tak hilang lagi sambung pula beraya ke Klang dan Shah Alam rumah mak saudara my Hubby dan sepupu-sepunya....Riuh rendah bila berjumpa...maklumlah setahun sekali.....
Cheeseee.....mak ngahpun seronok bergambar.....bila lagi nak posing-posing cam ginikan...Bersama Kak Ani, Kak Nor,Kak Atie dan Mak Ngah tersayang....
Hari Ke 5....giliran rumah akak pula diserbu oleh adik beradik dan anak-anak buah....Mood memasak belum datang....jam sekejap memikirkan menu apa yang nak dihidangkan. At last buat makan tengahari dengan lauk-lauk kampung....Alhamdulillah....berselera diorang makan...

Makan bersama dengan ahli keluarga akak.....

Malam pula sambung beraya kat rumah Pak Itam....Sukerr sangat bila datang rumah ni...susun atur perabut dan design dalam rumah ni sangatlah cantik kebaboomm.......

Akak dan Mai apa lagi ....posing tak hengat......setiap sudut nak ambil gambar....

Muka-muka orang kekenyangan....Beraya sampai malam. nasib baik rumah yang dikunjungi berdekatan antara satu sama lain....tak sedar sampai pukul 11 malam masih berada kat rumah orang....Itulah penangan raya. Orang bandar beraya sampai sebulan. tiap-tiap minggu ada open house...Ok ya kita sambung lagi next N3...pasal raya lagi. Bye Uollsss.......


-TO BE CONTINIUE -





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...