MY FAMILY....MY LOVE....MY HERO....

Friday 12 October 2012

Merdeka Raya 2012- Open House!!!!!

31 Ogos 2012....Merdeka!!!Merdeka!!!Merdeka!!!

Salam semua... kita sambung lagi N3 pasal Raya...kali ni pada tarikh Bersejarah ketika seluruh rakyat Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan....

Masih dalam mood beraya,,,, pada hari bersejarah ni ramailah pula orang yang buat open house sana sini...Akakpun salah seorang dari orang itewww...Actually pada mulanya tak nak buat sebab sorang-sorang tak ada yang nak tolong. Request dari kawan-kawan dan adik-adik di SMJK CH yang nak datang beraya kat umah.So oklah...lagipun dah 2 tahun tak buat makan-makan disebabkan anak-anak sibuk dengan exam...

Oklah terus set date yang sesuai...disebabkan cuti umum dan kebetulan anak-anak semua balik bercuti akupun decide buat makan-makan ni pada hari Jumaat, ambil berkat segala Penghulu hari. Preparation dah start sejak hari Selasa lagi..Masa ni prepare beli barang-barang kering dan start set menu apa yang nak dijamu pada tetamu....Bangga tau...semua makanan masak sendiri kalau tak caya tengok gambar-gambar kat bawah ni...

Seawal pagi dah macam lipas kudung masak itu dan ini. Nasib baik persiapan untuk memasak dah prepare malam tadi, so pagi-pagi bangun terus tumis kari, kuah Lodeh, acar rampai...Nasi himpit dan kuah kacang dah masak malam tadi....Lupa pulak nak story...semalam lepas balik sekolah aku terus masak rendang daging...nasib baik ada Apit my bakal chef. dialah yang tolong kacau rendang,basuh ayam, potong bawang dan buat desert. Ringan sikit kerja akak. Susah juga tak ada anak perempuan.harap-harap nanti dapat menantu yang pandai masak..he..he..he.

Antara menu yang menjadi juadah pilihan akak pada kali ini ialah.....Nasi Impit +kuah kacang+Kuah Lodeh, Nasi beriyani + Rendang+Kari Ayam+ Acar rampai + Papadom, Mee Hoon Goreng Tomyam,Tauhu Sumbat, Kuih bakar, Jelly dan buah tembikai sebagai pencuci mulut.
Sampai tak muat meja buffet untuk letak semua makanan-makanan tu...Penat memasak memang tak boleh nak cakaplah...tapi segala penat tu hilang bila kawan-kawan sudi datang ke rumah dan menjamah hidangan yang disediakan .Berbaloi rasanya....
 Rumah akak ni letaknya di kawasan kampung, sederhana jer...taklah besar macam rumah banglo tapi selesa untuk kami tinggal anak beranak. Lagipun rumah akak bersebelahan dengan rumah adik beradikku yang lain.Apa-apa hal senang minta tolong.Bila buat open house macam ni dioranglah yang banyak membantu...
Inilah tetamu yang datang awal. Rakan-rakan admin dari SMJK Chong Hwa...Tq Pn Chek,Miss Tan, Chong wai Lin dan my ex Chong Hwa...Miss Rajamani...Tq kerana sudi datang memeriahkan suasana...
sambil makan-makan sempat bergambar dengan kak Shah, Rajamani and her son.....gambar diambil dalam rumah....
My dear Rajamani yang semakin cun bersama anak-anak yang semakin membesar....Thanks dear kerana sudi datang....Sibuk posing kat hadapan rumah adik Bujang aku Dean....jangan marah ya..kitorang tumpang lokasi pengambaran
Wah....suker gambar ni....with Rajamani & ustazah cun ....mengabadikan kenangan di majlis Merdeka Raya...he..he..he..

Ibu Ziela, Abang Halim dan anak-anak.Thanks kerana sudi singgah ke majlis rumah terbuka chah.......
Jejak kasihlah pula....seronok juga bila majlis sedemikian dapat menghubungkan semula rakan-rakan yang dah lama terpisah. Dapat eratkan semula silaturrahimm, Amin...

Ramai jugalah tetamu yang datang especially Cikgu cikgi dari SMJK Chong Hwa...sampai tak muat kat dalam rumah.Nasib baik letak meja kat luar so tak ada lah crowded sangat kat dalam....
thanks to Fifi, Kak Ida, Pn Effa dan my Bro Yahya kerana sudi tolong layan tetamu...tak menang tangan dibuatnya....
Dekat garaj kereta pun kitorang letak meja...tetamu yang datang boleh buat pilihan nak duduk kat dalam ke atau bersantai di luar...Ayah dan mak datang juga jadi tetamu VIP. he..he..he..
Ferry dan Siti Haslina...rakan seusiaku turut hadir...thank uollsss.Juley yang sentiasa vouge walaupun sedang berbadan dua...tak lama lagi kak chah dapat cucu no. 3...he..he..he..

My adik angkat....Arman & Friend..ex Chong Hwa...Tq sangat kerana sudi terima jemputan...
Arman kata sebab nak makan rendang kak chah dia datang juga...
My special guest Abang Mard, Yarn dan Nur Farhana....kitorang dah macam adik-beradik. semua ank-anakku Yarnlah yang jaga masa diorang kecil-kecil...sekarang semua dah besar-besar. Tak lama lagi kitorang akan dapat menantu...wakaka....
Jiran-jiran pun datang juga...masing-masing sibuk dengan tugas. Time-time raya camnilah dapat jumpa bermaaf maafan sambil bertanya khabar....
dengan adik-adik yang suker berposing....Aida, Ninie & their family...Tq dik sudi datang....
Menerima kunjungan dari my BFF Siti Masriaton sejak dari darjah 1. We all stil keep in touch walaupun masing-masing sibuk dengan tugas.
Kawan-kawan Aizat dan Dinie turut datang....

Cheeeseeee....senyum sokmo...me, Yarn & Farah.... Ramai jugalah tetamu yang datang...gembira melayan mereka sampai tak sedar hari dah malam.
Sebelah malam pula adik beradik aku dan Abang Zul pula datang bertandang...kira sampai malamlah open house kat rumah aku ni...Kalau akak buat open house sure sampai kul 12 malam baru tutup kedai....hari ni kira kira pukul 3 pagi baru tidur. Setelah habis cuci pinggan mangkuk dan dan kemas rumah...Nasib baik ada anak-anak bujang yang boleh tolong ibu....

Keesokannya masa tengah lap-lap pinggan, dapat panggilan telefon dari keluarga angkat dari Johor bagitahu nak singgah  beraya ke rumah ku...Alamak....apa nak jamu diorang ni. Anyway sebab Hari ni masih lagi Hari Raya kena jamu juga tetamu walaupun makanan yang simple.

Terkejut juga sebab family abah dan mak datang dalam 7 kereta. Meriah rumah aku penuh sampai belakang...Yang paling aku teruja siap diorang bermarhaban dan berzanji anak beranak...Terima kasih abah, mak , abang, kakak dan adik-adik semua...moga ikatan persaudaraan ini kekal hingga akhir hayat...
Ahad 2 September...Giliran aku memenuhi undangan dari Abang Mardd dan Yarn di Kajang...Wah...meriah makanan yang dihidangkan. Ada sphagetti, laksa asam, mee curry, roti jala, desert dan macam-macam lagi...senak perut sebab semua nak makan...

Bertemu dengan jiran lama yang dah lama tak berjumpa...Kak Edah jiranku sewaktu tinggal di Kuarters KTMB Jalan Tujuh Sentul
Untunglah Yarn ada anak dara...dah boleh harap bila bab masak-masak ni....Dari Kajang terus nak hantar Adik ke Asrama....nasib baik jalan clear, tak berapa jammed....selamat sampai sebelum jam 5.30 petang...

Selepas Maghrib sambung Raya lagi ke destinasi terakhir untuk sambutan Merdeka Raya ni...kali ini kami ke Port Klang beraya di rumah adik ipar, Seni dan Liza...Thanks kerana bersusah payah masak nasi tomato dan laksa....kenyang kami makan sampai mengantuk....ha..ha..ha...Seronok sakan beraya ambil kesempatan sempena cuti Hari Merdeka...Di Bulan Syawal inilah kita saling bermaafan dan saling kunjung mengunjungi sahabat handai dan sanak saudara...semoga ikatan persaudaraan yang terjalin dapat dipereratkan....
Oklah...panjang entry yang aku tulis kali ni....dah lama tak update blog, banyak pula benda yang nak diceritakan....Semoga kemeriahan Aidil Fitri tahun ini akan dapat diteruskan pada Aidil Fitri 2013...Insyaallah..

Terima kasih kepada semua yang sudi singgah membaca blog ni....thanks 4 your support....

........THE END....






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...