MY FAMILY....MY LOVE....MY HERO....

Sunday 9 September 2012

Aidil Fitri 2012 - Di Pagi Syawal Yang Mulia.....

1 SYAWAL 2012

Salam Aidil Fitri kepada semua rakan-rakan tak kira walau dimana jua kalian berada.....dikesempatan ini saya ingin menyusun 10 jari mohon ribuan kemaafan andaikata ada bicara yang mengguris rasa dan tingkah laku yang menyinggung hati dan perasaan. 

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah swt dan yang buruk itu datangnya dari saya sendiri. Di hari baik bulan yang baik ini sama-samalah kita saling bermaafan semoga ikatan persahabatan dapat dieratkan lagi...

Dah lama tak menjengok blog ni sampai dah naik bersawang...Kali ni nak cerita pasal sambutan Hari raya 2012 memandangkan kita semua ni masih dalam mood beraya...he..he..he...

Inilah gambar family kesayanganku...tema Raya kali ni Merah Uollsss...walaupun tak sedondon kali ni tapi  asal tak lari dari tema oklah tu kan...Nampak anak-anakku dah makin membesar dan mak dah makin tua...he.he..he..

Di Pagi Syawal yang mulia....saling bermaafan dan tak lupa bergambar bersama keluarga tercinta...walaupun penat teramat sangat membuat persiapan Raya tapi...bila satu keluarga besar Tn Hj Mohd Yusof dan Hjh Mariam berkumpul tersangatlah gembiranya tak terkata....


Inilah post yang paling aku suka....aksi bebas setelah sesi bermaaf-maafan dan bagi duit raya...he,,he..he...akak sukerrr....

Inilah gambar Ayahanda dan Bonda tercinta....bukan senang nak ambil gambar diorang berdua macam ni....




Sempat juga ambil gambar dengan baby baru....Muhammad Irfan Rizqin...kemain bulat mata dia bila pandang kamera....teringat masa anak-anakku kecil-kecil...bila tiba Hari Raya rasanya akulah yang paling sibuk sediakan persiapan raya mereka....


Bersama anak-anak saudara yang comel-comel dan nakal-nakal...Kalau korang nak tahu, Cucu ayahku semuanya seramai 21 orang tapi hanya 2 orang jer perempuan...cubalah korang bayangkan kalau semuanya berkumpul....Ya..Ampun....riuh rendah jadinya...




Antara menu wajib yang menjadi menu utama di pagi raya...Gambar yang sempat dirakamkan...Rendang daging, rendang Ayam, Ketupat, lemang, lontong, kuah kacang, nasi minyak, kari ayam...bangga juga aku,sebab menu ni aku masak sendiri. Bukan sikit-sikit tau...dalam kuantiti yang banyak...macam buat kenduri...


Gambar ahli keluargaku yang sempat dirakamkan....family ikut tema warna masing-masing....

Di pagi Syawal sebaik jer selesai solat Aidil Fitri, rumah ayahanda dan bondaku akan jadi tumpuan...maklumlah ayah dan mak merupakan golongan tua yang masih ada. Sanak saudara yang lain pasti akan bertandang ke rumah ayah dan mak dulu...sangat-sangat happy dapat berjumpa dengan saudara-mara yang lain sambil bermaafan . Setahun sekali jer dapat dirasai suasana begini....


Antara tetamu yang datang berkunjung di Pagi syawal....Anak-anak buah Ayah...meriah sangat hingga tak terkata...Plan nak balik kampung kononnya selepas sembahyang raya tapi biasanya akan tertangguh hingga lewat petang. nasib baik kampung dekat jer...Sungai Rambai Melaka....



Gembira juga rasanya bila lihat juadah yang dimasak habis dijamah tetamu....penat rasa berbaloi....


Bila tetamu yang berkunjung reda sedikit...apa lagi kamipun minta diri untuk berangkat balik ke Kampung...Balik Kampung....oh..oh...oh...balik Kampung....Hati Girang.....

                                     #####TO BE CONTINIUE#####

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...