MY FAMILY....MY LOVE....MY HERO....

Monday 25 June 2012

Cuti-Cuti Bali - Day 4 (Bye-Bye Bali)

18 Disember 2011(Ahad)

Dah masuk hari ke 4 kami di Bali ni....tak puas rasanya berada di sini....hari ni merupakan hari terakhir kami di sini. Pak Ujang berjanji akan mengambil kami dari hotel jam 11 pagi nanti.

 Selesai solat aku mula mengemas apa yang patut dan menyediakan breakfast untuk pagi ini. Nasib baik apartment tempat tinggal kami dilengkapi dengan dapur dan peralatan memasak. Akupun buatlah roti bakar, sandwich dan perabiskan bekalan maggie yang telah kami bawa dari Malaysia.

Sempat juga aku mengupload gambar percutian kami di sini untuk tatapan  rakan-rakan FB ku....
Pagi tu aku sempat lagi berjalan-jalan di sekitar perkarangan hotel sambil menghirup udara pagi...Mat-mat Salleh dah ramai yang terjun ke kolam renang. Aku dan Haiqal kemudian menyusuri pantai sambil melihat-lihat keadaan sekeliling hotel....cantik. Jam 11 pagi kami terus bawa beg-beg pakaian turun ke lobi dan terus check out.Pak Ujang dah sedia menanti kami di luar lobi...


Hari ni, Pak Ujang akan bawa kami bersiar-siar di Pekan Kuta sambil membeli belah barangan sorvenir sebagai kenangan. Destinasi pertama yang kami tuju ialah ke Tugu Peringatan Mangsa Bom di Bali....

Tragedi Pengeboman di Bali yang berlaku pada tahun 2002 telah meninggalkan kesan yang sungguh mendalam kepada masyarakat bali . Dalam kejadian tersebut, yang berlaku di sebuah bar yang terletak di Jalan Legian, ramai mangsa yang terkorban termasuk warga tempatan dan juga pelancong asing. Pihak pengebom kononnya ingin membalas dendam terhadap pihak  USA, tapi yang ramai mati ialah rakyat Aussie. Warga USA hanya 7 orang sahaja yang terkorban. Pada tugu ni, dipaparkan nama-nama mangsa yang terkorban mengikut negara....

Selepas tu kami dibawa ke sekitar jalan Kuta...memang banyak restoran, spa dan hotel dibina di kawasan ini yang memang sesak dengan pelancong asing. Keadaan traffic jangan cakaplah....macet...sangat. kitorang sempat jugalah ke Hard Rock Cafe dengan Replika gitar yang tersergam cantik. Nak ambil gambar kat sinipun terpaksa que....he..he..he.. nak juga posing tu...


berebut-rebut orang nak ambil gambar....kitorangpun tumpang sekaki juga...wa...ka..ka......Selesai posing-posing kat kawasan ni, kami bergerak ke tepi pantai Kuta pula...Pemandangan kat sini sangatlah cantik dan begitu ramai pelancong yang datang terutama pada musim cuti... Masa ni dah tengahari...cuaca punyalah panas, sampai nak buka matapun perit....




Tempat wajib bergambar bila sampai di Kuta ni....masa nak ambil gambar nipun kena tunggu...sebab ramai jugalah orang yang nak berposing kat sini....Kebetulan hari ni hari Ahad....so ramailah pelancong dan warga tempatan yang berlibur di pantai ni....

 Kemain bergaya anak-anak bujang aku ni....dua-dua sibuk berposing dengan spek hitamnya....

Aku suka sangat jalan-jalan kat Mall ni sambil cuci mata...masa tu tengah End Year Sale...so banyaklah barang2 branded yang discount sampai 50 - 70 %. Tak beli apapun...jalan-jalan sambil makan-makan...Pas tu kitorangpun pergilah hingga ke belakang Mall ni...Wow...dekat ngan tepi laut...Angin bertiup punyalah best...walaupun cuaca pada ketika tu panas banget....Apa lagi akak pun posing sakanlah ngan anak-anak...Rugilah kalau tak ambik gambar kat sini sangatlah Shantekkkkk.

Ta...ra....posing...jangan tak posing...over pulak minah ni...kalaulah kat Malaysia ni ada Mall kat tepi laut macam kat Bali ni..kan best...Lama juga kitorang lepak kat sini sambil bersantai sementara buang masa menunggu waktu berlepas pulang ke Malaysia....


Destinasi seterusnya...Pak Ujang bawa kami ke Kedai Cenderahati Krishna...kalau kat Malaysia..ala..ala..Mydin gitu....Sajer aku ajak Pak Ujang ke sini untuk habiskan duit rupiah yang masih berbaki...aku beli T.Shirt dan cenderamata untuk Kengkawan....Oklah...barangan di sini not bad...tak payah tawar-tawar dan tak ada orang yang kejar-kejar suruh beli barangan yang dijual...aman sikit...



Gambar ni diambil di pintu masuk kedai....Ada patung Dewa Krishna di hadapannya...kalau beli barangan secara banyak, boleh suruh pekerja kedai ni pek cantik-cantik dalam kotak...senang nak bawa masuk dalam  kapal terbang......

Sementara masa masih awal lagi....kami ajak Pak Ujang minum kopi di Di J.Co Daughnut's....Sedap juga daughnuts kat sini..hargapun cam sama jer dengan yang dijual di Malaysia...


Lepak lagi...Sambil minum-minum dan borak-borak dengan Pak Ujang....sedih pula nak berpisah dengan Pak Supir yang sangat baik hati, peramah dan suka merendah diri. Dia tahu untuk meletakkan dirinya di mana? Susah nak cari pemandu pelancong cam ni. Insyaallah Pak satu hari nanti kita Bisa bertemu lagi....

Tiba waktu untuk Pak Ujang hantar kami ke Airport walaupun pada ketika itu jam baru pukul 7.30 malam. Flight kami sepatutnya berlepas jam 9.45 malam...Tapi...nan Ado...delay sampai pukul 11 malam...Iskh..iskh...iskh...melepaklah jawabnya kat Air Port Ngurah Rai ni...Biasalah Air Asia ni...Everyone can fly...so Everyone Sure Can Wait....Anyway...Percutian kami sebagai penutup tirai tahun 2011 sungguh happening dan aku sungguh gembira bercuti bersama keluargaku tercinta....Ok...kita jumpa lagi di Percutianku sepanjang  tahun 2012......


Bye Uollssss....thanks.. kerana setia dan sudi membaca coretan percutianku....Apa yang boleh dikongsi bersama untuk panduan percutian rakan-rakan yang lain kita sharelah kan.......SHARING IS CARING.......

4 comments:

  1. seronok tengok kak chah cuti satu family..Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  2. Sekarang ni seronok lagi...tak lama lagi mungkin hanya berdua atau bertiga. bila anak-anak dah besar susah sikit nak ajak diorang jalan-jalan...

    ReplyDelete
  3. cadang nak pegi bali juga. terima kasih kerana entry yang sungguh berinformasi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zainalmy...thanks kerana sudi singgah dan baca blog saya ni...Telah email dekat you nama pak supir yang boleh dihubungi moga info yang ada dapat membantu

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...