MY FAMILY....MY LOVE....MY HERO....
Showing posts with label Ngurah Rai. Show all posts
Showing posts with label Ngurah Rai. Show all posts

Monday, 25 June 2012

Cuti-Cuti Bali - Day 4 (Bye-Bye Bali)

18 Disember 2011(Ahad)

Dah masuk hari ke 4 kami di Bali ni....tak puas rasanya berada di sini....hari ni merupakan hari terakhir kami di sini. Pak Ujang berjanji akan mengambil kami dari hotel jam 11 pagi nanti.

 Selesai solat aku mula mengemas apa yang patut dan menyediakan breakfast untuk pagi ini. Nasib baik apartment tempat tinggal kami dilengkapi dengan dapur dan peralatan memasak. Akupun buatlah roti bakar, sandwich dan perabiskan bekalan maggie yang telah kami bawa dari Malaysia.

Sempat juga aku mengupload gambar percutian kami di sini untuk tatapan  rakan-rakan FB ku....
Pagi tu aku sempat lagi berjalan-jalan di sekitar perkarangan hotel sambil menghirup udara pagi...Mat-mat Salleh dah ramai yang terjun ke kolam renang. Aku dan Haiqal kemudian menyusuri pantai sambil melihat-lihat keadaan sekeliling hotel....cantik. Jam 11 pagi kami terus bawa beg-beg pakaian turun ke lobi dan terus check out.Pak Ujang dah sedia menanti kami di luar lobi...


Hari ni, Pak Ujang akan bawa kami bersiar-siar di Pekan Kuta sambil membeli belah barangan sorvenir sebagai kenangan. Destinasi pertama yang kami tuju ialah ke Tugu Peringatan Mangsa Bom di Bali....

Tragedi Pengeboman di Bali yang berlaku pada tahun 2002 telah meninggalkan kesan yang sungguh mendalam kepada masyarakat bali . Dalam kejadian tersebut, yang berlaku di sebuah bar yang terletak di Jalan Legian, ramai mangsa yang terkorban termasuk warga tempatan dan juga pelancong asing. Pihak pengebom kononnya ingin membalas dendam terhadap pihak  USA, tapi yang ramai mati ialah rakyat Aussie. Warga USA hanya 7 orang sahaja yang terkorban. Pada tugu ni, dipaparkan nama-nama mangsa yang terkorban mengikut negara....

Selepas tu kami dibawa ke sekitar jalan Kuta...memang banyak restoran, spa dan hotel dibina di kawasan ini yang memang sesak dengan pelancong asing. Keadaan traffic jangan cakaplah....macet...sangat. kitorang sempat jugalah ke Hard Rock Cafe dengan Replika gitar yang tersergam cantik. Nak ambil gambar kat sinipun terpaksa que....he..he..he.. nak juga posing tu...


berebut-rebut orang nak ambil gambar....kitorangpun tumpang sekaki juga...wa...ka..ka......Selesai posing-posing kat kawasan ni, kami bergerak ke tepi pantai Kuta pula...Pemandangan kat sini sangatlah cantik dan begitu ramai pelancong yang datang terutama pada musim cuti... Masa ni dah tengahari...cuaca punyalah panas, sampai nak buka matapun perit....




Tempat wajib bergambar bila sampai di Kuta ni....masa nak ambil gambar nipun kena tunggu...sebab ramai jugalah orang yang nak berposing kat sini....Kebetulan hari ni hari Ahad....so ramailah pelancong dan warga tempatan yang berlibur di pantai ni....

 Kemain bergaya anak-anak bujang aku ni....dua-dua sibuk berposing dengan spek hitamnya....

Aku suka sangat jalan-jalan kat Mall ni sambil cuci mata...masa tu tengah End Year Sale...so banyaklah barang2 branded yang discount sampai 50 - 70 %. Tak beli apapun...jalan-jalan sambil makan-makan...Pas tu kitorangpun pergilah hingga ke belakang Mall ni...Wow...dekat ngan tepi laut...Angin bertiup punyalah best...walaupun cuaca pada ketika tu panas banget....Apa lagi akak pun posing sakanlah ngan anak-anak...Rugilah kalau tak ambik gambar kat sini sangatlah Shantekkkkk.

Ta...ra....posing...jangan tak posing...over pulak minah ni...kalaulah kat Malaysia ni ada Mall kat tepi laut macam kat Bali ni..kan best...Lama juga kitorang lepak kat sini sambil bersantai sementara buang masa menunggu waktu berlepas pulang ke Malaysia....


Destinasi seterusnya...Pak Ujang bawa kami ke Kedai Cenderahati Krishna...kalau kat Malaysia..ala..ala..Mydin gitu....Sajer aku ajak Pak Ujang ke sini untuk habiskan duit rupiah yang masih berbaki...aku beli T.Shirt dan cenderamata untuk Kengkawan....Oklah...barangan di sini not bad...tak payah tawar-tawar dan tak ada orang yang kejar-kejar suruh beli barangan yang dijual...aman sikit...



Gambar ni diambil di pintu masuk kedai....Ada patung Dewa Krishna di hadapannya...kalau beli barangan secara banyak, boleh suruh pekerja kedai ni pek cantik-cantik dalam kotak...senang nak bawa masuk dalam  kapal terbang......

Sementara masa masih awal lagi....kami ajak Pak Ujang minum kopi di Di J.Co Daughnut's....Sedap juga daughnuts kat sini..hargapun cam sama jer dengan yang dijual di Malaysia...


Lepak lagi...Sambil minum-minum dan borak-borak dengan Pak Ujang....sedih pula nak berpisah dengan Pak Supir yang sangat baik hati, peramah dan suka merendah diri. Dia tahu untuk meletakkan dirinya di mana? Susah nak cari pemandu pelancong cam ni. Insyaallah Pak satu hari nanti kita Bisa bertemu lagi....

Tiba waktu untuk Pak Ujang hantar kami ke Airport walaupun pada ketika itu jam baru pukul 7.30 malam. Flight kami sepatutnya berlepas jam 9.45 malam...Tapi...nan Ado...delay sampai pukul 11 malam...Iskh..iskh...iskh...melepaklah jawabnya kat Air Port Ngurah Rai ni...Biasalah Air Asia ni...Everyone can fly...so Everyone Sure Can Wait....Anyway...Percutian kami sebagai penutup tirai tahun 2011 sungguh happening dan aku sungguh gembira bercuti bersama keluargaku tercinta....Ok...kita jumpa lagi di Percutianku sepanjang  tahun 2012......


Bye Uollssss....thanks.. kerana setia dan sudi membaca coretan percutianku....Apa yang boleh dikongsi bersama untuk panduan percutian rakan-rakan yang lain kita sharelah kan.......SHARING IS CARING.......

Monday, 14 May 2012

Cuti-Cuti Bali - Day 1

 15 Disember 2011 (Khamis)

Hai Uoalls....Kali ni aku nak share percutian aku ke Bali Disember tahun 2011. Walaupun ceritanya dah agak basi tapi aku nak imbau kembali kenanganku di satu tempat  percutian yang memang happening...Tiket flight dengan AA ini aku dah booked sejak February 2011 . Aku, Cik Hubby dan Dua orang puteraku....Kebetulan pula Hotel tempat Penginapan dah percuma sebab aku adalah salah seorang members vacation club....so, bab penginapan tak perlu bayar...

Bila tiket aku dah beli, aku terus booked penginapan melalui Palace Of The Golden Horses Vacation Club. Ada 2/3 tempat yang aku booked at last dapat di Club Bali @ Jayakarta Bali Club Legian...

Penerbangan kami pada pagi tu jam 9.00 am, Biasalah...kul 6.30 pagi dah bertolak dari rumah takut sangkut dalam kesesakan jalan raya. Nasib baik anak ku Aizat sudi nak hantar kami ke LCCT. Dia tak dapat ikut sebab masa ni Kolej belum lagi bercuti......

Sampai di Airport lebih kurang kul 7.30 am...Kitorang breakfast dulu kat McD di LCCT ni...buat alas perut, sebab aku dah booking sekali makanan atas flight nanti. Selesai breakfast, check in baggage, kami terus tunggu untuk boarding...On time...tak ada pulak delay...mungkin sebab pagi kot...8.50 gate dibuka dan kamipun berjalan menuju ke arah kapal terbang yang sudah sedia menanti...Fuhhh...jauh jugalah nak menapak..


Akhirnya dapat tempat duduk di bahagian belakang perut kapal...Excited nak memulakan percutian...Kami duduk sederet...Ingatkan dah selamatlah dah tak delay...rupanya...ruang udarapun Macet juga...dekat setengah jam juga kami tunggu giliran untuk terbang ke udara. masa ni aku tengok lapangan terbang kemain sesak dengan kapal terbang dari pelbagai negara tunggu giliran untuk berlepas..Hmmmm lewat lagilah nampaknya...

 Setelah sabar menunggu giliran untuk berlepas, akhirnya kami terbang juga di udara....perjalanan dari Kuala Lumpur ke Bali mengambil masa hampir 3 jam penerbangan....

Kami selamat tiba di Lapangan Terbang Ngurah Rai Bali dalam lebih kurang pukul 1.30 pm...Waktu Malaysia dan Waktu di Bali adalah sama....so tak payah sibuk-sibuk dan adjust masa....Papan tanda ni mengalu-alukan kedatangan kami di sini....

Aku sungguh gembira pada hari ini kerana inilah kali pertama aku menjejakkan kaki ke destinasi pelancongan yang terkenal dengan budaya dan adat resam masyarakat beragama Hindu...


Sampai jer kami di lapangan Terbang di Bali, Pak Isme telah sedia menanti. Aku memang telah booked supir di sini melalui rakan-rakan  blogger. Akupun tak pernah jumpa Pak Isme ni...kalau menerusi gambar dalam FB mukanya adalah iras-iras sedikit dengan si Yusry KRU tu...on that day dia bawa seorang teman yang juga seorang supir, Pak Ujang namanya. Betullah seperti apa yang kawan-kawan aku ceritakan. Supir di sini adalah sangat punctual, peramah dan sangat bersopan santun.Sepatutnya aku dibawa oleh Pak Isme tetapi oleh kerana pak Isme ada tetamu lain, jadi pak Ujang yang menjadi supir aku sepanjang 4 hari kami di sini.Aku OK jer...sebab pak Ujang ni juga sangat peramah dan baik orangnya.Sedia membawa kami ke mana sahaja dari 8.30 pagi sampai jam 9.00 malam


Patung kuda dan pahlawan Ngurah Rai di tengah-tengah pekan Bali...di kiri kanan jalan banyak patung-patung pahlawan Bali yang menjadi kebanggaan rakyat Bali satu ketika dulu....


Inilah penginapan kami selama 4 hari 3 malam di Bali. Club bali @ Jayakarta Bali Club terletak di Jalan Legian bersebelahan Pekan Kuta...Agak happening pada waktu malam terutama di tepi pantai...


Aku booked penginapan ni melalui Palace Vacation Club, so tak payah bayar sebab aku members PLGH.


Apartment 1 Bedroom,dengan kemudahan bilik mandi yang ada bathtub, ruang tamu yang ada sekali sofabed dan juga kitchen untuk memasak....sangat selesa untuk kami 4 orang. Lagipun bukan nya ada kat hotel waktu siang....malam jer bila nak tidur....


Aktiviti hari pertama kami adalah bersantai-santai di tepian pantai, jalan-jalan sekitar hotel sambil snap-snap gambar dan apa lagi....perkara wajib, berdebusss di kolam renang. Hee....He..he...akak sukerrr.



Aksi-aksi kami di kolam. iskh...iskh..iskh...tak nampakpun muker orang Melayu kat sini. Semuanya orang "Bule" yang mata biru,hijau.cokelat...Diorang ni semua macam hairan jer tengok aku yang pakai baju tutup-tutup ni masuk dalam kolam. semua pakat pandang-pandang aku....Boring jer.....tapi Ada Aku Kesah....janji aku enjoy bermandi manda dengan anak-anakku....

Cewah.....posing maut lagi dalam kolam macam mak ikan duyung....

Hotel kami ni dekat sangat dengan pantai just take a walk about 3 minit untuk sampai di pantai ni...Agak ramai juga pelancong masa ni....ombak nampak kuat membelah pantai. Thats why pantai ni sesuai untuk orang ber"surffing"....

Aktiviti pantai...cam biasa bola sepak, dan juga bola tampar pantai....satu jer aku puji...kat pantai ni bersih, tak ada sampah langsung...tapi aku rasa pasir kat pantai di Redang dan pulau Perhentian lagi halus dan cantik...

 Dekat sini juga kelihatan banyak kerusi-kerusi untuk massage....kalau kat tepi pantai ni murah jer, tapi kena pandai tawar sebab diorang ni pandai juga nak cekik pelancong. tapi akak taklah gunakan perkhidmatan massage di sini....malu sebab opennnnlah sangat....

lama juga kami lepak-lepak kat tepi pantai sambil jalan-jalan menyusuri pantai ni....agak jauh jugalah...sampai boleh tembus hingga ke Pantai Kuta....Jam 7.00 petang kamipun balik ke bilik,mandi-mandi kemudian misi mencari makan sambil jalan-jalan .....

 Ok....sambung next entry....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...