MY FAMILY....MY LOVE....MY HERO....

Wednesday 20 June 2012

Cuti-Cuti Bali - Day 3 (Part 2)

Garuda Wishnu Kencana

Barulah berpeluang nak mengupdate blog aku yang dah nak bersawang ni.... Sambung balik kisah hari ke 3 aku di Bali ni yang tak berapa nak best di sebelah petangnya...

Selesai jer aktiviti kami ke Turtle island, snorkerling dan watersport....kitorangpun salin baju yang dah basah tu untuk ke destinasi seterusnya...Cuaca mulalah nak menangis... Gerimis mengundang tiba...mula-mula sikit jer...lama-lama hujan dah makin lebat. Aduiyai...rosak program. Kami suruh Pak Ujang yang memang setia menunggu kami untuk bawa kami  lunch di sebuah Restoren nasi Padang. Oklah...makanan kira boleh makanlah....nak kata sedap...tak tahulah nak cakap tapi sebab perutpun dah lapar kitorang bedal jer...

Habis makan kitorangpun decide teruskan juga program hari tu...Pak Ujang bawa kami ke Sebuah tempat dimana terletaknya patung Garuda Wishnu Kencana  yang kalau siap sepenuhnya mungkin jadi patung yang tertinggi di Dunia...

Dalam hujan-hujan kitorang masuk jugalah ke kawasan pelancongan ini. Bayaran masuk ialah 20 000 idr dalam RM 7.00 seorang..




Salah satu tempat yang mesti  dikunjungi di kawasan Bukit Jimbaran adalah Garuda Wisnu Kencana atau lebih popular dengan sebutan GWK

Patung ini berlokasi di  UngasanBukit Jimbaran Bali. Karya masterpiece seniman Bali, I Nyoman Nuarta. Kawasan ini dijadikan sebagai taman budaya dan menjadi landmark bagi tempat pelancongan di  Bali dan Indonesia.  
 
Kalau kita mengunjungi objek wisata lain seperti Dreamland  ataupun Uluwatu, kita akan sampai dahulu di GWK.Tarikan tempat  ini adalah 2 patung, iaitu Patung Wisnu dan Patung Garuda. Patung  Dewa Wisnu yang dalam agama Hindu adalah merupakan  dewa Pelindung dan pemelihara yang menjadikan  burung Garuda sebagai kenderaan tunggangannya.

Patung ini dibina dengan ketinggian 140 meter,  dan boleh dilihat pada jarak  20 km sehingga dapat dilihat dari Kuta, Sanur, hingga Nusa Dua .Walaubagaimanapun patung ini masih lagi dalam pembinaan dan tak tahulah bila akan siapnya...
Patung Garuda Wisnu Kencana ini merupakan simbol dari misi keselamatan  dan keamanan dunia menurut cerita orang Bali.....


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh7Oz1FkjOyprHnztzs6EouOhSzNAglrEU9zrYZS7aNyaCCvdXEuG3zOCMGU3jb53JM9_XtRZRbKlXC1t-qSzrPi9aeSryz5kIeG-GC_1H-dUD-Ow4nuHg2v0_S1RbuVnoV_pxT1fIGHcg/s1600/GWK+Bali.jpg







Hujanpun hujanlah....yang penting bila sampai sesuatu tempat tu, posing tetap posing.,..wa ka ka...
Nasib baik Pak Ujang sediakan 2 payung yang agak besar dan kitorang boleh syer...dalam hujan-hujan tu ramai juga pelancong yang datang...kebanyakannya pelajar sekolah...dari Indonlah semestinya...


Selesai bergambar di perkarangan luar tempat patung tersergam megah, kamipun masuk ke ruangan pameran...banyak patung-patung dewa dan pakaian masyarakat Bali dipamerkan. Aku dan Abang Zul sempat bergambar pada patung Replika penari bali. bila tengok gambar ni....wah....seksinya aku. Tapi korang jangan salah faham tau, bahagian muka jer original muka aku, yang lain bukan tau...he..he..he...

Replika patung dengan pakaian bangsawan masyarakat Bali....selain tu dipamerkan juga alat-alat muzik tradisional mereka untuk tatapan para pengunjung....

Pada hari ke 2 sepatutnya kami menyaksikan pertunjukan tarian Barongan,tapi disebabkan anak-anak dan Abang Zul tak nak tengok tarian tu, so kitorang skip dan terus ke destinasi lain. Hari ni kebetulan ada pertunjukan percuma Tarian Barong di Pentas Terbuka di GWK, aku sempatlah layan persembahan tarian ni yang ada cerita disebaliknya...Bila tengok muka penari-penari ni....so scary...tapi aku tengok penari-penari pompuan memang cantik-cantik...

 Selepas ke GWK, kami sepatutnya ke Uluwatu...kalau tengok gambar dari rakan-rakan blogger yang lain tempat ni cantik dan pemandangan di sini amat menakjubkan....tapi tak berkesempatan nak ke sana sebab hari hujan, tarian kecak dancepun tak dapat nak tengok.....boringnya....kitorang tengok pantai Dreamlandpun dari kejauhan jer....
Uluwatu view from the other end
 Pemandangan dari atas tebing Uluwatu....cantikkan pemandangan di atas tebing ni.....Insyaallah kalau berkesempatan pergi lagi , aku akan pastikan sampai di sini.....

Berkas:Pantai Dream Land.jpg

Pantai Dreamland....ramai Mat-Mat Salleh suka bersantai dan bercanda di tepian pantai....kitorang tengok dari atas bukit jer sebab masa ni hujan agak lebat....gambar ni ambik dari internet...


Anak-anak aku dah mula bosan....so cik Abang Zul suruh pak Ujang bawa kami balik ke hotel. Hujan-hujan camni apa lagi yang sedapnya zzzzzzzzzz lah. Akupun terus tanya Pak Ujang kalau-kalau dia boleh hantar aku ke SPA....Pak Ujang terus call sebuah SPA yang memang dia rekomen pergi kat sini. Aroma Spa, Nasib baik  masih ada kosong. So Pak Ujang hantar aku dulu ke SPA ni manakala yang lain-lain Pak Ujang hantar terus ke hotel.

Akupun terus diperkenalkan oleh Pak Ujang kepada pekerja SPA ni...setelah aku memilih pakej, massage seluruh badan. scrub, lulur dan mandi bunga aku dibawa masuk ke dalam sebuah bilik, dan tukang urut yang melayani aku sangat lembut dan sopan sekali.Korang nak tahu berapa harga yang aku bayar untuk keseluruhan pakej ni......250 000 idr dalam RM 90.00 jer. macam tak percaya. Kalau kat Malaysia ingat boleh dapat harga macam ni....Nan Ado....

Selepas 2 jam iaitu lebih kurang jam 8 malam, Pak Ujang datang ambik aku yang dah segar bugar selepas diurut dan mandi bunga. Kami ke Jimbaran Bay untuk menikmati makan malam di tepian pantai.


Memang aku tahu kalau makan kat sini a bit mahal...tapi nak merasalah konon makan seafood kat sini sebab dah sampai kan kat Bali ni....Memang banyak deretan Restoren yang menawarkan pelbagai harga pakej. Pak Ujang suggest kitorang makan kat sini, lupa pula apa nama Restoren ni...Angin pantai memang kuat...kalau makan kat tepi pantai alamat pasir masuk dalam makanan.

Inilah antara makanan yang termasuk dalam pakej makanan untuk 4 orang. Lokan bakar bercili, Ikan Kerapu bakar, lobster, sotong dan udang bakar. Makanan ni disediakan sekali dengan mushroom soup, kangkong goreng bercili dan nasi putih...Minuman dia bagi 4 jer...kalau nak tambah kira lain.Nasib baik rasa makanan tidak mengecewakan. Sambal @ sos pencicah memang menepati selera aku. Korang nak tahu berapa yang aku bayar untuk harga makan di sini...1juta 100 idr...lebih kurang RM 385.00 harga makanan paling mahal yang aku pernah bayar untuk 4 orang. Mengalahkan makan kat hotel....layan jerlah...

Aku rasa makan kat Restoren Udang Bale Mang Engking pun lebih sedap dan harganya berpatutan....
 Setelah membayar bil, kitorangpun bergerak balik ke hotel.....perut dah kenyang, badanpun dah penat. Balik hotel nanti nak kena kemas-kemas barang sebab esok kami akan berangkat pulang ke Malaysia...


Dari Jimbaran....kitorang dapat lihat pemandangan waktu malam di Bali. Kalau Area Kuta,  Malam nya mula hidup selepas jam 10 malam. Masa ni kita boleh lihat ramai mat Salleh berjimba,menari, mabuk-mabuk di pub-pub dan sepanjang jalan kuta ni. Sangatlah happening...

Sampai hotel lebih kurang jam 10 malam. Kitorang terus mengucapkan terima kasih pada Pak Ujang dan berjanji akan jumpa lagi beliau keesokannya jam 11 pagi.....

Oklah nanti kita sambung lagi di last episod aku di Bali ni.
........Wassalam......




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...