Sweet Memories......Melbourne Australia
Kali ni nak kongsi cerita kisah aku dan geng-geng Netball. Start bulan ni mulalah aku sibuk dengan sukan ni yang memang dekat sangat dengan aku sejak dibangku sekolah rendah lagi...
Kini aku masih lagi aktif dengan netball tapi tidak lagi sebagai players tapi sebagai salah seorang Jawatan Kuasa Pembangunan Bola Jaring MSS Wilayah Persekutuan...Banyak kisah suka duka kami dalam team pembangunan ni tapi demi nak tengok anak-anak didik kami berjaya sebagai pemain Malaysia, segala kepayahan dan kesulitan serta kata-kata orang kami tolak tepi.....
Netball juga telah membawa aku hampir ke seluruh tanah air dan yang paling tidak dapat aku lupakan ialah kenangan aku dan jurulatih pembangunan membawa pasukan bawah 16 tahun Kuala Lumpur ke Melbourne Australia pada akhir tahun 2010. Sangat teruja kerana tak sangka aku dapat menjejakkan kaki ke Negara Kanggaroo ni.
Rombongan kami seramai 18 orang bertolak dari LCCT dengan menaiki pesawat Air Asia. Program Kejurulatihan dan Latihan bersama dengan Program Pembangunan Bola Jaring Australia diadakan selama 10 hari dengan aktiviti program yang sangat padat...
Muka-muka ceria....masa ni tak sabar nak naik flight...Barang yang dibawa punyalah banyak. Dengan Bola, Sorvenir, Barang makan jer dah 7 kotak...korang bayangkanlah kitorang kat Melbourne tu makan apa.He..he..he... Teruja dapat pergi ke Negara Kangroo ni. Akak biasalah...jadi pengurus merangkap Ummi kepada budak-budak nakal ni + tukang masak...Sangatlah enjoy...
Sampai di Lapangan terbang Melbourne kami disambut oleh coach Khaty yang pernah menjadi jurulatih pasukan Malaysia satu ketika dahulu. Kami kemudiannya menunggu di luar Airport menanti Cik Tan dan Fash mengambil van yang kami dah sewa.Kemudian kami terus ke tempat penginapan di Waverly Glen. sangat suka kawasan perumahan ni sebab tak ada nak pagar-pagar macam kat Malaysia. Persekitaran pun sangatlah cantik dan tidak terlalu sesak.
Tingginya Khaty...kitorang ni semuanya kemetot...He..he...Nice to meet you..and miss you too... |
Banglo tempat kami duduk ni terletak di kawasan Strategik. Waverley Glen tempat kami tinggal ni berhampiran dengan shopping komplek dan Hotel...Kalau jalan kaki dalam 5 minit jer dah sampai...supermarket macam Carefourpun ada juga.... .
Kalau dapat rumah banglo sebiji kat sana kan ker best... |
Shopingg kompleks yang terdapat berdekatan dengan Glen Waverley....sempat posing dulu sebelum membeli-belah...... |
Nilah van yang kami sewa sepanjang 10 hari kami di sini....van ni boleh muat 12 orang. Meh..aku perkenalkan korang dengan driver van ni...saper lagi kalau bukan cik Tan yang kecil molek ni...nampak jer kecik...tapi brutal woooo....
Stadium Netball di Waverley, Melbourne...seronok tengok stadium netball besar cam ni. kalau kat Malaysia Stadium Juara kat Bukit Kiara jer yang kita boleh harapkan...Kat Sini melambak stadium cam ni...Kemudahan tempat latihan memang superb...dengan gelanggang yang canggih dan yang paling penting parents turut main peranan dan bagi galakan 200%
Di sini juga aku berpeluang melawat ke Maribyrnong Sports Academi...kalau kat Malaysia tu macam Sekolah Sukan Bukit Jalil. Students dia memang international...Teruja dengan segala kelengkapan sukan yang ada dan dewan kuliah yang besar dan selesa. Pas tu di Academy ni semua sukan ada...Malaysia patut ada sekolah sukan macam ni..barulah sukan kat Malaysia ni boleh maju....
Coach Marque yang sangat sporting....banyak ilmu yang kami dapat dari sesi klinik kejurulatihan ni...dan banyak benda yang aku belajar bila berada di tempat orang...
Coach marque yang sporting and very-very friendly....kalau cikgu-cikgu selaku jurulatih sukan dapat menimba ilmu kat Australia ni, aku rasa banyak idea dan pembaharuan dalam sukan dapat diketengahkan...
Kitorang kalau dapat posing...sakan...kali ni coach Michelle sudi temankan kitorang pergi jalan-jalan ke Churchill Island & Philips Islands...
Dekat kawasan ni ramai kaki-kaki pancing yang memancing kat atas -atas jeti ni...ikan, sotong yang dipancing besar-besar dan diorang pakai umpan tiruan jer....
Selepas posing-posing dan snap-snap gambar kat sini...kami ke destinasi yang kami nak tuju iaitu ke Churchill island. kawasan ni merupakan sebuah kawasan ladang yang sangat besar dan dikelilingi oleh pokok-pokok dan banyak bunga-bunga liar yang cantik-cantik....korang layan gambar-gambar ni ye...
Kawasan ladang yang besar, dan pemandangan yang sungguh indah....yang paling aku suker tengok banyak bunga-bunga liar yang cantik-cantikdi sekitar kawasan ni...
kitorang tak lepaskan peluang naik kereta kuda ni...kami dibawa pusing-pusing dengan menaiki kereta kuda...
Habis hati dapat naik kereta kuda dengan abang koboi ni..... |
Rupanya senang jer ya perah susu lembu...picit...pas tu tarik kat bahagian hujung jer....kena buat lembut-lembut tak boleh kasar kalau tak karang kena terajang pula ngan lembu ni.... |
aku berpeluang juga melihat camner bulu biri-biri ni di cukur....macam kesian jer aku tengok kambing ni...botak gondol...
Aku sempat jugalah pergi kat tempat Koala ni....menurut kata tourist guide...Koala ni macam baby...waktu tidurnya hampir 18 jam...agaknya dia bangun bila nak makan, kencing dan membuang jer....yang lain membuta jerlah kerjanya...Ni nasib aku baik ambik gambar masa dia tengah bangun...Comelkan..
Koala kat belakang tu tgh ZZZZZ melekap jer kat celah dahan pokok....
Sewaktu di Philips Island aku berpeluang untuk pergi menyaksikan pengguin naik ke darat....comelnya. Waktu pengguin-pengguin ni naik ke darat adalah sekitar jam 7.30 malam...di tempat ni semua pelancong yang datang untuk menyaksikan pengguin-pengguin ini adalah dilarang sama sekali untuk mengambil gambar dengan camera berflash......so akupun ambillah gambar dari poster yang ditampal di luar pintu masuk.
Me, Cik Tan and Miss Choo..posing dulu sebelum menunggu masuk untuk tengok pengguin |
Sewaktu pengguin-penggui ini naik ke pantai, mereka akan naik secara berkumpulan dan bila balik ke rumah mereka pasti akan menunggu pasangan masing-masing...so cute. Tinggi pengguin-pengguin ni lebih kurang 1-2 kaki jer...macam dalam gambar ni....
Pertunjukkan melihat pengguin-pengguin naik ke darat tu berakhir lebih kurang 1.30 jam...Lebih kurang 9 malam kami meninggalkan kawasan Pengguin ni dan balik ke Rumah penginapan.. |
Ok lah stop sampai sini dulu.Nantikan cerita aku selanjutnya dalam
.......................... Melbourne In Memories Part II.................
No comments:
Post a Comment