MY FAMILY....MY LOVE....MY HERO....

Wednesday, 20 June 2012

Cuti-Cuti Bali - Day 3 (Part 2)

Garuda Wishnu Kencana

Barulah berpeluang nak mengupdate blog aku yang dah nak bersawang ni.... Sambung balik kisah hari ke 3 aku di Bali ni yang tak berapa nak best di sebelah petangnya...

Selesai jer aktiviti kami ke Turtle island, snorkerling dan watersport....kitorangpun salin baju yang dah basah tu untuk ke destinasi seterusnya...Cuaca mulalah nak menangis... Gerimis mengundang tiba...mula-mula sikit jer...lama-lama hujan dah makin lebat. Aduiyai...rosak program. Kami suruh Pak Ujang yang memang setia menunggu kami untuk bawa kami  lunch di sebuah Restoren nasi Padang. Oklah...makanan kira boleh makanlah....nak kata sedap...tak tahulah nak cakap tapi sebab perutpun dah lapar kitorang bedal jer...

Habis makan kitorangpun decide teruskan juga program hari tu...Pak Ujang bawa kami ke Sebuah tempat dimana terletaknya patung Garuda Wishnu Kencana  yang kalau siap sepenuhnya mungkin jadi patung yang tertinggi di Dunia...

Dalam hujan-hujan kitorang masuk jugalah ke kawasan pelancongan ini. Bayaran masuk ialah 20 000 idr dalam RM 7.00 seorang..




Salah satu tempat yang mesti  dikunjungi di kawasan Bukit Jimbaran adalah Garuda Wisnu Kencana atau lebih popular dengan sebutan GWK

Patung ini berlokasi di  UngasanBukit Jimbaran Bali. Karya masterpiece seniman Bali, I Nyoman Nuarta. Kawasan ini dijadikan sebagai taman budaya dan menjadi landmark bagi tempat pelancongan di  Bali dan Indonesia.  
 
Kalau kita mengunjungi objek wisata lain seperti Dreamland  ataupun Uluwatu, kita akan sampai dahulu di GWK.Tarikan tempat  ini adalah 2 patung, iaitu Patung Wisnu dan Patung Garuda. Patung  Dewa Wisnu yang dalam agama Hindu adalah merupakan  dewa Pelindung dan pemelihara yang menjadikan  burung Garuda sebagai kenderaan tunggangannya.

Patung ini dibina dengan ketinggian 140 meter,  dan boleh dilihat pada jarak  20 km sehingga dapat dilihat dari Kuta, Sanur, hingga Nusa Dua .Walaubagaimanapun patung ini masih lagi dalam pembinaan dan tak tahulah bila akan siapnya...
Patung Garuda Wisnu Kencana ini merupakan simbol dari misi keselamatan  dan keamanan dunia menurut cerita orang Bali.....


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh7Oz1FkjOyprHnztzs6EouOhSzNAglrEU9zrYZS7aNyaCCvdXEuG3zOCMGU3jb53JM9_XtRZRbKlXC1t-qSzrPi9aeSryz5kIeG-GC_1H-dUD-Ow4nuHg2v0_S1RbuVnoV_pxT1fIGHcg/s1600/GWK+Bali.jpg







Hujanpun hujanlah....yang penting bila sampai sesuatu tempat tu, posing tetap posing.,..wa ka ka...
Nasib baik Pak Ujang sediakan 2 payung yang agak besar dan kitorang boleh syer...dalam hujan-hujan tu ramai juga pelancong yang datang...kebanyakannya pelajar sekolah...dari Indonlah semestinya...


Selesai bergambar di perkarangan luar tempat patung tersergam megah, kamipun masuk ke ruangan pameran...banyak patung-patung dewa dan pakaian masyarakat Bali dipamerkan. Aku dan Abang Zul sempat bergambar pada patung Replika penari bali. bila tengok gambar ni....wah....seksinya aku. Tapi korang jangan salah faham tau, bahagian muka jer original muka aku, yang lain bukan tau...he..he..he...

Replika patung dengan pakaian bangsawan masyarakat Bali....selain tu dipamerkan juga alat-alat muzik tradisional mereka untuk tatapan para pengunjung....

Pada hari ke 2 sepatutnya kami menyaksikan pertunjukan tarian Barongan,tapi disebabkan anak-anak dan Abang Zul tak nak tengok tarian tu, so kitorang skip dan terus ke destinasi lain. Hari ni kebetulan ada pertunjukan percuma Tarian Barong di Pentas Terbuka di GWK, aku sempatlah layan persembahan tarian ni yang ada cerita disebaliknya...Bila tengok muka penari-penari ni....so scary...tapi aku tengok penari-penari pompuan memang cantik-cantik...

 Selepas ke GWK, kami sepatutnya ke Uluwatu...kalau tengok gambar dari rakan-rakan blogger yang lain tempat ni cantik dan pemandangan di sini amat menakjubkan....tapi tak berkesempatan nak ke sana sebab hari hujan, tarian kecak dancepun tak dapat nak tengok.....boringnya....kitorang tengok pantai Dreamlandpun dari kejauhan jer....
Uluwatu view from the other end
 Pemandangan dari atas tebing Uluwatu....cantikkan pemandangan di atas tebing ni.....Insyaallah kalau berkesempatan pergi lagi , aku akan pastikan sampai di sini.....

Berkas:Pantai Dream Land.jpg

Pantai Dreamland....ramai Mat-Mat Salleh suka bersantai dan bercanda di tepian pantai....kitorang tengok dari atas bukit jer sebab masa ni hujan agak lebat....gambar ni ambik dari internet...


Anak-anak aku dah mula bosan....so cik Abang Zul suruh pak Ujang bawa kami balik ke hotel. Hujan-hujan camni apa lagi yang sedapnya zzzzzzzzzz lah. Akupun terus tanya Pak Ujang kalau-kalau dia boleh hantar aku ke SPA....Pak Ujang terus call sebuah SPA yang memang dia rekomen pergi kat sini. Aroma Spa, Nasib baik  masih ada kosong. So Pak Ujang hantar aku dulu ke SPA ni manakala yang lain-lain Pak Ujang hantar terus ke hotel.

Akupun terus diperkenalkan oleh Pak Ujang kepada pekerja SPA ni...setelah aku memilih pakej, massage seluruh badan. scrub, lulur dan mandi bunga aku dibawa masuk ke dalam sebuah bilik, dan tukang urut yang melayani aku sangat lembut dan sopan sekali.Korang nak tahu berapa harga yang aku bayar untuk keseluruhan pakej ni......250 000 idr dalam RM 90.00 jer. macam tak percaya. Kalau kat Malaysia ingat boleh dapat harga macam ni....Nan Ado....

Selepas 2 jam iaitu lebih kurang jam 8 malam, Pak Ujang datang ambik aku yang dah segar bugar selepas diurut dan mandi bunga. Kami ke Jimbaran Bay untuk menikmati makan malam di tepian pantai.


Memang aku tahu kalau makan kat sini a bit mahal...tapi nak merasalah konon makan seafood kat sini sebab dah sampai kan kat Bali ni....Memang banyak deretan Restoren yang menawarkan pelbagai harga pakej. Pak Ujang suggest kitorang makan kat sini, lupa pula apa nama Restoren ni...Angin pantai memang kuat...kalau makan kat tepi pantai alamat pasir masuk dalam makanan.

Inilah antara makanan yang termasuk dalam pakej makanan untuk 4 orang. Lokan bakar bercili, Ikan Kerapu bakar, lobster, sotong dan udang bakar. Makanan ni disediakan sekali dengan mushroom soup, kangkong goreng bercili dan nasi putih...Minuman dia bagi 4 jer...kalau nak tambah kira lain.Nasib baik rasa makanan tidak mengecewakan. Sambal @ sos pencicah memang menepati selera aku. Korang nak tahu berapa yang aku bayar untuk harga makan di sini...1juta 100 idr...lebih kurang RM 385.00 harga makanan paling mahal yang aku pernah bayar untuk 4 orang. Mengalahkan makan kat hotel....layan jerlah...

Aku rasa makan kat Restoren Udang Bale Mang Engking pun lebih sedap dan harganya berpatutan....
 Setelah membayar bil, kitorangpun bergerak balik ke hotel.....perut dah kenyang, badanpun dah penat. Balik hotel nanti nak kena kemas-kemas barang sebab esok kami akan berangkat pulang ke Malaysia...


Dari Jimbaran....kitorang dapat lihat pemandangan waktu malam di Bali. Kalau Area Kuta,  Malam nya mula hidup selepas jam 10 malam. Masa ni kita boleh lihat ramai mat Salleh berjimba,menari, mabuk-mabuk di pub-pub dan sepanjang jalan kuta ni. Sangatlah happening...

Sampai hotel lebih kurang jam 10 malam. Kitorang terus mengucapkan terima kasih pada Pak Ujang dan berjanji akan jumpa lagi beliau keesokannya jam 11 pagi.....

Oklah nanti kita sambung lagi di last episod aku di Bali ni.
........Wassalam......




Monday, 11 June 2012

Cuti-Cuti Bali - Day 3 (Tanjung Benoa...Turtle Island) Part 1

Sabtu - 17 Disember 2011

Hari ke 3 di Bali seawal 8.00 pagi kami sudah menunggu Pak Ujang di lobi hotel. Memang punctual...belum pukul 8 lagi Pak Ujang sudah sedia menunggu. Hari ni pagi-pagi lagi dah hujan, tapi gerimislah...cuacapun macam mendung jer...Destinasi kami pada hari ini ialah ke Turtle Island tempat penetasan dan pembiakan penyu....

Sampai di Tanjong Benoa, kamipun memilih pakej yang ditawarkan Trip to Turtle Island, snorkerling, jet ski, and flying fish....memang best gilerrr...anak-anakpun baru aku tengok dia enjoy hari ini....


sampai jer di Turtle Island ni..kami disambut oleh pemandu pelancong yang sangat-sangat ramah....dan sedia menemani kami sepanjang lawatan di Turtle Island ni...Pelancong pada masa ni punyalah ramai...tak tahu datangnya dari mana...

Setiap pelancong yang datang dikenakan 5 000 idr untuk membantu pemuliharaan haiwan dan tempat pelancongan   ini...kawasannya tak lah besar tapi seronok kerana kita boleh pegang-pegang dengan haiwan-haiwan di sini yang memanglah mesra....sangat.



Bot yang membawa kami ke Pulau Penyu...bottom glass boat...Konon-konon nampaklah ikan kat dalam laut...tapi nan ado....cermin bot yang diperbuat dari fiber ni pun nampak kelabu jer....

Penyu-penyu memang banyak....dari yang baru menetas sehinggalah yang dah dewasa...kalau tengok badan penyu ni...macam-macam corak pulak....


Aku ambil kesempatan masuk dalam kolam ni dan merasai sendiri macam mana rupa bentuk penyu ni sebenarnya...kalau yang besar tu...mak aiii berat, tak larat nak angkat...makanan penyu ni...ialah sayur kangkung dan rumpai air....


Selain dari penyu banyak lagi binatang-binatang yang jinak yang menjadi tumpuan pelancong....kitorang sempatlah bergambar dengan si Iguana ni dan juga burung helang yang memang pandai menurut kata dan yang bestnya sangat jinak....



Aku buat-buat berani bila our tourist guide letakkan ular sawa ni di bahu aku...Gelipun ada juga...bila pegang badan ular ni...lembik jer...tapi badannya agak bersisik...Aku berani nak pegang sebab mulut ular sawa ni dah di tape dengan plaster...he,,he,,he...akak beranilah...

Dekat sini kitorang boleh masuk dalam sangkar lagi...burung-burung memang sangat jinak...

Dah habis melawat kawasan aku rasa adalah lebih kurang 2 jam kami di sini...kamipun berehat-rehat sambil minum air kelapa "Bali"....

Habis minum-minum kitorangpun mengucapkan selamat tinggal kepada adik-adik penyu dan our tourist guide yang sangat peramah sampai lupa nak tanya saper nama??? memang best....pas ni kitorang tak sabar pula nak bersnorkerling...


Pemandu bot kemudiannya membawa kami untuk bersnorkerling....satu jer yang aku frust...airnya tak berapa nak bersih sebab terdapat macam ada tumpahan minyak di permukaan air...


Aku layan jugalah snorkerling di sini sambil bagi ikan makan. Ikan-iakan kat sinipun tak adalah yang cantik-cantik....sama jer macam ikan-iakan kat laut di Malaysia dan paling banyak ikan negeri perak...Hitam belang kuning...



Korang layanlah gambar-gambar aku tengah bagi ikan-ikan kat sini makan roti...



Dinie menunjukkan  kepakarannya berenang sambil menyelam....pas tu minum air sekali...he..he..he...



Antara aktiviti watersport yang kami pilih....Flying fish...anak-anak aku enjoy sangat....dapat cuba sukan air ni...Actually aku dah pilih untuk mencuba paragliding...tapi disebabkan cuaca tidak mengizinkan dan pada masa ni angin tak berapa nak ada...so, tak boleh naik..frust...



Adik....buat muka serius masa flying fish ni nak diterbangkan....kena pegang kuat-kuat takut melayang pula...sebelum terbang, bot akan tarik dulu dengan satu kelajuan yang boleh menerbangkan benda ni....













Tak dapat naik Paragliding....layan jer jet ski ni...Disebabkan jet ski nilah aku hampir kehilangan gigi depan. Jet Ski aku melambung sampai muka aku terhentak kat handle depan...Ingatkan gigi dah patah....rupanya masih ada lagi. Hu..hu..hu...darah banyak keluar...sakit beb

Anyway kitorang sekeluarga sangatlah enjoy dengan aktiviti air dan lawatan ke Turtle Island...masa ni cuaca ok lagi tapi mendung jer...selepas pukul 2.00 petang barulah hari mula hujan....ok ya..nanti kita akan sambung next entri ....Bye...Bye...
























Wednesday, 16 May 2012

Cuti - Cuti Bali - Day 2 ( Menjelajah Bali....)


Jumaat - 16 Disember 2012

Hari ke- 2 di Bali....Seawal pagi aku dah bangun, kemudian mula mengejutkan semua orang kerana pengembaraan kami di bumi Bali ni akan bermula....Breakfast di sini, kitorang just makan kat bilik dahulu sebelum bertolak ke destinasi pelancongan....oleh sebab apartment kami dilengkapi dengan kitchen yang boleh masak, so aku prepare lah breakfast sendiri lagi sedap dari beli kat sana...Aku rasa sepanjang 4 hari kami di bali tak jumpa pun orang jual-jual kuih ker...atau ada gerai-gerai jual nasi lemak atau roti canai...nan ado....diorang kat sana pagi-pagi lagi dah makan berat. kalau nak breakfast macam kat Malaysia kena cari kat McD atau di hotel-hotel...tapi diragui pula kehalalannya,...kalau kat McD memang 100% Halal.

Tepat jam 8.30 bila kami turun di lobi untuk menunggu Pak Ujang...dia dah sedia menanti...Rasa macam 'mem' pula...cepat-cepat dia mengucapkan salam dan terus membukakan pintu kereta...


Destinasi pertama kami ialah melawat ke tempat pembuatan emas dan Perak di daerah Celuk.Pak Ujang membawa kami ke Sari Dewi Gold and Silver collection. Sampai jer di pintu masuk, pekerja-pekerja di sini sedia menanti kunjungan pelancong. Terpegun seketika melihat hasil pembuatan emas dan perak di sini. Sangat halus pembuatannya dan sangatlah berseni....Harga jangan cakaplah memang mahal-mahal sampai juta-juta Rupiah. Aku ni memang tak minat dengan emas-emas ni...cuci-cuci mata sukerlah....


Terpesona dengan keunikan barangan yang dipamirkan...Gelas berkaki bersadur perak ni harganya sebiji dalam 50 USD...Darab 3 lebih kurang RM150.00. tu baru satu kalau 6, korang kalilah sendiri. Aku takut kalu beli nanti jadi barang perhiasan jerlah...Kalau pecah mau menangis dibuatnya...
cantikkan....


 Sebelum datang ke sini kami sepatutnya pergi menyaksikan Tarian Barongan..tapi anak-anak dan Cik Abang tak berapa nak minat, so kitorang skip jer datang ke sini. Selepas melawat ke tempat pembuatan emas dan perak, kami terus menuju ke Pasar Sukawati....Menurut rakan-rakan blogger.barangan yang dijual di Pasar Sukawati adalah lebih murah jika dibandingkan dengan  Pasar Ubud. Boleh tawar sampai separuh harga yang diletakkan. Kalau pergi pagi-pagi minta tawar harga yang kita nak tentu dapat sebab nanti penjual itu akan cakap...."Ya.. ngak apalah Ibu buat pecah telur...."He..he..he...maksudnya kalau kita orang pertama yang beli ia mungkin pembuka pintu rezeki mereka pada hari itu....



Di Pasar Sukawati ni...aku belilah juga T.Shirt Bali buat kenangan dan seluar pendek bermuda  untuk anak-anak bujang. Memang murahlah...sehelai T.Shirt boleh tawar sampai 25 ooo idr. Tapi nak tawar tu kena buat muka ganas sikit....kalau dia tak nak pergilah kat kedai lain...At last nanti peniaga tu akan panggil kita balik....Akak kalau pasal tawar menawar memang expert...


Lagi satu menerusi pemerhatian aku...kat Pasar ni kemain banyak Lukisan-lukisan cat minyak yang cantik-cantik. Orang-orang di Bali ni terkenal dengan hasil kraf tangan yang sangat unik dan berseni....Aku suker tengok hasil lukisan yang dipamirkan...tapi tak beli pun...sebab dah tak ada ruang nak gantung...

Korang Tengoklah sendiri...cantikkan.....Kalau diikutkan hati teringin juga nak beli tapi malaslah pula nanti camner nak bawa balik naik kapal terbang....


Destinasi seterusnya kami dibawa ke Tegalalang kawasan penanaman padi berteres.... cantik gilerrr pemandangan kat atas ni. masa kitorang datang cuaca sangatlah panas, sampai nak buka matapun tak boleh...tapi sebab nak bergambar...layanlah juga....



Mangkuk pecah pelbagai design dan bentuk....memang banyak  kat sini. Biasanya dijual secara set. Hati berkenan tapi bila pegang mak aiii beratnya. Pinggan batu pecah ni aku boleh dapat dalam 100 ribu idr satu set. dalam 3 saiz berbeza.


Kami seterusnya di bawa oleh Pak Ujang ke daerah Kintamani untuk melihat volcano...kawasan tanah tinggi...macam kita berada kat Genting Highland.Kami terus dibawa untuk makan tengahari di sebuah restoran....Restoran Batur Sari yang menawarkan hidangan makanan secara buffet. 70 ribu idr per head. Disebabkan menurut kata Pak Ujang , Restoran ini menawarkan makanan halal dan di sini juga disediakan sebuah Musollah untuk kita sembahyang, akupun setuju untuk lepak kat sini.


Aku rasa ini kali pertama dan terakhir aku makan kat sini. Masakan yang dihidangkan tak menepati selera aku...Macam hampeh jer...Ayampun tulang-tulang jer yang dihidangkan. Dahlah pula tu...kalau nak order minuman tidak masuk dalam pakej dikira harga lain....Aku rasa, kalau aku masak lagi sedap kot....

masa kitorang datang Gunung Kintamani tu masih lagi kelihatan dengan jelas...tapi selang 10 minit kemudian dah tak nampak sebab kabus tebal....Pemandangan kat sini memang cantik, ditambah pula denagan cuaca yang dingin yang tak best makanan dia jer....


Jalan Masuk ke tempat penjualan dan pemprosesan kopi luwak. Penuh dengan tanaman herba yang pelbagai , sejuk jer...kawasan ni. Kitorang berpeluang untuk menyaksikan sendiri bagaimana cara pemprosesan Kopi Luwak dilakukan..Biji kopi Luwak terlebih dibersihkan dari najis Luwak. Seterusnya proses menggoreng biji kopi..semua dilakukan secara tradisional. No mesin-mesin tau...
Mengikut kata Pak Ujang...Ulama di Indonesia telah mengeluarkan fatwa bahawa kopi dari najis Luwak ni halal dimakan kerana biji kopi tersebut mengandungi 3 lapisan dan biji kopi dari najis Luwak itu dibersih dan dikeringkan terlebih dahulu sebelum proses memecahkan biji kopi dilakukan....


Setelah melihat sendiri proses pengeluaran kopi Luwak tersebut kami diberi untuk mencuba jenis-jenis kopi yang lain yang turut dikeluarkan oleh syarikat ini..Kalau nak rasa kopi Luwak kena bayar tau...seteko kopi @ 1 cawan luwak ni berharga 60,000 idr lbh kurang RM 15...Ada BERANI!!!!!

Destinasi seterusnya kami dibawa melawat ke sebuah pura yang terletak tidak jauh dari kawasan Kopi Luwak tersebut. Nama pura tersebut ialah Pura Thirtha Empul...Jika nak masuk kawasan pura ni dimestikan memakai kain berwarna kuning atau ungu....Untuk menghormati pihak pura ni kamipun pakailah juga tanpa ada niat lain tau...


Ukiran di Pintu masuk ke pura ni sangatlah berseni dengan patung-patung dewata nya...Seorang pemandu pelancong menerangkan kepada kami tentang asal usul pura tersebut dan sering dikunjungi pelancong yang hendak menyucikan diri.


Dekat atas bukit nilah tempat kediaman Presiden Indonesia...tapi tak boleh masuk kawasan larangan...




Air yang keluar dari pancuran ni datangnya dar mata air dalam tanah. Menurut kepercayaan masyarakt Bali....kalau mandi disini dipercayai boleh menghapus dosa yang ada...kata dema...... kalau cuci muka dengan air dari kolam ni...muka boleh nampak tambah berseri dan kita akan sentiasa murah rezeki, Wallahuallam....Kita tak boleh percaya benda2 karut ni...Kurafat.

Tempat kat atas ni adalah tempat orang-orang Hindu Bali bersembahyang dan juga tempat mereka membayar nazar...

Salah seorang tourist guide merangkap photographer kami di sini......Sang Putu Eka Saputra unik nama ni...Orang Bali tempatan. Handsome dan padai cakap slang orang Malaysia...

Kolam di tengah-tengah Pura. Airnya yang sangat jernih keluar dari mata air dalam tanah...ikan-ikan yang terdapat dalam kolam ni banyaklah sangat...gemuk-gemuk pula tu....

Tempat seterusnya yang kami lawati ialah Tanah Lot. Tanah Lot adalah sebuah objek wisata di Bali, Indonesia. Di sini ada dua pura yang terletak di di atas batu besar. Satu terletak di atas bongkahan batu dan satunya terletak di atas tebing mirip dengan Pura Uluwatu. Pura Tanah Lot ini merupakan sebahagian dari pura Sad Kahyangan, yaitu pura-pura yang merupakan sendi-sendi pulau Bali. Pura Tanah Lot merupakan pura laut tempat pemujaan dewa-dewa penjaga laut.Pemandangan kat sini subhanallah.... cantik...
 
 Cantik pemandangan di sini...tapi kalau air pasang tak boleh nak datang dekat. Aku seronok pergi ke Tanah lot ni...tempatnya sangatlah happening, pelancong punyalah ramai tak terkata. yang bestnya banyak kedai-kedai cenderahati seperti T.Shirt, key chain, barang ukiran, Fridge magnet dan banyak lagilah....kalau nak tahu kena datang kat sini. he..he..he...

Bergambar di pintu masuk menghala ke pura Tanah Lot.....posing sambil makan jagung bakar yang boleh dipilih dalam pelbagai rasa.....yummy...yummy....

Setelah selesai bergambar...haripun dah hampir senja....tak dapat nak tengok sunset, sebab cuaca tak berapa baik....Penat sungguh berjalan seharian....Kitorang terus cari Pak Ujang dan dinner kami malam tu di "Wong Solo" ayam bakar. Sedap dan menepati selera. Lebih kurang jam 9.30 malam kami terus dihantar pulang ke hotel penginapan....sambung kembali sesi menjelajah Pulau Bali esok.....Penat dah ni....nak cari bantal jer untuk ZZZZ.zzzzzzzzz

....................TO BE CONTINIUE................


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...