MY FAMILY....MY LOVE....MY HERO....

Tuesday, 20 November 2012

Trip To SAIGON - Day 1

Ho Chi Minh....Here We Come - 14 Nov 2012

Salam semua....Lama tak bersiaran. Sekarang dah ada mood balik untuk mengupdate blog. Kali ni nak story tentang percutian aku dan ahli rombongan Cik Chah ke HCM atau bandar Saigon...Plan tergempar...Pada awalnya setelah dapat Bonus dan Tunggakan Gaji plan nak ke Langkawi jer...tapi bila difikir-fikirkan balik, alang-alang nak bershopping lebih baik ke HCM....

Kitorang mulalah intai-intai tiket Air Asia, terus booked online sebulan sebelum cuti sekolah bermula....dapatlah tiket promo RM 400 returned...oklah tu...Aku, Kak Shah, Ct Haslina dan Kak Nafisah kitorang berempat sepakat untuk ke sana.

Flight kami pukul 12.00 tengah hari so kami janji berkumpul di stesen LRT Taman Melati untuk ke KL sentral. Janji berkumpul di sini jam 8.30 pagi...Dari KL Sentral kitorang naik Bas terus ke LCCT. Tambang dalam RM9.00 dan perjalanan dari Kl Sentral ke Terminal LCCT mengambil masa selama 45 minit...kitorang bertolak awal sebab tak mahu rushing bila tiba di LCCT.

Sampai di LCCT dalam lebih kurang 10.45 am terus kitorang drop in baggage dulu....Biasalahkan...masa pergi semua orang bawa satu bag jer...bajupun bawa ala kadar cukup untuk 4 hari di sana...Tengoklah balik nanti berapa bag yang dah beranak...Tunggu.....

Masa beratur....bertemu dengan warga Vietnam ni yang juga nak ke sana. Perempuan ni menggendong anaknya yang tembam ni...sempat juga aku ambil gambar dengan baby tembam ni. dah macam anak Shaolin pula....


Tiba masa untuk berlepas...Alhamdulillah kali ni tak delay...fly on time. Perjalanan ke Ho Chi Minh mengambil masa I jam 55 minit. kalau cam tu kami akan tiba di bandaraya HCM lebih kurang 1. 55 pm waktu Malaysia dan 12.55 waktu HCM lewat sejam dari kita. Dari atas kapal dah nampak bandar HCM ...tak sabar nak jejakkan kaki buat pertama kalinya ke negara Vietnam ni...


Nilah dia Lapangan terbang Thanson Nhat Airport...besarlah juga walaupun negara diorang ni kecil jer..
Dalam flight kami ni penuh orang Malaysia jer...Almaklumlah sekarang ni cuti sekolah..ramai yang ambil peluang bercuti bersama keluarga dan juga dengan kengkawan macam aku ni....

Sampai giliran untuk checked passport...Muka pegawai kastam kat sini semuanya ketat-ketat...Tak ada yang nak senyum-senyum...tak macam kat Malaysia semua pegawai kena tunjuk muka manis kalau tak nanti kena komplain pula....

Tengah beratur tunggu giliran...aku dah lepas ke depan...nasib baik semuanya berjalan lancar....


Sempat juga nak posing tu sementara tunggu beg keluar dari perut kapal terbang....he..he..he...

Setelah selesai urusan mengambil bag...aku terus bawa kengkawan keluar dari balai ketibaan. Menerusi pembacaan ku dalam laman blog..aku terus menuju ke perhentian Teksi tak jauh dari balai ketibaan... Kalau kat sini hanya teksi ni jer yang diorang rekomen..Teksi Vinasun. Bayaran ikut meter. Tambang kami dari airport ke hotel Saigon pink 2 lebih kurang 160 000 Dong (RM 24.80) share 4 orang dalam RM 6.20 seorang oklah kan...janji tak kena tipu...


Perjalanan dari airport ke Hotel mengambil masa lebih kurang 30 minit...Nilah dia muka derebar teksi yang bawa kami. Sibuk suruh aku ambil gambar dia. Nasib baik hensem dan peramah juga walaupun kami tak tahu sepatah haram apa yang dia cakap...wa ka..ka...

Ada ceriter kelakar masa nak naik teksi. Oleh sebab aku paling junior dikalangan kakak kakak yang bertiga tu so. aku lah yang kena duduk depan. Dengan confidennya terus buka pintu teksi sebelah kiri. Bila nak duduk jadi pelik...kenapa ada stering pula kat tempat duduk ni....rupa-rupanya kat sini pemandu disebelah kiri...he..he..he...terkekek-kekek kitorang gelak...

Sepanjang perjalanan aku tengok banyak juga bangunan tinggi-tinggi dan cantik-cantik tapi yang tak cantiknya kabel tiang elektrik dan tiang telefon berserabai....he..he..he...


Agak jauh juga kawasan Ben Then market dari Airport. Hotel kami di kawasan Distric 1. Lebih kurang 50 meter ke Ben Then market....


Dah sampai ke tempat penginapan kami...Hotel Saigon Pink 2. Hotel yang jadi tumpuan orang-orang Malaysia. Kalau tak salah aku. Hotel ni ada 24 bilik jer. Masa kitorang check in boleh dikatakan semua bilik full dengan orang Malaysia , sebab mengapa hotel ni jadi pilihan ???...sebab rate hotel ni murah. Kitorang booked melalui Agoda bilik Superior RM 85 jer semalam...lagipun tempat makanan  halal depan hotel jer...

Masa tunggu giliran nak check in hotel...sempat bergambar dulu....masa nak check in receptionist hotel beritahu hari ni kami terpaksa check in hotel sebelah sebab dia kata bilik tengah renovate..entah ia entah tidak...tapi untuk semalam jer...nasib baik sebelah jer...So kami pun dibawa ke Hotel Tanth Thu


Masuk jer dalam bilik rasa puas hati...bilik besar selesa siap ada bath tub lagi....tak kisahlah tu kan bilik untuk tidur jer...kalau nak selesa sangat tidur kat umah jer...

Selesai solat dan kemas bag apa yang patut kitorang terus turun ke lobi dan dah plan hari ni nak jalan-jalan sekitar area Ben Then Market. Sebelum tu kitorang survey pakej ke Mekong River dari kedua-dua hotel...Masa kat lobi jumpa dua orang adik dari Putrajaya yang dah nak balik KL. Diorangpun bagilah tahu kat mana kedai-kedai makanan halal dan serba sedikit info kat HCM ni....thanks kepada uoalls dik...

Kitorang terus menyusuri kaki lima kedai sehinggalah kitorang sampai kat tempat ni.....Tugu Ho Chi Minh. cantik kawasan taman ni. Kalau pelancong yang datang kat sini tak sahlah kalau tak ambil gambar...


Ho Chi Minh City Hall (Ho Chi Minh City People's Committee Head office)sebuah bangunan yang sangat unik rekabentuknya kalau kat Malaysia macam bangunan Sultan Abdul Samad. Kebetulan masa kitorang pusing-pusing Bandar HoChi Minh jumpa dengan bangunan ni dulu. Aku pernah tengok dekat blog kawan-kawan kalau ambil gambar waktu malam..kawasan ni memang sangat cantik dengan lampu-lampu...macam entrance masuk kat Disneyland pula....


Bila jalan-jalan pusing bandar sambil tengok bangunan-bangunan di sini banyak yang cantik-cantik. Vietnam dah semakin maju jika dibandingkan dengan 10 tahun yang lalu...Seronok dengan gelagat penduduk di sini especially yang naik motorsikal...Gerun dibuatnya. Kenderaan motor ni punyalah ramai tapi diorang ni memang expert...Yang tak tahan nya bunyi hon saje...saje...sana hon sini hon...Agaknya penduduk kat sini dah lali dengan bunyi hon  macam dengar muzik agaknya...

Kalau nak melintas korang tak payah teragak-agak. kalau korang takut-takut nak lintas jalan alamat sampai esoklah baru korang dapat seberang jalan. Tengok cam aku...selamba je melintas. Apa yang dapat aku lihat biasanya kenderaan akan elak orang melintas sambil bunyi hon. he..he..he..Tapi aku nak bagi tahu...kalau nak lintas jalan sila lintas di Zebra crossing yang disediakan...(untuk keselamatan)


Siapa pula gerangan Pak Haji ni?...Dia ni salah seorang Melayu Champa yang tinggal di sini. Kitorang kebetulan jumpa dia di hadapan masjid Dong Du. Orangnya sangat baik, peramah dan boleh berbahasa Melayu sikit sikit...Nak dijadikan cerita...Kitorang nak cari Restoran Halal Champa yang menurut kata adik yang kitorang jumpa kat Hotel, Pemiliknya Hj Halim ada menyediakan pakej ke Mekong River. cari punya cari sampai tersesat tak tahu nak balik semula ke Ben Then market. Pak Haji ni bila tengok kitorang macam terbangang- bangang jer cari jalan terus hantar kitorang dengan berjalan kaki ke arah tempat yang nak dituju. siap tolong telefonkan lagi Hj Halim suruh dia ambil kitorang...Terima kasih sangat-sangat kepada HJ Muhammad Qoyyim...


Tempat yang nak dituju sebenarnya tak jauh dari Ben Then market...ha..ha..ha...pengalaman tersesat sampai lenguh-lenguh kaki berjalan. banyak kedai jual bunga segar yang cantik-cantik dan gerai jual buah-buahan. Aku tertarik dengan susun atur Buah-buahan itu nampak cantik dan menarik....


Inilah Restoran yang kami cari-cari....Champa Restoran...sebuah restoran muslim yang menyajikan masakan Melayu dan Vietnam...Di hadapannya ada sebuah lagi restoran Melayu yang dinamakan Restoran Serai. Masuk jer kat Restoran Champa ni nampak banyak baju-baju  dan jubah-jubah sulam yang dijual. Telekung juga banyak dijual disini..Biasalah baru first day mood nak bershopping tu belum datang lagi...

Hj Halim explain kat kitorang tentang pakej yang ditawarkan. Pakeh ke Mekong River siap makan 25 USD. (RM 77 seorang) at last kitorang tak jadi ambil pakej ni. Ambil terus melalui Hotel Saigon Pink 2.

Kami terus ke tingkat atas. Bahagian atas kedai ialah ruang Restoran...Apa lagi perutpun dah lapar so kitorang decide nak makan kat sini jer....Makanan yang disediakan not bad banyak yang menarik seperti dalam menu ni....


Akhirnya kitorang pilih menu yang paling simple...Biasalah orang pompuan bukannya kuat makan sangat...Menu makan malam kami seperti dalam gambar di bawah....Sup sayur seafood ala vietnam + tauhu goreng berempah (belum pernah jumpa lagi kat Malaysia) + Ikan Goreng Mangga ( Pertama kali jumpa menu ni...Sangat sedap Uoallss....masih teringat-ingat...memang best...tak caya gi cuba...Aku try kopi vietnam memang marvelous....kaw punya...Air tembikai  + susu ni pun sedap dia buat ala-ala ice blended


Habis makan kamipun berjalan pulang ke hotel yang jaraknya dekat jer dengan restoran ni...selesai solat kitorang turun lagi kali ni nak meninjau Night Market yang betul-betul depan hotel penginapan kami....tak ruggedlah kan datang HCM duduk bilik jer...


Gambaran Night market di HCM....Ramai orang especially pelancong asing dan yang paling ramai memeriahkan suasana ialah orang-orang dari Malaysia....

Antara barangan yang dijual....macam-macam ada, dari kain baju, T-Shirt, cenderahati, alas meja, blouse, makanan, buah-buahan, hand bag dan macam-macam lagi yang penting kalau nak ke sini ialah $$$$$$$$$$.


Kesibukan Night market....yang tak bestnya motor selamba kodok jer mencelah kat lorong ni. diorang tak kisah ada orang ke tak ada orang ke...tak macam kat tempat kita kalau ada pasar malam sure jalan kena blok....Tertarik dengan pulut manis yang pelbagai warna ni tentu sedapkan???tak pernah rasa serbab tak halal....Ok sampai sini dulu.....(TO BE CONTINIUE.......)


Sunday, 21 October 2012

ENVIRO RUN 2012

Sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia Peringkat Kebangsaan 2012
- Ahad 21 Oktober 2012



Salam Uollss....kali ni aku nak cerita pasal Enviro Run 2012 yang telah berlangsung hari ni di Taman Tasik Titiwangsa. Acara larian ini mendapat sambutan dari semua golongan masyarakat dari pelbagai kategori iaitu dari kategori Junior sehinggalah kategori Veteran...

Dah lama aku tak ambil bahagian dalam acara-acara sedemikian. Kali terakhir aku ambil bahagian agak-agaknya dalam tahun 2001/2002...Tetiba pula tergerak hati nak masuk acara larian ni itupun bila tengok rakan -rakan adminku yang lain mendaftar untuk ambil bahagian..

Rasa tercabar pula...so terus daftar nama...(untuk suka-suka ok)...run for free oksygen'..Pada awalnya kemain ramailah kengkawan aku yang seangkatan daftar nak lari sama-sama...at last aku dengan Kak Shah jer...yang lain Nan Ado....
Aku ingatkan dah tak jadi nak ambil bahagian sebab respon dari kawan-kawan yang lain agak hampeh...Tapi awal-awal pagi kak Shah dah call kata jadi walaupun kakak aku yang sorang ni tak berapa nak sihat...Cayalah Kak Shah, semangat camnilah yang kita nak....ada semangat kesukanan yang tinggi...

Kami sampaipun dah nak pukul 7.00 pagi sebab parking tak ada so, kena parking jauh dekat dengan Restoran Nelayan...Kemudian kami terus buat pendaftaran untuk ambil baju dan no peserta...Aku mendaftar di bawah kategori Junior Veteran 36 hingga 45 tahun...dah hampir-hampir nak ke kategori veteran...he..he..he..Menunggu saat untuk dilepaskan. Sempat juga posing tu dengan anak-anak murid...Cayok...Cayok....
                    
                              
Akhirnya setelah berlari sejauh 5 km...aku berjaya menamatkan larian dalam kelompok 50 terbaik...tak tahu dapat no berapa...sampai garisan penamat pegawai yang bertugas hulur medal dan sijil...berbaloilah juga berlari walaupun rasa sampai nak semput nafas ni....
          
Penat memanglah penat...mana taknya, dengan tak pernah training, warm up pun tak buat betul-betul, tetiba terus nak berlari...Sib baik tak injured tapi siaplah...tak tahulah apa akan jadi bila bangun
pagi esok...He..he..he...
Tahniah juga buat rakan-rakan admin yang lain kerana turut berjaya menamatkan larian dikalangan kelompok terbaik....Chong Hwa BOLEH!!!!

Smile girls.....we are the winners
Wajah-wajah ceria setelah menamatkan larian..Kak Shah cakap posing  macam pasukan yang menang 4X 100 meter jer....

 Murid-muridku yang turut mengambil bahagian dalam acara larian ini, korang layan gambar-gambar kat bawah ni ya....layan......


Disamping dapat baju, setiap peserta yang mengambil bahagian diberikan goodies bag dari pihak penganjur yang di dalamnya mengandungi air kotak, air mineral, face towel dan cake sebagai kudapan.....yang menang...at least dapat medal dan sijil penyertaan. Pemenang 1-10 sahaja bagi setiap kategori akan memenangi sebuah basikal 'mountain bike"

Cuti hujung minggu kali ini dapat dimanafaatkan dengan berlari menghirup udara segar dan menghirup oksigen percuma yang tak payah dibayar...selain itu Acara-acara sedemikian dapat memupuk semangat perpaduan dikalangan anggota masyarakat tidak kira bangsa dan agama...

......PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR TANGGUNGJAWAB BERSAMA....

"RAKYAT SIHAT ....NEGARA SEJAHTERA..."



Wednesday, 17 October 2012

Bahasa Jiwa Bangsa...

Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat WPKL 2012 - 1 Bahasa 1 Budaya 1 Negara


Bahasa Jiwa Bangsa ....ayat yang sinonim dengan masyarakat kita sekarang ni...tapi berapa ramaikah yang benar-benar memahami dan menghayatinya disebalik kata-kata ini????tepuk dahi..tanya hati....

Pada 16 Oktober yang lalu aku berpeluang menghadiri Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2012 di Auditorium DBKL. Sebenarnya Tn Pengetua yang perlu menghadiri majlis ni..tapi disebabkan beliau ada komitmen lain...akulah yang jadi mangsanya....


Seronok juga bila dapat menghadiri majlis-majlis macam ni...dapat gak release tension dan relax sebentar dengan tugas-tugas pentadbiran...

Meriah juga majlis Pelancaran ni yang dianjurkan bersama oleh DBKL dan juga Dewan Bahasa & Pustaka...tetamu yang datang bukan sahaja dari kalangan wakil Pendidik dan Pelajar, tetapi wakil-wakil dari agensi lain turut mengambil bahagian

                             
Sepatutnya Majlis ini dirasmikan oleh Menteri W.Persekutuan tetapi mungkin YB ada tugas lain yang lebih utama dan penggantinya tak lain tak bukan ialah Timbalannya  Datuk M. Saravanan...memang lawaklah Datuk ni...pandai pula berpantun-pantun...he..he..he...
Aimee dan Anees dua orang muridku yang aku bawa untuk majlis pelancaran ini....masa ambil gambar ni...tak ada orang yang datang lagi...yelah. dalam surat tulis pendaftaran 7.30 pagi..Aku ni sbb takut jam dan takut tak ada parking, datanglah seawal pagi. Tapi bila tengok buku program...hampeh...majlis sebenarnya bermula pukul 9.30 pagi...
Sementara menunggu pegawai yang incharged pendaftaran sampai..kami duduklah diruang legar sambil ambil-ambil gambar....

Bila naik jer tangga menuju ke Auditorium...Pemuzik dari DBKL ni memainkan lagu-lagu sebagai mengalu-alukan kedatangan kami ke sini....Sebelum masuk dalam dewan aku ambil kesempatan pergi breakfast dulu di kafetaria DBKL yang terletak di tingkat 2...dah kenyang baru kitorang masuk dalam dewan...

Masa masuk dalam Auditorium tu...baru pukul 8.15 pagi...awal lagi ni nak menunggu sehingga jam 9.30 pagi...hmmmm. Nasib baik sementara menunggu majlis bermula kami dihiburkan dengan halwa telinga persembahan koir DBKL yang mempersembahkan lagu-lagu pop terkini dan juga persembahan dari kombo DBKL yang memainkan lagu-lagu asli dan lagu-lagu lama...terhibur jugalah dengan persembahan yang dipersembahkan...

Persembahan sketsa dari kumpulan Kebudayaan  DBKL...lawaklah...dengan isu Bahasa dan Remaja zaman sekarang...boleh dijadikan pengajaran oleh pelajar-pelajar yang turut hadir...
Kumpulan Koir DBKL yang tidak henti-henti membuat persembahan dalam majlis ini...tolong abaikan mutu gambar yang tidak berapa memuaskan sebab gambar diambil dari jauh dan telefan aku tidak begitu canggih...he..he...


Rakan lama....guru  Ex Chong Hwa yang kini telah berhijrah ke BTP JPWP...En Ahmad Syukri...Dulu guru Bahasa...kini Penyajak terkenal tanah air...baru-baru ini beliau telah menjuarai Sayembera Puisi sempena Hari Kebangsaan peringkat Kebangsaan...wah...bangga aku dengan kau Syukri...tapi member aku ni sempoi jer...kalau jumpa tetap macam biasa...

Aku nak ceriter sikit tentang Mamat Hitam dari Nigeria ni...Persembahannya memukau hadirin yang datang...Mana tak nya, mamat ni amat fasih berbahasa Melayu walaupun dalam loghat Indon...yang paling aku terpegun ialah kepetahannya berkata-kata dan persembahan nyanyiannya yang sungguh meruntun jiwa.....Beliau telah menyanyikan lagu Sedetik Lebih nyanyian Anuar Zain dan Kau Ilhamku nyanyian Man Bai dengan penuh penghayatan....semua hadirin bersorak sambil bertepuk tangan sebab suaranya memanglah sangat mantopp....


Yang paling aku terkedu bila dia dengan selambanya berkata..."Bukannya susah untuk belajar Bahasa Melayu"...Ayat dan kata-kata dia ni membuatkan aku terfikir....punyalah ramai rakyat Malaysia yang bukan dari keturunan Melayu tetapi tidak semua yang benar-benar nak belajar bagaimana bertutur dalam Bahasa Melayu yang betul....Masih ramai lagi yang PELAT...dan ada juga orang Melayu kita yang cakap Melayu tapi masih gunakan slang....orang puteh...malukan???

Masa Mamat ni nyanyi lagu 1 Malaysia, beliau pegang bendera dan nyanyi dengan hafal lirik Uollss...sedangkan lirik lagu tu berbunyi....Kita Satu Bangsa Kita Satu Negara....(dia bukanpun satu bangsa dan bukanpun satu Negara dengan kita) Kita Satu Malaysia....(sambil dengan bangganya mengibarkan bendera Malaysia) Murid-murid akupun ramai lagi yang masih tak fasih berbahasa Melayu...nak hafal lirik lagu Negarakupun punyalah terseksa...Ini pula warga asing yang datang ke sini mempelajari Bahasa dan Budaya Malaysia....kalau nak difikir-fikirkan balik...malunya...
     
       Aku tetiba jadi ter...admire pula dengan si Chicka Kelchenski dari Nigeria ni...pelajar jurusan Ekonomi dari sebuah Kolej swasta di Damansara...kalau tak silap...Harap-harap warga Malaysia sendiri mampu berusaha untuk memartabat dan memperkasakan Bahasa Kebangsaan dengan cara menunjukkan semangat Cintakan Bahasa Kebangsaan....

Persembahan nyanyian dan tarian dari Kombo DBKL turut menghiburkan...


Majlis tamat lebih kurang jam 12.00 tengahari...setiap hadirin yang datang turut diberi  goodies bag yang di dalamnya ada pack makanan sebagai alas perut...roti,karipap dan air kotak...Pack makan tengahari juga disediakan, Nasi Tomato+ Ayam Masak Merah + Acar Timun...Tq diucapkan kepada penganjur...

Cantik bag ni....Terima Kasih pihak DBKL dan DBP dengan hadiah yang diberi

Aku juga menerima 3 buah buku kecil Koleksi Lembar Bahasa (buku 1) dan (buku 2)....banyak kesalahan ejaan yang kita terlepas panjang...bila baca buku ni baru tahu banyak kesalahan ejaan dan kosa kata yang telah diperbaharui...dan buku ke 3 ialah buku sendi nama....Usaha murni Dewan Bahasa Dan Pustaka harus dipandang mulia kerana sejak ditubuhkan dalam tahun 1956 iaitu sejak sebelum Merdeka lagi...DBP tak henti-henti berusaha untuk Memartabatkan dan Memperkasakan Bahasa Melayu demi Kedaulatan Tanah Air Tercinta......

 "CINTAILAH BAHASA KEBANGSAAN KITA"
-BAHASA JIWA BANGSA-





























Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...