MY FAMILY....MY LOVE....MY HERO....

Monday, 26 March 2012

From Krabi With Love - Part 2 - Jalan-Jalan Cari Makan @ Ao Nang Krabi

Jalan -Jalan  Cari Makan

Sambung balik entri selepas check in Hotel Tipa Krabi.....

Selesai jer mandi, solat dan kemas barang-barang kamipun keluar nak cari benda yang boleh dimakan...Kebetulan haripun dah malam, perut memang dah menjerit-jerit untuk diisi...
kami terus berjalan keluar dari hotel.Mak Aiii happeninglah sangat...sepanjang jalan Ao Nang tu banyak kedai-kedai makan dan kedai kedai sourvenier...yang halal dengan yang tak halal.

At last terjumpa dengan Restoran yang ada tanda HALAL...Pernah terbaca kat blog seseorang kedai ni makanan nya sedap dan harga boleh tahan.










 Keadaan Dalam Restoren...Bersih Ok....
Aku order makanan yang memang anak-anak aku biasa makan...Porsi untuk seorang punya makan...not bad banyaklah juga cukup untuk kami 4 beranak. Kami pilih Tom Yam Seafood, Memang selalu makan tom yam ni...tapi tak blh challenge dengan  kesedapan tom yam kat Chaba Restoran ni. Penuh deangan segala macam seafood...

 Seriusss sedap....masih teringat kelazatannya

Selain tu kami order daging masak Green curry...telur dadar...wajib dan yang tak pernah miss ayam goreng kunyit. Tapi kat sini tak ada. Yang ada ayam goreng crispy...nasib baik seorang pekerja kat restoran ni pandai cakap Melayu. Bila tanya rupa-rupanya beliau berasal dari Pattani..

Ayam goreng crispy.......marvelos.....memang crispy

 Green Curry Beef.....first time makan sedap....

 Telur Dadar.....

 Dinner kami yang pertama di Ao Nang Krabi
Banyak jugalah orang-orang Melayu yang makan kat kedai ni...Pandang sambil senyum. Aku yang peramah ni..(perasan) tegur jugalah 1 family ni...Rupanya mereka dari Singapura...Sambil tunggu makanan sampai kami berbual-bual sambil bertanya tmpat2 menarik yg patut kami pergi...

Selesai makan...Aku terus minta bil...Puas hati sebab harga makanan yg kami makan lebih kurang jer harga makanan yang kami makan kat restoren di KL. Makan 4 orang + minuman = 840baht lebih kurang RM 84.00. Alhamdulillah kenyanglah sangat...



Lepas makan kami jalan-jalan cuci mata. Aku dah pesan ngan anak-anak hari ni tengok-tengok dulu, esok baru beli kalau ada yang berkenan. Sepanjang jalan ni ada juga gerai-gerai Melayu. Kalau korang pergi kat Krabi ni senang jer nak tahu sama ada makanan tu halal ke tidak. Pastikan gerai-gerai tu ada tanda halal ataupun gambar bulan bintang. Biasanya tuan punya gerai akan sapa kita dan kebanyakannya beri salam dan pandai cakap Melayu...

Benda-benda  ni kalau kat Malaysia mana boleh jual kat tempat open cam ni. Sure kena tangkap. Senjata yang NINJA guna masa fight-fight....he..he..Kat sana..senjata-senjata tajam jual kat tepi jalan jer....



Seronok tengok barangan yang dijual kat sini. Harga mahal sikitlah...sebab kawasan pelancong tapi aku beli T.Shirt I Love Krabi dapat RM 12 sehelai. Kira oklah taklah mahal sangat....


Antara gerai makanan Muslim kat sana...yang paling famous aku tengok kat sana gerai pancake aneka rasa....sedap. Gerai Ayam bakar dan ikan bakarpun ada. Tapi pencecahnya taklah macam kat Malaysia punya....

kedai menjual lukisanpun ada. Kebanyakan nya lukisan abstrak. cantik-cantik.....kalau kat Bali lagilah banyak....



Tertarik dengan satu lukisan gambar wanita berpurdah...Terserlah kecantikannya melalui mata


Antara gerai Fridge magnet berbentuk hidupan laut...cantik-cantik dan colourful....

 SPA ikan pun ada....tak pernah cuba camner rasa....yang banyak cuba mat-mat salleh. habis kaki merah-merah di gigit ikan....


 Kenderaan yang banyak terdapat kat Krabi ni ialah Tuk - Tuk....macam-macam colour. Tambang pun murah jer. kalau area-area situ 20 baht jer...tapi kadang-kadang ada juga yang ketuk harga. so kenalah tawar menawar...

 Penat  berjalan dari hujung ke hujung....bila tengok jam dah pukul 1.00 pagi.kalau waktu Malaysia pukul 12 tengah malam. Terus ajak Abang Zul dan anak-anak balik hotel sebab esok pagi-pagi ada travel Agent yang akan ambil kami di hotel untuk pergi ke Phi-Phi Islands...tak sabar rasanya menanti hari esok....Ok ya...jumpa lagi di next entri kisah aku dan keluarga bermandei manda di Phi-Phi Islands.....good Nite....

Monday, 19 March 2012

From Krabi With Love.....Part 1 (Long Journey To Krabi)


Assalammualaikum....

Dah lama tak update blog ni...kerja-kerja Admin yang bertimbun dan kertas-kertas exam yang perlu ditanda menambahkan sesak dadaku buat seketika...Cuti pertengahan Penggal 1 baru-baru ni aku ambil kesempatan untuk merelaxkan diri dari rasa stress dengan kerja-kerja sekolah...Thanks to my Hubby yang sudi nak bawa aku dan 2 orang putera kesayanganku ke satu tempat peranginan yang memang dah lama aku impikan....

11 Mac 2012 - Ahad

 Perjalanan kami ke destinasi percutian dibuat dalam masa yang singkat. Memang tak rancang pun...
 Oleh kerana dah lama tak naik keretapi dan nak save budget. Kitorang memilih Perkhidmatan KTMB dari KL Sentral terus ke Hadnyai...Tambang Free pergi dan balik untuk kami satu family.


Duduk-duduk dulu sambil posing-posing ambil gambar...
Perjalanan dari KL ke Padang Besar mengambil masa hampir 12 jam, so kami memilih untuk booked tempat tidur agar lebih selesa sebab jauhhhh lah sangat.
Beginilah keadaan dalam gerabak tempat tidur......
Kalau sesiapa yang berminat untuk memilih perjalanan dengan keretapi....silakan.Tapi kena sabar juga sebab KTMB dan Air Asia tak jauh beza...selalu delay...

Kalau booked tempat tidur di bahagian bawah tambang perjalanan sehala dari KL ke Hadnyai lebih kurang RM60.00.  Tempat tidur bahagian Atas murah sikit dalam RM54.00 kalau tak silap nanti kita update balik. Perjalanan jauh selesa sikitlah kalau ambil tempat tidur...dapat lurus-luruskan badan...
bunyi bising keretapi tetap kedengaran. Tidur tu taklah lena sangat...

 Tempat Tidur di bahagian bawah....
 Tempat tidur Di Bahagian Atas...
Keretapi bergerak jam 9.20 malam. Mata ni bukannya boleh terus lelap. kalau kat rumah pukul 12 baru nak masuk tidur. My hubby ajak aku dan anak-anak pergi minum-minum dan lepak jap kat cafe dalam gerabak keretapi ni...jauh jugalah nak berjalan dari satu gerabak ke satu gerabak, Keadaan cafe ni bukanlah macam cafe-cafe yang biasa kita pergi.Ala-ala jer...makanan pun semua yang dah siap pack...Aku tak makanpun sebab perut  masih kenyang lagi..Haiqal jer teringin nak makan Maggie cup. Kitorang order teh tarik dan nescafe tarik....borak-borak sebab mata tak mengantuk lagi. lebih kurang 45 minit minum-minum di cafe kami bergerak semula ke tempat tidur...

 Lepak-lepak kat Cafe...Ada kerusi dan meja..
 Minum dulu......lega dapat minum nescafe panas...

Keadaan dalam cafe....makanan tak banyak...yang ringan-ringan jer....kalau aku jual makanan dalam cafe ni laku kot....tunggulah pencen nanti ambil tender....ha..ha..ha..

Waktu kami sampai di Ipoh..Keretapi buat perangai pula.Enjin rosak. Kami tersadai di stesen Ipoh hampir 2 jam...heeeee gerammm.sure lambat sampai Padang Besar. Masa ni mata dah tak boleh nak lelap. Dalam fikiran nak sampai cepat jer...Bila tanya ngan Cik Abang aku, dengan selamba jer dia  jawab. Keretapi ni kalau tak rosak bukan KTMB lah namanya...


Akhirnya sampai juga aku kat Padang Besar. Sepatutnya sampai kul 9.30 pagi.tapi dah terlajak sampai dah dekat pukul 12.00 tgh. korang kiralah berapa jam kami dalam keretapi...saborrr jerlah.
Sampai di Stesen Padang Besar, semua penumpang yang hendak ke Hadnyai kena turun dulu untuk cop pasport pas tu naik semula train tadi untuk ke Hadnyai. Perjalanan dari Padang Besar Ke Hadnyai mengambil masa dalam 45 minit. Tunggu pula kepala keretapi dari hadnyai untuk tarik gerabak kami dari Malaysia ni...Moral of the story kalau nak ke Krabi lepak dulu kat Hadnyai semalam. Pagi-pagi esok baru bertolak Ke Krabi. jangan jadi macam aku. Disebabkan Keretapi lambat aku terlepas naik Van pukul 1.00pm.

 Dari Padang  Besar...naik train ke Hadnyai....kali ni tempat duduk pula....
 Dah sampai kat Hadnyai Railway Station....

Bila kami sampai jer di Hadnyai..misi pertama kami ialah mecari Travel Agent yang menawarkan perkhidmatan Van. Puas kami tawar menawar harga dengan beberapa agen yang banyak di sepanjang stesen Keretapi ni...oleh kerana masa ni musim cuti sekolah, orang Malaysia, Singapore dan pelancong asing memang ramai ke sana. At last kami dapatlah harga tambang van pergi dan balik 800 baht seorang kira-kira  RM 80.00. Dah malas nak cari yag paling murah Kamipun setuju dengan harga yang ditawarkan. Main pakai culculator jer...sebab cakap dengan mamat Siam ni macam cakap dengan Ayam dan Itik.

Sambil tunggu van tiba...posing dulu kat pejabat Travel Agent ni...

Tepat pukul 2.30 waktu Thailand baru kami bertolak ke Krabi.Dalam van yang boleh muat 12 orang ni kami berempat  + 4 orang Siam dan 4 orang Mat Salleh. Yang tak sedapnya...kitorang duduk paling belakang sekali sebab memang ada 4 seat kosong. Aduiiiyai...mak tak selesa sangat. Sakit badan-badan akak kena lambung dek tayar van. Kalau kena lambung ombak sukerlah...Walaupun van itu cermin gelap, dan ada Air cond uwa....uwaaa,,,panas berasap, air cond tak berapa nak rasa.
Trip kali ni betul-betul adventure...Korang bayangkanlah...4 jam lagi baru sampai Krabi. Macam dari KL ke JB.ha..ha..ha..

 Van cam nilah...yang bawa penumpang dari Hadnyai ke Krabi....Van cantik dan nampak baru...tapi kalau duduk belakang sekali...rasalah azabnya...he..he..he...

Mamat driver van ni pula...tak pandai cakap orang puteh main bahasa isyarat jer kat dia ni. nak tergelak juga aku dibuatnya. Van berhenti sekejap di satu daerah bernama Trang. Masa berhenti kat sini aku ambil kesempatan solat Jamak dekat surau yang ada kat sini. Besar dan sangat selesa. Banyak orang Islam Pattani kat sini. Berhenti rehat dalam 20 minit jer...sempat juga beli roti telur bakar buat pengalas perut dan air botol...kemudian kami meneruskan perjalanan kembali. sampai di Pekan Krabi hari dah gelap. Kul 8.00 kita, kat sana baru kul 7.00 malam.
 Gambar dalam van....masa ni dah sampai Krabi Town....Berhenti dekat Travel Agent yang menawarkan pakej ke Phi-Phi Islands, 4 Islands hopping, Hong Islands, Elephant Tracking dan juga perkhidmatan Van dan hotel.
Fuhhh seharian dalam perjalanan badanpun rasa dah berlengas. At last kami tiba juga Kat Hotel Tipa Krabi....Terus Check In Hotel....


Tengah check In...Hotel Tipa Krabi....Duduk dalam hutan.....

Pekerja hotel hantar kami ke bilik dengan menaiki kereta Buggy...dahlah gelap...bilik kami kat bahagian belakang. Rumah banglo kami tu ala-ala dalam hutan...pas tu pulak terpaksa naik tangga tinggi macam rumah atas pokok. Tapi bila masuk jer dalam...wow....cantikkkk ada kelass. Terubat rasanya segala penat seharian dilambung tayar Van...he..he..he..Terus mandi-mandi, solat....pas ni misi mencari makan pula...lapar ni....tengah hari tak makan....
Tempat beradu....luar nampak buruk jer....tapi dalam cantik....Romantik gitu.....

 Bilik mandi yang bersih dan selesa......Bath tub tak ada sebab rumah atas pokok.....he..he..he..

 Bilik luas.....Ada balcony lagi....lupa nak snap bahagian tu sbb masa ni dah malam....




Oklah....To Be Continiue.....

Friday, 2 March 2012

Baby Baru Kami.....

28 February 2012 - SELASA

Dah lama tak update blog ni...kesibukan tugas menyebabkan aku tak ada masa nak bercerita...
Minggu ni jer macam-macam perkara berlaku...naik tensionpun ada juga...tapi kena cool kalau tak boleh sakit jiwa dibuatnya.....

Tanggal 28 Februari, hari yang paling bersejarah buat keluarga ku...kami menerima kehadiran orang baru dalam keluarga....Sangat teruja menanti kehadirannya

Tepat jam 4.47 petang, penantian kami berakhir dengan kelahiran seorang bayi lelaki seberat 3.01 kg. Alhamdulillah....Adikku Fifie selamat melahirkan Muhammad Irfan Rizqin setelah bertarung nyawa selama hampir 12 jam. Dr. terpaksa melakukan pembedahan kerana takut berlaku sesuatu yang tidak diingini..Tahniah Fifie...walaupun bertarung dengan kesakitan sebenarnya itu adalah nikmat sebenar seorang isteri bergelar ibu.

Aku sendiri dapat merasakan kesakitan yang dirasai walaupun dah hampir 13 tahun ianya berlalu....Anyway gembira sangat-sangat sebab dah lama tak dukung baby...

 Ala tomeyyy....tomeyy

 Lebih kurang pukul 6.15 barulah Fifie keluar dari bilik pembedahan dan terus dihantar ke wad. Lega rasanya dah selamat...

Ayah yang paling excited berkali-kali telefon aku bertanyakan khabar anak bongsunya...Atuk dapat lagi cucu lelaki ....he...he..he...cucu lelaki yang ke 19 dan cucu atuk yang ke 21.

 Cer....tengok kat belakang katil tu angka 21...secara kebetulan pula...cucu ke 21.he..he..he..
 Dah lama tak pegang baby....seronoklah pula....


Esoknya aku bawa ayah pergi ke HUKM tengok cucu....gembira rasanya Atuk menerima kehadiran cucu lelaki lagi....Senyum Atuk bila dapat dukung Muhammad Irfan Rizqin...

Atuk dapat kawan lagi......
Bertambahlah lagi anak sedara aku...Yang bestnya kalau jumpa dan berkumpul ramai-ramai riuh rendah dengan gelagat dan aksi masing-masing...Bilalah nak dapat anak pompuan lagi.....Tunggu dapat cucu kot...

Baru nak buka mata....Assalammualaikummmm
 Raiqal happy dapat kawan baru...
 Comelnya baby gegirl ni....kalau bagi kat aku kan ke best.....
Baby dan mama Fifie dahpun discaj ward....sekarang dah ada kat umah ayah dan mak. Rutin aku kali ni apa lagi kena mandikan babylah....dah lama tak pegang baby....takut ada....excitedpun ya juga....Semoga Fifie cepat sembuh dan Selamat Menempuh Tempoh Berpantang.....

Tuesday, 21 February 2012

Family Day 2012 in Memory (4 - 6 Februari)....Day 3

Isnin - 6 Februari 2012 
 (Hari Terakhir Our Family Day)

Masa berlalu...dah masuk hari ketiga kami Di Ancasa. Ini bermakna hari ini kami semua akan balik semula ke Kuala Lumpur. Kalau boleh nak sambung cuti lagi tapi komitmen kerja tidak membolehkan aku berbuat demikian.


Pagi ni selesai jer..breakfast kami dah mula berkemas-kemas. Operasi cari barang masing-masing. Anak-anak sibuk dok mandi kolam main-main air dengan sepupu-sepupu diorang. Kalau dah berkumpul..hmmm hiruk pikuk jadinya...


Pagi ni aku tengok Ayah bukan main bertenaga lagi...Pagi-pagi dah bersiap nak ikut aku pergi beli sarapan. tapi masa tu aku dah keluar dengan Kak Ida. So aku bagi tahu abang-abang ku yang lain suruh bawa Ayah pergi jalan-jalan bagi dia rasa happy. Lebih jurang dalam kul 11.00 pagi kami menerima tetamu lagi...Pak Cik Ali, Best Friend Ayah yang dah macam adik beradik. Bukan main seronok lagi diorang berjumpa. Thanks Rohaya..kerana sudi datang jumpa Ayah dan kami di PD ni.

 Ayah dan Pak Cik Ali...Best Friend Forever
Selesai jer berkemas barang-barang, beg-beg dan segalanya lebih kurang kul 12.30 tgh, kamipun mula membawa semua barang-barang untuk dimasukkan ke dalam kereta. Sebelum balik sempat juga aku dan Kak Tipah berposing tepi kolam renang. Bila semua dah turun kami bergambar ramai-ramai sebagi kenangan.....bukan senang nak bergambar ramai-ramai ni. Kalau adapun time raya jer. Itupun susah nak kumpulkan semua ahli keluarga...

sempat posing kat tepi kolam....sebelum meninggalkan Ancasa
 Ibu dan Anak....


 My big family
Sebaik-baik saja selesai urusan check out, kamipun bertolak meninggalkan Ancasa All Suites & SPA Port Dicksons dengan seribu kenangan manis. Konvoi kami semuanya 7 kereta dan 1van kemudiannya menuju ke Restoran "Mak Mah" berhampiran pekan PD. Lauk pauk di Restoran ni kebanyakannya lauk-lauk kampung dan menunya memang agak meriah. Oleh kerana group kami ramai, so terpaksa duduk di beberapa meja yang kami gabung sendiri. Setiap orang pilih makanan masing-masing. Air aku order guna pakai jag yang besar jer sebab kalau nak layan tiap-tiap orang order air...alamat lambatlah. Selesai makan tengahari  Masri belanja kitorang semua makan ais krim. "Cornnetto"ok. Habislah...aiskrim kat dalam peti tu...Bila masa nak bayar, apa lagi..akulah yang kena settlekan bilnya sebab akukan Bendahari Kehormat.He..he..he..Makan kat sini not badlah...lauk ok..sedap dan harganya memang berpatutan. Kitorang makan jumlah semuanya 35 orang = RM242.00 jer. Kenyang gilerrr...Alhamdulillah.
 Berselera nampak Ayah dan Mak makan....
 Kekenyangan...

 layan makan ais krim dulu....Thanks to Pak Teh...
Habis makan, kami teruskan perjalanan pusing-pusing kat pekan PD. time tu cuaca amatlah panas terik, nak berhenti kat pekanpun aku rasa tak ada yang menarik. Akupun pakat dengan yang lain-lain kitorang ikut jalan lama menghala ke Lukut. Oleh kerana hari masih awal lagi,so kitorang singgahlah dulu di kota Lukut yang aku sendiripun tak pernah sampai hanya tahu sejarahnya aje. Sebenarnya kat Kota Lukut ni ada Muzium, tapi kena panjat anak-anak tangga baru sampai kat Muzium ni. Kitorang terus naik kereta sehingga ke puncak bukit dan di situ rupa-rupanya ada dibina menara tinggi yang boleh nampak kawasan sekitar Lukut. malangnya kawasan ni tak berjaga.Kawasan bersemak dan pondok-pondok yang dibina dah nak reput. Snap-snap gambar pas tu kitorang meneruskan perjalanan semula. Korang nak tahu kat mana destinasi kami seterusnya.....

 Di Atas Puncak Bukit Kota Lukut....posing kat Tangga menuju ke Muzium

 Kawasan dalam Kubu yang di Bina....dalamlah juga...
 Tertarik dengan tunggul pokok yang ada kat atas puncak bukit ni...unik..
Dah terlanjur ikut jalan lama menuju ke Sepang...kitorang pakat dulu singgah kat Bagan Lalang. Aku hanya selalu dengar nama jer...tapi tak pernah sampai kat sini. Bila sampai jer....Ya Allah ramainya manusia yang datang bercuti macam kami ni...
santai-santai petang di Tepian Pantai Bagan Lalang
 Inilah anak dara yang aku ada buat setakat ni dalam family besar aku....yang lain semuanya hero
Tempat ni taklah seperti yang aku gambarkan....macam tak best...rupa-rupanya  best woooo. Pantainya lapang, ada tempat-tempat duduk untuk orang bersantai dan selamat untuk budak-budak mandi. Kitorang apa lagi cari port yang sesuai terus bentang tikar. 
 Excited nak main layang-layang tapi akhirnya layang-layang tersangkut
 Aktiviti pantai...bola sepak ... ayah + anak....
Sewa basikal bermotor...1/2 jam RM 20....seronok pusing-pusing pantai.
 Ramainya orang yang berkunjung ke pantai
Cuaca petang tu cantik sangat walaupun pada awalnya gerimis. Budak-budak lelaki ada yang main layang-layang, yang besar-besar tu + yang tua-tua.... main bola sepak pantai. Kesian bola tu aku tengok, sampai bercerai kulit dari badan hingga tinggal tiub jer...Kitorang lepak kat pantai Bagan Lalang ni sampailah senja.Kat pantai ni yang menariknya ada kemudahan bilik air, toilet, surau, gerai-gerai jualan dan juga Restoran makanan laut. Kalau nak campingpun aku rasa sesuai..

                                                          suasana senja di Bagan Lalang

Lepas maghrib jer kami bertolak pulang ke Kuala Lumpur......Awalnya konon-konon nak makan malam kat Restoran ikan bakar di Bagan Lalang ni.....tapi Mak Aiiii orang punyalah ramai. Tempat duduk semua dah kena booking. Pas tu pula nak pilih ikan jer beratur panjang sampai berlengkok-lengkok barisan. Akhirnya kitorang decide keluar dari situ dan singgah jer kat mana-mana restoran dalam perjalanan nanti.

Masuk jer pekan Sungai Pelek, Sepang kitorang nampaklah terpampang papan tanda tulis Medan Selera Sungai Pelek. Apa lagi...masing-masing dah lapar so kitorang berhenti kat restoran tersebut. cam biasalah kan...sebab kitorang ramai...sambung meja untuk muatkan kitorang 35 orang.


Kalau nak ikutkan... hanya satu jer Restoran kat situ yang ada masakan panas...so akupun orderlah makanan untuk makan malam ni.....Not bad jugalah...antara menu kami malam ni...Ikan Siakap 3 Rasa. Ikan Siakap Stim, Kembung 3 rasa dan Masak Pedas. Kailan goreng ikan masin, ayam goreng kunyit, telur dadar, Daging masak merah dan Tom Yam Seafood.....meriahkan...Air aku order Air tembikai 1 Jag besar, Teh O Ais 2 jag, Teh Tarik 2 Jag....+ Air kosong...nasib baik makanan cepat sampai. Sementara tunggu makanan sampai kitorang order dulu keropok goreng...sekejap jer hayat nya...letak jer habis. He..he..he...
 Ayam Goreng Kunyit dan Daging Merah
Tom Yam Campur
 Siakap 3 Rasa

 Telur Dadar

Selesai jer makan....akupun settlekanlah bil makan malam hari ni...Nak tahu berapa aku kena bayar untuk makan malam kali ni......RM 426 hengget....kira ok jugalah...Thanks to adik aku Cik Nah yang sponsor sebahagian makan malam kali ni...Oleh kerana haripun dah nak menjangkau kul 10.30 malam kamipun bersalam-salamanlah sesama sendiri kerana ada diantara konvoi kami nanti akan terus balik rumah masing.masing...Hu..hu..hu..sedih dah nak balik...tak tahu lagi bila boleh jumpa dan kumpul ramai-ramai cam ni. Yang aku paling seronok bila tengok Ayah yang selama ni tak lalu makan dan tak ceria tiba-tiba jadi gembira dan berselera untuk makan. Alhamdulillah itu yang aku mahukan...

Terima kasih kepada semua adik beradik ku yang sudi melapangkan diri untuk join Family Day kali ini. Ada rezeki, ada umur yang panjang, Insyaallah next year kita berkumpul lagi ramai-ramai dengan  bilangan ahli keluarga yang akan bertambah.

Maaf kupinta jika ada sebarang kekurangan dan kecacatan dalam menjayakan Family Day Hj Mohd Yusof  dan Hjh Mariam ni. Semoga ikatan kekeluargaan kita akan tetap utuh dan berkekalan hingga akhir hayat.....Mmmmmuahhhh Love You All.


-THE END-







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...