MY FAMILY....MY LOVE....MY HERO....
Showing posts with label Jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label Jalan-jalan. Show all posts

Monday, 4 March 2013

MEDAN - LAKE TOBA - DAY 1 Cuti-Cuti Family...)

15 Disember 2012 - Medan - Parapat Day1

Percutian keluarga yang dah lama dinanti....Tiket flight dah beli sejak  Mac 2012...kini tibalah hari yang ditunggu-tunggu. Kami sekeluarga (hanya berempat sahaja. Angah tak dapat turut serta sebab kolej baru mendaftar untuk semester ke 2) bertolak dari Gombak seawal jam 5.00 pagi. Thanks to my brother in law kerana sudi hantar kami ke LCCT.

Flight pagi tu 7.40 pagi. Kami tiba di LCCT lebih kurang jam 6 pagi. Orang dah mula ramai macam pasar borong pula keadaannya. Aku terus beratur untuk drop in baggage. Beratur punyalah panjang. Yang jadi geram bila ada yang tak tahu bahasa terus potong Q. Sekali suami aku sergah baru tahu siapa kita sebenarnya....Bukannya marah tapi bertimbang rasalah sikit pada kitorang yang dah lama beratur ni. Ikut sesedap rasa jer tolak beg nak beratur kat depan...

Selesai urusan baggage...masih sempat lagi kitorang solat subuh dan breakfast di airport. Sebenarnya tak lalu nak makan sebab excited sangat...he he he..kesian pula dengan anak-anak so minum juga buat alas perut. Percutian kali ini abangku ikut sekali dengan isteri dan 2 orang anaknya. So kiranya percutian kali ini agak happening sikit.

Pukul 7.30 gate mula dibuka dan kami terus menuju ke arah kapal terbang yang sudah sedia menanti. Inilah rakan baik percutian kami...Air Asia...Everyone Can Fly....

Kami tiba di Lapangan Terbang Polonia Medan tepat jam 7.50 waktu Indonesia. Sejam lewat dari Malaysia. Rombongan kami disambut oleh wakil Tour di Medan Pak Sahala....Dia sebut One Way...Kitorang ingatkan dia tipu rupanya memang betul. Orangnya sangat peramah very good looking dan yang penting pandai berjenaka...

Setelah selesai urusan pemeriksaan kastam, rombongan kami dibawa menaiki bas Parawisata...Ingatkan dah nak mula bertolak....rupa-rupanya kitorang terpaksa tunggu 1 group yang akan tiba jam 8.30 pagi.Nasib baik bas berhawa dingin....sempat juga beli makanan dekat warung berhampiran airport...buat makan dalam perjalanan nanti..


 Inilah travel agensi yang membawa ahli rombongan kami selama 5 hari 4 malam ke Medan - lake Toba.. Kami ambil pakej melalui Raun Minang yang keseluruhan pakejnya berharga RM565 seorang tidak termasuk tiket kapal terbang.

Bila ahli rombongan cukup. Pak Sahala memberi penerangan yang bas akan bertolak terus menuju ke Parapat Lake Toba yang akan mengambil masa selama 4 hingga 5 jam perjalanan....huwa...huwa...lamanya ...kebaslah punggung...



Dalam perjalanan kami singgah makan tengahari di sebuah Restoran Masakan Padang...Restoran Simpang Tiga yang menyajikan masakan minang....antara makanan yang dihidangkan...Sup tulang, Ayam kampung goreng sambal telur puyuh, gulai lemak pucuk ubi, ikan garupa goreng, rendang daging dan sambal cili...sedap hingga menjilat jari...he he he sebenarnya dah lapar...apa yang ada bedal jerlah...




Sepanjang perjalanan ke lake Toba kita boleh nampak kebanyakan rumah-rumah memasang parabola ini di atas bumbung rumah mereka....Menurut kata pak Sehala, Kalau kita mohon untuk pemasangan parabola ini hanya dikenakan bayaran lebih kurang RM 200.00 (700 000idr) untuk sekali pemasangan.dan tiap-tiap bulan dah tak payah bayar macam Astro...

Perjalanan ke Lake Toba memang agak menakutkan...jalan raya memang agak sempit, kalau bas dengan bas bertembung...alahai ngeri jer...jarak lebih kurang 1 kaki jika bas tu bersebelahan...Pemandu bas pelancong di Indonesia memang sangat cekap dan diorang ni kalau bawa bas memang sangat berhemah....

lebih kurang jam 5 petang...kami tiba di Lake Toba...lega rasanya....Kitorang Check in di Siantar Hotel Parapat....Hotel 3 bintang tetapi sangat selesa. Yang paling aku teruja, bilik kami betul-betul di tepi tasik. Pemandangan tak payah nak ceritalah subhanallah cantik bangat...Sejuk mata memandang....

Inilah rupa keadaan bilik kami. Katil 2 singgle dengan kemudahan lampu tidur, telefon, peti sejuk, televisyen...kat sini air-cond. tak ada ya...cuaca bila waktu malam sejuk...Buka jer tingkap dah nampak tasik yang luas terbentang....

Bilik mandi ...walaupun agak lama, tapi bersih dengan kelengkapan shower, bathtub,air panas itu yang penting....


Pemandangan dari tingkap bilik penginapan...Fery ini berulangalik dari lake Toba ke pulau-pulau berhampiran...

Letak jer bag, anak-anak tak sabar-sabar nak terjun kolam. Walaupun cuaca pada ketika ni sejuk...tapi mereka tak kisah....janji dapat swimming...

Kalau bercerita jer pasal Lake Toba dan juga Parapat...ramai orang akan berkata..tempat ni majoriti orang batak dan ada yang beragama kristian....Bila dah ada kat sini baru tahu...Ramai juga penduduknya yang Muslim...Cer tengok...masjid di Lake Toba ni besar Uollss...Waktu Subuh, maghrib...kedengaran Azan kuat berkumandang...

Di bahagian atas hotel ada disediakan sebuah coffee House yang berlatarbelakangkan Tasik....Tenang dan damai jer bila berada di sini. Sambil relax-relax kami minum petang di  sini. Goreng pisang panas cecah gula dan cili kicap sangat sedap....mungkin lapar kot...Coffee dan teh yang dihidangkan pun kaw..kaw punya...

Disini disediakan wifi percuma....Apa lagi masing-masing mulalah mengupdate status...he he he...Kami berbual-bual sehingga waktu maghrib tiba.

 Pemandangan dalam Coffee House...rombongan kami akan dinner dan breakfast di sini...
Selepas solat kami berkumpul di sini untuk makan malam...Gambar tak sempat nak ambil...sebab masa ni kamera tak bawa. Anyway makanan yang dihidangkan bolehlah tahan dan bole diterima tekak....ekekekeke....

Selesai makan kitorang jalan-jalan di sekitar hotel menghirup udara malam. Cuaca agak dingin dan kedengaran suara muzik orang berkaraoke...jam 10 malam kamipun balik ke bilik masing-masing berehat kerana esok pagi misi penjelajahan lake Toba bermula.....Nite......


-TO BE CONTINIUE-

Friday, 7 December 2012

Trip To SAIGON- Day 2

Mekong River - Long Journey But Fun ( 15 Nov 2012)

Hari kedua di HCM....pagi-pagi dah terbangun....pukul 6 pagi dah cerah gilerr..Hari ni tak sabar nak pergi trip ke Mekong River....malam tadi dah janji Nasi Lemak Bungkus dengan Hjh Basiroh. Pukul 7 janji dengan kawan-kawan yang lain tunggu kat lobi...Tapi bila kitorang keluar jer dari hotel kononnya nak breakfast dulu...Hampehhhh...kedai tutup lagi...apa nak makan ni..berlaparlah kitorang hari ni...Van janji nak ambil kitorang pukul 8.00 pagi so kitorang naiklah ke bilik balik...Kesiannya.. ini jer yang kami makan buat alas perut. Biskut oat makan dengan serunding daging + kismis + kurma...hu..hu...hu...jadilah dari tak makan langsung


Selesai makan kitorangpun turunlah ke lobby tunggu van ambil kami. Bila kitorang keluar dari hotel barulah nampak kedai ni baru jer buka. Orang dah berderet tunggu nak beli sarapan. Aku terus jer minta makanan yang kami order malam tadi tapi orang kedai tu buat tak tahu jer...menyirap juga darah ni, takut van datang kami tak sempat nak beli makanan. Berkat kesabaran akhirnya dapat juga makanan yang diminta...Ala....nasi lemak biasa jer...pas tu kitorang beli karipap dan murtabak soohoon.

Bila tengok pekerja kedai ni bungkus makanan rasa tak sabar pulak aku ni...nak jer tolong bungkuskan...lembab bebenor...

Tepat pukul 8.15 lebih kurang, sebuah van berhenti untuk ambil kami. Ingatkan naik van ...rasa tak selesa pulak..Rupa-rupanya sementara jer...kitorang dibawa ke Tuan Travel dan dari sini kami menaiki sebuah bas untuk membawa kami ke Sungai Mekong....

Perjalanan dari Ben Then market ke Sungai Mekong ni mengambil masa lebih kurang 2 jam 30 minit...Nasib baik bas yang kitorang naiki tu selesa...ada air cond...kalau tak berasaplah jawabnya...

Sepanjang perjalanan kami dapat melihat keadaan bandar Vietnam yang sebenarnya. Kesesakan pada waktu pagi lebih kurang tempat kita juga tapi yang tak tahannya bunyi hon kereta dan motor saja...saja...pon...pon..pon....bingit telinga. Dalam perjalananan kami dapat lihat sawah padi di kiri kanan jalan...


Di pertengahan jalan kami berhenti di sebuah hentian ala-ala R&R kat Malaysialah...nama tempat ni Mekong Rest Stop atau dalam bahasa Vietnamnya pula...Mekong Tram Dung...Tempat ni punyalah cantik...ada cafe, taman , tempat rehat dan ada juga kedai menjual barangan cenderahati...

Kami pun turun dari bas dan menuju ke 'Happy House' a.k.a toilet @ Ladies...he..he..he. Kalau korang nak masuk toilet dia yang paling penting bawa botol air sendiri...Dalam toilet hanya ada tisu sahaja...so faham-fahamlah kan...

Eh..eh...minah ni sempat juga nak berposing kat tepi 'Happy House" ni...Serius aku cakap...toilet diorang memang bersih tak kotorpun...kat dalam toiletpun diorang hias cantik-cantik..


Suka tengok kawasan persekitaran...cantik uoalls...apa lagi kitorang sakanlah bergambar...Ini menandakan akak dah sampai Vietnam tau...

Peace Yo...cheese...pandai si tourist guide kami ni ambil gambar...thanks Chu Win...

Bangunan kat belakang kami tu kedai cenderahati....

Dapat juga ambil gambar berempat....he..he..he...

Ni...dalam kedai cenderahati yang menjual pelbagai barangan . Macam-macam ada...key chain, T.Shirt, bag, kasut dan banyak lagi yang boleh dijadikan tanda kenangan.Ok...apa kata korang layan gambar-gambar ni...


Tertarik dengan bekas tisu ni....menyesal pula tak beli..hu..hu..hu...
Antara barangan menarik yang sempat dirakamkan


Inilah antara ahli rombongan kami ke Sungai Mekong....tak ada dalam gambar keluarga India dari Klang Selangor...Kat sebelah tulah bas pelancong yang bawa kumpulan kami....



Kami berhenti di Mekong Rest Stop ni dalam 20 minit jer...sebab perjalanan masih jauh lagi. Setelah melalui lebih kurang 2 1/2 jam perjalanan akhirnya kami tiba ke destinasi yang hendak dituju...

Tiba di kawasan Jeti Sungai Mekong....Sangat teruja melihat deretan bot-bot sampan yang akan membawa kami menyusuri Lembah Mekong...../


Beginilah rupanya bot-bot sampan yang akan membawa pelancong menyusuri Sungai Mekong...Kebanyakan bot-bot sampan ni menyediakan kerusi-kerusi kayu untuk penumpang...Nampak antik pula...


Ok.Uollsss....aku nak kenalkan korang dengan Tourist guide kami yang handsome ni....Handsome ke??? bolehlah tahan...Muda lagi...baru 24 tahun...Dia memperkenalkan namanya "Chu Win" Anak jati Vietnam...Pandai berbahasa Inggeris dan beliau merupakan pemegang Ijazah dalam bidang pelancongan...sesuai dengan tugasnya sekarang...Kelas kau Chu Win...


Sepanjang berada dalam bas dan bot sampan ni, Chu win ni tak henti-henti berceloteh tentang sejarah Vietnam, apa yang menariknya di Ho Chi Minh dan Sejarah Sungai Mekong itu sendiri...Banyak info jugalah yang dia bagi....so aku tahu serba sedikit tentang VN ni pun dari cerita dia...
Cuaca hari ni redup jer...pada awalnya kelihatan gerimis tapi tidak panas....sewaktu dalam bot ni keadaan cuaca mula sejuk....angin yang bertiup...nyaman sekali....

Di sepanjang menyusuri sungai ni kami dapat melihat 'floating market', penjualan barang-barang keperluan dan makanan dijalankan di atas sampan...kalau di hadapan sampan itu ada buah pisang atau buah-buahan lain yang digantung pada pancang kayu maka kita sedia maklum bahawa pemiliknya menjual buah-buahan begitulah sebaliknya....kebanyakannya menjual baranag-barang keperluan harian dan makanan

Salah sebuah sampan yang menjual Labu. Besar-besar dan nampak segar....

Bagi penduduk di sepanjang Sungai Mekong yang hendak menyeberang Sungai atau hendak ke Pekan...mereka akan menaiki feri ni dengan bayaran 10000 Dong lebih kurang RM1.55. sehala. Inilah kenderaan yang mereka naik hari-hari...kadang-kadang tengok macam lebih muatan pula....


Destinasi Pertama kami tiba di Sebuah tempat yang  terkenal dalam pengeluaran madu lebah...
lebah-lebah ni diorang ternak sendiri untuk mendapatkan madunya....Kalau nak rasa macam mana rasa kena gigit lebah cubalah pegang....Ada berani????

Tetamu yang datang dihidangkan dengan teh madu limau yang sangat sedap sampai bertambah 2 cawan...he..he..he...kami dihidangkan juga dengan pisang salai, bepang, halua kelapa sebagai pemanis mulut. Siapa yang nak beli madu asli di sini bolehlah juga...murah dan memang asli...Selain itu ada juga jualan makanan industri kampung seperti candy, bepang, kerepek pisang dan Madu lebah yang telah dibotolkan cantik...

Setelah menikmati minuman teh limau madu...kami bergerak untuk melihat bagaimana proses membuat "Rice Paper"...Adunan better dari tepung beras di tuang di atas kain yang lebar dan dibawahnya adalah periuk berisi air panas.....

Setelah adunan tadi diratakan bulat diatas kain tersebut, adunan tadi kemudian di kukus lebih kurang 5 minit....


Wap air yang panas itu akan memasakkan adunan better yang nipis itu. Setelah masak adunan tersebut dikeluarkan dan di keringkan di atas dulang yang diperbuat daripada buluh macam dulang tampi padi....
Seterusnya kami singgah pula di kilang membuat candy kelapa....Kelapa tua yang telah dikait kemudiannya dikupas menggunakan cara tradisianal. kak Nafisah menunjukkan kepakarannya mengupas kelapa menggunankan besi tajam ni...Cayalah ...terbukti anak kampung yang tak kekok menggunakan cara lama walaupun zaman sekarang ni kalau nak beli santan dah ada jual yang patinya ajer....

Setelah kelapa dikupas, kelapa ini dimesin dan santannya diperah untuk mendapatkan pati santan. Proses seterusnya santan dimasak dengan gula sampai menjadi pekat...

Inilah hasinya candy kelapa yang telah siap dipotong dan sedia untuk dibungkus..

Selain membuat Candy kelapa kami ditunjukkan cara bagaimana untuk membuat kuih bepang dari beras pulut.Padi pulut digoreng dengan serkam padi kemudian ditampi. Bertih Pulut tersebut kemudiannya ditampi untuk mengasingkan kekotoran.

Sirap gula kemudiannya dimasak hingga pekat kemudiannya di campur dan digaul rata ke dalam bertih pulut...kemudian diletakkan didalam acuan loyang yang besar dan digelek hingga menjadi padat. Setelah padat barulah adunan bepang ini dipotong sebelum dibungkus untuk dijual...


Selesai melawat perkampungan yang banyak menjual hasil makanan, kami menuju ke destinasi seterusnya...Disepanjang sungai ni kami dapat lihat ada challet-challet yang disediakan untuk pelancong yang ingin menginap di sini....

Di kiri kanan sungai banyak pokok -pokok buah mata kucing yang sedang berbuah lebat...besar-besar dan isinya manis-manis belaka...Kami kemudiannya dibawa untuk lunch disebuah restoren. Perut masa ni dah lapar sangat...Pada masa ni jam dah menunjukkan pukul 1.30 t/hari waktu VN kalau kat Malaysia pukul 2.30 ptg...mana tak lapar....Kami tak ambil pakej makan sebab dah tahu tak halal...so bila sampai jer kat restoren tu kami apa lagi...teruslah buka bekalan yang dibawa...kami dihidangkan dengan buah-buahan tempatan yang memang manis....dragon fruit,betik,tembikai, nenas....dan jambu madu..

Satu yang aku puji....tourist guide kami yang faham dan tahu yang kami ni muslim terus jer bagi tahu kalau nak solat mereka ada sediakan satu bilik khas...Chu Win siap tunjukkan lagi arah kiblat...

Selesai makan aku jalan-jalan di sekitar restoren tu...sebenarnya nak cari toilet bila pergi kat belakang restoren ni rupanya ada taman, kolam ikan dan tempat berehat...akupun terus panggil kengkawan yang lain...kitorang berbuai-buai sambil merehatkan diri....penattttt...jalan-jalan...Selesai solat kamipun naik bot semula untuk melawat sebuah perkampungan budaya...tengok persembahan ....

Muka ceria...dah kenyang...kami menyusuri lagi Sungai Mekong sambil menikmati keindahan alam....Kami tiba ke destinasi seterusnya , sebuah perkampungan budaya orang-orang VN. Di sini kami dapat lihat cara-cara menyulam baju dan pameran hasil-hasil kraftangan orang-orang di sini..

Show time....kami dihiburkan dengan nyanyian oleh gadis-gadis kampung yang badan diorang semuanya alahai...kurus-kurus jer...jarang-jarang nampak perempuan-perempuan vietnam ni gemuk-gemuk..Persembahan diorang ni ala-alan teater muzikal...walaupun kitorang tak faham sepatah haram bahasa VN ni...tapi kami terhibur dengan persembahan yang ditunjukkan....kelakarpun ada...

Kebanyakan lagu ada penceritaan sendiri....percintaan teruna dan dara, kisah kehidupan  suami isteri
yang membanting tulang bekerja menanam padi, walaupun hidup susah tapi saling sayang menyayang antara satu sama lain...kebanyakan lagu menggambarkan kehidupan sebenar orang-orang vietnam ni...
Sambil dihiburkan dengan persembahan kami dijamu dengan minuman teh dan buah-buahan tempatan....Selesai persembahan kamipun bertolak pulang ke HCM...


Tiba di jeti kami berjalan kaki untuk menaiki bas yang telah sedia menunggu...dalam perjalanan balik kami melalui kawasan pasar yang menjual banyak buah-buahan tempatan.Apa yang dapat diperhatikan, penjaja buah-buahan di tepi-tepi jalan ni menyusun cantik buah-buahan yang hendak dijual . barulah nampak cantik dan menarik....

Naik bas jer our tourist guide bagilah penerangan tentang perjalanan pulang ke bandar HCM. naik bas 2 1/2 jam lagi..penat travel seharian dari pagi sampai nak malam baru sampai semula ke Ben Then market...namun begitu rasa seronok sebab dapat tengok tempat dan budaya di HCM.

Kami tiba di hotel lebih kurang pukul 7.00 malam...dah gelap. Kami balik ke bilik, mandi, solat dan berjanji akan turun semula untuk diner pukul 8.00 malam....

Malam ni kami nak cuba makan di VN Halal Restoren...menu yang kami order....Tomyam seafood, ikan 3 Rasa, sayur kailan dan telur dadar....kalau nak dibandingkan dengan makan di Champa Restoren aku rasa Champa lagi best dari kat sini...makanan kat sini so...so...jer...dah lapar kitorang bedal jer...

Selesai makan... kami tawaf lagi kat night market...Borong lagi baju-baju  kat sana...Malam ni aku baru survey dulu sebab dah plan esok baru nak mula shopping....he..he..he...

Lebih kurang pukul 11.30 malam kamipun baliklah ke hotel...Ya Ampun....kaki rasa penat sangat..so balik terus nak tido.....oklah tunggu cerita aku seterusnya di Hari Ke 3....


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>Kita Jumpa Lagi>>>>>>>>>>>>>>>>sekarang nak........ zzzzzzzzzzzzzzz.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...