MY FAMILY....MY LOVE....MY HERO....
Showing posts with label Had Nyai. Show all posts
Showing posts with label Had Nyai. Show all posts

Tuesday, 14 May 2013

LE TOUR DE KRABI - DAY 1

24 Mac 2013 - My Journey Begin With KTMB - KL-Padang Besar - Had Nyai - Ao Nang Krabi


Assalam.....

Kali ni nak cerita pasal trip aku ke Krabi....Again. Ini kali ke 2 aku ke Krabi...seronok sangat ke tempat ni?, Best ke Krabi ni ?....Itulah soalan yang sering diajukan oleh teman-teman kepada ku....

Kalau tak best takkanlah nak repeat 2 kalikan..Actually percutianku ke Krabi ni nak celebrate Anniversary kami yang ke 23 tahun...kali ni aku bukan sahaja pergi dengan suami dan anak bongsuku tapi aku turut bawa Abang,kakak ipar dan anak saudara, my best friend semasa di college and my rakan blogger and FB cik Meya Honey and family....Memang seronok dan happening sangat...

Perjalanan kami dengan keretapi bermula dari KL Sentral dengan menaiki Ekspres Langkawi terus ke Had Nyai....Perjalanan  mengambil masa selama 12 jam untuk sampai ke destinasi...fuhhh lamanya....Tapi nasib baik kami dah booked tempat tidur so ianya lebih selesa...Tambang kalau tempat tido bahagian bawah RM60. Bahagian atas murah sikit RM 56....

Abang sulungku En Yahya, Fauzan dan Noi begitu teruja sekali sebab trip kali ni dapat naik ketapi...he he he...First Time beb....Anak-anak apa lagi seronok sangat.....

Tempat tido bahagia atas....Ada tangga di sediakan untuk naik ke bahagian atas....Selesa ya sebab disediakan sekali bantal dan selimut sebab bila malam agak sejuk....

Dalam train ni juga disediakan sebuah cafe untuk makan-makan dan minum-minum...boleh order makanan panas dan yang goreng-goreng....Mata masih lagi tak nak tido, so kitorang lepak dulu kat cafe smbil borak-borak....

Lebih kurang jam 8.00 pagi, kami tiba di stesen padang Besar. Di stesen ni kami kena turun bawa bag untuk cop pasport kemudian naik semula train tersebut untuk ke Hadnyai....Sementara tunggu penumpang lain cop pasport, kami breakfast dulu di tingkat atas stesen tersebut....
.
   Perjalanan kami diteruskan lagi ke stesen Keretapi HadNyai dan ianya mengambil masa lebih kurang 45 minit. Lega dah sampai....Kali ni Perkhidmatan KTMB berjalan seperti yang dijadualkan...Rezeki ahli rombongan lain kot....No delay delay dan nasib baik enjin ketapi tak rosak macam first time aku pergi dulu....Syukur Alhamdulillah....

Sawadeekap.....Dah sampai Had Yai....On time sampai seperti yang dijadualkan...Misi pertama bila sampai di had Nyai ialah  mencari transport yang akan membawa kami ke Ao Nang Krabi. terus menuju ke sebuah Travel Agent tidak berapa jauh dari Station Keretapi. Actually masa last year pergi Krabi, aku ambil dari travel agent yang sama. 800 baht pergi balik dari Hadnyai ke Ao Nang. Korang kalau nak deal harga jangan kena tipu macam seorang Mat Salleh ni. Nak murah sangat, tawar sampai 350 baht sehala. Memang dapat tapi sampai pekan Krabi jer tak sampai pun Ao Nang. Bila dia kata nak turun di Ao Nang dah kena tambah lagi 100 baht. kan ke rugi.....Rasanya kalau 800 baht pergi balik dah murah dah sebab hantar dan ambil di hotel penginapan kita....

selesai booked van ke Krabi, masih terlalu awal lagi...jam meunjukkan baru pukul 11.00 pagi waktu tempatan...Van akan ambil kami di travel agent jam 12.30 tengah hari...Ada 1 1/2 jam lagi so kitorang decide lunch dulu sebab perutpun dah berkeriut....Pihak travel agent tu bermurah hati hantar kami ke sebuah Restoran Muslim....

Tertarik dengan botol Coca Cola ni...bila minum gasnya agak kurang jika dibandingkan dengan minuman coca cola versi Malaysia....

Lunch hari ni kitorang order ala carte. Nasi Daging Merah ni memang superb....dihidangkan dengan sup kosong. Dagingnya lembut gilerr...bila makan sampai menjilat jari uolllss....

Nasi Pattaya ni pun ok gak....Harganya aku rasa macam kat Malaysia juga.. dalam RM 5/5.50 jer satu hidangan. habis makan kami tunggu tuk tuk travel Agent yang akan bawa kami balik ke pejabatnya. Di sana sudah ada sebuah van yang boleh memuatkan 14 penumpang menanti kami untuk ke Ao Nang...

Inilah rupa keadaan dalam van tu...Agak selesa sebab van ni dilengkapi dengan air condition...Dalam van ni aku pilih tempat duduk paling depan sebab nak tengok pemandangan dari Had Yai ke Krabi....Ok...lets start our journey....lebih kurang 4 hours perjalanan...

Dah nak sampai pekan Krabi....agak sibuk juga dengan kenderaan penduduk di sini...Lupa nak bagi tahu...dalam perjalanan kami singgah di sebuah tempat yang dinamakan Trang...Di sini majoriti penduduknya beragama islam. Pemandu van memberitahu bahawa kami akan berhenti lebih kurang 15 minit, so sempatlah sembahyang Jamak di surau yang disediakan di sini. Suraunya besar, selesa dan ada kemudahan telekung, sejadah dan tempat mengambil air sembahyang yang disediakan...

Setelah hampir 4 jam terlentuk-lentuk dalam van kami tiba di hotel penginapan Ao Nang Grand Inn hotel...Cuba korang tengok...hotel ni hotel budget jer...Harga bilik semalam RM 74 hengget jer. masa mula-mula sampai agak gerun juga sebab lobi hotel dia macam hotel budget kat Chow Kit tapi bila dia bawa kami ke bilik.....fuhhhh lega. tidak seperti yang aku nak gambarkan...he he he...

dalam bilik ni disediakan sebuah katil Queen size dan beberapa kemudahan asas...jadilah sebab just nak tido dan merehatkan diri jer....Duduk kat dalam bilik hanya beberapa jam je selebihnya kitorang pergi trip yang memakan masa hampir seharian...

Nasihat akak....kalau nak pergi bercuti ala-ala backpeckers dinasihatkan ambil hotel-hotel budget yang berlambak kat sini. Rugi kalau ambil hotel mahal sebab kita bukannya duduk-duduk kat hotel, lainlah kalau nak gi honeymoon.
Itu bergantunglah pada pilihan masing-masing....

Bilik ni dilengkapi juga dengan safety box....peti ais comelpun ada. yang penting toiletnya bersih.....
Hari ni dah janji dengan cik Maria Honey nak jumpa kat lobi hotel...Maria ni rakan blogger aku dan juga my FB friend....excited ni nak jumpa Maria. Selama ni chit chat dalam FB dan Whatsapp hari ni  dapat jumpa secara reality....

Hotel kami berhadapan dengan McDonald dan 7E...Aku suka kat area ni sebab bila waktu malam sangat happening...ada night market.
Bila jumpa Maria....mak aaiiii macam dah lama kenal...Siap pelok-pelok lagi...anyway nice to meet you Maria...Kepala memang gila-gila boleh masuk dengan group kitorang ni ...Terus kitorang booked pakej untuk esok dan Lusa .

Kitorang decide ambil pakej ke Phi Phi Island dan pakej Elephant Tracking + Hot Stream +Emarald Pool + Tiger Cave. Kalau nak pilih pakej kena survey dulu dan compare harga. Pakej ke phi phi Island harga yang ditawarkan ialah 1800 Baht (RM 180.00) bila aku bargain....dapat sehingga 900 baht...Pakej ke2, Elephant Tracking 1600 Baht , kitorangpun dapat dengan harga 900 baht juga....memang berbaloi sebab pakej ni siap dengan makanan tengah hari  sekali......

Selesai booked pakej, kami meneruskan misi pada malam ni mencari Restoran makanan Islam.....sambil tu cuci mata melihat banyak barangan yang dijual di night market.

macam-macam ada...dari pakaian, souvenir, beg, kasut,topi,mkanan dan pelbagai barangan untuk dijadikan hadiah dan cenderahati ....pilih jer yang mana berkenan....


Dinner kami pada malam ini ialah di Chaba Thai Kitchen...sebuah Restoran Muslim yang menyediakan makanan ala Thai....Makanan memang sedap dan harganya agak berpatutan....

Antara menu yang kami pilih untuk malam ni....memang sedap...Total yang kami perlu bayar keseluruhannya termasuk minuman ialah 1800 Baht (RM180.00) bahagi 3 family so satu family hanya bayar RM 60.00 lebih kurang....

Antara menu yang kami pilih....Telur dadar, Asparagus goreng sos tiram, Ayam goreng crispy, daging masak merah, Kerabu Mangga, Tom Yam Seafood, Tom Yam Chicken bersantan, Udang Goreng tepung.....

Selesai makan kitorang berehat-rehat di kerusi-kerusi yang terletak di kaki lima kedai....Muka orang dah kenyang...he he he....

Pasangan yang sentiasa ceria dan suka ketawa....wa ka ka...habis makan sempat pula kami beli topi untuk dipakai sewaktu ke Phi Phi Island nanti


Masing-masing sibuk dengan bag waterproof yang sangat berguna sewaktu nak pergi snorkerling dan Island Hopping....Satu bag yang boleh muat 5 Litter 350 baht...Rm 35...tiap-tiap family beli sorang satu....cantik dan sangat practikal...Air gerenti tak masuk...

Sempat juga ambil gambar kat patung pahlawan ni...Kat belakang patung ni banyak kedai-kedai jual baju dan sourvenir.....


Jalan punya jalan tak sedar hari dah menjangkau pukul 11.30 malam. Keluar hotel tadi pukul 7.00 malam...He he he...kaki sampai naik lenguh...Esok kena bangun awal sebab nak cari breakfast dan tunggu van ambil kitorang untuk ke Phi Phi Island...

Dalam perjalanan balik kami singgah di spa massage yang masih beroperasi...apa lagi malam ni dah decide nak urut tapak kaki yang dah lenguh ni....Pakeh untuk Foot Massage cuma 200 Baht...(RM 20.00)

Kalau nak urut seluruh badan...inilah biliknya...Murah bangat kalau kita nak ambil pakej massage di Thai ni...lepas urut badan rasa lega...hilang sengal-sengal badan....Ok....nak balik tido dah...Jumpa lagi next entry Trip TO PHI PHI ISLAND....Ardiossss.....

Tuesday, 3 April 2012

From Krabi With Love.....Part 4 - Bye-Bye Krabi....

Day 3- 14 March 2012 (Rabu)

Hari terakhir kami di Krabi...begitu cepat hari berlalu. Tak puas rasanya kami berada di sini. Awal pagi aku telah bangun, berkemas apa yang patut dan terus membangunkan hero-hero ku yang berada di banglo sebelah...

Hari ni plan tak nak breakfast kat hotel, kitorang nak beli kat gerai-gerai melayu yang ada di sepanjang jalan di Ao Nang ni.Jauh jugalah kami berjalan..at last jumpa juga dengan gerai kuih-kuih Melayu...beraneka jenis..macam kuih-kuih kat Malaysia...

kuih-kuih yang dijual....sama jer macam kuih tradisional kita...cakoi, pulut panggang, pulut inti, ondeh-ondeh dan macam-macam lagi....



Pagi ni kena makan berat sikit sebab nak travel jauh balik ke HadNyai lebih kurang 4 jam..So kami makan nasi 'Nyok" menurut kata abang yang berasal dari Pattani. Nasi ni bila aku amat-amati tak ubah macam nasi ayam kat Malaysia. Siap ada kuah cili, kicap dan Ayam gorengnya sangat crispy..Satu pinggan dalam lebih kurang 30 baht. lebih kurang RM 3.00. kemudian aku try juga pulut inti. Sangat sedap dengan inti kelapa yang manis. Kami order juga air nescafe dan teh o panas. Alhamdulillah tercapai hasrat nak minum pagi sarapan orang melayu kat Krabi ni. Harganya macam kat KL juga makan untuk 4 orang - Nasi Nyok 120 baht (RM 12) Air nescafe dan teh O 40 baht (RM 4) Kuih pulut inti 20 baht (RM 2) Semua sekali hanya RM 18.00 jer... murah kan..

Selesai mengisi perut, kami pulang dulu ke bilik hotel untuk berkemas dan chek out hotel terus. Van janji akan ambil kami jam 10 pagi..Masih awal jam baru pukul 8 pagi. Ada 2 jam lagi sebelum meninggalkan Krabi ni...

Dalam perjalanan balik sempat lagi ambil gambar kat perkarangan Hotel Tipa Krabi ni...Kejap lagi aku tunjukkan banglo kami yang macam atas pokok tu...Korang layanlah gambar-gambar kat bawah ni...

 Di hadapan Pintu masuk ke Hotel....

 Di pintu hadapan hotel....tempat kami menunggu van dari travel agent
Banglo kami yang terletak di bahagian belakang.....macam kat atas pokok

Tinggi nak naik tangga...mengah...semput nafas den....

Dari atas  Banglo. Nampak buruk jer..tapi dalam kelasss.....
Selesai jer Check out hotel kami letaklah bag-bag baju kat lobi hotel. Aku ajak Abang Zul untuk jalan-jalan kat tepi pantai sebab masih ada lagi 1 jam setengah sebelum berangkat pulang. Dinie tak nak ikut, so dia tinggal kat lobi sambil layan wi fi.

Kami terus menyusuri jalan Ao Nang dan terus ke tepi pantai...Kemain banyak boat- boat kayu berlabuh. Kebanyakan boat-boat kayu ni (Longtail boat) berlabuh di pantai sebab kat sinilah mereka akan mengambil penumpang yang telah memilih pakej untuk ke 4 Islands dan Hong Island..tambang murah sikit kalau nak dibandingkan dengan speed boat dalam 500baht jer (RM 50) Sambil duduk-duduk kat tepi pantai ni sempatlah juga aku berposing dan snap gambar-gambar kat pantai Ao Nang ni...cantik Uollss....


 Kalau nak mandi kat pantai ni boleh juga...tapi kena mandi di sebelah kiri pantai...






Bot nelayan yang berlabuh....





















Habis posing-posing kami balik semula kat hotel ada 20 minit lagi. Masa tu cuaca dah mula panas. Kami menunggu van yang dah janji nak ambil kami pada pagi ni. Jam dah menunjukkan pukul 10 45 pagi tapi yang ditunggu tak juga muncul-muncul...Aku suspen juga takut kena tipu. Tapi dalam hati berdoa semoga perkara tu tak berlaku. At last suruh receptionist hotel tolong call agent seperti dalam resit yang diberi. pukul 11 barulah sebuah van muncul dan tanya penumpang ke Hadnyai untuk 4 orang.Fuhhh lega. Terus masukkan barang-barang dalam van. nasib baik kali ni dapat duduk kat tengah-tengah taklah melambung-lambung dek tayar van lagi. Supir atau pemandu kat sini tak sama dengan yang pernah aku booking semasa di Bandung dan Bali dulu. Supir kat Indon sangatlah punctual...kalau janji kul 9.00 pukul 8.30 dah tercegat...hai...bak kata pepatah Lain Padang Lain Belalang...cam nilah yang aku rasa.....

 Antara resort dan hotel yang terdapat di Krabi...

 sambil tunggu van datang tengok dulu album gambar...
Dalam van tu ada 1 family China dari Bukit Mertajam...sangat friendly dan peramah. Bila van mula bergerak aku rasa dah lega. Pas tu driver van berhenti lagi di beberapa tempat untuk ambil orang. Adoiiiiyai....sampai naik sendat van tu dibuatnya. Selagi boleh penuh dia sumbat- sumbat lagi. Ingatkan dah habis ambil penumpang rupanya belum lagi. Van akhirnya berhenti di tempat perhentian Agent syarikat van ni. Turunkan beberapa penumpang Mat Salleh pas tu tukar dengan penumpang lain. lama juga kami tersadai kat sini lebih kurang 30 minit. Cik Abang aku dah mula nak mengamuk...Mana tak nya....kami takut ketinggalan keretapi jam 4.00 petang di Hadnyai. 4 jam bukanya sekejap...macam dari KL ke Penang. Korang gambarkanlah camner perasaan kami masa tu..

Dalam van...adik nak duduk di belakang sekali...
 habis hati dapat duduk kat tepi tingkap...
Mamat driver ni tak pandai cakap orang puteh pulak. Lagilah haru...aku nak explain kat dia , train kami pukul 4 petangpun susah... Dengan selamba sambil hisap rokok dia cakap....can..can...Kalau hilang sabar nak jer aku tumbuk muka mamat ni...tapi tak sampai hati pulak...

At last mak we Driver ni yang boleh berbahasa Inggeris cakap kat dia kami minta bertolak sekarang takut tak sempat sampai...Dia bawa punyalah laju gilerrr. Mengucap panjang aku dibuatnya...jalan yang dia bawa tak sama pula macam waktu kami datang hari tu...saborrr jer la...

Disebabkan perjalanan masih jauh aku ambil kesempatan untuk zzzzzzzzzzzzzzzzz. bukannya boleh tidor sangat....tidur-tidur ayam jer...Rasanya sepanjang 4 jam perjalanan Driver hanya berhenti turunkan penumpang dan pergi toilet jer. tak ada berhenti untuk rehat-rehat...Melambung-lambung juga kami dalam van tu sampaikan Chinese man dalam van tu pening dan muntah....

Akhirnya kami tiba juga kat Hadnyai...tepat jam 3.30 petang...Lega. Memang tepat-tepat 4 jam mamat tu bawa van ...Kami terus turun dan ucapkan selamat tinggal kat family Chinese yang kami kenal dalam van.  Siap bertukar-tukar contact number lagi....rupanya kami dalam profession yang sama...Keciknya dunia..
 dah sampai kat HadNyai Railway station...


Tiba di Hadnyai Railway station terus beli tiket nak ke Padang Besar. Nak beli makananpun tak sempat takut Train jalan...memang puasalah kami hari ni...Bila naik train jer....Kami dimaklumkan train lewat sebab tunggu Engin keretapi dari Padang Besar tiba....Delay lagi....nasib baik masa tu kat dalam coach air cond dah pasang jadi taklah rasa berasap...Sepatutnya train bertolak dari Hadnyai pukul 4.00 petang  sudahnya jam 5.00 petang baru Enjin sampai. Pukul 5.00 petang di Hadnyai dah pukul 6 petang di Malaysia..Train dari Padang Besar sepatutnya bertolak pukul 6.30 akhirnya jam 7.30 baru bergerak...lewat hampir sejam lebih...Tak kisahlah...sebab dah nak balik...Badanpun dah rasa penat sangat.


Bila sampai kat Padang Besar kena turun lagi bawa semua beg-beg...Cop pasport dan pemeriksaan kastam...Kastam tu tengok beg kami dia terus suruh jalan tak check pun...kemudian kami terpaksa tunggu lagi lebih kurang 30 minit untuk coach disambung dengan coach tempat tidur dan coach tempat duduk...masa ni aku ambil kesempatan untuk beli makanan. Husband aku terus call kawan dia di Padang Besar minta tolong belikan Nasi goreng untuk bekal kami makan malam nanti. Sementara tunggu train, aku dan anak-anak layan makan maggie dulu...he..he..he...laparrr...

Bila pengumuman dibuat suruh penumpang naik...kamipun terus menuju ke coach no L 1. Nun jauh dihujung sekali. Tak sabar rasanya nak meluruskan badan ni...Masuk jer dalam train terus susun-susun beg.Kali ni kami dapat tempat tidur semuanya di bahagian bawah....tak payah nak naik tangga. Akupun apa lagi terus pergi cuci muka dan ambil wuduk...solat dalam keretapilah gamaknya...


 Dah tak sabar nak landing...
 tempat tidur yang selesa...

Selepas makan bekalan yang kami beli tadi..nasi Goreng Pattaya dan Nasi Goreng Kampung...aku tak sedar bila masanya aku tertidur...letih dalam perjalanan...ni nak sambung lagi perjalanan dengan keretapi 12 jam lagi....layannnn.....

 Adik dan Angah tak tidur pun...layan dengar lagu yang sorang lagi main games...

 Beginilah keadaan katil yang dah ada penghuni...tutup dengan langsir...
Kami selamat tiba di Stesen KL Sentral dah dekat Pukul 8 pagi...Breakfast dulu di foodcourt kemudian kitorang ambil Teksi berkupon berharga RM 18.00 untuk balik ke rumah....

Tanda Mata Dari Krabi - Thailand

Inilah....antara sourvenir yang aku beli semasa di Krabi.Taklah bershopping sangat hanya beli sikit-sikit jer sebagai kenangan....Untuk pengetahuan Uollsss Krabi ni bukanlah tempat untuk bershopping...untuk bersantai-santai bolehlah...Kalau kat Had Nyai....harus kalau korang nak shopping...
 Baju I Love Krabi...beli sorang satu untuk Aku,Abang Zul,Aizat,Dinie dan Haiqal dapat beli dengan harga 120 baht...RM 12.00, Seluar Tomoi kecik tu yang mahal...letak harga sampai 250 baht...tawar punya tawar dapatlah 150 baht...RM 15.00

 Baju ni aku beli untuk anak sedara aku Raiqal...baju Krabi dan seluar tomoi...
 Cermin muka.. cantik buat sourvenir...ada macam-macam colour....60 baht jer satu...
 Siap ada kotak sekali...gambar gajah ni tetap ada...lambang negeri Thai...

Antara FM yang aku beli di Krabi...tak banyak choice...harga pun ada macam-macam. Aku dapat beli yang jenis batu 40 baht (RM 4) yang jenis gambar pemandangan dapat dalam 3- 100 bahth ada juga yang 4 -100 baht...(RM 10)

Percutian singkat 3 hari 2 malam di Krabi meninggalkan seribu satu kenangan...Perjalanan jauh yang sungguh adventure dengan berbagai peristiwa yang menimpa kami sekeluarga tidak mematahkan semangat kami untuk datang lagi ke sini....Insyaallah kalau ada rezeki aku akan travel lagi ke tempat-tempat percutian yang lebih menarik....


THE END .....LOVE KRABI.........
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...