MY FAMILY....MY LOVE....MY HERO....

Sunday, 6 January 2013

Trip To SAIGON - Day 3

Jalan-Jalan , Shopping-Shopping - Ben Then Market@ Ho Chi Minh City
 (16 November 2012)
Salam....dah lama tak mengupdate blog...dah naik bersawang...niat hati tu dah lama nak menulis tapi sebab banyaklah sangat tugas-tugas penting yang nak disiapkan entri Ho Chi Minh day 3 ni tertangguh untuk disiapkan....sorry..

Jom kita layan kisah hari ke 3 ku di HCM. Pepagi lagi kami dah bangun...tapi terpaksa tunggu dulu kat dalam bilik sbb nak gi breakfastpun terpaksa tunggu jam 8.00 pagi baru kedai buka.
Sarapan aku untuk pagi ni, apa lagi layanlah si mee "PHO"...ala-ala Bakso. Memang sedap siap dengan ulam-ulaman dan sambal sekali. Tengok gambarpun dah nampak menarik.


Selesai breakfast, kami meneruskan misi hari ni, nak bershopping di Ben Than Market kemudian jalan-jalan di sekitar bandar HCM. Jarak Ben Than Market dari hotel kami tak jauh cuma 50 meter jer..boleh nampak pintu masuk BTM.


Selesai sarapan di kedai Hjh Basiroh kamipun terus masuk ke Ben Than Market seawal jam 9.00 pagi. Kalau pergi awal-awal ni untung juga sebab diorang baru buka kedai, so boleh letak harga murah sebagai pembuka pintu rezeki mereka...

Tempat pertama yang dituju kedai kain yang boleh tempah baju sekali. Memang murah. Aku tempah baju Cheongsam dengan kain dan upah tak sampai RM100...siap dalam masa sehari jer...menyesal tempah sehelai jer...rasa nak repeat balik kat HCM semata-mata nak tempah baju..he..he..he. Tengoklah...siap boleh ambil ukuran badan kita sekali.


Rambang mata bila ada kat dalam pasar ni berbagai barangan yang dijual dari kain baju, kasut, bag,alas meja, sorvenir dan macam-macam lagi yang penting ongkosnya aja....

Selesai menempah baju dan membeli barangan yang dihajati kami pun mengambil cab dan meneruskan misi ronda-ronda bandar HCM. Tempat pertama yang kami tuju ialah Central Post Office.

bangunan cantik yang terdapat di HCM city...

Nilah Dia Central Post Office..Bangunan yang menjadi tempat tumpuan pelancong asing dengan keunikan senibinanya...memang cantik


Di hadapan pintu masuk dengan jam besar yang terpampang di pintu masuk...

Posing-posing kat luar dulu sebelum masuk kat bahagian dalam...



Saigon Central Post Office yang menjadi salah satu mercu tanda kebanggaan Vietnam.
Bangunan bersejarah ini terletak kira-kira lapan kilometer dari lapangan terbang.
Bangunannya sangat unik dengan senibina berunsurkan Gothik oleh Gustave Eiffel, seorang arkitek terkenal berbangsa Perancis.Central Post Office ini adalah merupakan Pejabat Pos yang tertua di Vietnam dan masih menjalankan operasinya...

Masuk jer kat dalam Post Office ni...terpegun seketika bila melihat keunikan rekabentuk dalamannya.Aku apa lagi mulalah operasi posing memosing...he..he..he..habis setiap sudut aku bergambor...kalau kat Malaysia malulah juga....tapi kat HCM ni, Ado Akak Kisah...


Nak tergelak juga....tetiba tengah dok posing, ada orang tegur aku dari belakang, bila aku toleh alamak....jumpa pula rakan setugas Di Chong Hwa...TJM & family...boleh terjumpa pula kat negara Vietnam ni...ha..ha..ha...


Tengoklah gelagat kami yang sempat dirakamkan riuh sekejap dalam post office ni...

layanlah gambar-gambar dalam post office ni ya....

Lupa pula nak bagi tahu...selain urusan pejabat pos...didalamnya juga terdapat Tourist Information Centre, Money Changers dan juga kedai-kedai menjual cenderahati....

Destinasi kami seterusnya ialah Notre-Dame Cathedral iaitu sebuah gereja lama, tempat tumpuan pelancong .  Bangunan ini merupakan sebuah gereja yang terletak di pusat bandar Ho Chi Minh City, Vietnam. Ditubuhkan oleh penjajah Perancis, katedral telah dibina di antara tahun 1863 dan 1880. Ia mempunyai dua menara loceng, mencapai ketinggian 58 meter (190 kaki).

Dari jauh dah nampak keunikan senibina Perancis...memang cantik.Aku bergambar kat bahagian luar jer, tak masukpun kat dalam...




Tugu tentera vietnam ni terletak bersebelahan dengan Pejabat Pos...Layan jerlah ambil gambar kat luar pagar bangun ni...



Seterusnya kami meneruskan perjalanan di sekitar bandar, sebenarnya tak tahu mana nak tuju.Jalan punya jalan kitorang terus terjumpa dengan Hard Rock Cafe ni....tara....sampai juga kitorang kat sini

Ni bahagian Hard Rock Shop..Sempatlah sambar sehelai Baju untuk My hubby...

Mercu tanda Hard Rock Cafe....posing dulu kat sini...he..he..he..



Sempat juga posing dengan cenderahati dari Hardrock Cafe

 Teater Perbandaran Ho Chi Minh City, yang juga dikenali sebagai Saigon Opera House (Vietnam: Nha hat lon THANH Pho Ho Chi Minh; Perancis: Opera de Saigon), adalah sebuah rumah opera di Ho Chi Minh City, Vietnam. Ia adalah satu contoh seni bina Kolonial Perancis di Vietnam.
Penat jugalah jalan kaki...lintas jalan selamba jer..tapi aku nak bagi tips kalau nak lintas jalan kat HCM ni....Melintas ikut zebra crossing yang disediakan. Kalau nak lintas jangan teragak-agak..Lintas jer, nanti motor-motor tu akan elak kita...he..he..he.. Bangunan yang di atas ni ialah Opera House tak sempat nak tengok Puppet Show sebab kawan-kawan lain gilerr nak shopping jer,,,

Di sepanjang jalan banyaklah terdapat kedai -kedai pakaian, kasut dan aksesori...Kitorang redah jer...Dah plan dah...kalau rasa-rasa tak jumpa jalan balik kitorang naik teksi jer...

Sempat singgah di Arcade art...Banyak lukisan yang cantik-cantik dalam arcade ni. selain tu barangan cenderahati seperti bag, scarf aksesori wanita banyak dijual di sini...cantik-cantik sampai rambang mata nak pilih yang mana satu...
photo edited for free at www.pizap.com
Tertarik dengan helmet pelbagai bentuk dan warna...Kalau kat Malaysia ni, alamatnya buat perhiasan jerlah....Selesai jalan-jalan kitorang balik semula ke Hotel penginapan. Sebelum tu kitorang lunch dulu kat Champa halal Restoren sebab makanan kat sini boleh tahan sedap dan harganya berpatutan...

Sampai Hotel kami diminta untuk pindah ke Hotel Saigon Pink 2 pula sebab hari ni hotel ThanThu ni dah ada orang booking. Berpindahlah pula kat hotel sebelah. Bilik memang besar dan selesa...nasib baik pekerja-pekerja hotel tu tolong angkat bag, kalau tak jenuh juga nak mengusung barang-barang yang dah mula banyak..wa..ka..ka.. lepas pindah barang dan selesai menunaikan kewajipan kitorang repeat balik pergi ke Ben Than Market...cari lagi kain dan baju mana yang berkenan.

Sebelah malamnya kitorang decide nak dinner pula kat Restoran Serai. Restoran ni betul-betul terletak di hadapan Champa Halal Restoran...Malam ni kitorang mulalah mengeluarkan duit VNDong yang tinggal. ha..ha..ha...Shopping sampai tak hengat dunia...sampai pokai. Yang nak tergelaknya siap tanya tuan punya restoren ni boleh tak guna RM. nasib baik dia nak terima duit Ringgit kalau tak...he..he..he..
Takut nak order lebih-lebih so kitorang orderlah yang budjet-budjet punya menu...Nasi Goreng Serai, Mee Hoon Goreng, Kuey Teow Goreng dan Nasi Goreng Tom Yam
Jumlah yang kena di bayar termasuk minuman ialah  509,250 VNDong = RM85.00. Seorang dalamRm 21.25...Ambik Kau...Kalau tak ada duit gamaknya kenalah buat part time cuci pinggan.ha..ha..ha..


Habis makan kitorang tak terus balik...tapi pusing-pusing lagi kat night market sambil cuci-cuci mata lagi. Rupa-rupanya Night market kat Ben Than market ni ada kat depan dan belakang. dah malam terakhir baru jumpa Night Market kat belah belakang pula...layan beli lagi T.Shirt untuk perabih duit Dong dan US yang masih berbaki....Balik hotel malam ni dah pikir nak pack barang takut terlebih Kg pula. Sampai hotel terus susun-susun barang sebelum dapat lelapkan mata tak tahulah pukul berapa.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...