MY FAMILY....MY LOVE....MY HERO....

Thursday 20 June 2013

LE TOUR DE KRABI - DAY 2

26 Mac 2013 - Trip to Phi Phi Island


Hari Ke dua di Ao Nang Krabi....Seawal pagi dah terbangun sebab tak sabar nak ke Phi Phi Island. Dah pernah pergi tahun lepas, rasa macam tak puas....so for the second time aku ke sini lagi....

Tak tahu nak panggil apa..bas ke lori??? yang pastinya nampak unik untuk tarik perhatian pelancong....
Breakfast apa ya untuk hari ni???? Nak citer sikit pasal makanan waktu pagi...Agak susah juga mencari makan sebab tak banyak kedai yang buka pagi-pagi buta ni....Kitorang pun jalanlah sepanjang kaki lima kedai mencari kalau-kalau ada gerai Muslim yang jual makanan untuk breakfast tapi Nan Ado....

Last year masa kitorang datang sini, ada seorang Muslim dari Pattani yang jual breakfast berhampiran McDonald tapi bila kitorang cari, dia dah tak berniaga lagi di sini. Nasib baik tak berapa jauh dari hotel kami ada satu gerai perempuan Melayu Thailand yang jual burger, sandwich, pan cake aneka rasa..Disebabkan kitorang tak nak kebulur, so kitorang orderlah sandwich chicken,sandwich telur untuk breakfast....minuman pula kitorang beli kat McD yang terletak di hadapan hotel....Jadilah buat pengalas perut. Lunch tak perlu risau sebab dah termasuk dalam pakej...

Berlagak ala-ala Diva....bertopi bagai posing atas lori...wakaka....
Jam 8.30 pagi sebuah kenderaan ala-ala lori pelancongan berhenti untuk ambil kami untuk di bawa ke tepi pantai tempat berkumpul untuk menaiki speed boat...Lori ni ada menyediakan tempat duduk @ bangku panjang untuk penumpang...yang bestnya lori ni ada bumbung jer....dinding tak ada ya....open air giteww....Aku tercari-cari juga mana Maria & family. Puaslah nak explain kat Agent yang datang ni tapi dia macam tak faham jer...bila aku bagi tahu dia ada 3 orang lagi kat J Hotel, baru dia bagi tahu yang Maria dah pergi naik bas lain.....

Dah sampai kat lokasi tempat berkumpul....Lupa lak nak bagi tahu. Masa Agent tu ambil kami kat hotel, sebelum naik lori tu, kami diberi sticker bernombor 15. Dan agent tu suruh kami lekatkan dibaju....Pada mulanya tak perasan naper nak kena pakai sticker2 bagai, rupa-rupanya baru tahu...kitorang pakai sticker no 15 sebab nak camkan kitorang ni nanti akan naik speedboat no 15 yang kat belakang tu...

Nilah speedboat kami yang akan membawa kami ke Phi Phi Island...boat ni boleh memuatkan hampir 30 orang penumpang...kat bahagian depan boatpun ada seat lagi....

Muka-muka orang excited....dalam boat ni kami digabungkan dengan pelancong dari pelbagai negara...berkenalan pula dengan 3 orang minah Indon ni yang pergi melancong bertiga di beberapa destinasi...Penang, Hat Yai,Krabi, Phuket,....banyak betul duit diorang...yang bestnya adik-adik yang dari Jakarta ni memang sporting dan sangat peramah....tapi malangnya no contc. dah hilang dan tak dapat untuk dihubungi...



Maria,Rizqin dan Alia...sangat excited nak mengikuti trip ni .....dalam boat ni kitorang jer yang memekak buat kepala gila-gila....kalau tak, sunyi sepilah jadinya....

Dalam perjalanan ke Phi-Phi Island, kami dapat melihat pemandangan yang sangat cantik dan menakjubkan...dengan air laut yang membiru

sepanjang perjalanan ke Phi Phi Island kelihatan banyak cliff cliff yang cantik cantik dengan air yang jernih bagaikan kristal....terpesona dengan keindahan alam ciptaan Illahi.....Subhanallah....

Nilah rupa Chicken Island...Dari jauh kelihatan pulau kecil ini bagaikan seekor ayam belanda....Di kawasan Chicken Island ni tempat yang paling seseuai untuk berkelah dan bersnorkeling.
Taraaaaa...dah sampai ke hentian pertama iaitu di Bamboo Island...Masa bot berhenti jer rasa dah tak sabar nak terjun ke laut....Airnya seriuss jernih gilerr....Aku dan kak Tipah sempat berposing dulu di tepian pantai...

One thing aku tengok..pantai kat sini pasirnya memang tersangat halus, walaupun pelancong ramai ya amat tapi pantainya tetap bersih....Tengok gambar akak posing sudah ya....abaikan pemandangan di belakang tu....
Empat mak dara pingitan...he he he....sakan gilerr bergambar..macam nak masuk majalah fofular pula...

Yang  ini gambar bapak-bapak yang gagah perkasa....mana agaknya yang paling ganteng...ha ha ha...                                                                                                                                                                                                                                                                                                                           
Suker tengok gambar ni....so romantik maa....walaupun masa ni cuaca panas terik sanggup berpanas semata-mata nak mengabadikan kenangan di Bamboo Island...Anak-nak sporting, tolong ambil gambar....

walaupun hari agak panas terik....air laut yang jernih bak kristal ni telah mencairkan perasaan ku untuk turun  berenang dan bermandi manda....giler seronok...cer tengok air jernih tak....

rugilah kalau datang sini tak mandi....bukan senang nak mandi pantai dengan pemandangan yang cantik dan air yang bersih....

Destinasi seterusnya kami dibawa ke Loh Sa Mah Bay....tak sabar rasanya nak snorkerling sambil melihat coral dan ikan yang berwarna warni.   Pakej ni turut menyediakan kelengkapan snorkerling, life jacket ...so tak payah risau kerana semua dah termasuk dalam pakej....

Ready for snorkerling...satu petua pada mereka yang takut dan tak confident nak berenang...First kena rilex...jangan panik atau menggelupur dalam air...Anggaplah life jacket tu nyawa kita...In Sha allah selagi kita pakai life jacket, selagi itu kita tak akan tenggelam...water confident kena ada barulah kita boleh enjoy dalam laut....

Seronok sangat dapat main-main ngan ikan ini.....kebetulan orang kat atas bot campak roti...apa lagi...mengemutlah anak-anak ikan tu berkerumun kat akak...aduiiii habis digigitnya jari-jari akak yang halus ni....he he he...
Selesai main-main dengan ikan...tourist guide kitorang ajak naik ke atas boat dan kami dibawa menyusuri lagoon-lagoon yang cantik  untuk ke Viking cave...Viking Cave. Ini merupakan gua yang menjadi tempat tinggal ribuan burung walid. Dinamakan Viking Cave karena di dinding gua tersebut terdapat lukisan Kapal Viking dari zaman prasejarah. Gua sebesar 3.2 kilometer persegi dengan tinggi 10-15 meter ini merupakan kawasan yang dilindungi oleh pemerintah Thailand,dan kini ianya merupakan salah satu kawasan tarikan pelancong....

Dari kejauhan gua batu kapur ni amat cantik dan menarik jika dilihat pada dinding gua tersebut. kapal-kapal besar memang tidak dapat menghampiri gua ini. Kami dibawa rapat ke gua dan para pelancong boleh mengambil gambar secara dekat...sungguh cantik dan menakjubkan....


Selesai-ambil-ambil gambar...bot menyusuri lagoon-lagoon yang agak sempit Subhanallah...airnya berkaca-kaca seolah-olah kita berjalan di atas permukaan kaca...bercahaya-cahaya dan tersangatlah jernihnya....layan gambar-gambar ni....

rasa macam nak terjun jer sebab teruja dengan kejernihan air yang ada kat sini tapi kami dilarang mandi di kawasan ni sebab banyak karang dan agak berbahaya....



Sambil bot menyusuri lagoon di Pileh Bay sempat lagi makcik-makcik ni berposing kat belakang bot....

Akhirnya kami tiba di Maya Bay sebuah tempat yang memang menjadi tumpuan para pelancong....Kawasan ni adalah merupakan tempat shooting filem The Beach....

Ya Allah....ramainya manusia.....kelihatan begitu banyak sekali deretan speed boat dan bot kayu yang berlabuh di pantai....nak mandipun rasa tak selamat sebab kawasan pantai ni dah jadi tempat keluar masuk boat....kalau nak mandi terpaksa cari kawasan di hujung sebelah kanan....

Yeayyy....dah sampai Maya Bay - Mu Koh Phi Phi National Park....boleh jalan-jalan ke dalam kawasan hutan....kali ni aku tak post gambar-gambar  di bahagian dalam sebab dalam entry aku yang lepas dah cerita tentang kawasan ni...so kita tengok jerlah ya gambar-gambar yang aku ambik di sekitar kawasan pantai....

Kalau tengok dari pantai jalan masuk ke pantai Maya Bay ni di antara 2 bongkah batu ni, memang tersangatlah cantiknya....walaupun dah 2 kali datang ke sini rasanya tak jemu jemu....

Selain memilih untuk menaiki speed boat, pelancong juga boleh menaiki long tail boat tetapi memakan masa yang agak lama....
Sampai di sini kami hanya mengambil kesempatan untuk berjalan-jalan di sekitar pantai sambil snap-snap gambar...tak mandipun kat sini sebab pada ketika ini cuaca sangat panas dan di tepi pantai pelancong tersangatlah ramai sampai nak mandipun tak ada ruang..... Apa lagi sakanlah mak cik ni berposing ala=ala diva....ha ha ha......

tempat-tempat menarik dan wajib bergambar di Maya Bay.....layan......


Tak larat nak jalan-jalan kitorang lepak jer kat tepi pantai.....cik abang aku kemain sakan lagi main pasir...
kebetulan pasir kat sini halus macam tepung...

Eh...eh...naper pulak ada monyet-monyet ni???? Ini lah kawasan Monkey Bay...setelah bercanda-canda di tepian pantai di Maya bay kami di bawa ke monkey bay ni...tapi kitorang tak turunpun hanya dibawa melihat kawasan sekitar dari atas bot...itupun ada monkey yang terlepas naik atas deck...puas pujuk suruh turun....actually monyet-monyet ni semua monyet liar...bila pelancong datang macam dia tahu jer ada mknn...

Selepas Monkey Bay akhirnya kami di bawa ke destinasi seterusnya untuk makan tengah hari di Phi Phi Don...dalam kawasan Phi Phi Island. Di sini majoriti penduduknya adalah beragama Islam so bila ambil pakej tak payah ragu-ragu sebab kita akan diberi pakej muslim...


Lunch kami di Phi Phi Don adalah ala buffet...macam-macam lauk dihidangkan ...yang tak boleh tinggal adalah tomyam seafood. Sebab perut dah lapar..kitorang kemain selera sekali menjamu selera...keh keh keh...lauk-lauk yang dihidangkan ada sayur campur, ayam goreng, ikan sweet sour,buah buahan dan banyak lagi....coffee dan tea juga turut disediakan....

nak kata sedap sangat tu tak ada lah...tapi yang pasti boleh di terima tekak ni.....
Selesai makan masih ada lebih kurang 20 minit lagi untuk kami ke destinasi seterusnya. Aku dengan kak Tipah sanggup jalan kaki semata-mata nak ambil gambar kat sign board ni....
Tempat ni berhampiran dengan jeti...Speed bot kami tidak berlabuh di sini. So..kena jalan kaki sikit lebih kurang 5 minit untuk ke arah jeti...

Nasib baik ada beberapa pelancong dari Singapura kebetulan suruh snapkan gambar so kitorangpun suruhlah diorang ambik gambar kami pula....

Rupa-rupanya di Phi Phi Island ni begitu banyak resort dan challet didirikan untuk tujuan pelancongan...Kedai-kedai sorvenir pun berlambak juga...tapi yang frustnya masa jalan-jalan kat sini sesenpun tak bawa...bag tinggal dengan cik abang yang duk lepak kat restoran tadi...so cuci mata jerlah....

Kedai PADI untuk scuba diving banyak kat sini...siapa yang minat nak buat scuba diving boleh ambil pakej kat sini....
Antara kedai-kedai baju dan cenderahati yang terdapat di sini...Yang geramnya T.Shirt I Love Krabi boleh dapat dalam 100 baht jer....

Dsebabkan takut tertinggal bot...punyalah laju aku ngan Kak Tipah berjalan, bila sampai kat restoren tempat kami lepak tadi..diorang masih duk melepak dan minum-minum kopi...lega.. Tak lama kemudian our tourist guide panggil untuk naik bot semula...Kali ni kami di bawa bersnorkeling di kawasan open sea uolls.....Tempat ni dinamakan Hin Klang

Seronok giler snorkerling kat sini....ikannya lebih banyak tapi kawasan ni sedikit berombak...maklumlah di kawasan laut terbuka....Kedalaman air jangan cakaplah...sebab pakai life jacket kira confident sikit,,,,

Layanlah gambar-gambar kami di dalam laut ni...tersangatlah enjoynya....


Ikan yang beranika saiz dan bentuk....rasa macam nak tangkap jer...tapi tak boleh....


Paling seronok dapat tengok ikan Nemo dan karang yang masih hidup...subhanallah...cantik sangat...

Kredit to abang Bot man yang sudi tolong ambikkan gambar ni,,,memang cantik...thank you...


Wah...wah...kemain berani nya Adik snorkerling tak pakai life jacket ya,,,sempat berposing lagi dalam laut...inipun abang bot man yang ambiikkan...

Pernah tengok tak binatang ni...Inilah Landak laut atau Sea Rambutan...berduri tajam tapi durinya agak lembut..kalau terpijak benda ni secara otomatik binatang ni  akan tembak kaki kita...sangatlah sakit. Nak hilangkan sakit terpaksa ketuk tapak kaki dengan benda keras sampai benda hitam yang macam selumbar yang masuk kat kaki kita tu hancur jadi darah...orang kata nak cepat baik kencing kat kawasan yang kena tembak tu...tak pernah pulaklah cuba...


Selesai bersnorkerling kamipun naik ke atas bot....Tamatlah trip kami pada hari ini...dalam perjalanan pulang kami dihidangkan dengan buah-buahan segar, butter kek dan minuman coke yang memang ada dalam peti... '

Buah-buahan yang dihidangkan....tembikai dan nenas madu....memang sangat manis....

Dalam perjalanan pulang sempat berposing mengabadikan kenangan dengan minah-minah Indon ni dan juga baby cute anak mat salleh ni....

Sampai di pantai kebetulan air tengah surut so kitorang terpaksa menapak jauh sikit untuk ke tempat mula-mula kami berkumpul...di situ telah ada bas yang menanti kami untuk di bawa pulang ke hotel penginapan...Sangat enjoy the trip walaupun agak keletihan...yang penting member-member lain yang ikut dalam trip ini suker dan tersangatlah happy...
  

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...