MY FAMILY....MY LOVE....MY HERO....

Wednesday 16 May 2012

Cuti - Cuti Bali - Day 2 ( Menjelajah Bali....)


Jumaat - 16 Disember 2012

Hari ke- 2 di Bali....Seawal pagi aku dah bangun, kemudian mula mengejutkan semua orang kerana pengembaraan kami di bumi Bali ni akan bermula....Breakfast di sini, kitorang just makan kat bilik dahulu sebelum bertolak ke destinasi pelancongan....oleh sebab apartment kami dilengkapi dengan kitchen yang boleh masak, so aku prepare lah breakfast sendiri lagi sedap dari beli kat sana...Aku rasa sepanjang 4 hari kami di bali tak jumpa pun orang jual-jual kuih ker...atau ada gerai-gerai jual nasi lemak atau roti canai...nan ado....diorang kat sana pagi-pagi lagi dah makan berat. kalau nak breakfast macam kat Malaysia kena cari kat McD atau di hotel-hotel...tapi diragui pula kehalalannya,...kalau kat McD memang 100% Halal.

Tepat jam 8.30 bila kami turun di lobi untuk menunggu Pak Ujang...dia dah sedia menanti...Rasa macam 'mem' pula...cepat-cepat dia mengucapkan salam dan terus membukakan pintu kereta...


Destinasi pertama kami ialah melawat ke tempat pembuatan emas dan Perak di daerah Celuk.Pak Ujang membawa kami ke Sari Dewi Gold and Silver collection. Sampai jer di pintu masuk, pekerja-pekerja di sini sedia menanti kunjungan pelancong. Terpegun seketika melihat hasil pembuatan emas dan perak di sini. Sangat halus pembuatannya dan sangatlah berseni....Harga jangan cakaplah memang mahal-mahal sampai juta-juta Rupiah. Aku ni memang tak minat dengan emas-emas ni...cuci-cuci mata sukerlah....


Terpesona dengan keunikan barangan yang dipamirkan...Gelas berkaki bersadur perak ni harganya sebiji dalam 50 USD...Darab 3 lebih kurang RM150.00. tu baru satu kalau 6, korang kalilah sendiri. Aku takut kalu beli nanti jadi barang perhiasan jerlah...Kalau pecah mau menangis dibuatnya...
cantikkan....


 Sebelum datang ke sini kami sepatutnya pergi menyaksikan Tarian Barongan..tapi anak-anak dan Cik Abang tak berapa nak minat, so kitorang skip jer datang ke sini. Selepas melawat ke tempat pembuatan emas dan perak, kami terus menuju ke Pasar Sukawati....Menurut rakan-rakan blogger.barangan yang dijual di Pasar Sukawati adalah lebih murah jika dibandingkan dengan  Pasar Ubud. Boleh tawar sampai separuh harga yang diletakkan. Kalau pergi pagi-pagi minta tawar harga yang kita nak tentu dapat sebab nanti penjual itu akan cakap...."Ya.. ngak apalah Ibu buat pecah telur...."He..he..he...maksudnya kalau kita orang pertama yang beli ia mungkin pembuka pintu rezeki mereka pada hari itu....



Di Pasar Sukawati ni...aku belilah juga T.Shirt Bali buat kenangan dan seluar pendek bermuda  untuk anak-anak bujang. Memang murahlah...sehelai T.Shirt boleh tawar sampai 25 ooo idr. Tapi nak tawar tu kena buat muka ganas sikit....kalau dia tak nak pergilah kat kedai lain...At last nanti peniaga tu akan panggil kita balik....Akak kalau pasal tawar menawar memang expert...


Lagi satu menerusi pemerhatian aku...kat Pasar ni kemain banyak Lukisan-lukisan cat minyak yang cantik-cantik. Orang-orang di Bali ni terkenal dengan hasil kraf tangan yang sangat unik dan berseni....Aku suker tengok hasil lukisan yang dipamirkan...tapi tak beli pun...sebab dah tak ada ruang nak gantung...

Korang Tengoklah sendiri...cantikkan.....Kalau diikutkan hati teringin juga nak beli tapi malaslah pula nanti camner nak bawa balik naik kapal terbang....


Destinasi seterusnya kami dibawa ke Tegalalang kawasan penanaman padi berteres.... cantik gilerrr pemandangan kat atas ni. masa kitorang datang cuaca sangatlah panas, sampai nak buka matapun tak boleh...tapi sebab nak bergambar...layanlah juga....



Mangkuk pecah pelbagai design dan bentuk....memang banyak  kat sini. Biasanya dijual secara set. Hati berkenan tapi bila pegang mak aiii beratnya. Pinggan batu pecah ni aku boleh dapat dalam 100 ribu idr satu set. dalam 3 saiz berbeza.


Kami seterusnya di bawa oleh Pak Ujang ke daerah Kintamani untuk melihat volcano...kawasan tanah tinggi...macam kita berada kat Genting Highland.Kami terus dibawa untuk makan tengahari di sebuah restoran....Restoran Batur Sari yang menawarkan hidangan makanan secara buffet. 70 ribu idr per head. Disebabkan menurut kata Pak Ujang , Restoran ini menawarkan makanan halal dan di sini juga disediakan sebuah Musollah untuk kita sembahyang, akupun setuju untuk lepak kat sini.


Aku rasa ini kali pertama dan terakhir aku makan kat sini. Masakan yang dihidangkan tak menepati selera aku...Macam hampeh jer...Ayampun tulang-tulang jer yang dihidangkan. Dahlah pula tu...kalau nak order minuman tidak masuk dalam pakej dikira harga lain....Aku rasa, kalau aku masak lagi sedap kot....

masa kitorang datang Gunung Kintamani tu masih lagi kelihatan dengan jelas...tapi selang 10 minit kemudian dah tak nampak sebab kabus tebal....Pemandangan kat sini memang cantik, ditambah pula denagan cuaca yang dingin yang tak best makanan dia jer....


Jalan Masuk ke tempat penjualan dan pemprosesan kopi luwak. Penuh dengan tanaman herba yang pelbagai , sejuk jer...kawasan ni. Kitorang berpeluang untuk menyaksikan sendiri bagaimana cara pemprosesan Kopi Luwak dilakukan..Biji kopi Luwak terlebih dibersihkan dari najis Luwak. Seterusnya proses menggoreng biji kopi..semua dilakukan secara tradisional. No mesin-mesin tau...
Mengikut kata Pak Ujang...Ulama di Indonesia telah mengeluarkan fatwa bahawa kopi dari najis Luwak ni halal dimakan kerana biji kopi tersebut mengandungi 3 lapisan dan biji kopi dari najis Luwak itu dibersih dan dikeringkan terlebih dahulu sebelum proses memecahkan biji kopi dilakukan....


Setelah melihat sendiri proses pengeluaran kopi Luwak tersebut kami diberi untuk mencuba jenis-jenis kopi yang lain yang turut dikeluarkan oleh syarikat ini..Kalau nak rasa kopi Luwak kena bayar tau...seteko kopi @ 1 cawan luwak ni berharga 60,000 idr lbh kurang RM 15...Ada BERANI!!!!!

Destinasi seterusnya kami dibawa melawat ke sebuah pura yang terletak tidak jauh dari kawasan Kopi Luwak tersebut. Nama pura tersebut ialah Pura Thirtha Empul...Jika nak masuk kawasan pura ni dimestikan memakai kain berwarna kuning atau ungu....Untuk menghormati pihak pura ni kamipun pakailah juga tanpa ada niat lain tau...


Ukiran di Pintu masuk ke pura ni sangatlah berseni dengan patung-patung dewata nya...Seorang pemandu pelancong menerangkan kepada kami tentang asal usul pura tersebut dan sering dikunjungi pelancong yang hendak menyucikan diri.


Dekat atas bukit nilah tempat kediaman Presiden Indonesia...tapi tak boleh masuk kawasan larangan...




Air yang keluar dari pancuran ni datangnya dar mata air dalam tanah. Menurut kepercayaan masyarakt Bali....kalau mandi disini dipercayai boleh menghapus dosa yang ada...kata dema...... kalau cuci muka dengan air dari kolam ni...muka boleh nampak tambah berseri dan kita akan sentiasa murah rezeki, Wallahuallam....Kita tak boleh percaya benda2 karut ni...Kurafat.

Tempat kat atas ni adalah tempat orang-orang Hindu Bali bersembahyang dan juga tempat mereka membayar nazar...

Salah seorang tourist guide merangkap photographer kami di sini......Sang Putu Eka Saputra unik nama ni...Orang Bali tempatan. Handsome dan padai cakap slang orang Malaysia...

Kolam di tengah-tengah Pura. Airnya yang sangat jernih keluar dari mata air dalam tanah...ikan-ikan yang terdapat dalam kolam ni banyaklah sangat...gemuk-gemuk pula tu....

Tempat seterusnya yang kami lawati ialah Tanah Lot. Tanah Lot adalah sebuah objek wisata di Bali, Indonesia. Di sini ada dua pura yang terletak di di atas batu besar. Satu terletak di atas bongkahan batu dan satunya terletak di atas tebing mirip dengan Pura Uluwatu. Pura Tanah Lot ini merupakan sebahagian dari pura Sad Kahyangan, yaitu pura-pura yang merupakan sendi-sendi pulau Bali. Pura Tanah Lot merupakan pura laut tempat pemujaan dewa-dewa penjaga laut.Pemandangan kat sini subhanallah.... cantik...
 
 Cantik pemandangan di sini...tapi kalau air pasang tak boleh nak datang dekat. Aku seronok pergi ke Tanah lot ni...tempatnya sangatlah happening, pelancong punyalah ramai tak terkata. yang bestnya banyak kedai-kedai cenderahati seperti T.Shirt, key chain, barang ukiran, Fridge magnet dan banyak lagilah....kalau nak tahu kena datang kat sini. he..he..he...

Bergambar di pintu masuk menghala ke pura Tanah Lot.....posing sambil makan jagung bakar yang boleh dipilih dalam pelbagai rasa.....yummy...yummy....

Setelah selesai bergambar...haripun dah hampir senja....tak dapat nak tengok sunset, sebab cuaca tak berapa baik....Penat sungguh berjalan seharian....Kitorang terus cari Pak Ujang dan dinner kami malam tu di "Wong Solo" ayam bakar. Sedap dan menepati selera. Lebih kurang jam 9.30 malam kami terus dihantar pulang ke hotel penginapan....sambung kembali sesi menjelajah Pulau Bali esok.....Penat dah ni....nak cari bantal jer untuk ZZZZ.zzzzzzzzz

....................TO BE CONTINIUE................


Monday 14 May 2012

Cuti-Cuti Bali - Day 1

 15 Disember 2011 (Khamis)

Hai Uoalls....Kali ni aku nak share percutian aku ke Bali Disember tahun 2011. Walaupun ceritanya dah agak basi tapi aku nak imbau kembali kenanganku di satu tempat  percutian yang memang happening...Tiket flight dengan AA ini aku dah booked sejak February 2011 . Aku, Cik Hubby dan Dua orang puteraku....Kebetulan pula Hotel tempat Penginapan dah percuma sebab aku adalah salah seorang members vacation club....so, bab penginapan tak perlu bayar...

Bila tiket aku dah beli, aku terus booked penginapan melalui Palace Of The Golden Horses Vacation Club. Ada 2/3 tempat yang aku booked at last dapat di Club Bali @ Jayakarta Bali Club Legian...

Penerbangan kami pada pagi tu jam 9.00 am, Biasalah...kul 6.30 pagi dah bertolak dari rumah takut sangkut dalam kesesakan jalan raya. Nasib baik anak ku Aizat sudi nak hantar kami ke LCCT. Dia tak dapat ikut sebab masa ni Kolej belum lagi bercuti......

Sampai di Airport lebih kurang kul 7.30 am...Kitorang breakfast dulu kat McD di LCCT ni...buat alas perut, sebab aku dah booking sekali makanan atas flight nanti. Selesai breakfast, check in baggage, kami terus tunggu untuk boarding...On time...tak ada pulak delay...mungkin sebab pagi kot...8.50 gate dibuka dan kamipun berjalan menuju ke arah kapal terbang yang sudah sedia menanti...Fuhhh...jauh jugalah nak menapak..


Akhirnya dapat tempat duduk di bahagian belakang perut kapal...Excited nak memulakan percutian...Kami duduk sederet...Ingatkan dah selamatlah dah tak delay...rupanya...ruang udarapun Macet juga...dekat setengah jam juga kami tunggu giliran untuk terbang ke udara. masa ni aku tengok lapangan terbang kemain sesak dengan kapal terbang dari pelbagai negara tunggu giliran untuk berlepas..Hmmmm lewat lagilah nampaknya...

 Setelah sabar menunggu giliran untuk berlepas, akhirnya kami terbang juga di udara....perjalanan dari Kuala Lumpur ke Bali mengambil masa hampir 3 jam penerbangan....

Kami selamat tiba di Lapangan Terbang Ngurah Rai Bali dalam lebih kurang pukul 1.30 pm...Waktu Malaysia dan Waktu di Bali adalah sama....so tak payah sibuk-sibuk dan adjust masa....Papan tanda ni mengalu-alukan kedatangan kami di sini....

Aku sungguh gembira pada hari ini kerana inilah kali pertama aku menjejakkan kaki ke destinasi pelancongan yang terkenal dengan budaya dan adat resam masyarakat beragama Hindu...


Sampai jer kami di lapangan Terbang di Bali, Pak Isme telah sedia menanti. Aku memang telah booked supir di sini melalui rakan-rakan  blogger. Akupun tak pernah jumpa Pak Isme ni...kalau menerusi gambar dalam FB mukanya adalah iras-iras sedikit dengan si Yusry KRU tu...on that day dia bawa seorang teman yang juga seorang supir, Pak Ujang namanya. Betullah seperti apa yang kawan-kawan aku ceritakan. Supir di sini adalah sangat punctual, peramah dan sangat bersopan santun.Sepatutnya aku dibawa oleh Pak Isme tetapi oleh kerana pak Isme ada tetamu lain, jadi pak Ujang yang menjadi supir aku sepanjang 4 hari kami di sini.Aku OK jer...sebab pak Ujang ni juga sangat peramah dan baik orangnya.Sedia membawa kami ke mana sahaja dari 8.30 pagi sampai jam 9.00 malam


Patung kuda dan pahlawan Ngurah Rai di tengah-tengah pekan Bali...di kiri kanan jalan banyak patung-patung pahlawan Bali yang menjadi kebanggaan rakyat Bali satu ketika dulu....


Inilah penginapan kami selama 4 hari 3 malam di Bali. Club bali @ Jayakarta Bali Club terletak di Jalan Legian bersebelahan Pekan Kuta...Agak happening pada waktu malam terutama di tepi pantai...


Aku booked penginapan ni melalui Palace Vacation Club, so tak payah bayar sebab aku members PLGH.


Apartment 1 Bedroom,dengan kemudahan bilik mandi yang ada bathtub, ruang tamu yang ada sekali sofabed dan juga kitchen untuk memasak....sangat selesa untuk kami 4 orang. Lagipun bukan nya ada kat hotel waktu siang....malam jer bila nak tidur....


Aktiviti hari pertama kami adalah bersantai-santai di tepian pantai, jalan-jalan sekitar hotel sambil snap-snap gambar dan apa lagi....perkara wajib, berdebusss di kolam renang. Hee....He..he...akak sukerrr.



Aksi-aksi kami di kolam. iskh...iskh..iskh...tak nampakpun muker orang Melayu kat sini. Semuanya orang "Bule" yang mata biru,hijau.cokelat...Diorang ni semua macam hairan jer tengok aku yang pakai baju tutup-tutup ni masuk dalam kolam. semua pakat pandang-pandang aku....Boring jer.....tapi Ada Aku Kesah....janji aku enjoy bermandi manda dengan anak-anakku....

Cewah.....posing maut lagi dalam kolam macam mak ikan duyung....

Hotel kami ni dekat sangat dengan pantai just take a walk about 3 minit untuk sampai di pantai ni...Agak ramai juga pelancong masa ni....ombak nampak kuat membelah pantai. Thats why pantai ni sesuai untuk orang ber"surffing"....

Aktiviti pantai...cam biasa bola sepak, dan juga bola tampar pantai....satu jer aku puji...kat pantai ni bersih, tak ada sampah langsung...tapi aku rasa pasir kat pantai di Redang dan pulau Perhentian lagi halus dan cantik...

 Dekat sini juga kelihatan banyak kerusi-kerusi untuk massage....kalau kat tepi pantai ni murah jer, tapi kena pandai tawar sebab diorang ni pandai juga nak cekik pelancong. tapi akak taklah gunakan perkhidmatan massage di sini....malu sebab opennnnlah sangat....

lama juga kami lepak-lepak kat tepi pantai sambil jalan-jalan menyusuri pantai ni....agak jauh jugalah...sampai boleh tembus hingga ke Pantai Kuta....Jam 7.00 petang kamipun balik ke bilik,mandi-mandi kemudian misi mencari makan sambil jalan-jalan .....

 Ok....sambung next entry....

Be the 1st to share d news over Twitter & Facebook & be rewarded! & remember to tell your friends about #ChurpChurp

Be the 1st to share d news over Twitter & Facebook & be rewarded! & remember to tell your friends about #ChurpChurp

Wednesday 9 May 2012

Upin & Ipin di Istana Budaya

7 Mei 2012 (Isnin)


Isnin lalu selepas bermesyuarat di Unit Suka JPWP....kami makan-makan di Cafe Istana Budaya yang terletak tidak berapa jauh dari Unit Sukan ni...Seberang Jalan jer...Time kitorang pergi tu dah masuk waktu lunch hour so ramailah pengunjung di Cafe ni...Tempat selesa, strategik...dan yang paling penting menu yang disediakan secara buffet sedap dan pelbagai termasuk juga dessert...memenuhi selera...

Sebenarnya yang aku nak cerita bukan pasal cafe ni...tapi pasal Upin,Ipin & The Gang berkampung di Istana Budaya untuk persembahan Teater...Tiket habis sokmo...kena booking dulu sebelum nak tengok teater ni.. Masa nak balik...kebetulan lalu di ruang legar masuk ke Panggung Istana Budaya ternampaklah patung-patung Upin & Ipin serta rakan-rakan di sini...Cantik pula gambar-gambar ni..He..he..he...sakan kitorang ambil gambar...


Kak Noor pun join sekaki...ambil gambar dengan Upin & Ipin serta rakan-rakan termasuk opahnya sekali...Kitorang ni bakal jadi opah-opah diorang untuk next series...Ha..ha..ha...ada ker orang yang nak ambil kitorang jadi pelakon teater...

Aku selalu tak dapat nak bezakan antara Upin dan Ipin...sekarang baru boleh cam...Upin yang ada toncet kat kepala manakala Ipin kepalanya botak licin...so cute...


Nilah muka Ipin...siap ada pondok sekali kat ruang legar ni...Yang belakang tu adalah tok Dalang . Gambaran yang digambarkan pada replika ni serupa dalam cerita kartun yang ditayangkan kat TV cantiklah...


Aku sempatlah berposing dengan 2 orang budak ni yang sama  besar dan memegang watak utama dalam cerita ni...Betul Tak? Betul...Betul...Betul....tag line yang semua budak-budak ingat dan jadi ikutan sampaikan cerita Upin dan Ipin ni sangatlah terkenal di Indonesia....


Gambar Ipin dan kawan-kawannya pendokong watak yang sama penting dalam teater ni....Kalau saper nak tengok, pergilah ke Istana Budaya...tapi tak tahulah sampai bila...budak-budak tentu seronok dapat tengok Upin & Ipin secara Live....

Aku sempat ambil gambar sambil tarik telinga si Ipin...Senyum lebar dia sebab kena tarik telinga dan gembiranya dia sebab ramai orang suka tengok watak mereka dalam cerita Upin dan Ipin. Dengarnya hari-hari full house...Kalau hujung minggu jangan ceritalah....


Actually aku sendiri tak pernah masuk ke panggung Istana Budaya ni, dan tak boleh gambarkan...camner keadaan dalam panggung tu...Insyaallah satu hari nanti aku akan masuk juga untuk menyaksikan persembahan teater di sini.....Bilalah agaknya....

Sampai sini dulu cerita Akak untuk kali ini nanti kita bersiaran lagi ya......Bye....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...