Nak citer sikit apa yang kami makan untuk breakfast di sini.... Disebabkan hotel ini tidak menyajikan makanan halal so kami terpaksa makan roti jem dan salad salad jer...Time ni terpaksa akak ronda tengok pinggan anak-anak murid akak takut diorang terambil benda benda yang ada oink...oink... Aduiiiyaii...nasib baik check one by one.. ada juga yang dah terambil tapi belum sempat makan...terus suruh dia tukar pinggan dan ambil makanan lain...
Akak dah standby buat sandwich kat bilik..so turun coffee house just ambil salad untuk letak dalam sandwich...he he he...bolehlah makan dalam bas...
Setelah selesai makan...terus naik atas ambil beg sebab kami kena check out terus dari resort ni..
Sementara tunggu yang lain lain turun ke bawah kami sempatlah berposing kat lobi resort ni sebab semua cikgu cikgu berpakaian tradisional Melayu berbaju Melayu dan berbaju kurung songket ungu....korang layanlah gambar gambar kat bawah ni ya....
sempat gak posing dengan patung beruang berpakaian tradisional korea |
Anak-anak murid dengan uniforrm sekolah...sementara jer...sampai sekolah nanti kena tukar baju lain... |
Ehh...Ehhh kitorang ni dah macam penari pula... |
Ni bukan Kumpulan Tiara Daksina tau.. tapi Tiara Tak Bersinar... he he he |
Paling kami teruja bila kedatangan kami disambut oleh pelajar pelajar sekolah tersebut yang telah sedia menanti disepanjang pintu masuk sekolah....Terharu sangat...dengan kibaran bendera kecil Korea dan Malaysia, kedatangan kami dialu alukan dengan ucapan Selamat Datang... Anneyonghaisayyo...
Barisan guru guru yang mengikuti program ini bersama pengetua (dari kiri)...Che mah, Fidah, Pn Asmah, Kak Ani, Me, Zura dan Noorley |
Setibanya disekolah tersebut kami disambut oleh Pengetua dan Pentadbir Changpo Middle School dan dibawa ke bilik rehat untuk refreshment manakala student kami dibawa ke Library untuk majlis suai kenal bersama pasangan masing masing...
Tepat jam 9.30 pagi, kami dibawa ke dewan sekolah untuk majlis sambutan dan penyerahan cenderahati..Pelajar pelajar dah sedia menunggu di dalam dewan tersebut. Majlis dimulakan dengan persembahan video persiapan sekolah tersebut untuk menerima kunjungan kami...Selepas itu giliran sekolah SMK Dato'Ibrahim Yaacob untuk mempersembahkan slide presentation mengenai Malaysia dan Sekolah...
Selepas itu barulah ucapan dari pengetua Sekolah Changpo dan Pn Asmah....
Biar gambar berbicara ya....layan...
berdebar-debar menunggu giliran untuk membuat persembahan... |
Barisan Pentadbir dan Pegawai Pelajaran Pohang |
Persembahan Nyanyian daripada pelajar pelajar Changpo dan tarian ala-ala Kpop...Hu Hu Hu seksi sangat...kalau murid sekolah akak yang performed camni...alamat dah lama kena cantas...
Ni murid murid dari SMK Dato' Ibrahim Yaacob yang menyertai Program ini...Mereka bukan dilahirkan berbakat dalam tarian dan nyanyian...tetapi disebabkan mereka terpaksa buat persembahan untuk membawa nama Sekolah dan juga Malaysia Alhamdulillah...training intensif selama 2 minggu dengan akak yang tidak bertauliah ni akhirnya berbaloi....Mama Chah sayangg uollss semua...
Ending yang cukup syahdu...sehingga mendapat tepukan yang sangat bergemuruh dari penonton.. Yang paling akak bangga sangat masa persembahan tarian joget Berhibur nyanyian Dato'Siti Norhaliza..semua pelajar, pentadbir dan guru-guru sekolah Changpo bertepuk tangan dari awal hingga akhir... habis jer show dapatlah kitorang tengok student Korea ni cuba menari ikut rentak sambil tepuk tepuk tangan...
Habis persembahan upacara pemberian cenderahati dari kedua-dua pihak... Majlis diakhiri dengan sesi fotografi dari semua yang terlibat dalam Program ALCOB SCHOOL NETWORK ini...
Selesai sesi bergambar kami dibawa melawat seluruh kawasan dan bilik bilik khas yang terdapat di sekolah ini...Pelajar pelajar pula dibawa mengikuti kelas Bahasa Inggeris dan Seni mempertahankan diri...
Ruang di dalam perpustakaan |
Bilik darjah...masih menggunakan papan Hijau dan kapur tulis...Jimat kos.. |
Bergambar dengan guru-guru di bilik guru |
Bilik ERT dan Bilik Masakan..kemas dan teratur...mereka menggunakan dapur elektrik.. |
Bilik Pendidikan Khas...kebanyakan pelajar diajar banyak kemahiran mengikut tahap keupayaan |
Kawasan padang... tanah jer...mungkin sedang dibaik pulih.. |
Bilik Kesihatan dan Bilik Rawatan yang lengkap bersih dan kemas...ada jururawat khas yang bertugas di
bilik kesihatan ini...
Bengkel kayu dan Kemahiran Hidup |
Kantin sekolah luas, bersih dan teratur... one thing yang suker sangat dengan budaya Korea ni mereka memang sangat2 berdisiplin, apa apa yang mereka buat mesti cepat dan pantas... Di Korea, waktu persekolahan dari jam 9 pagi hingga 4 petang. Sistem persekolahan satu sessi dan mereka membayar yuran yang agak tinggi berbanding Malaysia yang semuanya percuma... Semua murid akan diberi makan tengahari dan ada murid yang bertugas untuk mengagihkan makanan.. Semua mesti pakai apron, bersarung tangan dan memakai penutup mulut.. pelajar akan turun rehat mengikut tingkatan dan masa yang ditetapkan oleh pihak sekolah... Sangat bersistematik..
beratur ambil makanan kemudian bukan boleh sebarang duduk dimeja. Sebuah meja itu perlu dipenuhkan terlebih dahulu sebelum meja kedua diduduki...habis makan..tray makanan perlu dibawa ke belakang (ada ruang khas yang disediakan) buang sisa makanan terlebih dahulu kemudian susun tray, sudu, garpu atau chopstik ke dalam bekas yg disediakan selepas itu baru ambil air minuman...berbeza dinegara kita ambil makanan ambil minuman sekali....
Selesai makan tengahari kami minta kebenaran untuk solat terlebih dahulu...Pihak sekolah menyediakan sebuah bilik yang agak selesa buat kami untuk menunaikan solat...Pelajar pelajar di sana terjenguk jenguk melihat kami bersembahyang... Selesai solat kami mengambil gambar di hadapan bangunan utama sebelum kami dibawa menaiki bas untuk sesi lawatan yang dianjurkan oleh pihak sekolah ke sebuah kilang besi terbesar di Pohang dan Korea serta lawatan ke sebuah perkampungan tradisional...
Terima Kasih Mr Chang...Terima Kasih warga Changpo Middle School...Kunjungan yang sangat diraikan dan kami sungguh teruja dan gembira dilayan sebegini rupa...
Lawatan seterusnya di sebuah kilang besi yang terbesar di Korea..Kami dibawa melawat ke Muzium Posco diberi penerangan bagaimana syarikat ini beroperasi sejak dari tahun 1960 an lagi...
Selesai acara minum teh dan menghormati tetamu Miss Kim wakil dari pihak Changpo Middle School mewakili pihak sekolah telah memberikan sijil Penghargaan kepada semua guru yang mengikuti program ini menandakan tamatnya Program diantara pihak Changpo Middle School dan SMK Dato' Ibrahim Yaacob.. Bila pakai baju ni nampak ala ala baru lepas graduate pula....Apa apapun baju ni cantikkk...
Akak nampak kurus bila pakai baju ni...perasan!!!! |
Sebelum menaiki bas kami mengucapkan selamat tinggal kepada Miss Kim Dan Miss Soong Yi serta pelajar yang terlibat... Walaupun lawatan singkat selama 2 hari tetapi kenangan serta layanan pihak Changpo middle school tetap dlm ingatan...Sempat bergambar dengan dua orang anak angkat yang akak beri nama Siti Dan Aishah
Perjalanan ke Seoul mengambil masa lebih kurang 5 jam..Masa ni kami ambil peluang tidor sebab dah kekenyangan dan kepenatan. Sampai Seoul jam 11.30 malam waktu Korea dan kami check in Hotel Doueng Seoul...
Dah panjang lebar akak bercerita..sajer nak kongsi pengalaman melawat Sekolah di sini dan sistem Pendidikan mereka yang jauh lebih maju dari kita...
...SHARING IS CARING...